Kisah ini benar2 menyentuh hati para pembaca. Pasti ramai yg tertanya2 adakah ianya kisah benar... Ya... Ianya adalah kisah benar.
.
.
Andai dipulangkan kembali...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan sebuah kisah yang amat menyentuh jiwa saya. Saya fikir ianya hanya terjadi di dalam drama tv sahaja rupa - rupanya ia berlaku di depan mata saya sendiri keatas teman baik saya.
Awal Febuari 2018... Salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah. Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk di salurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya.
Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba - tiba si suami bersuara.
"Itu jer yg arwah ada..."
Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi.
"Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada... 15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah sakit pun saya tidak tahu."
Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini.
"Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek - ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah - rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan. Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang - kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya... Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kejamnya saya pada arwah. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila - bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya."
"Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan... Kesian anak - anak kau."
Suami saya bersuara.
"Bila saya pandang anak - anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan - jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan - kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka 'handfon' arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang... Sayu jiwa saya... Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari. Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak. Selama ini saya bising - bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira - kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak - anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yg saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh. Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan - kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat - alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik."
Saya diam tidak dapat berkata - kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar - legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang - bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab...
"Malas lah nak makeup - makeup ni... takda masa, dengan anak - anak lagi, alaaa yang penting suami sayang..."
"Semalam saya buka almari arwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yg baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain - lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam - macam lagi makeup yang arwah ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang tetapi makin bertambah. Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik - cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya sangat mengcukupi."
Si suami mula menangis.
"Arwah nak bekerja, saya marah... Saya tanya arwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi... Saya ego... Arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arwah mengeluh sakit - sakit badan saya suruh dia tidur... Makan ubat. Saya suruh anak - anak yang picitkan... Tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu arwah sakit, masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital... Masa dalam kereta mulut saya tak henti - henti menyumpah dia... Kata dia menyusahkan saya... Nak diet sampai tak makan... Ambil supliment yang bukan - bukan sampai sakit macamni. Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus - mampus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal - nunjal kepala dia sambil membebel benda yang sama, saya marah sangat sebab saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak - anak di rumah. Tiga hari arwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak - anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap kanser rahim tahap 4... Saya terduduk kaku menahan tangis kerana semuanya dah terlambat sebab ianya telah merebak sepenuhnya."
Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik. Suami saya merenung tajam kearah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
"Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan - jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu - dulu dia lesu x bermaya... Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal... Allahu Akbar rupanya arwah terasa dengan kata - kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah... Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu - satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin..."
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung didada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri 'pinjaman' sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman.. Hargai lah...
Kredit Penulis :
#CikPuanAmmyTulis
#gambarsekadarhiasan
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
「kata subuh menyentuh hati」的推薦目錄:
- 關於kata subuh menyentuh hati 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kata subuh menyentuh hati 在 Coach Anuar Facebook 的精選貼文
- 關於kata subuh menyentuh hati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於kata subuh menyentuh hati 在 Kata kata bijak buya hamka - Sholat subuh - YouTube 的評價
- 關於kata subuh menyentuh hati 在 Selamat pagi pejuang subuh. - Kata Kata Mutiara Penuh Makna 的評價
kata subuh menyentuh hati 在 Coach Anuar Facebook 的精選貼文
Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus amat menyentuh hati.. deep..
1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"
2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"
3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"
4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"
5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"
6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"
7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"
8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"
9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"
10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"
11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"
13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"
14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"
15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"
16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"
17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"
18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"
19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"
20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"
21. "Jagalah hati sampai mati"
22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"
23. "Yang suka asap ni, jin je"
24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"
25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"
26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"
27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"
28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"
29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"
30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)
31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"
32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"
33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"
Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.
Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam diantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.
