“Saya biasa tidur dalam kelaparan.”
Selepas kejadian gempa bumi yang membadai Palu pada tahun 2018, Fatimah yang dahulunya seorang pekerja dobi tidak lagi boleh bekerja akibat kecederaan yang dialaminya daripada peristiwa tidak diguga itu. Di usianya 70 tahun, beliau hanya tinggal seorang diri di sebuah pondok yang serba daif dan hanya bergantung harap kepada bantuan jiran-jiran sekeliling.
“Semua makanan dan barang keperluan saya adalah ihsan daripada jiran-jiran dan juga saudara mara saya yang kadangkala datang menjenguk saya.
“Saya malu jika mahu meminta daripada jiran-jiran. Tetapi mereka sangat baik dan selalu menghantar makanan kepada saya walhal saya tahu mereka juga susah dan sedang bergelut untuk memberi makan buat keluarga mereka sendiri ketika pandemik ini.
“Saya sudah biasa tidur dalam keadaan perut kosong, lebih-lebih lagi setelah berlakunya gempa bumi dahulu. Saya sudah tua dan tidak banyak benda yang boleh saya buat.
“Pek makanan ini sangat bermakna buat saya kerana saya tahu ramai orang yang sedang susah sejak wabak Covid-19 ini melanda dan bantuan ini memberi harapan buat mereka semua.
“Makanan yang diberi ini sangat mencukupi untuk diri saya dan mampu bertahan lebih dari sebulan,” kongsi Fatimah, penerima manfaat pek makanan Ramadan tahun 2020 di Indonesia.
同時也有34部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅Queenzy Cheng 莊群施,也在其Youtube影片中提到,Walau di mana kita berada, Raya masih boleh disambut dalam norma baharu. Jarak bukan penghalang untuk kita raikan bersama. Zahirkanlah rasa kesyukuran...
「ramadan 2018」的推薦目錄:
- 關於ramadan 2018 在 Hasmie - by Irma Hasmie Facebook 的最佳解答
- 關於ramadan 2018 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於ramadan 2018 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於ramadan 2018 在 Queenzy Cheng 莊群施 Youtube 的精選貼文
- 關於ramadan 2018 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於ramadan 2018 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
- 關於ramadan 2018 在 Ramadan 2018: Why dates are important during holy month 的評價
- 關於ramadan 2018 在 The Most Beautiful Collection of Ramadan Images - Pinterest 的評價
- 關於ramadan 2018 在 Ramadan 2018: Wishes, quotes and images to share on SMS ... 的評價
- 關於ramadan 2018 在 Ramadan 2018: When is Eid-al-Fitr 2018? WhatsApp ... 的評價
- 關於ramadan 2018 在 Showtime Bistro - Spend the blessed month of Ramadan with ... 的評價
ramadan 2018 在 Facebook 的最佳貼文
Gambar ini pada 2018 ketika saya di bumi Palestine pada bulan #ramadan Banyak pengalaman dan pengajaran dikutip khususnya dalam sejarah Islam pada zaman Baginda Rasulallah SAW dan Nabi Isa a.s.
-
Ramadan 2019 : Syukur 🤲🏻 ke hadrat Ilahi saya diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam ke-empat selama sebulan penuh walaupun ketika itu sedang hamil. Alhamdulillah
-
Ramadan 2020 Dunia ditimpa musibah yang tidak pernah disangka akal fikiran manusia. Pandemik global meragut puluhan juta manusia. Dalam keadaan norma baru, ia tidak mematahkan semangat umat Islam untuk merebut pahala. Hikmah disebalik covid 🦠 ini memberi kita lebih fokus pada amalan ibadah. Dengan larangan keluar, maka tiada jemputan berbuka, tiada majlis sosial. Secara tak langsung ia memberi masa yang lebih untuk beribadat dan berterawih 🧎🏻
-
2021 juga punyai cerita tersendiri. Jika 2019 saya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh, sebaliknya pada tahun ini, Saya hanya mampu melihat kenikmatan mereka beriftar. Ketika keluarga bangun untuk sahur, saya bangun untuk menyusukan bayi 👩🏻🍼 Allah sebaik-baik perancang #GantiPuasaSorang2Nanti
ramadan 2018 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
~Islam di Perancis - Islamophobia~
.
