Sebab tu rokok.. asap rokok sangat bahaya utk bayi... ibu hamil & sesiapa saja.... =(
Musim raya ni... tolong alert mommies & semua..
Buat perokok... tolonglah kesiankan org lain!
Ini #kisahbenar dari tuan @khairil khaider ...
NASIHAT HARI RAYA UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK KECIL
Tahun lepas merupakan tahun pertama anak aku Maryam Nafeesa nak sambut raya pertamanya di Malaysia dan baru berusia 7 bulan masa tu tak silap aku.
Tapi Allah beri ujian kat aku sekeluarga pada Aidulfitri tahun lepas dapat tahu Maryam Nafeesa terkena jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia) masa tu pada hari raya ke-2.
Mungkin silap aku tidak kawal orang cium-cium anak aku tak tentu hala, lagi-lagi ada orang yang merokok dengan selamber hisap rokok kat tempat yang ada bayi-bayi kecil ni.
Lepas badan anak aku demam panas, mertua aku pun suggestkan aku untuk bawa jumpa Dr. pakar kanak-kanak di HUKM, Cheras dan malam tu doktor segera masukkan anak aku ke ICU sebab penafasan dia dah kurang dan mengalami batuk yang sangat teruk.
Hampir seminggu lebih juga dia dalam ICU dengan macam-macam jenis wayar, suntikkan dan paip yang doktor masukkan dalam badan anak aku masa tu, Ya Allah! tak tahu nak cakap masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu, sedih sangat aku tengok anak aku telentang sakit dalam bilik ICU tu.
Alhamdulilah, lepas berkampung kat HUKM hampir 2 minggu lebih waktu raya, anak aku kembali sihat dengan izin Allah, dan sekarang harapnya Allah izinkan dia untuk sambut raya tahun ni dengan meriah walaupun kat Amerika. hehe
Ni antara tanda-tanda seorang bayi yang di jangkiti jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia):
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Dan ni aku nak nasihatkan, mintak tolong sangat-sangat kat ibu bapa yang ada anak kecil, Tolong! Tolong! Tolong! kawal bayi-bayi korang dengan cara:
1) Jauhi dari dekat dengan orang yang merokok, kalau ko tengah dukung bayi.
2) Jauhi dari bagi orang cium anak kau sesuka hati (kita tak tahu apa penyakit yang ada kat orang tu)
3) Kawal anak dari bermain dengan anak-anak kecil lain yang tak sihat.
4) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
5) Kalau anak kau mula ada ciri-ciri kat atas cepat-cepat pergi bawa jumpa doktor (dan aku suggestkan kalau di area lembah klang korang bawa pergi HUKM, sebab HUKM antara hospital yang mempunyai pakar kanak-kanak terbaik di Malaysia, memang WIN!)
6) Mencegah lebih baik dari merawat!
Aku doakan agar hari raya tahun ini disambut dengan kebaikkan dan kemeriahan selepas melalui tarbiyyah ramadhan selama sebulan.
Aku harap tulisan dari pengalaman ini dapat di #SHARE agar dapat memberi manfaat buat semua insya-Allah!
Nota: Gambar dibawah ialah contoh yang diambil dari google yang sama suasana yang dihadapi anak aku tahun lepas, moga Allah lindungi anak-anak kecil kita dan kita dari segala jenis penyakit.
Khairil Khider
Bapa kepada Maryam dan Mardhiyah
Amerika Syarikat
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「tanda-tanda hamil 1 hari」的推薦目錄:
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 Apa Saja Tanda-tanda Hamil 1 Minggu? Ternyata Begini Ciri ... 的評價
- 關於tanda-tanda hamil 1 hari 在 Kenali Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Gak Kamu Sadari 的評價
tanda-tanda hamil 1 hari 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
Wabak Covid-19 terus menjadi ancaman negara dan menjadi topik perbincangan hangat waktu ini.
Selain warga emas, wanita mengandung juga antara yang berisiko tinggi dijangkiti wabak ini.
Justeru, wanita mengandung yang memasuki trimester ketiga dalam tempoh PKP ini pasti khuatir untuk keluar menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan dan tertanya-tanya adakah mereka memerlukan persiapan yang lebih sekiranya ditakdirkan bersalin dalam tempoh PKP ini.
Pemeriksaan kandungan sangat penting untuk diteruskan dalam waktu PKP. Pemeriksaan akan bertambah kerap di trimester ketiga iaitu antara seminggu atau dua minggu sekali. Anda hanya perlu menunjukkan bukti dalam bentuk Kad Temujanji atau Buku Antenatal di pos kawalan polis sekiranya perlu hadir ke klinik.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan hanya membawa seorang peneman sahaja bersama dan mengamalkan penjarakkan sosial di samping menjaga kebersihan dan kerap mencuci tangan.
Adalah dinasihatkan agar anda memberitahu pihak klinik sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak supaya pemeriksaan dapat ditangguhkan sehingga tempoh pengasingan tamat.