Terima kasih. Saya membesar dgn ceramah2 beliau dari corong radio 😢
Semoga roh mu tenang di sana 🤲🏻
kata subuh menyentuh hati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
(Terdampar Ke Pentas Ceramah Zakir Naik)
Lampu lampu terang menyuluh wajahku, kedengaran dari jauh orang menjerit “naik!”
Akupun toleh belakang, dan melihat lautan manusia. Di depanku ada pentas besar, bersama kerusi dan microphone.
“Naik!”
Jerit orang ramai. Secara spontan aku terus naik dan duduk di kerusi, tiba tiba semua orang diam.
Lantas berlarilah seorang lelaki berkopiah ke arah aku, di telinganya ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Mana Zakir Naik?”
Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada aku.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat berkopiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:
“Maaf Bro, patut Zakir Naik duduk sini,tapi dia ke tandas pula, jadi sementara dia datang, boleh tak bagi ceramah tentang Islam dan Sains?”
Belum sempat aku angguk, dia terus blah.
Suasana sunyi sepi.
Akupun apa lagi, terus berceramah di pentas Zakir Naik dengan gaya perasan bagu, adohai.
*****
“Asalamuailakum.
Saya bukan Zakir Naik, Saya Keretamayat Naik!
(takde orang gelakpun)
Dunia ini penuh dengan formula sains, air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih.
(aku berhenti telan air liur dan sambung ceramah)
Siapa cipta air? Allah!
Siapa cipta Hydrogen? Allah!
Siapa cipta Oksigen? Allah!
Siapa cipta formula H2O? Ahli sains kah? No! Allah! Yes! Allah!
Bila formula ini wujud? Kata ahli sains, hidrogen dan oksigen wujud selepas Big Bang. Tapi Formula H2O wujud bila? sebelum Big Bang? Atau selepas Big Bang?
Bagi kita orang islam percaya dan yakin, Allah cipta air, dan Allah cipta formula bagi air.
Dunia ini dijadikan sempurna dengan formulanya, dari formula simple, panjang darab lebar untuk dapat luas, kepada lebih rumit seperti daya bahagi luas permukaan akan mendapat nilai Tekanan, dan bagaimana perubahan suhu boleh mempengaruhi nilai Tekanan dan Kadar Aliran, sehingga kepada formula yang lebih rumit seperti pembentukkan besi, tembaga, perak dan emas!
Jika lihat pada system suria, setiap planet bergerak pada orbit dengan kiraan yang tepat, bumi berputar 24 jam menjadualkan siang malam, bulan berputar selama 30 hari mengelilingi bumi menghasilkan jadual bulan, dan bumi berputar 360 mengelilingi matahari menghasilkan jadual tahun masihi dan tahun lompat.
Siapa yang cipta semua ini? - Allah!
Siapa yang cipta pada factor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain? - Allah!
Apabila Allah yang cipta alam ini dengan sangat sempurna, sehingga jika ada letupan bintang lalu muncul meteor sesat nak hentam bumi, tapi tiba tiba kerana gravity di planet lain lebih kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain. Formula juga tu!
Nampak seolah-olah kewujudan planet lain ni sebagai satu kaedah bagaimana Allah nak lindungi bumi guna formula yang ahli sains belum jumpa.
Yang kita tahu, jika ada tahi bintang terlepas daripada radar gravity planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera.
Subhanallah, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so protection? Jawapannya, sebab Allah yang cipta alam ini, dan Allah telah guna hokum logic untuk jaga alam ini, kerana dunia darul asbab.
Teringat kisah Nabi Isa turun dari langit ke masjid aqsa, sampai di bumbung mintak tangga, orang tanya: kenapa mintak tangga?, Tuan baru turun dari langit dengan cara terbang.
Jawab nabi Isa: Dunia ni darul Asbab.
Nak kalahkan Dajal, Nabi isa guna pedang, waktu perang badar, nak lawan orang kafir yang lengkap bersenjata, ada sahabat bagitahu tiada pedang, jadi tak nak pergi perang, Nabi suruh guna kayu. Bermakna kena guna asbab, atau dalam bahasa sains, logic, formula, common sense. Inilah dunia, tapi orang islam, bila sakit, perlu makan ubat, Cuma jangan yakin ubat boleh bagi sembuh.