Sejak beberapa hari ni, ramai bertanya saya tentang keadaan sebenar apa yang berlaku di Perancis.
.
Saya mohon maaf sebab hanya berdiam diri, kerana saya ingin menunggu kenyataan rasmi organisasi Muslims of France (Musulmans de France), Majlis Ulama dan kenyataan Imam-Imam Perancis.
.
Walaupun saya telah lama tinggal di Perancis, tetapi bagi saya rakyatnya lebih memahami akan urusan negara mereka sendiri berbanding seorang penumpang seperti saya.
.
Sebenarnya keadaan Islamophobia di Perancis adalah sangat rumit untuk diringkaskan, kerana ia adalah hasil daripada satu pengalaman yang panjang.
.
Kata ulama terkenal Perancis, Syeikh Dr Tariq Ramadan, kita perlu kembali ke zaman raja monarki, kemudian ke zaman kolonial, sebelum ke zaman moden Perancis, agar boleh memahami peristiwa ini.
.
Secara ringkas, Perancis asalnya merupakan negara barat yang paling kuat beragama pada zaman dahulu. Kuatnya pengaruh mereka sehinggakan Pope di Vatican hanyalah boneka raja Perancis.
.
Tetapi setelah sekian lama, akhirnya agama telah mengecewakan mereka. Puluhan peristiwa berlaku seperti penipuan Raja Philip IV sehingga terbubarnya Knights Templar, peperangan 300 tahun atas nama agama dan kezaliman agamawan yang hidup bermewah tanpa memikirkan kemiskinan rakyat marhaen.
.
Pengalaman selama ribuan tahun ini mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada golongan agamawan. Lalu lahirlah konsep Laïcité iaitu Sekularisme di Perancis, di mana agama dipisahkan daripada pemerintahan.
.
Sekular di sini juga bermaksud kepercayaan agama tetap boleh diamalkan kerana ia adalah hak individu, tetapi tidak boleh dipamerkan di khalayak ramai. Konsep ini terpakai untuk semua rakyat Perancis.
.
Maka orang Islam tidak boleh memakai purdah/niqab, orang Kristian tidak boleh memakai salib dan orang Yahudi tidak boleh memakai kippah di khalayak ramai.
.
Saya pernah cerita secara terperinci sejarah Sekularisme di Barat dalam post saya yang terdahulu di Instagram. Secara umum, sistem Sekularisme ada baik dan buruknya di Barat.
.
Antara kebaikan Sekularisme di Barat ialah muslim yang merupakan kumpulan minoriti telah dijamin hak mereka dan tidak boleh didiskriminasi oleh undang-undang.
.
Maka tidak hairan terdapat Imam-Imam Perancis yang menyeru pemerintah untuk menghormati konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) ini, sama seperti mana ulama-ulama di Malaysia menyeru pemerintah menghormati Perlembagaan Persekutuan.
.
Sekarang mengenai Islam pula. Kita perlu faham bahawa Perancis mempunyai peratusan muslim paling ramai di dunia Barat, iaitu seramai 10%.
.
Untuk memahami konteks, peratusan kaum India di Malaysia hanyalah sekitar 7%. Ini bermaksud kita lebih mudah bertemu muslim di Perancis berbanding bertemu sahabat India kita di Malaysia.
.
Tetapi sedihnya, orang Islam Perancis umumnya terpecah kepada 2 golongan: majoriti yang bermanhaj sederhana, dan minoriti yang berfahaman ekstrimis. Para Imam Perancis memanggil golongan minoriti ini sebagai Jemaah Takfiri atau Salafi Jihadist.
.
Tambahan pula, sejak 10 tahun kebelakangan ini, banyak aktiviti keganasan telah berlaku di Perancis, yang mana kesannya telah mengeruhkan lagi imej agama Islam.
.
Di bawah ini ialah ringkasan statistik keganasan di France sejak 10 tahun yang lepas:
.
# 2010 - 3 kejadian, 1 mati
# 2011 - 8 kejadian, 4 cedera
# 2012 - 65 kejadian, 8 mati, 8 cedera
# 2013 - 12 kejadian, 5 cedera
# 2014 - 14 kejadian, 1 mati 15 cedera
# 2015 - 36 kejadian, 161 kematian, 300 cedera
# 2016 - 12 kejadian, 89 mati, 451 cedera
# 2017 - 9 kejadian, 3 mati, 16 cedera
# 2018 - 3 kejadian, 10 mati, 30 cedera
# 2019 - 3 kejadian, 4 mati, 16 cedera
# 2020 - 7 kejadian, 4 mati, 11 cedera
.
