Jom terjah Japan! 🤩🍣
FOODS & SNACKS IN JAPAN 🍣🍱🍥🍛🍙
Kalau korang travel, korang cubalah makanan local, tambah-tambah snacks. Jom tengok apa yang aku try masa kat Kansai!
🍥 Food Place :
1. Luke Lobster, Dotonbori
Paling sedap ya ampun! Kitorang sampai 2 kali makan ah, tu pun rasa tak puas. Isi lobster yang manis tu campur rasa masin-masin butter sikit, makan dengan roti. Rindunya! Nak lagiiiii.
2. Matsuri, Osaka
Dapat rasa buat takoyaki sendiri, best! Dan sedap, hehehe. Okonomiyaki dia sedapp, korang kena datang sini untuk cuba Okonomiyaki yang halal. Dia ada jugak ramen, karage dan yang penting dia ada jual barang-barang takoyaki kalau korang nak bawa balik haha.
3. Ramen Honolu, Osaka
My favorite ramen. Spicy dan sedap! Chicken karaage dia pun sedap, wehhh ramen dia sedap teruk. Tak boleh move on tau tak, serious balik Malaysia pun terngiang-ngiang lagi kesedapan ramen tu.
4. Sushi, Kyoto
Kedai sushi ni dekat Kyoto, dia ada jugak sushi pusing-pusing bergerak sendiri tu. Sushi dia memang fresh dan kedai dia sentiasa ramai orang. Menarik sebab dapat rasa sushi orang Jepun sendiri yang buat haha.
5. Yakiniku Naritaya, Kyoto
Salah satu Yakiniku halal, agak mahal tapi kalau nak rasa okay je. Sedap jugak, daging dia lembut. Kedai ni buat kita sendiri grill daging tu dan makan. Kalau setakat nak cuba, boleh lah tong-tong duit.
6. Ayam-Ya,Osaka
Datang sini kena beratur tunggu giliran sebab tempat terhad dan ramai orang. Sama macam Ramen Honolu jugak tempat terhad. Ramen dan chicken karaage dorang sedap jugak.
7. Marugame Udon, Osaka
Kedai ni tepi jalan raya besar, dekat dengan shopping mall. Tempura dia ya ampun, menangis sedap! Makan dengan udon pula haih, nikmat nya.
8. Pablo, Dotonbori
Ada macam-macam dessert jugak sini, kitorang try Matcha Cheese Tart dia. Sedap! Mahal sikit tapi size dia besar, lepastu ada aiskrim jugak. Korang pilih lah apa dessert korang suka kat situ, boleh take-away atau dine-in.
************
Usually bought at Family Mart, Lawson, vending machine and some street shop.
🍥 Snacks :
1. Matcha Ice-Cream
2. Takoyaki
3. Coolish Vanilla Ice-Cream
4. Van Houten Cocoa Drink
5. Japanese Cream Puff
6. Nama Chocolate (Royce)
7. Fruits Crepe Universal City
8. Peach Ice Box
9. Calpis pudding drink
10. Starbucks
Tak sah kalau korang datang Japan, tak rasa minuman coklat Van Houten dorang. Ada dalam tin dan kotak. Nikmat kesedapan tak terhingga! Hahaha mohon minum setiap hari kalau pergi sana. Sana murah berbanding beli kat Malaysia.
Untuk Japanese Cream Puff tu taknak cakap banyak, just nak bagitau cream puff ni sedap gila! Cream dalam puff ni ya ampun pemurah betul, banyak! Crispy on the outside, creamy on the inside. Gituw! Hahaha.
Aiskrim Peach Ice ni unik! Sebab dia bentuk macam ais batu, tapi takde lah keras macam ais batu. Rasa peach, memang sedap! Bekas pun cantik, aku siap bawa balik bekas dia lagi haha.
Ya ampun korang kena cari dan rasa air Calpis Pudding Drink ni, sedap dia tak terkata! Serious tak tipu, kitorang masa beli taktau dia air puding, pastu bila minum ada rasa puding tu. Susah juga nak cari, kitorang cari kat Family Mart semua tak jumpa, masa kitorang beli tu tak ingat beli kat station mana tapi kat vending machine.
Sedap gila semuaaa! Korang pergi lah spend time kat Family Mart, Lawson & Vending Machine dorang tu, memang rambang mata habis. Ada snacks yang boleh dapat murah kat vending machine compare to store.
=====
Boleh follow aku untuk lebih banyak info travel dan makan,
Instagram : instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
#fatinsihantravel #fatinsihanfoodreview #kansai #osaka #kyoto #namba #dotonbori #japan
Search