Pendek kata, orang kafir, guna sains dan yakin dengan sains.
Manakala orang islam guna sains, tapi jangan yakin dengan sains, guna dengan tangan, tapi dalam hati nafi makluk, dan isbatkan Allah sahaja, Ini adalah hakikat iman.
Ok, saya ada nampak tadi ada orang bukan islam di luar sana, anda tentu pelik melihat orang islam yang bercakap seperti menolak sains, tapi menggunakan juga alatan sains.
Ok, saya nak tanya, Apa maksud ‘Tuhan”?
Dalam bahasa arab di panggil : “ILAH”
NAbi berdakwah dengan lafaz: LA ILAH-HAILLAH!
LA bermaksud “TIADA”, ILAH bermaksud “TUHAN”, dan “ILLALLAH”, bermaksud MELAINKAN ALLAH!
LA ILAH ‘ILLALLAH”, bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!
Kita semua tahu bahawa ALLAH adalah tuhan kita, tapi ILAH itu tuhan siapa?
Dalam maksud bahasa arab, ILAH terbahagi kepada 4 makna.
Iaitu:
• Ya Mu Lul Kubbul Ilah(hi)
• Way A Rol Hal (sabdu) la fih(hi)
• Wa Fa an Na Sa Min (hu)
• Wa Taut Ma in Nabih (hi)
Siapa yang pandai arab boleh betulkan sebutan, nak senang cerita aku tulis maksudnya dalam bahasa melayu iaitu:-
ILAH terbahagi kepada 4 makna, iaitu..
• Sesuatu yang hati condong ke arahnya.
• Sesuatu yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
• Sesuatu yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
• Sesuatu yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.
Jadi, selepas kita faham maksud ILAH, maka kita faham sudah bahawa ILAH boleh juga berbentuk dalam bentuk berhala, atau harta, atau duit, atau isteri atau apa sahaja yang berupa makhluk.
Yang mana hati kita akan berasa condong, atau nampak penyelesaian, atau rasa mesra dan mungkin akan rasa tenang dengan kehadiran ILAH itu sendiri
Di sini wujudnya perbezaan antara orang kafir dan orang islam…
Tuhan orang islam adalah ALLAH, dan tuhan orang Kafir adalah ILAH iaitu selain Allah.
Itu semua paham, bila kita buat dakwah, orang kapir akan marah kita, standard manusia jahil ciptaan Allah yang tak mahu berfikir. Marah kerana ‘menghina’ ILAH mereka.
Tutup kes.
Yang jadi masalah adalah apabila wujud orang islam sendiri yang marah bila di dakwahkan, bila di nasihati, bila di tegur.
Lalu mereka melenting dan mencarut, mencaci dan menghina kepada orang islam yang ‘mengajar’ mereka…
Kenapa jadi begitu?
Ini adalah kerana dalam diri orang islam sendiri ada juga ILAH yang bertakhta di hati, yang syirik dengan Allah, syirik kecil, syirik yang tersembunyi
Ini bermakna, Ujian Iman bukan hanya datang bila waktu perang jihad, tapi datang dalam setiap keadaan dan setiap waktu, untuk uji iman kita, adakah syirik atau tidak?.
Sebagai contoh, Apabila kita sakit, maka kita boleh lihat hati kita masing-masing, sama ada ternampak ILAH atau ALLAH?
Ke mana hati kita condong? Kepada Ubat yang menyembuhkan?,
Ke mana hati kita nampak penyelesaian? Kepada Doktor pakar?
Ke mana hati kita rasa mesra dengan kehadirannya? Janji Makhluk dan janji Insurans?
