#KEUTAMAAN_PEMAKANAN_SELEPAS_BERSALIN:
#MENANGKIS_MITOS_PANTANG_KETERLALUAN.
Di dalam adat budaya kita terdapat pantang larang pemakanan yang selalunya amat ketat dan terhad. Ada yg akan hanya makan ikan haruan dan linang sepanjang tempoh pantang disertai dengan pelbagai pantang yang lain. Ada yg lebih ekstrim dengan melarang pemakanan buah2an dan juga menyekat pengambilan air.
Semua ini saya kira adalah bertujuan untuk menghilangkan berat badan yg bertambah akibat mengandung dan mahu kembali ke susuk badan yang cantik secepat yang mungkin.
Namun apa yang lebih utama yang patut difikirkan oleh setiap wanita adalah kepentingan makan makanan yg berkhasiat supaya anda mampu menjadi ibu yang terbaik utk anak anda. Anda memerlukan tenaga dan adalah penting untuk anda memakan makanan yg berkhasiat bagi memastikan kesihatan anda terjaga untuk jangka masa panjang.
Jika anda menyusukan anak anda (susu ibu), sungguhpun anda kurang zat dalam badan, kualiti susu ibu anda akan kekal sama. Namun kualiti ini dikekalkan dengan mengguna pakai simpanan nutrien dan zat dalam badan anda. Itulah sebabnya wanita Asia mempunyai insiden osteoporosis yang tinggi sebenarnya kerana calcium dari tulang anda digunakan untuk anak anda tanpa gantian!
Saya gariskan beberapa makanan yang sepatutnya anda makan mengikut pandangan perubatan moden dan semoga ia membantu anda membentuk pelan pemakanan anda yang akan mempunyai pilihan menu yang lebih luas dan berkhasiat.
1. Ikan.
Ikan adalah merupakan sumber protein yang bagus untuk badan. Protein adalah diperlukan untuk membaiki tisu2 badan yang koyak, rosak dan renggang apatah lagi jika ada pembedahan atau jahitan episiotomy (jahitan luka pada faraj).
Ikan juga mempunyai kandungan lemak DHA yang amat penting di dalam pembentukan sistem otak dan saraf bayi anda. Semua susu ibu mengandungi DHA namun nilainya adalah lebih tinggi di dalam susu ibu yang mempunyai DHA dalam diet pemakanan mereka.
DHA di dalam pemakanan anda juga membantu keseimbangan mood anda selepas bersalin yg kadang kala boleh mengalami kemurungan.
Tidak ada pengkhususan khas bahawa hanya ikan haruan dan linang saja dimakan ketika mengandung sebenarnya. Anda bebas memakan ikan2 lain juga seperti ikan kembung, bilis, terubuk, tenggiri dan lain2 ikan. Malahan kandungan DHA adalah lebih tinggi di dalam ikan laut berbanding ikan air tawar seperti haruan. Jadi pelbagaikanlah sumber ikan anda tanpa was2. 😉
2. Produk tenusu rendah lemak.
Produk seperti yogurt/tairu, dadih, keju dan susu adalah penting memandangkan anda sedang menyusukan anak. Produk tenusu ini mengandungi Vitamin D yang amat penting utk menjaga kesihatan tulang anda. Ia juga merupakan sumber calcium terbaik bagi menggantikan calcium badan anda yang akan hilang di dalam susu ibu. Susu juga merupakan sumber protein yg tinggi dan juga kaya dengan Vitamin B. Pastikan anda minum dan makan produk tenusu ini sekurang2nya 2 kali setiap hari. Calcium juga membantu perkembangan tulang bayi anda.
3. Daging.
Pemakanan daging adalah penting semasa pantang. Pilihlah bahagian daging yang kurang kandungan lemaknya atau dipanggil lean meat. Contoh lean meat cuts ini adalah bahagian batang pinang, bahu (shoulder), peha, t-bone dan sebagainya. Daging mengandungi protein, zat besi dan Vit B 12 yang amat penting untuk wanita pasca bersalin apatah lagi yang menyusukan anak mereka.
4. Kekacang.
Pemakanan legumes atau kekacang seperti kacang hitam dan kacang panggang (kidney beans) adalah merupakan sumber protein gantian terbaik terutama bagi golongan vegeterian yang tidak mengambil produk haiwan, telor dan tenusu dalam pemakanan mereka. Makanan ini boleh ditambah juga di dalam kepelbagaian menu anda. 😊
5. Buah-buahan.
Buah2an kaya dengan mineral dan vitamin dan amat penting dalam proses penyembuhan luka dan sebagai pemberi tenaga. Ia juga mengandungi serat yang tinggi yang membantu mengelakkan ibu2 mengalami sembelit, satu komplikasi pasca bersalin yang normal bagi wanita Asia. Jadi seruan berpantang dari makan buah2an kononnya atas sebab ia 'sejuk' atau 'panas' adalah tidak benar.
