Salam encik Hamka
Saya pernah di tanya soalan yang membuatkan saya garu kepala beberapa jam, Mohon tuan Hamka kongsi pendapat.. Soalan dia macam ni..
Solat di Mekah, ganjaran tak sama dengan di sini.. Doa di sana lebih mustajab berbanding di lain-lain tempat..
Persoalannya ..kenapa?..
Adakah Allah tu tidak adil?,macam tu,untung la pada orang yang dah pergi sana,dan lebih beruntung penduduk sana..
Terima kasih tuan..
Harap sudi kongsi pendapat..
***********
(Jawapan dari abang mayat)
Salam. Memang betul terdapat hadis Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.
Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.
Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.
Dengan pendedahan ini, Bukanlah saya nak galakkan korang semua supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah siapa yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi saya nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.
Iaitu pahala berada di jalan Allah.
Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) agama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.
Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadis Fadail yang biasa.
Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!
Saya petik beberapa hadith:
Hadis riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad (mekah) di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.
Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) agama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.
Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.
Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”
Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.
So, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Sebagai penutup: saya kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.
Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 3 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:
Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban,
bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.
Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi,
Korang just imagine betapa besarnya pahala bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, dan ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi dan dengan kuda yang pantas, sehabis solat jummat, akan terus ke jalan Allah menyusur sahabat lain yang sudah bergerah selepas subuh tadi.
Tapi korang tahu apa jawab Nabi?
"wahai Abdullah bin rawahah, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah"
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.
Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz,
Tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.
So, menjawab soalan di atas, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Akhir kata, sungguh betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Siapa sedia! Keluar ke Jalan Allah? Berdakwah pada jiran, berdakwah pada kawan tak solat, berdakwah pada member yang tak bersyukur dan berdakwah pada sahabat bukan islam?
Siapa sedia? Sila bagi nama pada AJK masjid anda yang pernah keluar tabligh.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「lagu pesan terakhir」的推薦目錄:
lagu pesan terakhir 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Di mana
Kan ku cari ganti ~
🤪🤪
“Awak baikkkkkk sangat di mata kami”
- - - - - - - - - - -
Orang yang betul2 kenal aku & dia
Tahu apa sebab aku terlalu sygkan “dia”
Sebab dia dah banyak berkorban untuk kami anak beranak
- - - - - - - - - - -
Bukan tak boleh move on
Cuma aku tak nak memori ni ilang mcm tu saja
Hidup kami dah moving forward pun
Alhamdulillah happy together ~
- - - - - - - - - - -
“Kami pernah susah”
Sepanjang susah, dia tak pernah nyenyak lena untuk pujuk tunggu suami dia dapat tidur
Dia tahu dia tak dapat nak bantu suami dia
Tapi dia tetap nak sama-sama termenung ngadap dinding sama2 dgn suaminya yg bengong 🤪
- - - - - - - - - - -
Sekarang ni...
Setiap kali dapat makan terhidang atas meja makan, mesti terngiang2 suara dia “Abg dah makan....” “nak makan apa-apa tak” “nak syg masak kan apa2 tak”
Dia tak pernah biar aku tidur “berlapar”
Rindu wehhh !! Nak dengar suara tu
Dalam hp tak ada rekod nada dia cakap ayat tuuu
- - - - - - - - - - -
Pernah sekali duit dlm akaun kena tipu dengan sekor “malaun”, pd hal duit tu juga la tutup segala penipuan dia. Duit tu juga nk beli brg dapur dan segala bil. Dengan tenang dia kata
“Ambil la gelang atau duit tabung haji syg.. nanti dah ada duit, boleh ganti semula “
“Dia Sahabat Yang Sentiasa Ada Time Aku Kesusahan”
- - - - - - - - - - -
Dan kalau bercerita psl duit
Dia selalu pesan dan banyak kali pesan
“Boleh tak abg jangan kesian kn org2 mcm ni lagi.... dah berapa kali abg terkena. Tak serik2 ke..” 😌
- - - - - - - - - - -
Sekarang
Bila time dpt rasa senang sikit
Dia dah tiada.. Beli apa pun, terfikir nak beli pun boleh rasa ada nak nangis
Sebab..
Kalau dia ada, mesti dia orang yg paling happy
Tapi tu semua dah kata kosong untuk sedapkan hati
Pernah aku tetiba menangis kt tesco
Semata2 ternampak skirt baby
Sebab dia teringin sgt nk tgk rania pakai gaun
Sekarang dia dapat lihat setiap masa rania pakai gaun “dari jauh......” 😭
- - - - - - - - - -
27hb November ni
Genap 5 tahun perkahwinan
Dapat hidup sama cuma 4 tahun je
Memang rasa sekejap dpt bermanja bergaduh dgn dia
Kejap sgt~
Seolah2 Tuhan hantar dia utk sementara
Semata2 untuk hantar anak kecil yang namanya “Ammar & Rania” ke dunia untuk aku jaga didik anak dia sebaik-baiknya..