Ke mana hati rasa tenang dengan kehadiranya? Allah atau Ilah?(selain Allah)
Maka pada waktu itu hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar condong pada Allah?, atau condong pada selain Allah (makhluk)?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar nampak penyelesaian pada Allah, atau pada makhluk?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar rasa mesra dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar hati rasa tenang dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Inilah maksud di sebalik ayat : “jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji…”
Bila diri kita ada masalah, hati kita condong ke mana? Kerajaan? Harta? Wang Simpanan? Parti Poliitk?
Bila diri kita ada kesulitan, di manakah kita nampak jalan penyelesaian, Duit?, Kawan kita yang kaya?
Bila jumpa kekasih hati, atau isteri dan anak, apa perasan,? Rasa mesra sehingga menghalang zikir? Rasa takut nak Mati?
Bila dengar lagu hati tenang, bila dengar percakapan dakwah hati rasa gelisah, kenapa?
Semua ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu di manakah tahap iman kita..
Sahabat nabi bila ada masalah hati jumpa Nabi, dan Nabi suruh memperbahrui iman, dengan cara banyak bercakap tentang LA ILAH HAILLAH!
Untuk apa? Untuk betulkan yakin kita, bahawa ALLAH kita hanya satu, tidak berhajat pada Mahluk, Yang Berkuasa Mutlak, tiada yang setara denganNYA..
Allah pencipta, selain Allah semua di cipta.
Allah pentadbir, selain Allah semua di tadbir!
Faham tak?
Kalau tak faham, baca dan ulang dan renung sambil fikir diri sendiri akan contoh dari pengalaman yang lepas-lepas, insyAllah akan faham
Atau senang aku bagi contoh begini:
Jika aku cakap kat korang,
“Woi Mamat!, duit tak boleh bagi senang, yang bagi senang hanya Allah.”
Lalu Mamat marah, dan cakap:
“kalau kau cakap duit tak boleh bagi senang, tak payah kerja ler kerje, bagi semua duit kau kat aku!!”
Persoalannya, Kenapa Mamat marah?
Sebab dalam hati Mamat nampak duit ada jalan penyelesaian, rasa tenang dengan kehadiran duit, rasa mesra dengan duit, lalu duit telah jadi ‘tuhan’ Mamat secara tidak sedar..
Mamat telah syirik dengan Allah secara tidak sedar, syirik yang tersembunyi.
Ini bahaya untuk Mamat dan bahaya untuk bot-bot kecil macam kita semua sebab syirik boleh membawa ke neraka untuk selama-lamanya, dan itu cerita lain,
Apa aku nak cerita adalah, Kenapa Mamat sangat marah?
Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang duit, tak boleh bagi manfaat, mamat akan marah balik, sebab duit adalah ‘tuhan’ mamat. Mamat telah anggap aku menghina “tuhannya’…
Dan inilah yang berlaku dalam hidup kita zaman ini, apabila aku cakap Negara islam tak boleh selesaikan masalah, kuasa tak boleh selesaikan masalah, hanya Allah yang boleh selesaikan masalah, Allah tidak perlu kepada sebarang sekutu, dan Allah benci kepada sekutu..
Allah tak perlu kepada senjata, negara dan kuasa kerajaan untuk tegakkan ugama Allah, itu point aku.
Lalu korang marah, melenting, mencaci, menyumpah dan menghina…
Kenapa?
Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, rasa mesra dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, semuanya bila di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta.
Maka apa bezanya korang yang yakin dengan kuasa berbanding dengan Mamat yang yakin dengan duit?.
Korang marah, caci dan maki aku?
Sumpah aku mati cepat?
Kenapa korang marah?
Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang harta atau takhta, yang memang tak boleh bagi manfaat, korang terus marah, sebab harta dan takhta adalah ‘tuhan’ bagi kamu, kamu telah yakin ‘harta dan takhta’ boleh selesaikan masalah, lalu nasihat aku terhadap kamu telah di anggap menghina “tuhanmu’ secara tidak langung…
Kamu beranggapan harta dan takhta boleh selesaikan masalah? Naduzubillah!!!