Dalam tempoh PKP ini, wanita hamil tidak digalakkan untuk merantau atau pulang ke kampung untuk bersalin supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan. Tetaplah berada di tempat tinggal anda dan bersalin di hospital yang berdekatan.
Sekiranya secara kebetulan anda berada di kampung sewaktu tempoh PKP ini, laporkanlah diri anda ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan kandungan dan untuk rujukan bersalin di hospital terdekat.
Adalah tidak digalakkan untuk anda keluar dari rumah melainkan untuk urusan pemeriksaan kandungan dan bersalin sahaja.
Kebanyakan hospital telah menghadkan pelawat dan menangguhkan pelaksanaan Polisi Mesra Ibu untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Anda boleh menghubungi pihak hospital untuk bertanyakan polisi semasa supaya anda lebih bersedia. Anda juga harus bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin dengan hanya ditemani petugas wad bersalin yang sentiasa bersedia membantu anda.
Persediaan untuk bersalin harus dilakukan awal supaya tidak terburu-buru apabila sampai masanya. Barang-barang keperluan lebih baik disimpan di dalam kereta yang akan menghantar anda ke hospital sewaktu hendak bersalin nanti. Adalah penting untuk anda memastikan anda membawa pembersih tangan untuk kegunaan anda di hospital kelak.
Bersegeralah ke hospital jika terdapat tanda-tanda seperti kontraksi yang lebih kerap, pendarahan atau pecah air ketuban. Dalam tempoh PKP ini, masa perjalanan anda ke hospital mungkin lebih lama memandangkan anda harus melalui pos kawalan polis di dalam perjalanan.
Justeru, anda boleh memohon bantuan pihak polis untuk menggunakan laluan kecemasan sekiranya kontraksi anda bertambah kuat.
Anda juga harus melalui kaunter saringan di pintu masuk hospital. Anda perlu memberitahu kakitangan bertugas sekiranya anda bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak atau mempunyai sejarah perjalanan dan kontak dengan pesakit Covid-19.
Anda juga mungkin perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 yang mengandungi segala maklumat di atas. Suhu badan anda juga akan diambil untuk memastikan anda tiada gejala sebelum anda masuk ke dewan bersalin.
Anda tidak perlu memakai topeng muka ketika bersalin sekiranya anda tiada gejala. Anda juga tidak perlu risau terkena jangkitan Covid-19 ketika bersalin, kerana pesakit-pesakit yang telah disahkan positif Covid-19 akan diasingkan dan dirawat di hospital khas Covid-19 yang berbeza dengan anda.
Kebanyakan hospital telah menghadkan waktu lawatan atau tidak membenarkan pelawat menziarahi pesakit untuk mengurangkan risiko jangkitan. Adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa bertenang dan fokus untuk memulihkan kesihatan anda selepas bersalin dan menyusukan bayi anda.
Sekiranya tiada masalah, anda akan dibenarkan pulang ke rumah dalam 12 jam ke 24 jam selepas bersalin secara normal. Bagaimanapun, anda harus dipantau dari dua hingga ke tiga hari sekiranya anda bersalin secara pembedahan.
Anda tidak digalakkan pulang ke kampung untuk berpantang sepanjang tempoh PKP ini. Berpantanglah di rumah anda dengan bantuan suami. Anda juga tidak digalakkan untuk menerima sebarang pelawat di rumah anda untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada anda dan bayi anda.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang menjadi ancaman negara dan dunia sekarang. Bersama-samalah kita mengikuti semua arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mematuhi PKP agar wabak ini dapat dikekang.
Sumber : Dr Amilia Afzan Mohd Jamil
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Via Sinar Harian.
tanda-tanda hamil 1 hari 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
📜
Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
...............................................................
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?
✏Sekelumit sejarah ✏
...................................................................
📜
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya
dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk
kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu?
Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin?
Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.
Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan
Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
.................................................................
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
.............................................................
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi:
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung:
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
...........................................
🌿
Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.
Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
Prof Shahidan Radiman mencatat:
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq
Wallahualam.
🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏
tanda-tanda hamil 1 hari 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
tanda-tanda hamil 1 hari 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
tanda-tanda hamil 1 hari 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
tanda-tanda hamil 1 hari 在 Kenali Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Gak Kamu Sadari 的推薦與評價
Lagi harap-harap cemas menunggu kehamilan ? Jangan-jangan, sebenarnya kamu sudah hamil, tapi gak sadar! Apa aja sih tanda - tanda awal ... ... <看更多>
tanda-tanda hamil 1 hari 在 Apa Saja Tanda-tanda Hamil 1 Minggu? Ternyata Begini Ciri ... 的推薦與評價
Apa Saja Tanda - tanda Hamil 1 Minggu? Ternyata Begini Ciri Hamil MudaHarap-harap cemas rasanya jika Moms dan Dads telah lama menunggu ... ... <看更多>