Setelah ramai berkumpul dalam perhimpunan agung parti minggu lepas dan keluar begitu banyak desakan untuk UMNO keluar dari kerajaan, akhirnya UMNO bersetuju untuk- "Kekal dalam Kerajaan".
Begitulah UMNO di dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Hari-hari semakin banyak kenyataan dan tuntutan untuk keluar dari kerajaan, tetapi sehingga kini UMNO masih kekal dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Ini cukup menghairankan saya.
Malah, saya sendiri pernah ulas bahawa UMNO berpura-pura menjadi pembangkang dalam kerajaan hari ini. Ada pimpinan UMNO (baca: Ahmad Maslan) yang kata, kerajaan PN adalah kerajaan yang paling tidak stabil di dunia.
Tetapi akhirnya, masih kekal di dalam Kerajaan PN.
Kalau hari-hari UMNO kata mahu keluar kerajaan, tetapi sampai hari ini UMNO masih di dalam kerajaan, apakah cerminan yang UMNO mahu tunjuk kepada ahli parti dan rakyat Malaysia?
Saya juga percaya retorik mahu keluar dari kerajaan ini akan digunakan UMNO lagi kerana UMNO tidak mahu bertanggungjawab atas kelemahan Kerajaan PN.
Tetapi, UMNO adalah komponen besar Kerajaan PN dan hari ini membuktikan UMNO masih setia bersama Kerajaan PN.
Boleh baca ulasan saya mengenai kenyataan Ahmad Maslan yang kata Kerajaan PN adalah kerajaan paling tak stabil di dunia di sini: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3797208877024777
https://www.malaysiakini.com/news/568827
https://www.malaysiakini.com/news/568521
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「hari-hari besar nasional」的推薦目錄:
- 關於hari-hari besar nasional 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
- 關於hari-hari besar nasional 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於hari-hari besar nasional 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
- 關於hari-hari besar nasional 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於hari-hari besar nasional 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於hari-hari besar nasional 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
hari-hari besar nasional 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
PEMILIHAN UMNO 2018
1. Dengan rasa tawaduk dan penuh keinsafan, borang pencalonan saya untuk pemilihan UMNO telah diserahkan ke ibu pejabat UMNO sebentar tadi. Saya terdahulunya terpaksa meminta agar borang asal saya yang diserah pada 1hb Jun 2018 bagi jawatan Naib Presiden UMNO ditarik balik. Borang pencalonan saya yang terkini adalah untuk jawatan Presiden UMNO.
2. Keputusan saya ini tidak mudah untuk dibuat. Malah sehingga beberapa hari yang lepas, saya tetap dengan pendirian saya untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO sahaja. Namun, setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO dalam keadaan hari ini, saya mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana saya mahu ahli-ahli parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi.
3. Saya sangat hormat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Malah, saya telah berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan menggalakkan hasrat beliau bertanding di atas semangat pemilihan terbuka. Saya juga sangat hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya yang sentiasa membantu dan menasihati saya.
4. Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan masing-masing. Tengku Razaleigh adalah seorang negarawan yang berjaya mengasaskan institusi-institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid pula adalah seorang pejuang yang telah melalui jatuh bangun dunia politik dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akar umbi parti. Kedua-dua mereka merupakan calon-calon yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk jawatan presiden ini.
5. Namun, memandangkan pertandingan di peringkat tertinggi UMNO kali ini adalah terbuka, saya mahu para perwakilan parti diberi pelbagai pilihan sebelum mereka membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk UMNO.
6. Sudah pasti, saya tidak mempunyai pengalaman yang luas seperti calon-calon yang lain. Tetapi saya mahu perwakilan diberi satu lagi pilihan yang mewakili peralihan generasi dalam UMNO. Satu pilihan yang pada prinsipnya melihat bagaimana parti kita dapat dibina semula mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhan UMNO.
7. Saya berikrar untuk bekerja sepenuh jiwa dan raga, bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam parti agar UMNO dikembalikan kepada roh asal dengan jasad yang baharu. Roh yang saya maksudkan adalah parti Melayu yang inklusif, dengan menunjukkan keterangkuman yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Parti yang membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat, bukan hanya golongan atasan, bangsawan, korporat dan elit sahaja. Parti untuk orang biasa. Parti yang menjaga kepentingan orang biasa. Parti yang tidak rasis, tidak seksis, tidak jumud dan tidak lagi pekak terhadap kehendak rakyat jelata. Parti yang berjiwa besar terhadap kaum-kaum lain dan mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai satu rumah besar untuk semua.
8. Biarlah semangat perjuangan kita beteraskan fastabiqul khairat - berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kepada rakyat, dan bukannya berlumba-lumba untuk jawatan, pangkat dan kekayaan.
9. Jasad yang baharu bermaksud penstrukturan semula parti secara total. UMNO mesti mengembalikan semangat keterbukaan dalam segala aspek. Terbuka untuk bertanding. Terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat. Terbuka untuk menerima ahli-ahli baharu tanpa sekatan. Terbuka untuk para perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman ‘warlords’.
10. Budaya ilmu perlu memacu perjuangan UMNO di setiap peringkat. Biarlah Perhimpunan Agung menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat dan bukannya pesta ucapan retorik yang hanya menghiburkan ahli parti. Biarlah orang yang luar dari "sistem parti" diangkat bersama ke jawatan tertinggi - baik para ilmuan, profesional serta aktivis yang mungkin selama ini disekat dan dipinggirkan. Kita buka pintu UMNO seluas-luasnya kepada siapa sahaja yang ingin membina semula parti kita.