Dan begitulah cerita orang yang yakin dengan partinya boleh bawa ke shurga, tak ikut partinya boleh masuk neraka, nampaknya parti kamu telah menjadi ‘tuhan’ baru yang ada kuasa membawa ke shurga dan neraka ciptaan kamu sendiri, lalu bila ada yang tegur.
Terus marah dan melenting!
Kerana tuhan kamu ‘di hina’ kononnya
Apa lagi nak di kata?
Tak perlu aku ulang lagi.., akupun sedang belajar tauhid, semoga semua antara kita yang ada hari ini dan esok-esok akan mati dalam iman, dalam iman yang mempunyai keyakinan yang betul pada Allah.
Nasihat aku kepada yang melenting dan yang mencaci..
Bertaubatlah, aku juga kena taubat sama, bertaubatlah sebelum jadi mayat…
Kepada yang di caci
Tak payah melenting dan balas cacian, bukan begitu Sunnah Nabi, tak kala Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa di caci dan di hina, Nabi tersenyum lalu Abu Bakar RA yang tak tahan telinga balas balik cacian,
Nabi terus tinggalkan Abu bakar dengan muka masam sebab ternampak syaitan antara orang yang caci-mencaci
Lagipun orang yang caci mencaci tidak di pandang Allah. Nadzubillah.
Sebenarnya, Bila kita tulis jawapan pada papan putih atau papan hitam waktu bersekolah dulu, selepas cikgu bagi soalan, semua dalam kelas tahu bahawa kita tulis kat papan hitam bukan sebab nak pandaikan papan hitam, tapi nak pandaikan si penulis
Jika korang pasang mp3 Al quran dalam computer, bukan nak pandaikan computer, tapi nak pandaikan korang sendiri, dan jika aku tulis cerita-cerita ugama dalam blog, bukan nak bagi blog aku pandai dan hebat, tapi nak pandaikan aku sendiri, maka begitulah jugak para pendakwah di luar sana, mereka berdakwah berjumpa manusia kerana medan dakwah memang adalah manusia, dalam al quran dah tulis dah..
Tapi mereka dakwah bukan nak betulkan orang, tapi nak betulkan diri sendiri jua, hidayat mana boleh di warisi? Tapi Allah janji nak bagi hidayat pada orang yang buat kerja dakwah, so tak payah marah orang nak cakap-cakap ugama dengan kita., Kalau korang ikut, itu baik untuk korang
Kecuali jika kita tak faham..
Atau tak cuba memahami.
Dan untuk faham bukan setakat baca tulisan aku kat sini, pergi buat dulu, baru tahu dan baru faham apa maksud dakwah.
Orang yang berdakwah untuk betulkan orang lain semata-mata adalah orang yang tak faham ugama, kelak akan dapat dua perkara iaitu:-
-Marah
-Putus asa.
Jadi ada jugak orang yang marah sebab orang tak ikut cakap dia, apa nak buat, niat dia ‘berjuang’ adalah untuk betulkan orang lain semata-mata, betulkan system, betulkan kerajaan, tapi lupa betulkan diri sendiri, jadilah macam syaitan, kasihan.
Woha!
Satu lagi, dah nak habis ni, ada jugak yang marah sebab penyakit hati seperti cemburu, iri hati, sakit hati, dendam, bosan dan sebagainya
Aku malas nak ulas, pergi rujuk Ustaz.
Cuma yang agak kelakar bila dah marah tu ada yang bagi alasan:
“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu”
“Sudah tidak sehebat dulu”?
Apa tu?
Aku tak faham, kenapa aku di takrifkan sebagai “sudah tidak sehebat dulu?”
Patutnya aku marah, tapi… baik tak payah… Cuma aku nak cakap, dan berat untuk aku nyatakan di sini, tapi aku terpaksa, sebab isteri kamu dah cakap kat aku yang kamu semua “sudah tidak sehebat dulu”
Woha!