- - - - - - - - - -
Nak tahu “dia” mcm mana
Lihat Ammar. Cara cakap dia, merajuk pendam hati dia, senyum dia, cara nangis dia tak ada suara. Sebiji ibu
Nak tahu aku mcm mana, lihat Rania
Dua2 ni
Di marah la mcm mana pun
Tetap di peluk cium pujuk bg kata nasihat
Bangkit bgn.. mesti akan sambung gembira
Tetap akan sebut
“Babah tak marah kan” 😭
Mcm ibu..
Gaduh mn pun
“Kalah” ibu kalau abah peluk pujuk
My Family Rules
Gaduh masam muka boleh
Tp jangan lebih 24 jam atau sebelum tidur mesti kasi settle
Takut bgn2, salah sorang pergi dulu mesti tak sempat nak minta maaf
- - - - - - - - - -
Selalu dia pesan
Abg kalau bab family, time kerja tetap abg boleh buat kerja mcm biasa masa kt office. “Tapi kenapa ea kalau bab kerja suka fikir sampai ke rumah”
Aku jem bila dia sebut ayat tu 😐
Diam je tanpa cakap apa-apa
Aku cuma mampu kata dalam hati
Apa aku buat ni untuk kemudahan hasil pencen “masa tua kita nanti”
At last...
aku akan pencen berseorangan dgn anak-anak 😇😇
Itupun kalau sempat umur ni merasa saat “pencen”
- - - - - - - - - -
Pada korang yang terasa nak bercerai, atau nak pasang lagi sorang..
Pesan aku,
Yang Pertama itulah yang terbaik
Yang Kedua & seterusnya belum tentu akan dapat bagi guarantee yang dia akan lebih baik yang pertama
Kau suami
Kau yang harus corak kan cara mana kau nak create “bahagia”
Rasa Bahagia Tu Milik Kita
Usaha Untuk Dapatkan Berdua Bersama
Ingat Masa Mula-Mula Kenal Bercinta
Sweet kan? ❤️
Tak Percaya pi tanya yang dah kawen 2,3
Mesti yang pertama akan jadi memory
Tak pernah terlambat untuk kita taut semula apa yang pernah kita lalui bersama
Sementara masanya masih ada
- - - - - - - - - -
Pada yang pernah berhutang
merayu la untuk bayar sekalipun.. Deana dah tak ada. Rezeki yang tak di pulangkan tu rezeki deana & anak2. cari la di “padang” sana
Selama mana hidup pun
Kau tetap akan rasa “susah”
- - - - - - - - - -
Hal Rezeki
Abah selalu ucap dalam hati
Abah cuma menumpang rezeki Ammar Rania aje sekarang ni
Dulu ada ibu
Banyak abah dapat menumpang
Sekarang, bila Ammar Rania
Abah menumpang rezeki korang
Abah cuma menumpang
- - - - - - - - - -
Bila bercerita bab “perkahwinan kali ke-2”
Terlalu banyak makan hati, terdiam pun ada, termenung memikir, pendam rasa pun ada
1) Kau tengok la nanti. Menangis dia tu kejap je.. esok lusa kawen lain la tu.. kejap je tu~
Time kau ucap tu
Aku masih lagi di depan kubur deana. Tergamak kau kata gitu
2) Azlan ada fikir sapa-sapa ke utk gantikan ibu Ammar Rania? Tak kan takde sapa yang berkenan
3) Yang datang bertanya
Tak tahu nak cakap apa da.. Tapi itulah. Itu hak & peluang masing2 kan.. senyum je la ~
(Awak terlalu baik buat sayeee) 😆
4) Pd kawan-kawan arwah
Yang terlalu rapat dengan arwah. Terlalu takut sgt untuk sebut perkahwinan ke-2 ni
- Boleh ke Ammar Rania dapat ibu yang baik boleh jaga & manjakan Ammar Rania
- Azlan fikir lah masak-masak ye kalau nak berkahwin lagi.. Awal lagi kutttt kalau azlan ada terfikir kawen ni
5) Pd orang sekeliling yang setiap hari berjumpa & dapat bercakap time kerja.. Kawen la. Mau fikir apa lagi
You muda lagi
Anak-anak you kecik lagi. Perlukan mak. Isteri tak ada, you juga yang susah nk uruskan semua sekali
Lagi 2 bulan
Genap setahun aku uruskan Ammar Rania berseorangan di rumah
“Sabar tuan-tuan. Bukan tak fikir. Tapi terasa hidup ni lengkap bila kami bertiga”
Perkahwinan yang kau tanyakan tu bukan semudah baca Alif Ba Ta atau ABC masa tadika. Tapi hidup ber-3 kami rasa bahagia
Sesekali jumpa tecer, mak sedara, kwn2 yang boleh pinjam manja kan sekejap Ammar Rania.. Dah Syukur Alhamdulillah 🙏🏻
Sekejap je masa.
