Slm Rabu semua!! Atas permintaan ramai ni abang brian datangkan cara mudah untuk sediakan antara hidangan peberet abg brian yang dikongsikan semalam di #SeleraAbangBrian...
ingat temu janji kite setiap Selasa-Jumat pada kul 9pm dan 11am hari ahad secara langsung di fb abg brian
Nasi Ayam Hainan
1 ekor ayam
Garam kasar
5 inchi halia, dipotong kasar
2 batang daun bawang, dipotong kasar
2 sudu kecil minyak bijan
2 akar daun ketumbar
UNTUK NASI
2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
UNTUK SOS CILI
2 limau, diperah
2 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil gula putih
1 sudu kecil gula melaka
1 sudu kecil cuka
4 cili merah
4 ulas bawang putih
1inci halia
Sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak
1 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar kicap cair
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
1. Utk Ayam, gosokkan garam atas kulit ayam utk keluarkan kotoran. Bilas dengan air dan gosokkan sedikit lagi garam. Sumbatkan ayam dengan 2-3 keping halia dan daun bawang. Masukkan bahan lain dalam periuk dan tuangkan cukup air (suhu bilik) untuk menutupi ayam. Letakkan atas api dan panaskan sehingga mendidih. Biarkan mendidih untuk 15 mins. Tutup api dan tutupkan periuk dan biarkan ayam dalam periuk dengan air panas untuk 45mins- 1 jam. (Atau sehingga masak sepenuhnya)
2. Utk Nasi, tumiskan bawang putih dan halia dengan mentega sehingga bau naik. Masukkan kesemua bahan lain dan tanak nasi seperti biasa.
3. Utk Sos cili, kisarkan kesemua bahan dan panaskan atas api sehingga cukup likat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Utk Sos Ayam, tumiskan bawang putih dengan minyak sehingga bau naik. Campurkan dengan semua bahan lain.�
#resipicina #halal #resipihalal #resipi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #chineserecipes #resipiayamcina #nasiayamhainan #ayam #resipiayam #recipes #asianrecipes #halalrecipes
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
resipiayamcina 在 Abang Brian Facebook 的最讚貼文
Dah hampir seluruh negara diumumkan akan pkp semula.... sedih.... takpe duduk kat umah dan masak je ekk... ni abg brian payungkan resipi yang dikongsikan semalam di #SeleraAbangBrian
Ingat temu janji kite Selasa-Jumaat @ 9pm dan Ahad @ 11am
Chinese Style Tofu Kukus Halal
1 paket tofu lembut
100g ayam cincang
2 sudu besar udang kering, direndam air panas
2 daun bawang, dihiris kasar
1 cili api, dihiris
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil klicap cair
1/2 cawan air
Gula dan garam, secukup rasa
1 sudu kecil minyak bijan
Lada putih
1 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu besar air
Dalam magkuk tahan haba, kukus tofu utk 5 min.
Dalam Periuk lain, tumiskan ayam, udang kering, daun bawang dan cili api dengan sedikit minyak. Masukkan kesemua bahan lain dan masak sehingga memekat.
Tuangkan ayam cincang yang telah masak atas tofu dan hiaskan dengan daun bawang.
#resipicina #halal #resipihalal #resipi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #chineserecipes #resipiayamcina #tofu #ayam #resipiayam #steamedtofu #recipes #asianrecipes #halalrecipes #tofurecipes
resipiayamcina 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
Spt biase ni abg brian payungkan resipi yg dikongsikan di #SeleraAbangBrian... ingat temu janji kite kul 9pm nanti secara langsung di fb yerr... arini ade tawaran semasa siaran sahaja yang bakal membantu anda masak time pkp ni ...
Ayam Gajus Cina Halal
400g ayam, dipotong ikut saiz yang diingini
2 sudu besar tepung ubi
⅔ cawan minyak masak
2 sudu besar bawang putih cincang
1 cawan bawang merah kecil, dibelah empat
8 cili kering, direndam air panas
1 cawan kacang gajus
3 cili merah, dihiris kasar
3-4 daun bawang, dihiris kasar
Utk Kuah:
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada putih
Secubit gula perang
6 sudu besar kaldu ayam
1 sudu kecil tepung jagung + air
Salutkan ayam dengan tepung ubi dan goreng garing dalam minyak secukupnya. Toskan.
Ambil sikit minyak gorengan ayam dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering sehingga bau naik.
Masukkan ayam, bahan kuah, cili merah dan daun bawang dan masak sehingga kuah memekat.
#resipicina #halal #resipihalal #resipi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #chineserecipes #resipiayamcina #ayamgajus #ayam #resipiayam #cashewchicken #recipes #asianrecipes #halalrecipes #gajus