Dari London (With Love)
*Saya tidak rasa anda mampu baca ini sampai habis!
Salam semua, di sini jam 3.30 pagi++. Masalah juga bila perubahan masa ni. We are 8-hours behind waktu Malaysia. In sha Allah pagi ini dan next few days, saya akan mengadap seorang mentor yang mempunyai billion dollar business dalam solar power energy plant di UK.
Pagi ini saya nak share sedikit rasa meluat saya. Saya rasa meluat dengan mereka yang mentaliti mereka broke atau poor mentality dan ia terzahir dalam hidup mereka serta tahap kewangan mereka.
Anda kategori mana?
Kategori #1:
Orang yang hanya pandai komplen. Setiap benda dia nak komplen. Komplen tentang situasi, komplen tentang orang lain, komplen tentang pencapaian orang lain. Komplen kerja dia, komplen tidak ada duit, komplen banyak hutang (tetapi dia yang buat hutang tu), komplen tentang langit bumi semua. Tetapi untuk kesekian kalinya over million years dia hidup, dia tetap pilih jalan yang sama, kerja yang sama, tindakan atau perbuatan yang sama dan langsung tidak mahu komplen tentang sikap dia atau pilihan yang dia pilih. Kerja dia cari masalah dan salah semua orang atau semua situasi tetapi selain dari masalah diri dia sendiri! Mereka boleh spend masa, belanja duit beli data untuk komplen komplen komplen dan cari peluang untuk kutuk serta burukkan semua orang but of course selain dari dia. - Kesian dan simpati dengan orang begini serta keturunan dia. Pernah jumpa orang begini? Saya pernah dan saya dulu pernah hidup begitu. Tetapi syukur saya dah "pindah" dari sikap begitu.
Kategori #2:
Orang yang tahu yang hidup dia, diri dia, sikap dan perangai dia perlu berubah. Mereka tidak suka keadaan diri, tahap kewangan mereka atau ap yang mereka ada atau tiada. Tetapi mereka selalu jerit "Tak mampu nak berubah!", "orang lain bolehlah!", "dia siapa, aku siapa!". Hidup dalam critical inferiority complex. Rasa rendah diri yang kritikal. Tahu kena berubah tetapi beri alasan kenapa tidak. Ini jenis yang bila saya beri peluang untuk hadir seminar, dari yang beribu semua dia kata mahal, beri yang RM249 untuk intensif seminar 3-hari yang dah terbukti bantu perubahan hidup dan kewangan berpuluh ribu orang, dia kata mahal atau kita jual air liur. Kita beri yang RM50, dia kata tak ada masa, kita beri yang RM10, dia kata baik beli top up. Kita beri link percuma untuk tonton, dia kata tak ada data. Then kita tahu. Benarlah kata Allah swt dalam Al-Quran Surah Ar-Ra'd ayat 11 jika tidak silap, Tuhan tidak merubah nasib sesuatu kaum tersebut sehingga mereka merubah (bertindak) apa yang ada dalam diri mereka (Dalam diri? Akal dan hati mereka serta tindakan mereka).
Kategori #3:
Mereka yang desperately mahu ubah atau perbaiki tingkatkan diri atau tahap kewangan mereka. Mereka ada SEBAB yang kuat, tinggi dan besar komited mahu merubah diri dan hidup mereka apatah lagi tahap kewangan mereka for whatever reason. Ada yang mungkin sebab nak berikan keluarga dan parents kehidupan yang lebih baik. Ada yang mungkin sebab mahu menebus maruah diri dan keluarga disebabkan penghinaan yang mereka pernah terima, ada yang tekanan dan tidak tahan lagi hidup biasa-biasa, ada yang mungkin mahu capai sesuatu yang lebih luar biasa, ada yang mungkin kerana nak capai kewangan yang lebih banyak agar dapat menyumbang lebih banyak semula kepada orang lain yang memerlukan. Mereka ini, adalah mereka yang saya banyak jumpa dalam kelas-kelas saya. Mereka mempunyai sikap dan mentaliti luar biasa even sebelum hadir berjumpa saya, Alhamdulillah mereka ini datang dengan mentaliti mahu berubah dan berseda belajar agar dapat capai apa sahaja impian mereka dengan lebih pantas In sha Allah. Mereka inilah yang bila saya beri peluang tonton secara percuma video seminar online saya, mereka akan cari jalan tonton walaupun di internet cafe atau pinjam komputer kawan atau guna wifi percuma di Starbucks duduk tonton sampai habis. Mereka inilah yang bila saya beri peluang saya kongsikan tentang 15 cabaran ekonomi dan kewangan tahun 2016 baru baru ini melalui webinar saya walaupun 9 malam, mereka cari jalan log-in dengar sampai habis. Apatah lagi ianya percuma. Mereka ini mempunyai permulaan sikap berjaya itu dan tanda-tanda akan berjaya capai matlamat mereka itu telah ada hanya perlu ditambah minyak tanah dan diajar cara mencapainya. Bukan sekadar komplen tentang seminar mahal tetapi yang percuma pun tak mampu nak dengar atau tonton. Tapi kononnya nak ubah hidup dan kewangan keluarga.
Saya bukan bercakap tentang anda.
Saya bercakap tentang mereka yang tinggal di London ini segelintirnya serta di Nepal, macam tulah sikap mereka. Sama sahaja mana-mana manusia ini. Sikap mereka banyak mempengaruhi tahap pencapaian diri dan kehidupan mereka.
Maaf kerana berkongsi rasa dan jika ia buat anda tidak gembira.
Wallahu A'lam. Semoga Allah swt ilhamkan kita sikap, mentaliti dan hati yang baik untuk kejayaan dunia dan akhirat untuk menjadi contoh buat anak-anak kita. Amin YRA.
Layari rakaman webinar terbaru saya yang saya berikan percuma di
http://www.richworksacademy.com/tanyaazizan/
#AzizanOsman
P/S Jika anda pernah jumpa orang begini atau anda suka ingatkan rakan-rakan anda, apa kata anda share status ini kepada mereka. Tag mereka untuk baca sampai habis. Jika kita tidak sama-sama berusaha perbaiki mentaliti bangsa kita, kita akan jadi orang asing dibumi kita sendiri satu hari nanti!
Tahniah baca sampai sini! Good job! Sekarang download webinar di link dan tonton sampai habis!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...