Alhamdulillah, walaupun terlalu banyak perkataan “kesian” aku bisik dalam hati bila lihat anak-anak tidur setiap malam..
aku berjaya habiskan untuk hari tu untuk besarkan mereka berdua
Esoknya sambung 1 hari lagi
Abah akan cuba buat yang terbaik
Mcm tu lah abah akan janji
Sampai abah pula yang pergi
Abah sayang sgt Ammar Rania
Sumpah !! 😊
- - - - - - - - - -
Teringat masa seminggu Diana pergi
Rania demam panas. Ammar nak berdukung bermanja mcm biasa
Aku terus jem waktu tu
Memang ini bukan kali pertama aku berjaga malam untuk jaga anak demam
Tapi hati ni duk kenangkan apa akan jadi esok hari..
Tapi entahlah
Tah mana datang kekuatan untuk hidup seperti biasa. Seolah-olah buat seperti tak ada apa2 yang berlaku.
Aku terasa dia bercuti panjang balik ke kg dengan harapan pujuk dlm hati, “semua ni cuma mimpi semata”
Walaupun aku tahu
Ini bukan mimpi
Sebab aku dan ammar sendiri lihat dia masuk ke liang lahad. Itulah yang terakhir kami nampak ibu
Dia tak kan balik semula lagi
- - - - - - - - - -
Honestly..
Aku salute mak-mak, ibu-ibu housewife di luar sana. Tabik spring sambil sambil wat muka serius
Perkataan meroyan, hangin, rasa jadi Leftenan Perang semua ada bila nak membesarkan 2 “makhluk halus”
Tarzan pun geleng kepala bila abah dah mula menjerit dari tangga 🤦🏻♂️
Tapi sebab Ammar Rania jugalah abah jadi sekuat hari ni. “A Big Why” kenapa babah masih bekerja di Perodua sebab korang berdua
Di Perodua Mid Valley juga korang berdua membesar. Kadang-kadang situlah tempat korang menumpang manja dgn staff2.
Dari jauh babah lihat Ammar Rania anak yang kuat. Sebenarnya korang yang kuat. Bukan babah
Babah cuma kuat sebab korang berdua
- - - - - - - - -
Tapi yang paling berharga & hikmah paling besar sekali.. Aku dapat lihat anak-anak membesar depan mata
Segala luka lutut, parut
Abah boleh ceritakan satu-satu bila Ammar Rania dah besar nanti 😇
1 day
Ammar Rania mesti bangga bila orang bercerita pasal ibu. Sama mcm mana babah bangga sebak dgr orang cerita psl ibu
Suara dia
Senyum dia
Gerak bdn dia.. lembut je orang nya
Kalau lah syurga tu untuk kita
Orang pertama yang abah cari selepas masuk syurga adalah “dia”
- - - - - - - - -
Nota Tambahan:
Bab bercerita pasal perkahwinan ke-2
Doa lah yang baik2 utk kami
Rajin korang baca aku bebel ni kan
Nak buat permintaaan boleh?
Bukan permintaan tuju lagu
Nak minta sama-sama hadiahkan Al-fatihah utk 𝐍𝐨𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐁𝐢𝐝𝐢𝐧
Terima kasih sgt2 🙏🏻
Semoga di angkat segala dosa2nya
Di lapangkan & kubur nya terang
Dan di tempatkan di kalangan para solehin
Dia Isteri Solehah
Kiriman Tuhan buat kita
Redha untuk dia dari saya sebagai suami
#donemembebel
Kredit Azlan Adnan
lagu pesan terakhir 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Salam encik Hamka, Covid 19 ni Haji Umrah semua tak boleh buat, rugilah ummat Islam tak dapat pahala solat di gandakan, rujuk hadis:
“Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.
Kadang terfikir jugak, Solat di Mekah, ganjaran tak sama dengan di sini..
Persoalannya ..kenapa?..
Adakah Allah tu tidak adil?,macam tu,untung la pada penduduk berPKP di sana..
***********
(Jawapan dari abang mayat)
Salam. Memang betul terdapat hadis Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.
Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.
Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.
Dengan pendedahan ini, Bukanlah saya nak galakkan korang semua supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah siapa yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi saya nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.
Iaitu pahala berada di jalan Allah.
Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) agama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.
Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadis Fadail yang biasa.
Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!
Saya petik beberapa hadith:
Hadis riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad (mekah) di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.
Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) agama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.
Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.
Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”
Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.
So, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Sebagai penutup: saya kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.
Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 300 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:
Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban,
bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.
Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi,
Korang just imagine betapa besarnya pahala bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, dan ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi dan dengan kuda yang pantas, sehabis solat jummat, akan terus ke jalan Allah menyusur sahabat lain yang sudah bergerah selepas subuh tadi.
Tapi korang tahu apa jawab Nabi?
"wahai Abdullah bin rawahah, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah"
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.
Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.
So, menjawab soalan di atas, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Akhir kata, sungguh betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Jalan Allah ialah jalan kita berdakwah menyeru ummat manusia kepada Allah, mengajak kepada kebaikkan, dan mencegah kepada kemungkaran. Ia ada di mana mana, ia ada didepan mata
Now you know
Woha!