***
Apa aku merepek? Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? Kenapa aku duduk Pentas ceramah Zakir Naik, bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke?
Oleh sebab pengalaman beralih lokasi ini berlaku serta merta, aku syak aku sedang bermimpi. Oleh sebab aku sedang bermimpi, aku kena berhati hati jika terasan nak kencing.
Woha sekali lagi!
PART 2
Brother berkopiah muncul lagi, di telinganya masih ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Zakir Naik dah ready kah?”
Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada aku pun.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat beropoiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:
“Maaf Bro, kenapa kau cerita pasal islam dan politik, kami mahu kau cerita pasal islam dan sains, sambung dekat Allah cipta formula tu semua”
Aku angguk minta maaf, dan beliau sematkan bunga semangat dekat poket kiri.
Aku sambung berkhutbah lagi di pentas Zakir Naik:
**
Balik kepada formula tadi, formula faktor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain, subhanallah.
Itu kat luar angkasa, kat dalam badan kitapun ada formula.
Ahli sains panggil Artificial Inteligent, akan bagaimana proses makanan dalam perut, mengasingkan zat, pembebasan peluh, proses asing air kencing, kejadian tahik, pengeluaran kuku, pecutan air mani, cirit birit, dan macam macam lagi.
Semua tu ada formula, kalau kaji, iman kita akan meningkat, Subhanallah.
Tapi saya lebih suka nak cerita formula dalam bab agama.
Sebab dalam bab dosa dan pahala pun ada formula sebenarnya.
Contoh, Nabi adam dan Siti Hawa, pasangan manusia pertama di cipta Allah. Bagaimana mereka yang boleh berdialog dengan Tuhan tiba tiba buat dosa.
Ada formula dia.
Dan Allah benarkan kejadian dosa ini berdasarkan formula, seperti mana hari ini jika kita masak nasik, nasik masak sebab ada formula. Orang kafir bunuh orang islam, mati orang islam sebab orang kafir bunuh guna formula, Allah benarkan kejadian itu, sebab dunia darul asbab.
Tapi Allah Maha berkuasa, boleh ubah formula yang sudah sunatullah, waktu tu munculah istilah “mukjizat” atau “keramat” yang ahli sains panggil “paranormal” atau black magic, atau nisbah satu dalam sejuta.
Contoh waktu Nabi Ibrahim a.s kena campak dalam api, ikut formula, akan terbakarlah nabi Ibrahim a.s, tapi Allah telah ubah dengan firman pada api: Sejuk dan sejahtera. Maka api yang sama hanguskan tali yang mengikat tubuh Nabi Ibrahim, (ikut formula asal), tapi api yang sama menyejukkan dan menyejahterakan Nabi Ibrahim hingga rasa sejuk selesa macam dalam ‘air cond’.(Allah ubah formula baru terpakai untuk nabi Ibrahim sahaja)
Jadi balik kisah Nabi adam dan Siti Hawa buat dosa, apa formula dia?
Pertama nafsu, dalam syurga Allah cipta pohon larangan, boleh makan semua buah, kecuali dari pohon larangan, nafsu makan, nafsu nak rasa, ada pada Nabi adam dan Siti Hawa, tapi mereka masih mampu tahan. Lalu datang syaitan memujuk nafsu, Allah benarkan syaitan datang dengan kuasa memujuk, tapi syaitan takde kuasa nak ambik buah dan suap ke mulut Nabi adam dan Siti Hawa, tapi syaitan tahu, tak jalan jika pujuk Nabi adam, so syaitan fokus pada Siti Hawa. Panjang cerita, lengkap semua formula, akhirnya Hawa buat dosa pertama, dan dihukum di buang dari syurga.
Nabi adam pula akhirnya buat dosa juga, tapi formulanya lebih sikit, selain pujukan syaitan dan nafsu, ada tambahan pujukan dari perempuan.
