"Haa! mana pemberita?! Mana TV3, mana Harian metro? Mana Kosmo? mana pi ke semua?? Pi la temuramah brader ni! viralkan dia biaq semua Rakyat Malaysia tengok! dengaq! dan pikiaq!
Sememangnya ramai Rakyat nak tengok dengaq hal hal berita yang masuk di akai, kita nak tau apakah yang sebenarnya sedang terjadi?. Clear clear brader ni tibai Khairi dan DG Nor Hisyam kot!, secara terbuka kot dia tibai depa dua ni. Benda dah semakin viral. Rakyat ternganga melopong tak tau hat mana betui hat mana taik ketui!
Manakala Newspapers Malaysia dok kalut paparkan hal-hal 'ajaran sesat' hat 'punk makan sampah', 'Polis bikin parti liar'. Dok jamu cerita hat lagu tu lah!!,
Hat Rakyat nak tau tentang betui ka vaksin ni betui! bagueh ka tak bagueh Vaksin ni, depa tak mau bubuh kat muka depan surat habaq! Lagu tu lah berzaman dah! dari tok kadoq sampai la kela ni! Muka depan surat habaq Malaysia, seringkali kaedahnya sering isi ceritanya sama saja iaitu:
'melindung! Mengampu dan menjilat!'.
"Anak aku hilang dalam perkarangan balai polis lebuh pantai pulau pinang. Under custody of 14 shariah court's high counsil, keesokannya yang keluar dalam surat habaq..'aku juga yang salah.
'hmm bagai di kata la..,
'Sembahyang tak tinggai tapi perangai..'
Ok ok.. tengok lah brader ni kalau dia selalu ke depan hentam pasai vaksin ni.. hangpa tunggu la tengok muka depan surat habaq nanti.. dia nanti kena kecam macam gendang, padahal apa yang brader ni cakap memang wajib di halusi dan di bela. Sebab dia sedang membela umat manusia.
Apa apa pun aku salute la brader kita ni, dia berani.. dan anyway aku pun sedar jugak, yang aku ni tak bolehlah nak terus marah kat KJ dan DG. Sebab KJ dan DG ni mungkin juga ada agenda nak selamat Rakyat malaysia, Namun persoalan yang timbul kenapa KJ tak bertindak dengan segera buat satu rancangan TV. 'Hati ke hati bersama ketulusan jiwa'. Adakan majlis muzakarrah di antara doktor pakar yang bersetuju dengan vaksin dan doktor pakar yang menentang vaksin. Ini adalah demi mendapat satu kata putus yang terbaik untuk rakyat Malaysia. 🙏🏽✌🏽❤️
KORAN - Lagu lirik dari Iwan Fals.
(Koran - Surat khabar dalam bahasa Indonesia)
https://youtu.be/JZmDsIrocn0
"Biarkan Indonesia Tanpa Koran"
Penguasa sekarang mudah marah
Berkata selaksa manusia yang resah
Kudengar dari balik rumpun bambu
Sedikit pun mereka tak bisa diganggu
Pada malam September delapan enam
Berita Radius Prawiro bikin geram
Empat puluh lima persen yang hilang
Rupiah yang kita cinta berjalan pincang
Pernah kau berjanji bak seorang nabi
Bahwa devaluasi tak mungkin terjadi
Bersuara emas kau di mimbar akbar
Tapi ternyata kau seorang pembohong besar
Ya kalo gaji kita berjuta sebulan tak jadi soal
Apalagi yang miliar banyaknya, rupiah ditukar dollar
Ya iya kita kaum jelata, buruh tani, guru dan kuli
Padamu untuk yang kali ini, lukai nurani kami
Tinta merah bekas seorang menteri
Beri gelar penguasa sewenang wenang
Aku membaca dari koran sore
Yang kini sudah tak boleh lagi beredar
Duka cita untukmu sahabat
Dari kami disini
Yakinlah engkau tak sendiri
Masih ada kami yang bernyanyi
Sayangnya kami masih sekolah
Baru bisa gelisah
Tentu kalau sudah selesai
Pasti lebih lantang suara ini
44 SK akan dicabut
Hal itu yang kau beberkan kami setuju
Sebagai wartawan kau sudah benar
Sebagai penguasa mungkin juga benar
Tajam pena katanya bikin resah
Soal itu masyarakat biasa saja
Koran sore dihantam pemerintah
Justru itu hal yang membuat kami resah
Mana rasa setia kawan dari teman seprofesi
Mari kita mogok menulis biarkan Indonesia tanpa koran...