Berdasarkan statistik ini, kita boleh faham bahawa kebimbangan dan ketakutan rakyat Perancis mempunyai asas yang kukuh.
.
Tambah memilukan kita, suara muslim yang moderat dan sederhana di Perancis seolah-olah tenggelam dengan amukan media yang memukul rata bahawa Islam adalah agama keganasan.
.
Kata Imam Hassan Chalghoumi, imam besar Masjid Drancy bahawa kita muslim telah kalah dalam melontarkan suara dan mempromosi kebaikan agama kita sendiri.
.
Sewaktu saya berforum awal tahun ini dengan Mufti Perancis, Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim al-Azhari, beliau berkata bahawa kadangkala banyak tindakan orang Islam Perancis ini telah merugikan agama Islam itu sendiri.
.
Islam mengajar kita supaya sentiasa berhikmah dalam berdakwah, terutama ketika dalam keadaan lemah dan sedikit. Saya tidak katakan kenyataan President Emmanuel Macron adalah tepat kerana sudah tentu ucapannya telah mengguris hati umat Islam.
.
Tetapi saya katakan biarlah kita berlawan dan berprotes dengan saluran yang tepat, bukan dengan keganasan. Mesej perlu diberi dengan tegas, jelas dan berhikmah.
.
Hargai dan hormatilah jasa para ulama Eropah, yang bersusah payah memerah otak untuk mengsyi'arkan agama Islam di sebuah bumi yang asing. Perjuangan ini bukan dihampar dengan permaidani merah.
.
Buat para sahabat yang ketawa dan me"padan muka"kan peristiwa ini, ingatlah apa yang saya beritahu tadi, bahawa muslim di Perancis adalah muslim teramai di dunia Barat.
.
Kebanyakan mereka walaupun berkerakyatan Perancis, tetapi sebenarnya ramai daripada mereka dari segi genetik keturunan, berasal dari benua Arab Afrika (Morocco, Algeria, Tunisia, Libya etc).
.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kenyataan di media-media sosial, dan berlaku banyak konfrontasi di jalanan, untuk menghalau muslim pulang ke negara asal mereka.
.
Hal ini meresahkan hati mereka kerana mereka adalah rakyat Perancis yang sah, bukan rakyat mana-mana negara lain.
.
Tidak seperti saya, jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini, saya sentiasa boleh pulang ke Malaysia pada bila-bila masa.
.
Buktinya sewaktu pilihan raya umum 2017, penentang utama jawatan Presiden Perancis, Marie Le Pen telah menjadikan agenda penghapusan Islam sebagai modal utama kempen politik beliau.
.
Sebab itu para Imam Perancis telah mengarahkan rakyat Muslim Perancis untuk menyokong Emmanuel Macron pada waktu tersebut, melihat kepada mudarat yang lebih ringan.
.
Keadaan Muslim di Perancis sama seperti kata pepatah Melayu, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, ditelan mati emak, diluah mati bapa.
.
Alhamdulillah rakyat Perancis secara umum telah menolak politik kebencian yang cuba dibawa, menyebabkan kempen anti Islam tersebut mentah-mentah dibakul sampah oleh rakyat. Alangkah indahnya jika mereka semua ini muslim.
.
Tetapi orang bijak pandai akan nampak yang bibik-bibik kehancuran sudah mula sedikit demi sedikit terzahir, seolah-olah bom jangka yang menunggu masa untuk meletup jika tidak dirawat.
.
Sebab itu kami penduduk muslim di Eropah menyeru dunia untuk lebih memfokuskan agenda menzahirkan dan melonjakkan suara kesederhanaan ini, dan melawan kegilaan media, daripada mengecam tanpa mengetahui konteks dan realiti di Perancis.
.
Di samping itu mesej yang tegas perlu diberi kepada kerajaan agar tafsiran konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) tidak disalah guna sebagai tiket menyebarkan kebencian dan permusuhan antara rakyat.
.
Saya bersetuju dengan kata-kata Dr Khaliesah Kamal, bahawa kerajaan Perancis adalah sangat pemurah, adil dan saksama, tanpa mengira warganegara, bangsa dan agama, menjadikan kami selesa berada di tanah air kedua kami ini.