Lalu Nabi adam dan Siti Hawa terbuang di dunia sebagai pendosa, lalu mereka bertaubat, dan Allah ampunkan dosa mereka, akhirnya mereka kembali ke syurga.
Masuk syurga pun ada formula, iaitu bertaubat dan zahirkan taubat.
So formula terbuat dosa dah ada, formula ampunkan dosa pun ada, iaitu Taubat Nasuha.
Tapi dalam bab dosa, Allah tak buat formula simple macam formula nak buat air, H2O misalnya, tapi Allah letak pemalar x.
Contoh nak cari kecerunan, Y=mX + c. yang mana X adalah pemalar.
Maka dalam berbuat dosa, selain hasutan syaitan, godaaan nafsu, faktor persekitaran, genetik dan sebagainya, masih ada pemalar x, iaitu tahap iman kita, inilah yang bakal menentukan dosa terbuat atau tak? Di tentukan oleh Pemalar kita sendiri.
Disinilah firman Allah, Bukan aku yang menzalimi kamu, tapi kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.
Pemalar tu, yang merupakan “kuasa membuat pilhan” telah di salah guna buat Nabi adam dan Siti Hawa berdosa, dan kita ulang lagi dosa yang sama, namun berita baik, Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani, ada formula untuk Taubat di terima juga, dah di cerita dalam Al quran dan hadis, tinggal nak amal sahaja.
Faham tak?
Tanya aku pada audience yang kelihatan tertidur, adohai.
Lepas tu bangun sorang laki berserban dan berjamban menjerit:
“Woi Naik?, kami mahu Zakir naik! Bukan Mayat naik! Apa merepek formula bagai?”
Nampaknya formula untuk menarik perhatian audience gagal, Nampak sangat pemalar x aku fail. Hu hu.
Habis tu Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? Kenapa aku duduk sini? Bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke? Adohai.
Eh? Rasa nak kencing pulak, Tahan jangan tak tahan!
PART 3
Belum sempat aku turun dari pentas Zakir Naik, tiba tiba ada ramai penonton cuba bertanya soalan pada aku.
Arghh, sudah, aku bukannya terer macam Zakir Naik.
“Salam malam wahai saudara Hamka”
Tanya sorang penonton memakai baju sari. Perempuan rupanya.
“err, salam malam”
Jawab aku. Wanita tadi terus bertanya soalan:
“Apa pendapat anda tentang teori evolusi yang mengatakan manusia berasal dari berok, kerana dalam islam mengatakan manusia berasal dari Nabi adam.”
Jahanam, susah gila soalan, tapi aku jawab jugaklah, sebab nanti brother pakai kopiah tu marah, susah nanti.
Belum sempat aku nak jawab, tiba tiba rasa nak kencing sangat, lalu lampu lampu pentas bertukar menjadi lampu masjid Sri Petaling.
Aku bermimpi rupanya, nasib baik sempat terjaga dan masih belum mimpi masuk tandas.
Jom beratur di pintu tandas Masjid Sri petaling sebelum subuh.
Woha!
Kesimpulannya: DAP vs Zakir Naik, saya sokong Zakir Naik, HINDRAF vs Zakir Naik saya sokong Zakir Naik, tapi jika Zakir Naik vs Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya sokong ASWJ.
Now you know.
kata subuh menyentuh hati 在 Selamat pagi pejuang subuh. - Kata Kata Mutiara Penuh Makna 的推薦與評價
Rany Melanthy, profile picture. Rany Melanthy. Izin share ; Haryani, profile picture. Haryani. Amiiin YRA ; Mmh Vina, profile picture. Mmh Vina. ... <看更多>
kata subuh menyentuh hati 在 Kata kata bijak buya hamka - Sholat subuh - YouTube 的推薦與評價
kata kata bijak buya hamka tentang sholat subuhJudul : sholat subuhKarya : Buya HamkaSuara : CTVBacksound ... ... <看更多>