(HEBAT SEKALI IWAN FALS) jalan terus.✌🏽❤️
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Penyanyi Nabila Razali, 29, tidak akan mengalah dan berhenti menyanyi hanya kerana insiden nyanyiannya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Ked...
「lagu salah aku juga」的推薦目錄:
lagu salah aku juga 在 Facebook 的最佳貼文
“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”
*******
Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.
Katanya,
“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”
Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..
Sahabat dalam tepon sambung cerita:
“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”
Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?
Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?
Sahabat dalam telefon teruskan cerita:
“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”
Dajjal apa pulak ni? tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..
“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”
Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,
Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..
Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..
“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,
Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...
banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”
Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..
Kawan terus bercerita:
“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!
Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."
Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;
“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”
Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:
"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”
Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)
Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:
“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...
Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...
Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”
Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!
Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “
“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”
“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”
“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”
“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”
“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.
Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..
Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)
Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”
Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..
"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”
"ye tak ye juga”.
Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....
Sekian.
Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.
Woha!
lagu salah aku juga 在 Facebook 的最佳貼文
Ada pembaca beragama selain islam baca Fb saya, dan tegur tulisan saya yang mereka tak setuju, bab saya cerita bukan Islam masuk neraka, katanya,
“orang yang banyak berbuat baik mungkin dilahirkan semula sebagai manusia yang sempurna,bagi yang berdosa mungkin akan dilahir semula sebagai binatang selepas habis hukuman. hukuman dibuat ikut kesalahan yang kita buat semasa hidup”
Maka saya ambil kesempatan bertanya:
“Apa pendapat kamu jika melihat seorang OKU?”
Saya Tanya sebab saya sendiri ada anak OKU, dan jawapan dalam Islam sangat melapangkan dada saya.
Jadi jawab orang tu:
“Itu di panggil Karma, jikalau kau Patahkan kaki Grasshopper, kau akan kena accident, buat baik berpada2”
Ohhh, jadi ikut kepercayaan mereka, anak saya OKU autisme sebab karana dosa masa hidup dulu, jadi saya Tanya balik:
“Jika kau kahwin dapat anak OKU, bermakna anak kau masa hidup dulu buat salah dan dilahirkan sebagai OKU, dan kau jadi parent OKU sebab salah apa? nanti dah dapat jawapan, boleh ke ayat tu disebarkan kepada parent yang sedang sedih kerana doktor sah kan anaknya OKU?
Dia dah tak balas soalan saya, tapi jika dia jawab itu Karma kehidupan parent tu maka dah tentu jawapan itu tak sesuai disebarkan kepada parent yang sedih dapat anak OKU, boleh jadi murung dan stress serta bunuh diri.
Bagi mereka yang ada anak OKU, jawapan dalam islam:
Jangan tanya KENAPA anak saya OKU? sebab nanti dapat jawapan yang salah,
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Ini Karma ke? Anak saya dulu patahkan kaki belalang ke? Saya pulak emak belalang tu ke? Tuhan tak sayang saya ke? Tuhan benci saya ke?
Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.
Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?
Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Saya ulang.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini. Sebab ada orang jauh lagi susah tapi masih mampu kuatkan keimanan,
Lantas saya teringat sorang makcik dalam TV dulu-dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan semua anaknya OKU hingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersihakan najis, semua maknya yang urus.