11. Saya sedar saya juga penuh dengan kelemahan. Dan mungkin ada yang rasa saya terlalu muda dan mentah. Tetapi kita berada di zaman luar biasa yang menuntut jalan yang bukan biasa. Saya hanya mahu memberi para perwakilan pilihan yang seluas-luasnya. Menang kalah di tangan perwakilan dan ketentuan Ilahi.
12. Walau apapun keputusan kelak, kesetiaan saya kepada UMNO tidak berbelah bagi dan saya akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu nanti. Yang penting, pemilihan ini perlu berjalan dalam semangat kekeluargaan UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharungi cabaran besar pada hari-hari mendatang.
13. Inilah permulaan jalan yang jauh dan berliku. Jalan yang hari ini mungkin tidak nampak sinar di penghujungnya. Tetapi saya yakin, jika UMNO dapat dikembalikan denga roh perjuangan yang asal namun dalam jasad yang lebih segar, rajawali perjuangan akan terbang semula satu hari nanti.
KHAIRY JAMALUDDIN
hari-hari besar nasional 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
#ALHAMDULILLAH, KAMI BERJAYA MENDAPATKAN DEWAN YG LEBIH BESAR BAGI MENAMPUNG JUMLAH PESERTA SEMINAR 1 HARI LABUR SAHAM
KINI HANYA TINGGAL 30 SEAT TERAKHIR!
LASTCALL UNTUK BELAJAR GANDAKAN WANG SECARA SAH & PATUH SYARIAH
20 OGOS 2017 (Ahad)
Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi
8.30pagi-4.00petang
.
=============
PENTING! BAKAL DIDEDAHKAN
=============
☑ Saya akan dedahkan bagaimana meraih pulangan yang luar biasa melalui pelaburan saham secara SAH, SELAMAT, MUDAH serta PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.
☑ Saya juga akan ajar cara jual beli 676 saham patuh syariah seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO, POS, NESTLE, PADINI, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, MY EG, DRB-HICOM dan banyak lagi secara ONLINE.
☑ Ilmu MEMILIH saham yang bagus, inilah kelemahan paling ketara ramai orang kita yang suka main ikut-ikut kawan. Jangan risau, saya akan kongsikan FORMULA yang betul. Jangan bazir masa untuk ‘try n error’!
.
☑ Untung rugi adat pelaburan, belajarlah cara uruskan risiko ini, bukan susah pun. Nanti saya kongsikan caranya!
=========
SIAPA YANG PERLU HADIR?
=========
Ok, program ni KHAS dan EKSKLUSIF untuk:
+) NEWBIE - "Zero, saya apa pun tak tahu", "Saya tahu sikit-sikit", "Dah laaaaamaaaa nak belajar buat duit di pasaran saham tapi belum ada masa". Pendek kata mereka yang BELUM tahu apa itu pelaburan saham di Bursa Malaysia.
.
.
(+) USAHAWAN - Sudah memiliki bisnes dan sedang berkembang. Bisnes dah OK cuma Anda mulai rasa gundah gulana mencari sumber pendapatan kedua.. Ini sememangnya seminar yang sesuai untuk Anda. Saya faham orang bisnes ni sibuk, jadi mana ada masa nak tengok skrin saham tu hari-hari kan? Biar saya tunjukkan cara memilih saham yang bagus sesuai untuk orang yg super busy!
.
.
(+) KERJA MAKAN GAJI - Anda bekerja 5-6 hari seminggu? Keluar sesudah subuh pulang sebelum maghrib? Anda sering mengeluh mengenangkan duit simpanan yang tidak berkembang-kembang? Hmmm… Paling risau lepas dah bersara nanti cukup ke tidak duit simpanan tu? Jika ini terjadi kepada Anda, maka jangan lepaskan peluang keemasan ini. Belajar bagaimana meraih pulangan terlebih-lebih-lebih dari 6-7% sahaja setahun!
.
.
(+) SURI RUMAHTANGGA - Anda seorang CEO rumahtangga? Anda ingin bantu menambahkan pendapatan keluarga dengan tidak perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga? Belajar bagaimana suri rumahtangga lain seperti Anda berjaya membuktikan melabur saham ni tak susah mana!
.
========
INFO PENTING
SEMINAR LABUR SAHAM
========
InsyaAllah temui saya secara LIVE. 1st time ni nak berkongsi dengan orang Bangi.
.
.
.
★★★ BANGI ★★★
LOKASI: HOTEL BANGI-PUTRAJAYA, BANGI
TARIKH: 20 OGOS 2017, AHAD
MASA: 8.30AM - 4.00PM
*YURAN KESUNGGUHAN RM70 SEORANG ATAU RM50 JIKA HADIR LEBIH 2 ORANG
.
***Sila bawa salinan IC & 3 bulan penyata bank terkini bagi tujuan pembukaan akaun saham.
DAFTAR DI http://bit.ly/LaburSahamBangi20Ogos
DAFTAR DI http://bit.ly/LaburSahamBangi20Ogos
DAFTAR DI http://bit.ly/LaburSahamBangi20Ogos