Akhir kata,
Je suis musulman. L'Islam est parfait, pas moi. Si je fais une erreur, rejetez la faute sur moi, pas sur ma religion!
(I am Muslim. Islam is perfect, not me. If I make a mistake, blame it on me, not my religion!)
Doakan sahabat-sahabat se-akidah kalian di bumi bersejarah ini dengan penuh kebaikan dan kekuatan.
Sekian,
Solehin Ismail,
Khamis 20/10/2020
Bandar Grenoble,
Pergunungan Alpes, France
ramadan 2018 在 Queenzy Cheng 莊群施 Youtube 的精選貼文
Walau di mana kita berada, Raya masih boleh disambut dalam norma baharu. Jarak bukan penghalang untuk kita raikan bersama. Zahirkanlah rasa kesyukuran kita pada hari kemenangan ini dan sama-samalah kita berdoa supaya sentiasa diberkati dan dikurniakan kesihatan yang terbaik.
Koleksi Lagu Aidilfitri
=================
Melodi Aidilfitri (2021) - https://youtu.be/r2KFF9uinjE
Kemenangan Aidilfitri (2020) - https://youtu.be/OIoWKWUH0eQ
Harapan Aidilfitri (2019) - https://youtu.be/xHftyxJUtA8
Salam Aidilfitri (2018) - https://youtu.be/HQcZZQoQCxk
Versi Tahun Baharu Cina
====================
Lunar New Year Blessings (2021) - https://youtu.be/mgeQP_feL8A
Joyous Spring Breeze (2020) - https://youtu.be/hGRaErGoTk8
Spring Wishes (2019) - https://youtu.be/HmzDJqPFIfE
You Are The Best! (2018) - https://youtu.be/1Z0nW9FwLvM
Lirik Melodi Aidilfitri
================
(diubah lirik dari lagu Tahun Baharu Cina 2021 Lunar New Year Blessings)
Melodi Aidilfitri bermain di fikiranku selalu,
Hari Raya bakal menjelang semula,
Hari Raya di nusantara pasti riuh rendah dan ceria,
Terkenang sambutan bersama keluarga.
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Raya Woo Raya
Lupakan segala keresahanmu,
Fikirkan memori manis,
Lambaian Syawal kian dekat di hati,
Mulakanlah perjalanan ke kampung,
Dengan iringan doa,
Pemandangan yang indah menemani anda.
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Raya Mmm Woo Raya
Lenggang, Lenggang, Lenggang, Lenggang,
Balik dari menyabung, Makanlah nasi sahaja,
Balik dari menyabung, Makanlah nasi,
Nasi sahaja.
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Raya Mmm Woo Raya
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Raya Mmm Woo Raya
Kuih raya, dodol, rendang, ketupat,
Juadah berhari raya,
Diserikan dengan kedipan pelita,
Pagi syawal Takbir telah bergema,
Sambutan di perantauan,
Gembiranya wajah keluarga tersayang.
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Hey Oh Mmm Hari Raya
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Wey Oh Oh Oh
Woo Hey Oh Mmm Hari Raya
Mari kita sama-sama,
Menadah tangan berdoa,
Memanjatkan kesyukuran,
Aidilfitri.
Follow Queenzy & Veron's Social Media Channel
=======================================
Queenzy Cheng 莊群施
Facebook: https://www.facebook.com/queenzycheng
Instagram: https://www.instagram.com/queenzycheng
Weibo: https://www.weibo.com/queenzcheng
Website: https://www.queenzycheng.com
Veron Lin 练倩汶
Facebook: https://www.facebook.com/veronlinveronfp
Instagram: https://www.instagram.com/veronlin
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCFu5Ax6FFucVyhEBtfC6xAw
Release Date : May 2021
Copyright © 2021 Qhinetic Ventures Malaysia. ℗ 2021 Qhinetic Ventures Malaysia. All Rights Reserved.
#queenzycheng #raya2021 #melodiaidilfitri #veronlin
ramadan 2018 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Nippon Sushi yang telah beroperasi dari tahun 2018 kini telah melebarkan sayapnya ke Prima Saujana, Kajang. Nippon Sushi kini telah mempunyai 12 cawangan di serata semenanjung Malaysia.
