Satu hari saya terima MEMO dari Penerbit Buku TERFAKTAB MEDIA.
****
Makluman kepada para Saudara Hamka Kereta Mayat.
Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini.
Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah kereta mayat; "Berat mata memandang mayat, berat lagi bahu memikul mayat."
Kami memohon maaf kerana tidak dapat lagi menjadi penerbit anda selepas ini. Pada masa yang sama, kami ucapkan terima kasih kerana sudi menerbitkan buku bersama kami.
***
Okey, panjang lagi Memo jika nak cerita, Cuma di sini saya nak bagitahu kenapa buku saya ada yang susah dapat di pasaran, antaranya PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, SEMUSIM DI SYURGA, SEMUSIM DI NERAKA, KAMAR SUTERA, dan BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU, terjawablah sudah sebab Penerbit dah tutup dan tidak di ulang cetak, InsyaAllah kita tengok tahun depan bagaimana nasib Lima Buku saya ini meluaskan jajahannya mungkin dengan penerbitan baru atau saya terbit sendiri.
Beruntunglah yang dah beli, Dalam stok saya untuk lima buku ini yang boleh di beli online, hanya ada KAMAR SUTERA, dan BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU, yang lain dah sold out!
Balik kepada Terfaktab Media yang dah nak tutup, saya cuba imbas kembali kenangan pada tahun 2012,
Suatu hari saudara Aqram, Bos besar Terfaktab, call dan ajak saya tulis buku dengan beliau, waktu tu saya terbit sendiri buku PERMATA YANG HILANG, dan jual on line sahaja, cetakan pertama habis tak sampai beberapa bulan, dan oleh sebab saya nak tumpu pada penulisan, maka saya setuju buku baru diterbitkan oleh pihak lain, lalu saya cadang kisah laki bini yang berjudul "KAMAR SUTERA", iaitu prequel kepada PERMATA YANG HILANG, beliau setuju dan dalam lima tahun, saya dah ada lima judul buku terbitan bersama beliau, purata setahun satu buku.
Antara pengalaman manis bersama Terfaktab selain dapat duit Royalti, adalah bila Aqram kata semua buku saya dapat sambutan hangat, so kami Laki Bini pernah di belanja oleh Aqram melancong luar negara sebagai bonus.
Lain kenangan manis adalah bila korang share gambar hantaran kahwin dengan buku Keretamayat menghias dulang hantaran, nampak sangat korang semua bakal menjadi generasi baru yang bijak menilai ilmu hingga Buku-Buku di angkat tinggi dengan dijadikan hadiah perkahwinan, kagum dari jauh!
Tapi itulah, mayat tak selalunya cerah, sampai masa akan pucat juga, maka industry buku yang penuh liku-liku kehidupan membuatkan banyak syarikat buku gulung tikar termasuk Terfaktab Media.
Doakan kami Berjaya menempuh 2018 dengan azam dan misi yang baru, buat masa ini saya ada satu buku baru dengan BUKU POJOK, harap lulus terbit pada pesta buku antara Bangsa 2018.
Buku baru ini saya menulis dengan tema The Last Jedi, eh? Silap! THE LAST BOOK, iaitu jika saya tahu tarikh mati, buku apakah yang akan saya tulis buat kali terakhir.
Doa dan Tunggu!
InsyaAllah di page Facebook, di Instagram, di Blog dan lain-lain, saya akan berterusan kongsi cerita dan nota peribadi secara percuma yang di kutip dalam menempuh aral melintang kehidupan.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca coretan keretamayat. Nikmatilah saat saya masih hidup sebab jika ada muka surat buku yang tak berapa faham, boleh mesej di Facebook mintak penjelasan-Woha!
Tapi bila saya dah mati, lepas baca buku saya, boleh sedekahkan Al Baqarah, eh? Silap, Al Fatihah. Amin.
Akhiri dengan pantun:
Tanam mayat jauh ke tengah, batu nisan bercabang dua
Hancur Mayat di kandung tanah, mayat yang baik di kenang jua
.
Terima kasih semua!
Semoga Woha sampai Syurga!
Ps: Walaubagaimanapun, Buku saya dibawah BUKU POJOK Karang Kraft, masih boleh di beli disemua kedai buku, Popolar, MPS, SMO dan lain lain iaitu KISAH LAKI BINI, KISAH ANAK BINI dan SATU.
Buku saya di bawah penerbitan TARBIAH SENTAP iaitu MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA juga boleh di beli disemua kedai buku, InsyaAllah.
JIka sukar dapat di kedai, boleh beli On line dengan saya buku yang selain terbitan Terfaktab itu, boleh saya tanda tangan dan lukis sikit sikit bergantung pada request pembeli. Amin.
Link untuk beli:
http://keretamayat.blogspot.my/p/bo.html
(jika malas isi borang, boleh email atau pm di FB tajuk buku pilihan, saya akan bagitahu harga termasuk pos, jika setuju, bank in, dan sayapun pos, terima kasih kerana membeli belah di halaman kereta mayat)
Search