Anda boleh makan buah2an yang kaya dengan zat seperti buah oren, anggur, jambu batu, betik, mangga dan pelbagai pilihan buah2an yang lain.
6. Karbohidrat.
Kebanyakan wanita selepas bersalin akan amat menitik beratkan penurunan berat badan. Mereka mahu segera langsing ke bentuk asal mereka. Justeru itu, mereka akan berpantang makan nasi atau mengurangkan pengambilannya sama sekali. Sungguhpun ia boleh menurunkan berat badan, penurunan berat badan yang mendadak ini akan menyebabkan badan anda lesu dan penghasilan susu ibu yang berkurangan. Beras perang boleh menggantikan beras yang anda biasa gunakan bagi tempoh pantang anda ini.
7. Telur.
Berbeza dengan sesetengah budaya yang mengatakan telor tidak boleh dimakan ketika pantang atas sebab gatal dan bentan, perubatan moden memandang telor sebagai sumber pemakanan yg baik terutamanya selepas pembedahan dan selepas bersalin. Ia mengandungi sumber protein yang tinggi. Pilihlah telor yang kaya dengan DHA dan Omega3 yang sudah pasti membantu anda semasa tempoh pantang.
8. Whole meal bread (roti biji-bijian utuh) dan bijirin.
Roti jenis ini kaya dengan asid folik yang amat penting bagi perkembangan bayi. Selain itu ia juga mengandungi serat dan zat besi yang amat penting bagi ibu2 selepas melahirkan anak. Terdapat pelbagai jenama roti dan bijirin ini di pasaran dan anda bebas memilih mengikut kemampuan ekonomi anda. Brand TESCO oat pun ada. Saya ada jumpa hari tu. Tapi berkemungkinan kandungan mineral dan vitaminnya berlainan. Sila rujuk sebelum beli. 😝
9. Sayur-sayuran hijau.
Sayur2an terutamanya yang hijau seperti bayam, sawi, kailan, lobak merah, brokoli adalah kaya dengan vitamin A. Malahan bagi wanita2 yang vegetarian, ia adalah sumber makanan gantian yang cukup kaya dengan calcium, zat besi dan vitamin C. Sayur2an secara umumnya kaya dengan antioksidan dan rendah dengan kalori. Banyakkan pemakanan sayur2an ketika waktu normal apatah lagi ketika mengandung.
10. Air.
Ibu2 yang menyusukan anak sudah pasti akan kehilangan air dari badan mereka dalam penghasilan susu ibu. Oleh itu amat mustahak bagi mereka menggantikan sumber air dalam badan mereka agar mereka kekal mempunyai hidrasi yang baik. Jangan tunggu hingga haus. Sebaliknya minumlah air secara kerap. Pastikan anda boleh buang air kecil setiap 4-6 jam yang menunjukkan pengambilan air yang mencukupi dalam badan anda. Kekeringan badan anda akan menyebabkan penghasilan susu juga akan berkurangan. Anda tidak perlu hanya minum air masak setiap masa tetapi boleh saja berselang seli dengan pengambilan jus2 buah2an, jus yogurt dan susu. Namun anda perlu elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh ketika tempoh pantang. Ini adalah kerana kafein boleh menyerap ke dalam susu ibu dan masuk ke badan anak anda. Ia boleh mengakibatkan anak anda meragam dan tidur anak anda terganggu.
Seterusnya, ia juga menyebabkan tidur anda dan paling utama, tidur suami2 seperti saya terganggu. 😝😝😝😝
#Kesimpulan:
1. Makan dan minumlah makanan yg berkhasiat tanpa pantang keterlaluan seperti sesetengan adat dan budaya.
2. Tubuh badan anda boleh langsing semula sesuai dengan keseimbangan semula hormon yang akan berlaku serta penat menjaga anak.
3. Lakukan senaman dan diet membentuk tubuh badan anda setelah anda sembuh sepenuhnya selepas tempoh pantang.
4. Bagi anda yang mempunyai mertua yang amat keras pandangan mereka berkenaan pantang ini, usahlah melawan mereka. Menjadi tanggung jawab sang suami untuk seludup makanan untuk isteri yang tercinta. 😜
Sumber :
(Bagi rujukan pantang makanan selepas pembedahan, sila baca di sini:
https://m.facebook.com/notes/abdul-rahman-abdul-kadir/mitos-pantang-makanan-selepas-pembedahan/1024824344227052/
Gambar: Contoh makanan pantang saya. Sedap wey Salmon. Hgpa makan ikan haruan saja, kesian haruan wey. Asyik depa jadi mangsa. Kih333.
Search