Waktu wartawan ada bertanya soalan: “Apa harapan makcik pada anak?” Sebab anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki saya tumpah.
Kata makcik tu..
“Harapan makcik..., makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak..”
Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, saya pun menangis jugak sebab saya rasa sampai ke matipun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan dapat memanggil
“Mak” walau sekali seumur hidup. Oh…,
Siapa yang potong bawang ni? Sob..sob…
Sesungguhnya, Makcik tu jauh lebih mulia dari saya sebab ujian dia lebih besar dari saya, sebab anak saya OKU Autisme, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?
Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sendiri sebab dia juga ada roh dan perasaan, dia juga sedang menderita sebab dialah pejuang sebenar di medan derita, makcik hanya membantu perwira yang sedang berjuang seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,
Dan yakinlah makcik suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.
Makcik mungkin tak kenal dia dalam syurga, lalu anak makcik menyanyi lagu Eric Clapton yang bertajuk Tears In Heaven. (Air mata dalam Syurga)
“Would you know my nameeeeee, If I saw you in heavennnnn?”
(Kenalkah kamu akan diri ini, jika aku ternampakmu di syurga?)
Ya, makcik, anak OKU adalah ahli syurga, dan kerana makcik sabar menjaganya, maka itulah anak makcik yang jauh lebih hensem dari Eric Clapton! Peluklah dia dipintu syurga dan bahagialah makcik selamanya!
Tahniah sebab lulus ujian menjaga anak OKU di dunia yang sementara, tahniah!
Akhir kata:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...
Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.
Terima kasih Allah atas nikmat mendapat anak Syurga.
Alhamdulillah.
Ps: So kepada semua ibu bapa yang ada anak OKU, Please welcome me to the club. Anak saya OKU autisme, dan saya Okey. Woha!
lagu salah aku juga 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Penyanyi Nabila Razali, 29, tidak akan mengalah dan berhenti menyanyi hanya kerana insiden nyanyiannya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, baru-baru ini. Nabila berkata, kejadian itu hanya menyemarakkan lagi semangatnya untuk membuktikan dia serius mahu menjadi penyanyi.
"Tidak mungkin saya berhenti. Saya memang suka menyanyi dan tiada yang boleh halang saya untuk terus berada dalam bidang dicintai ini.
"Itu bukan pengakhiran dan hidup perlu diteruskan. Itu bukan titik noktah untuk perjuangan saya dalam industri muzik sebab inilah yang saya mahu. Saya buat ini bukan untuk sesiapa tapi untuk keluarga dan diri sendiri," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kek lapis Sarawak premium jenama Big Mouth X Nabila Razali di sebuah hotel, di sini, semalam.
Nabila berkata, pada malam AJL35 itu, dia sebenarnya terlalu gugup dan tidak menjangka insiden itu boleh berlaku.
"Malam itu memang nak jadi. Saya memang pergi kelas (nyanyian), buat apa yang patut untuk persiapkan diri, malangnya ia terjadi juga.
"Tertekan itu tidak, tapi gugup memang ada. Saya sangat gementar apabila terus membuat persembahan di pentas besar selepas sekian lama tidak menyanyi di acara-acara lain," katanya.
Menurut Nabila, dia juga memutuskan untuk tidak keluarkan sebarang kenyataan sejurus insiden itu kerana tidak mahu memanjangkan perkara itu.
Nabila berkata, dia juga serba-salah kerana hari itu sepatutnya orang akan bercerita mengenai pemenang AJL35, tetapi apa yang berlaku ialah cerita dia pula yang ditularkan.
"Disebabkan itu, saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan kerana tak mahu panjangkannya. Bagi saya, malam itu malam paling indah untuk saya walaupun apa pun yang terjadi," katanya. #NABILARAZALI #PELUANGKEDUA #AJL35
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
lagu salah aku juga 在 Kelana Akira Abdullah Youtube 的精選貼文
Lagu ini berkaitan sejarah atau hikayat aku sendiri .. dalam proses aku mengenali diri aku sendiri ...
apa juga dikatan mereka itu hanya 1% dari kisah sebenar .. kini aku ceritakan 50% apa yang tersembunyi ...
inspirasi dari bersyair bergurindam dan berpantun lebih kepada bahasa klasik kemelayuan dan nusantara .
