𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒
“Dikesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor”- 4 September 2012, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tidak pernah jemu untuk diceritakan. Selamanya alegori ini menjadi ingatan. Pada malam bertuah yang membuka lembaran. Bilamana riba Bangsa Johor bakal ditimpa sang rembulan.
Empat September dua ribu dua belas menghidupkan ambisi yang dahulu mati. Konsekuensi satu antidot disuntik agar merah dan biru berseri kembali.
“𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚”
Waktu itu, jam menunjukkan pukul sepuluh lima puluh minit malam. Pertama kali intonasi suara seorang Putera Mahkota bergema didalam stadium berlampu limpah suram dan hampir padam. Bagai memecah segala aura negatif yang telah lama bersarang dan terkumulatif. Maka janji itu sah terpatri diatas paksi stadium yang serba kekurangan dan amat daif.
Saya antara orang yang amat beruntung. Dapat mendengar dan menyaksikan secara langsung. Meraikan janji Tunku di stadium yang hampir kosong. Secara tidak sedar, air mata mengiringi sokongan yang hampir-hampir mahu terpesong.
Sesiapa sahaja yang ada pada malam itu, apabila mendengar serta melihat gerak laku dan apa yang disampaikan oleh Tunku. Pasti jiwa mereka akan terbit gabung jalin sebuah semangat yang baharu. Sesungguhnya itulah kelebihan Tunku yang tidak boleh disangkal. Kredibiliti luar biasa yang begitu pesona dan amat integral.
“𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐤𝐨𝐫𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢”
Jengking sah ditamatkan khidmat. Giliran Harimau Selatan mengambil tempat. Organisasi bola sepak Negeri Johor total Tunku ambil alih. Baginda fokus pada reformasi pengurusan supaya beralih. Rombak barisan parasit yang ada dalam organisasi. Bersihkan segala kotornya debu yang telah berasimilasi. Setiap kulat yang kuat mencengkam melekat. Tunku racun satu persatu biar terencat!
Pesimistik dan reaksionis yang regresif ditendang keluar supaya tidak terus menjadi barah, lalu organisasi bola sepak Negeri Johor dijenamakan semula dalam usaha gerak kerja untuk mencetak sejarah. Konseptual, idea, strategi, prosedur kerja, teori dan hipotesis satu-satu Tunku atur secara sistematik. Di peringkat ini JDT mula bersedia untuk bangkit dan memandang kehadapan tanpa fatalistik. JDT mula menampakkan ciri-ciri kuasa bola sepak baharu yang dominan dan eksklusif. Maka Harimau Selatan mula dihurung oleh hati-hati yang cemburu dan juga posesif.
“𝐉𝐮𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐫𝐮”
Malangnya, tahun dua ribu tiga belas menyaksikan JDT gagal mendakap sebarang kejuaraan. Sehingga menjadi bahan karikatural makanan ruji dalam menjalani kehidupan seharian. Namun Tunku positif bahawa ini hanyalah satu tahun latihan pemanas badan. Bilamana tahun berikutnya JDT pasti akan menamatkan kemarau ketandusan kejayaaan!
"Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak Johor secara keseluruhan. Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas percapaian kita pada musim ini"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tunku memiliki pemikiran projektif yang berkeupayaan berfikir perkara yang akan berlaku dan kontigensi. Segala yang baginda ucapkan seperti satu prediksi yang bakal terjadi umpama hipotetis pintas teleportasi. Dua ribu empat belas menyaksikan segalanya berjalan seperti dirancang. Pada tahun itu JDT menjuarai Liga Super Malaysia satu Malaya jadi goyang.
Tanggal dua puluh lima Jun dua ribu empat belas akan sentiasa menjadi memorabilia. Apabila Stadium Negeri di Kuching menjadi saksi bagaimana kita semua merasakan nikmatnya dimasyurkan buat julung kalinya sebagai juara liga super Malaysia!
Dengan mengutip empat puluh mata dan layak ke piala AFC 2015 buat kali pertama. Dalam diam, Tunku bangkit bina JDT menjadi kelab yang unggul konstruktif prestij berjenama.
“𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐫𝐨𝐬𝐩𝐞𝐤𝐬𝐢”
“Hari ini saya akan lakukan apa yang lain tidak mahu lakukan dan esok saya akan mencapai apa yang lain tidak mampu capai”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Masa pantas berlalu, kini bola sepak Johor telah mengalami anjakan paradigma secara drastik dan progresif. Kita dapat melihat sepanjang tahun dua ribu tiga belas sehingga dua ribu sembilan belas bagaimana visi direncana cantik dan superlatif.
