Semalam berlaku gerhana bulan, jika korang pergi Pusat Sains negara atau Petrosains, ada satu meja yang terangkan kejadian gerhana dengan objek lampu sebagai matahari, dan dua bola mewakili bulan dan bumi.
Dari ujikakaji ini, maka confirmlah bumi ini sfera, bukan rata macam satu geng yang pernah ajak aku berdebat dahulu.
Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku, Dah 2018 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukan gerhana? Adohai…
Sebelum ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekah naik ke angkasa dan solat disana.
Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?
Kejadian gerhana semalam, telah diketauhi awal dengan guna formula bumi adalah sfera. Kata Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.
Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat? Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat. Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?
Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni, tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.
Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya jika korang betul.
Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!
Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.
Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.
Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.
Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.
Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijma ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm
Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada pertengahan tahun ini, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan wasap korang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha ha!
Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?
Bila tunjuk gambar bumi bulat, katanya NASA menipu. Itu semua CGI. Baiklah, kami juga minta flat earth tunjukkan gambar bumi yang sebenar. Tak ada? Tolonglah geng flat earth buat versi CGI, nak tengok jugak, tak kan gambar lukis pakai tangan jer bang, adohai...
Sekian.
Ps: Semoga pihak Petro sains bagi aku sekeluarga tiket free sepanjang tahun sebab dah promosi event mereka.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「hotel terdekat murah」的推薦目錄:
- 關於hotel terdekat murah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於hotel terdekat murah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於hotel terdekat murah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於hotel terdekat murah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於hotel terdekat murah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於hotel terdekat murah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於hotel terdekat murah 在 HOTEL MURAH DEKAT TAIPEI MAIN STATION - YouTube 的評價
hotel terdekat murah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Makhluk misteri di Hospital Ampang-kisah benar 'pemandu' kereta mayat.
Jam lima pagi, tiada orang di laluan kecemasan ke surau Hospital Ampang. Di jalanan, dekat waktu subuh aku nampak ada lembaga pelik, orangnya masih muda, tapi jalan terbongkok-bongkok, tangan tak ada, mukanya merah dan berkerut kerut dahinya. Jalannya agak laju dan cuba menghindar orang ramai, sesekali dia akan membelakangi orang dan mengadap dinding. Kepalanya tunduk dan bongkok macam nak rukuk tapi berkelakuan aneh.
Makhluk apakah itu, adakah jin jelmaan manusia?
Sebelum itu jam empat pagi, anak aku kejut tidur di sebuah hotel di Kl, katanya sesak nafas, beliau memang ada sejarah asma, dan kali ni anak aku terlupa bawak ubat. Akupun tanya kerani hotel jaga kaunter, katanya hospital terdekat adalah Hospital Ampang.
Aku nak cepat, hanya berseluar tidur, iaitu seluar panjang tanpa seluar dalam, pakai baju T shirt singkat dan terus drive. Sampai Hospital Ampang, kanter kecemasan cas RM seringgit sahaja, murah giler, Alhamdulillah syukur, dan anak akupun kena sedut ubat asma, aku yang mengantuk tidur di kerusi menunggu, Sehinggalah aku terdengar azan subuh dari Smartphoneku.
Aku bangun dan tanya doctor wanita mana surau, di tunjuk jalan guna arah tangan, lalu aku pun pergi seorang diri dan disitulah aku berjumpa makhluk pelik yang berjalan bongkok tanpa tangan.
Rupanya, makhluk pelik itu bukan tak ada tangan, tapi tangan di sorok dalam poket seluar tidur sebab baju singkat, ada objek merbahaya sedang beraksi kerana tak pakai seluar dalam, ni masalah orang lelaki yang waktu bangun tidur akan berlaku Nocturnal Penile Tumescence ataupun dikenali MORNING GLORY.
Moralnya, waktu pagi jika tertidur di tempat awam, pakailah pakaian yang sopan, pesan pada diri sendiri sebab makluk pelik itu adalah aku, lepas bayangkan azab menimpa fiarun dan Namrud, barulah kendur anggota Peranakan. Woha!
Ps: Semua buku hamka keretamayat (kamar sutera, dajjal, gay, syurga, neraka, anak bini, dan laki bini) ada dalam stok termasuk buku baru: SATU, kecuali Permata yang hilang, boleh hubungi saya untuk detail. terima kasih.
#kisahanakbini
#KisahLakiBini
#menangkapdajaldiwaktudhuha
#kamarsutera
#semusimdineraka
hotel terdekat murah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Bumi ini sebenarnya rata?-(versi penuh) maaf terpaksa tulis entry ini, sebab kesian kat orang yang kena tipu hari hari..
Kisahnya begini, Hari tu ada sorang dua suruh tulis isu bumi ini tidak bulat, aku ingat mereka nak buat lawak, lalu aku jawab secara berseloroh: isu ini jika nak tulis, pastikan kita duduk zaman sebelum Columbus temui America. Woha!
