📝 Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin :-
Ikan kembung - gatal
Ikan cencaru - tajam
Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin - gatal
Ikan tongkol - gatal
Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah - angin
Telur - gatal
Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
Santan - sejuk dan angin
📝 Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
✅ Ikan haruan
✅ Ikan selar
✅ Ikan gelama
✅ Ikan merah
✅ Daging
✅ Sayur sawi
✅ Sayur carrot
✅ Sayur brokoli
✅ Buah oren manis
✅ Kismis
✅ Kurma
✅ Madu
✅ Habbatussauda'
✅ Susu kambing
✅ Halia
✅ Bawang putih
✅ Lada hitam
✅ Ulam pegaga
Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .
📝 Jenis Masakan Paling Disyorkan ;
👍 Sup
👍 Bakar
👍 Rebus
📝 Jenis Minuman Disyorkan ;
👍 Jus oren manis - bagus untuk luka
👍 Air milo panas
👍 Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
👍 Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
👍 Air rebusan kunyit
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .
👉 Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .
👉 Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .
👉 Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .
"Selamat Berpantang" 😘
✏️ Dah baca, sila Like/Share agar lebih ramai ibu2 dapat manfaat dari perkongsian ini..
Via Pesan Bonda.
#Tips #Perkongsian #Hamil #Berpantang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
manfaat kacang tanah 在 Coach Hardiana Facebook 的最佳解答
TIPS: SNACKING SIHAT (KEKACANG) !
================================
"Saya TAK kuat makan pon, tapi saya suka nak KUNYAH itu ini!"
"Bila suka nak mengunyah macam-macam, sebab tu berat badan saya naik!!!"
Nak tau tak??? Nak kurus, tapi suka kunyah2??? No problem! Sebab, salah satu kudapan berkhasiat untuk membantu proses perkembangan otak dan baik utk kesihatan adalah dari sumber KEKACANG!
.
💥 8 Jenis Kekacang bantu anda KURUS! 💥
✅Badam
Badam mempunyai asid lemak Omega3, banyak serat dan protein. Makan badam, anda akan cepat kenyang jadi anda akan rasa kurang kempunan untuk makanan berlemak (nasi lemak lah kan), kalori karbohidrat yang tinggi. 14 biji kacang badam bersamaan 100 kalori sahaja.
✅Gajus
Gajus dapat mengenyangkan perut yang paling cepat, mempunyai fosforus, zink, lemak sihat, tinggi serat dan protein. Sangat baik untuk mengurangkan berat badan apabila dimakan secara sederhana. 13-14 biji kacang gajus bersamaan 100 kalori sahaja.
✅Hazelnut
Sangat baik untuk mencegah kanser, dan juga membantu mengurangkan rasa sakit 'cramp' di otot apabila melakukan senaman atau bermain sukan. Ianya mengandungi 176 kalori, 3 gram serat dan 17 gram lemak dalam segenggam kacang hazelnut.
✅Kacang tanah
Kandungan protein kacang tanah jauh lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. 2 sudu besar kacang tanah bersamaan dgn 100 kalori sahaja. Kacang ini juga dikatakan membantu pertumbuhan rambut, kawal tahap kolestrol badan dan boleh buatkan kulit kita lebih sihat dan glowing.
✅Pistachio
Kacang ini membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal. Kacang ini juga berkalori rendah, seseorang boleh makan 28 biji kacang pistachio yang hanya mengandungi 100 kalori.
✅Walnuts
Boleh mengurangkan risiko kencing manis, kanser dan penyakit jantung. Walnut kaya dengan asid lemak Omega3, tinggi serat dan protein. Ia juga memberi banyak manfaat untuk jantung lebih sihat. 7 biji kacang walnut bersamaan 183 kalori sahaja.
✅Kacang kuda
Kacang ini antara sumber terbaik zink, folat dan protein. Selain kaya dengan serat untuk mengawal pemakanan dan menyalurkan karbohidrat bagi mereka yang mempunyai masalah insulin atau diabetes. Kacang kuda juga rendah lemak dan suber sumber terbaik kalsium. 1 cawan kacang kuda bersamaan dengan 268 kalori sahaja.
✅Pecans
Kacang ini bantu melancarkan peredaran darah, menyihatkan organ usus dan mampu mengurangkan masalah pembuangan air besar. Jika anda makan 10 biji kacang pecans ianya bersamaan 100 kalori sahaja.
Boleh je nak snacking kacang, cuma perlu KAWAL KUANTITI pengambilan betol-betol. Walaupon ianya kudapan yg menyihatkan, ia juga tetap ada nilai kalori. Maka hati-hati, jangan terlebih pengambilan kalori harian anda, ok!!!!
Regards,
Coach Hardiana