14hb Disember 2019, Sabtu
Saya turun ke Pulau Pinang dalam Jelajah Semarak Srikandi sepanjang hari ini.
Program dimulakan dengan Bengkel Keterampilan Diri bersama Srikandi Pulau Pinang dan kemudiannya diikuti dengan Program Sumbangan Back To School oleh Srikandi KEADILAN di Neo+ Hotel, Georgetown.
Kami kemudiannya turun ke Balik Pulau untuk menikmati makan tengahari di Restoran Mak Ngah Gulai Warisan sebelum meneruskan jelajah bagi Ziarah Semarak Srikandi di Balik Pulau. Kami menziarahi 5 keluarga asnaf dan turut menyampaikan sumbangan buat keluarga tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memudahkan urusan mereka di masa akan datang. Kegembiraan terserlah di wajah-wajah mereka melihat kehadiran kami semua.
Akhir sekali, kami singgah di Rabsha Theraphy @ Bandung, sebuah spa yang diusahakan oleh seorang Usahawan Wanita yang membawa keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan spa tersebut. Spa tersebut lebih menarik kerana lanskapnya yang berhadapan bendang. Seronok kami dilayan mesra.
Terima kasih Srikandi KEADILAN Pulau Pinang yang bertungkus-lumus menjalankan program-program ini.
Saya yakin lebih ramai wanita muda bakal diberikan peluang untuk berkecimpung dalam platform parti politik dengan menyertai Srikandi KEADILAN.
#SrikandiKEADILAN
Search