Dua tokoh besar ini adalah anak anak bermasalah waktu remaja dan muda belia.
Saya nukilkan ini supaya ibu bapa jangan kecewa dalam soal pendidikan anak anak. Walaupun mereka satu dalam seribu mungkin tetapi siapa tahu berapa ramai anak anak yg bermasalah ternyata di kemudian hari memberi manfaat kpd masyarakat dengan cara mereka tersendiri.
1. Doakan untuk mereka dengan aduan penuh harapan kpd Allah.
2. Jangan jemu memberi nasihat yang baik. Kerana nasihat itu amat berguna apatah lagi pd anak sendiri.
3. Bersabarlah dengan kata kata orang. Jangan dijawab sebaliknya terus mendidik kerana ia adalah ujian Allah SWT utk mengangkat darjat ibu bapa dan anak itu juga.
--------------------
Yang pertama Agus Salim. Hampir murtad kerana dipilih oleh Snouck Hurgronje untuk dididik oleh personal tutor Belanda kerana kebijaksanaannya. Ibu dia menasihati supaya pergi ke Mekah dan belajar dgn bapa saudaranya Syeikh Ahmad Khatib al Minangkabawi. Ibu menangis kerana menjadi buah mulut orang kampung anaknya sudah tidak yakin dgn agamanya.
Ibu dia meninggal lalu dia ke Mekah utk menyampaikan hasrat arwah ibu. itupun dgn bantuan Snouck Hurgronje dan bertugas di Consulate Belanda di Jeddah. Dia berjumpa dgn ulama besar Syeikh Ahmad Khatib yg melayani beliau secara berasingan kerana soalan soalan yg mencabar.... akhirnya menjadi orang no 2 dalam SI (Sarekat Islam, naib kepada Hj Omar Said Cokroaminato (Guru Besar umat ini), menubuhkan Jong Islametien bond (gerakan pemuda Islam didikan Belanda dan berdakwah dlm bahasa Belanda). Akhirnya menjadi seorang ulama besar dan berkeliling ke negara negara islam sehingga PBB memberikan pengiktirafan kpd kemerdekaan Indonesia secara de jure. Beliau terkenal dgn jolokan 'The grand old man of Indonesia'
Yang kedua tidak asing lagi Buya HAMKA. Nakal waktu kecil, sekolah tidak habis dan menyertai golongan 'parewa' (bersabung ayam dan tidak pulang ke rumah). Orang kampung sudah berkata kata 'si Malik sudah rusak'. Namin dia ingat pesan ibu 'jangan tinggal solat di mana pun' dan dia amat kuat membaca.
Akhirnya jadilah dia Buya HAMKA yg kita kenali. Ulama pujangga Nusantara yg tiada duanya. Di anugerah gelar Professor oleh Univ al Azhar dan Doktor kehormat UKM.
Tidak bersekolah namun diangkat juga sebagai ahli sejarah terunggul Nusantara. Sebagai ahli sejarah sekaligus pencipta sejarah.
Search