Assalamualaikum!
Di atas permintaan ramai (macam ramai sgt 😂) untuk pertama kalinya saya share kan tips & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada public setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat2 power 😬
DIET KALORI : FROM XL TO XS
Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yg silap termasuk sy, igt DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yg sgt2 salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dgn pakar pemakanan ye 😊
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT 😊 ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu...itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.
1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu 😊 kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu 😂
6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.
7. Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia 🇲🇾 tak boleh tinggalkan nasi 😊. So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal.
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT 😬.
8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak 😂 bihun sup ye atau tom yam.
10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD 🍔, KFC 🍗 & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu 😜
11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring 😂. Yang goreng2 elak ye.
12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang 😊.
14. Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15 PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebi dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah 😊
19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya ☺️
20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu 😂
21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye 😬 menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yg ideal untuk jangka masa yg panjang dan kekal sihat in shaa Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kpd anda semua kerana sudi membaca coretan saya 😊
「menu diet buah dan sayur seminggu」的推薦目錄:
menu diet buah dan sayur seminggu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
kisah laki gemok part 17
--------------------------------
Berat terkini, setelah sebulan lebih makan berhemah ini, baru turun 5kg
Pelan pelan kayuh. Aku diet tapi tetap makan nasik, perut melayu katakan, adohai..
Tip yang aku amal. Jika salah tolong tegur
Sarapan pagi jam tujuh, telur separuh masak dua bijik dan air teh hijau tanpa gula, memang kenyang lama.
Kudapan jam sepuluh, buah epal atau roti wholemeal, ait teh O kurang manis atau guna pemanis Stevia.
Merarau di tengah hari, nasi separuh pinggan, (kadang kadang Puan Bini masak beras perang pun Okey), sayur dan ikan atau ayam atau daging (panggang, rebus, atau bakar) sekali sekala ganti dengan udang atau sotong atau ketam. Minum air suam jer waktu tengah hari.
Cicipan jam tiga, sama lebih kurang macam kudapan.
Second Cicipan jam lima, sama macam cicipan, sekali sekala makan kerepok lekor sebab senang dapat area sini.
Sebelum magrib, atau lepas magrib, atau lepas isyak, Makan malam lebih kurang sama lauk dengan Merarau, nasi, sayur dan ikan atau daging, semua tak bergoreng, elakkan minyak, kurangkan garam dan gula, airpun air suam.
Jam 10 malam, gabi minum teh Tarik guna susu cair dan pemanis stevia, cicah dengan roti atau makan epal, kadang kadang kerepok lekor. Teh Tarik ni sebab dah ketagih, jadi lepas juga hajat walau guna stevia dan susu cair sesudu. adohai...
Begitulah menu makan aku sehari hari, tak berlapar langsung, dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama. Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.
Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu, adohai…
Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.
Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.
Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas dapur dan kemas rumah.
Satu lagi aku cakap kat Puan Bini, masa kita kahwin dulu takde ambik gambar cantik cantik guna jurugambar professional pakai baju pengantin semua, so aku plan jika ada rezeki, lepas dah capai berat badan sasaran, aku nak ‘bersanding’ semula dengan Puan bini, ha ha, siapa ada set baju dan set pelamin pengantin yang best best, bolehlah taja, jurugambar yang pro pun boleh taja jugak jika mahu, alahai, nanti aku selit servis korang dalam buku aku akan datang "kisah laki gemok", he he.
Wah, jauh benar berangan ni, sambil menguyah pulak tu.
Okey, nak pergi berjalan kaki sambil baca respon korang pulak, walau dari jauh nampak macam main pokemon go, Nampak tak kat telinga aku ada ear phone yang bersambung dengan smart phone?
Sedang dengar ceramah beb!
Sila kagum dari jauh!
Woha!
#kisahlakigemok