Rasionalnya, walaupun martabat bola sepak Negeri Johor berjaya dijulang. Tunku tetap sama, tidak mahu langsung bersenang-lenang. Masih lagi seorang yang sentiasa mahu menaiktaraf kemajuan dari hari ke hari. Masih lagi seorang yang tidak mudah bersenang hati dengan kejayaan yang dikecapi. Tunku sentiasa berusaha memperbaiki lagi apa yang sudah baik. Malah sentiasa optimis mencari idea-idea baharu supaya JDT tampil paling terbaik. Maka tidak menghairankan, sehingga kini JDT sentiasa berada di depan. Di situasi mereka malas berkayuh maka perahu hanyut di lautan.
Baginda sentiasa berfikir tentang hala tuju JDT di masa hadapan. Bagaimana mahu menjana lebih banyak kejayaan, bagaimana mahu mengekalkan keseimbangan pengurusan kewangan, apa perkara yang mesti didahulukan, apa perkara yang boleh dikemudiankan. Ini adalah antara soalan-soalan yang sentiasa ada di dalam kitaran pusingan fikiran.
Akhir kalam, empat September menjadi saksi, sebuah janji yang berjaya direalisasi.
“Kami adalah pelakar sejarah. Kami adalah peneraju. Kami adalah JDT!”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Artistik dari Manusia Satu Denyut,
Terimalah,
"𝐀𝐓𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐃𝐔𝐀 𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒"
Congak corak taktikal bergerak,
Nampak tegak rentak bergolak,
Gempur tempur jangan tersungkur,
Merah tak kabur biru tak luntur.
Merah itu darahmu, Biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber: Hafiz Othman
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過33萬的網紅SamTilla TV,也在其Youtube影片中提到,Lebih manis melarikan diri dari berlari membawa U ke hospital, bukan? ? #Thalapathy #Chapter5 #Antidot #AntidotMalaysia #AladdinPro #8Digit @antidot...
「antidot」的推薦目錄:
- 關於antidot 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於antidot 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於antidot 在 Facebook 的最佳解答
- 關於antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最讚貼文
- 關於antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最佳貼文
- 關於antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最讚貼文
- 關於antidot 在 KILLA FONIC feat. AMI - Antidot | Official Video - YouTube 的評價
- 關於antidot 在 Antidot - 音樂家/樂團 的評價
- 關於antidot 在 Antidot 的評價
antidot 在 Facebook 的最佳貼文
不能出門就Po Po上週去台中的美照ㄅ!😘
在疫情爆炸之前我的頭髮處理好惹真是太慶幸惹!🥺❤️❤️❤️❤️❤️
回想那天頭皮真的有夠舒服!輕盈舒爽!💆🏻♀️💆🏻♀️💇🏻♀️💇🏻♀️💇🏻♀️Hans給我用的antidot系列產品真的是我的救星!不然像我這種乾性敏感頭皮染完頭髮頭皮一定爆癢的~~
有沒有人跟我一樣是乾性敏感性頭皮🥺常常明明才剛洗完頭,頭皮也可以很癢🥺~要不跟我分享一下你的保養頭皮法?我的日常保養頭皮法還沒找到,不過做頭髮一定要去找信賴的就是!☺️🌻
#做頭髮我只信賴hans💆🏻♀️
antidot 在 Facebook 的最佳解答
Ishh. Makin seram la korang ni 🤣. Apa2 pun cepat, tinggal kurang 1 bulan je lagi. @antidotmalaysia #ScanAndWin #Antidot #AntidotMalaysia
antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最讚貼文
Lebih manis melarikan diri dari berlari membawa U ke hospital, bukan? ?
#Thalapathy #Chapter5 #Antidot #AntidotMalaysia #AladdinPro #8Digit @antidotmalaysia @aladdinpro_malaysia @8digitsdnbhd
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/pt8JrhUosWQ/hqdefault.jpg)
antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最佳貼文
Dah rasa makin panas.. Aku dok perhati je ko ni!!! Takpa, kita rileks dulu.
#Thalapathy #Chapter3 #Antidot #AntidotMalaysia @antidotmalaysia
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/QYx5WlbLhvk/hqdefault.jpg)
antidot 在 SamTilla TV Youtube 的最讚貼文
Permulaan baru yang tak mudah. Ada je yang tak puas hati. Tapi ingat, ini semua cuma satu PERMULAAN.
#Thalapathy #Chapter2 #TheCookiesBlossom #Antidot #AntidotMalaysia @thecookieblossomco @antidotmalaysia
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/NUZell_1zhI/hqdefault.jpg)
antidot 在 Antidot - 音樂家/樂團 的推薦與評價
Antidot , 太子港。 507 個讚。 ... Antidot. 2019年1月20日. Mpa deside diw anyen jus veye kanaval sa ane sa. ... Antidot──和Bex Ti-danjea 及其他5 人。 ... <看更多>
antidot 在 Antidot 的推薦與評價
Antidot has 11 repositories available. Follow their code on GitHub. ... <看更多>
antidot 在 KILLA FONIC feat. AMI - Antidot | Official Video - YouTube 的推薦與評價
Stream/Download: https://backl.ink/142403604SUBSCRIBE @killafonicofficial: ... ... <看更多>