・・・
Hari ni adalah Hari Lahir Ayoh. Saya rasa semua tahu yang Ayoh saya adalah pesakit Dementia dan tahap kesihatan beliau semakin merosot. Saya harap semua rakan-rakan di luar sana dapat mendoakan agar Ayoh pulih seperti sediakala dan kembali sehat walafiat. Sudah tentu bukan suatu yang mudah buat saya, sejak berpindah ke Sekolah Sukan pada tahun 2004 dah jarang jumpa Ayoh dan ahli keluarga yang lain. Tambahan lepas berpindah ke Melbourne pada tahun 2007 sehingga sekarang, lagi lah susah nak jumpa. Tapi demi tanggungjawab kepada negara saya redha. Apa yang saya mampu buat adalah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ayoh di kampung. Saya harap Ayoh akan keep fighting melawan penyakit Dementia itu dan saya tahu Ayoh adalah seorang perwira.
Selamat Hari Lahir Ayoh.
.
#strokesurvivor #strokesurvivorsneverquit
#stroke #dementia #dementiaawareness
#father #dad #family #ayoh #ayah #birthday
#teamazizul #azizulawang @ Dungun, Terengganu, Malaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「strokesurvivorsneverquit」的推薦目錄:
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的精選貼文
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最讚貼文
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 Second Chance Stroke Survivors | Facebook 的評價
- 關於strokesurvivorsneverquit 在 Pin on Quotes to inspire - Pinterest 的評價
strokesurvivorsneverquit 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最讚貼文
Awang Bin Embong adalah Ayoh saya, stroke survivor dan mengalami Dementia. Siapa-siapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit Dementia ni pasti faham bagaimana cabaran yang diharungi oleh pesakit dan juga ahli keluarga itu sendiri. It’s an excruciating experience i tell you. Tengok video ni bercampur baur perasaan. Sedih ade, suka pun ade. Tetapi at least aku bersyukur sangat sebab tahu Ayoh di jaga rapi oleh adik beradik di Dungun. Hanya Allah yang boleh membalas jasa mereka. Kadang-kadang tu ada datang jugak sekali sekala perasaan macam useless je hidup ni. Terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai Ayah dan Mak sendiri kat kampung pon tak boleh jaga. Umur belasan tahun dah tinggalkan Mak dan Ayah demi nak kejar cita-cita dunia, konon nak jadi juara dunia. Bila menang di sanjung, bila kalah di..?? Betul lah kata orang, nikmat dunia itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Harap suatu hari dapat berbakti kepada mereka. Korang semua yang ada peluang nak jaga Mak dan Ayah tu, gunalah peluang sebaik mungkin, saya ni hanya mampu berdoa je. Moga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah ingat lagi, sebelum Ayoh kene stroke Allah bagi peluang dating berdua. First time pergi keluar berdua bersarapan dekat warung di kampung dan kesempatan digunakan dengan di isi dengan perbualan panjang. Such a golden moment. Kemuncak dia masa Ayoh pegi tengok saya race Sea Games Kuala Lumpur 2017 di Velodrome Nilai. Lepas tu kesihatan Ayoh makin merosot. Ayoh memang wira dan pahlawan yang melawan segala bentuk penyakit, dugaan serta segala macam yang melanda diri nya. In fact Ayoh sendiri memang bekas tentera dulu. Terima kasih Ayoh sebab saya rasa semangat pahlawan tu memang turun dekat diri saya skit. Saya tak nak ucap Selamat Hari Bapa kerna bagi saya setiap hari adalah hari yang special buat Ayoh. STAYSTRONGAYOH
.
Terima kasih adik bongsu @asive_awang atas perkongsian video
.
#strokesurvivor #strokesurvivorsneverquit #stroke #dementia #dementiaawareness
#father #dad #family #ayoh #ayah
strokesurvivorsneverquit 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
strokesurvivorsneverquit 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
strokesurvivorsneverquit 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
strokesurvivorsneverquit 在 Pin on Quotes to inspire - Pinterest 的推薦與評價
Dec 29, 2018 - See 108 "never give up" quotes to give you that extra push when you find your ... Motivational Quotes for Stroke Survivors: Get Inspired! ... <看更多>
strokesurvivorsneverquit 在 Second Chance Stroke Survivors | Facebook 的推薦與評價
Welcome to Second Chance Stroke Survivors! ... Please subscribe to our Stroke TV YouTube... ... never gave up or quit, stroke survivors don't give ... <看更多>