Mengisahkan tentang hidup aku yang dulu .. orang tercari-cari dimana aku .. akan aku kisahkan semuanya dalam lagu ...
lagu kedua lagu pilihan aku diberi nama HANACARAKA selepas APOLOLIE ... aku simpulkan maksudnya dibawah untuk ratapan semua ...
ringkasan kehidupan dari dulu sampai sekarang mengenai seorang lelaki yang lahir pada 0307 ..
menjalani liku kehidupan penuh dugaan ..
aku percaya setiap ujian akan disusuli ganjaran ..
puas aku jatuh dalam bidang seni dari tahun 2007 sampai sekarang ..
aku bangkit dengan semangat tanpa berkata dan mengeluh kerana ini semua ketentuan Nya ..
bagi aku yang mempunyai prinsip tersendiri .. aku percaya rezeki itu dari ALLAH SWT ..
Rezeki x pernah salah alamat ..
bukannya sanggup mengkhianati sesama agama dan bangsa sebab aku sendiri selalu memberi peluang kepada orang sekeliling untuk bangkit dan kehadapan ...
banyak mereka lupa daratan dari mana asalanya mereka ..
kita boleh lepas di dunia .. tapi di alam kubur ? di akhirat ? jawablah sendiri ...
untuk lebih lanjut :
https://youtu.be/2jCZ82FiCKo
H A N A C A R A K A
Berikut ini adalah makna filosofis ke dua puluh suku kata yang membentuk aksara Jawa ini :
1. Ha berarti Hidup
2. Na berarti Hampa
3. Ca berarti Cahaya atau Nur
4. Ra berarti Ruh atau Rasa
5. Ka berarti Menyatu atau Berkumpul
Hanacaraka berarti adanya utusan manusia (Hana kong-kongan = Bahasa Jawa).Secara filosofis diartikan sebagai adanya utusan dari Tuhan yang Maha Esa dua orang utusan, seorang pria dan wanita. Datasawala berarti terjadi perselisihan atau peperangan (Padha Peperangan = Bahasa Jawa). Secara filosofis diartikan sebagai timbulnya perpecahan diantara ke dua utusan tersebut.
Apabila diringkas dalam bahasa yang sederhana maka makna dari 4 baris ke 20 aksara Hanacaraka Carakan Jawa tersebut memberi petuah kepada kita bahwasanya selama kita hidup di dunia ini tak ada yang langgeng lestari.
Kesuksesan duniawi pada akhirnya akan menjadi sesuatu yang tak berguna setelah kita meninggal nantinya.
L I R I K
(AKAN Di LETAK 24/7)
CARILAH AKU DIDALAM AKU
AKAN DATANG :
1. SOOJUD
2. SATU 2 SATU
3. MACAPAT
CC BEAT
https://www.youtube.com/watch?v=JdMtJ...
lagu salah aku juga 在 AkwaArifin Youtube 的最讚貼文
Pishang Creative Visual presents
ps:- aku tulis lirik lagu pada tahun 2013. ia mengisahkan tentang relationship dimana salah satu daripada pasangan itu telah kembali ke pada ex. lagu ni di cipta sebab waktu tu ramai orang keliling aku kena benda ni. dimana pasangan diorg kembali kepada ex. dan juga pasal jadi orang rebound. hence the name (melantun = rebound). so lagu ni sebahagian dari kisah aku dan juga campuran dari kisah orang orang lain.
facebook : https://www.facebook.com/Akwarifin/?r...
instagram : https://www.instagram.com/akwaarifin/
twitter @akwaarifin
email : mohdakwaarifin@gmail.com