Shoutout tahniah kpd @muhammadhifzee
・・・
Hilang 48kg dalam masa 1Tahun tanpa pil kurus dan Supliment.
Pejam celik pejam celik hari ni sudah 26.6.2016, bermakna sudah 1tahun perjalanan aku untuk menguruskan badan.
Tanggal 26.6.2015.
Bermulalah perjalanan aku untuk menguruskan badan selepas membaca kisah kejayaan Arif Sukri.Selepas aku membaca kisah tersebut,aku terus menghantar mesej kepada beliau untuk menanyakan tips yang boleh aku lakukan.Beliau melayan mesej aku tanpa jemu.Tak dinafikan perjalanan aku pada awal-awal dulu sangat sulit .Alhamdulillah,Alloh bagi kekuatan untuk teruskan perjalanan aku sehingga sekarang.
TIADA YANG MUSTAHIL.
Aku tidak makan sebarang pil kurus untuk kurus.Apa yang aku buat ialah menjaga makan dan senaman.Fahami konsep pemakanan70% manakala senaman 30%. EJEKAN.
Benda ni wajib ada kalau kita nak mulakan suatu perkara yang dilihat mustahil.Mana tidaknya kita gemuk berbelas-belas tahun,alih-alih tahun ni kita nak diet dan senaman.Maka akan ada mulut-mulut longkang yang busuk akan bersuara dan berbau.
CARA ATASI.
Buat tak tahu sahaja.Berdoalah pada Alloh supaya diteguhkan hati dan perasaan serta dikuatkan mental untuk hadapi orang-orang yang mental melihat usaha kita.Sentiasa positif untuk capai kejayaan.
TIPS UNTUK PEMULA.
1.Pasang niat kerana Alloh.
2.Kuatkan mental untuk hadapi cabaran sekeliling
3.Tinggalkan air manis
4.Minum air putih minima 2liter sehari atau sampai urin jernih
5.Nasi jangan tinggal yakni makanlah segenggam atau kurang segenggam
6.Sayur hijau wajib,terlebih baik kalau ulam-ulaman dan protein seperti putih telur,ikan,dada ayam ambil secara grill atau rebus.
7.Download Aplikasi My Fitness Pal
8.Baca tentang kalori di blog susu sejat.
9.tidur yang cukup seperti 8jam.
10.tinggalkan junk food(wajib tinggal kalau kau nak kurus)
11.Kurangkan minyak,gula,garam dan tinggalkan aji no moto(tak mati pun kalau tak makan Aji no moto)
12.Rajinkan membaca Blog-blog diet seperti Kevin Zahri,Susu sejat dan Freeletics Malaysia.
13.Aktifkan diri seperti jalan-jalan ditaman untuk pemula.
14.Cari kawan yang sama misi.
15.Cheat day penting seminggu sekali.
16.Dan selamat membaca tip-tip lain.
#jk1m
#kevinzahri
#freeleticskang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
freeleticskang 在 Kevin Zahri - Shoutout tahniah kpd ... - Facebook 的推薦與評價
14.Cari kawan yang sama misi. 15.Cheat day penting seminggu sekali. 16.Dan selamat membaca tip-tip lain. #jk1m #kevinzahri #freeleticskang | Facebook ... ... <看更多>