Mengetengahkan menu masakan daripada negara matahari terbit iaitu Jepun. Kelebihannya adalah kesemua makanan di Nippon Sushi ni di jamin HALAL.
Antara menu yang kami cuba disini ialah:
Sushi Plate (Kaiten), Unaking, Beef Wagyu Sukiyaki & Salmon Teppanyaki
?Lokasi Nippon Sushi»
1. KAJANG - Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
2. GOMBAK - 16G, Prima Samudera Jalan Samudera Utara 11, 68100 Batu Caves, Selangor
3. BATU PAHAT - Old Street Commercial Centre, Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
4. AMPANG - No. 84, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
5. BANGI - No 8-G-01, Jalan Medan PB2, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
6. KLANG - KSL Avenue, 7&9 Jalan Bestari 9/KS09, Bandar Bestari, 41200 Klang, Selangor
7. SEREMBAN - 11-G Gerbang Seremban OFF Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban
8. SHAHALAM - B-LG-13 Vista Alam, Jalan Ikhtisas Seksyen 14, 40000, Shah alam
9. MUAR - No.6 8-3, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Johor
10. MELAKA - No 15&17, Jalan Komersial TAKH 2, Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, 75450 Melaka
11. KELANA JAYA - L1-3AK, L1-5K & L1-6K, Residensi Highpark, No.1 Jalan SS6/7, SS6, 47301 Kelana Jaya, Selangor
12. SUBANG JAYA - Lot G07A-C Subang Parade, No.5 Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya Selangor
Facebook: NipponSushiMY
Instagram: nipponsushi_my
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT: CAMERA OPERATOR & VIDEO EDITOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/) - - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
©️ Copyright & Disclaimer Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
ramadan 2018 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
SEHARI SEBELUM RAMADAN ! | Bersihkan luar rumah guna pressure washer
Compilation vlog 2 hari setengah. Aisyah bersihkan longkang guna pressure washer, satisfying terukzz. lepas tu keesokan harinya, Aisyah DIY organizer laci sebab new baby is coming hehehe
lapik kereta: https://bit.ly/35SwPX9
Pressure washer: https://bit.ly/2YOjVrP
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
BUSINESS INQUIRIES: aisyahhabshee@gmail.com
THANK YOU EVERYONE, JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE!
FAQs
Umur bape tuu?--- 23
Rakam guna apa?--- G7X mark ii/ GoPro hero 7 Black
Edit guna apa?--- Sony Vegas Pro 14 / Adobe Premiere Pro 2018
?Music Probably by one of these artists
Dj Quads
https://soundcloud.com/aka-dj-quads
Dyalla Swain
https://soundcloud.com/dyallas
Joakim Karud
https://soundcloud.com/joakimkarud
Lakey Inspired
https://www.youtube.com/channel/UCOmy...
VALNTN - Mona Lisa - https://thmatc.co/?l=A9A966CE
Dan and Drum - Taste Like - https://thmatc.co/?l=D2A7AA97
Eric Reprid - 22 - https://thmatc.co/?l=CD9B9E7
Emma Kern - We So Fly - https://thmatc.co/?l=DD19CBBF
Dewey Wiles - Just Because You're Sorry - https://thmatc.co/?l=BDBD943E
Stereo Jane - Strangers - https://thmatc.co/?l=B2600E1A
Devin Kennedy - No Worries - https://thmatc.co/?l=71C465A7
-Something Bout That Feeling - https://thmatc.co/?l=7EC4495E
ramadan 2018 在 The Most Beautiful Collection of Ramadan Images - Pinterest 的推薦與評價
May 12, 2018 - The Most Beautiful Collection of Ramadan Images, Ramadan greetings, Ramadan wallpapers, Ramadan dps for whatsapp. ... <看更多>
ramadan 2018 在 Ramadan 2018: Wishes, quotes and images to share on SMS ... 的推薦與評價
Ramadan 2018 : Wishes, quotes and images to share on SMS, WhatsApp, Facebook · On the occasion of Ramadan, let's celebrate and enjoy and ask Allah ... ... <看更多>
ramadan 2018 在 Ramadan 2018: Why dates are important during holy month 的推薦與評價
The holy month of Ramadan is here again! Muslims from all across the world will observe month-long fasting to honour Prophet Muhammad. ... <看更多>