Tapi mereka serius rupanya, makin hari makin ramai pulak hujani inbox suruh tulis. (Tak ramai pun, tak sampai sepuluh orang-tapi kena tulis ramai supaya nampak macam penting, he he)
Lantas Bila baca link yang mereka berikan, aku rasa masalah ni jadi serius,walaupun pada mulanya aku rasa orang buat lawak jer bahawa bumi ini rata dengan niat nak troll konon NASA dan Amarika kawal sempadan pinggir dunia agar tidak di ceroboh oleh mana mana pesawat, (wow, ramainya tentera amarica jika pinggir dunia benar benar wujud), ada yang kata Satelit tidak wujud, dalam TV itu semua CGI, (eh? Satelit di cipta lebih awal dari CGI, macam mana tu?) Matahari serendah bulan dan sebesar bulan (gerhana terjadi bagaimana?).
Tapi bila baca komen berdebat isu ni, maka ianya menjadi sangat serius. Lalu aku turunkan simpati aku kepada pembaca yang senang diperbodohkan dan takut nak terima hakikat, yang jenis mudah dengar cakap orang, agar ada entry dalam blog kereta mayat bincang isu ini, dan dapatlah mereka berfikir dengan bertanya kepada yang ahli lain kali dengan memberi link dari blog ini.
Dalam perdebatan bumi rata vs bumi bulat, ianya menjadi sangat-sangat serius bila ada orang tafsir ayat Al quran secara membabi buta, siap kafirkan orang yang percaya bumi bulat sebab kononnya bertentangan dengan Al quran.
Padahal, sudah lama ada ijmak ulamak yang menukilkan ijma' akan bulatnya bumi. Tapi boleh pulak orang tuduh yahudi yang reka teori bumi bulat untuk rosakkan akidah umat islam,
Jika korang rajin belek kitab lama, Boleh rujuk kitab Mi'yar Al-'Ilm atau rujuk Al-Maqdisi dalam kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim, atau Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor, juga kitab Wafayatul A'yan, atau rujuk Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam atau rujuk Fatwa Ibnu Taimiyyah bahawasanya mereka para ulama telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi berbentuk sfera, baca juga Tafsir Al-Bahr Al-Muhit:
“Telah bersabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola (sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t kerana sesungguhnya bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata”
Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera. Sebab itu tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah ijma'.
So aku tak nak hujah dengan tafsir ayat Al quran, sebab Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr zakir Naik dah hujah tafsir ayat Al quran bahawa bumi berbentuk sfera depan ribuan orang, semua diam tak ada hujang nak bantah.
Jadi benda ni dah setel dalam bab agama, nak tafsir ayat Al quran tanyalah ulamak yang ahli. Jangan sibuk nak kafirkan orang sana sini.
Sekarang aku nak buktikan bumi bulat macam sfera guna logic sains.
Mudah sahaja caranya, Telefon kawan anda di Amarika (jika ada) dan tanya dia, kenapa di sana malam, dan di sini siang? Jika bumi rata, dan matahari kecil macam bulan dan suluh Malaysia sahaja dan sana cahaya tak sampai, tanya dia, Nampak tak matahari? Sebab jika lampu jalan terang hanya satu kawasan, kita yang di kawasan gelap masih nampak lampu jalan tu, Tapi kawan di Amarika cakap, matahari sudah tenggelam magrib tadi arah barat, eh? macam mana pulak matahari nak naik di Malaysia arah timur dan suluh kita sahaja jika dan tenggelam magrib tadi di amarika jika bumi ini rata? Tak boleh fikir ke?
Okey, nak telefon kawan dekat Eropah mahal sangat, kita buat Ujikaji nombor dua, Pergi KLCC bayar RM10 masuk petrosains petronas, cari meja ada lampu (matahari), bumi bulat dan bulan bulat, dari meja tu, dibuktikan fenomena gerhana bulan dan matahari.
Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku, Dah 2016 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukan gerhana? Adohai…
Baru ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekag naik ke angkasa dan solat disana.
Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?
Korang ingat tak pada 9 Mac yang lalu, waktu tengok gerhana matahari di Malaysia, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.
Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat? Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat. Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?
Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni, tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.
Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya jika korang betul.
Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!
Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.
Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.
Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.
Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.
Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijama ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm
Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada pertengahan tahun 2018, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan wasap korang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha ha!
Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi bulat dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?
Kesianlah kat diri sendiri, jangan sesatkan diri dan ajak orang lain turut sesat sama.
Salam penuh simpati pada anda semua.
I rest my case.
Ps: Bila tunjuk gambar bumi bulat, katanya NASA menipu. Itu semua CGI. Baiklah, kami juga minta flat earth tunjukkan gambar bumi yang sebenar. Tak ada? Tolonglah geng flat earth buat versi CGI, nak tengok jugak, tak kan gambar lukis pakai tangan jer bang, adohai...
hotel terdekat murah 在 HOTEL MURAH DEKAT TAIPEI MAIN STATION - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>