UMNO (Baru) hilang semangat perjuangan bela Melayu
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan tentang ‘UMNO yang hilang’.
Beliau meluahkan kekecewaan tentang apa yang berlaku dalam UMNO sejak ia ditubuhkan semula di bawah entiti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ‘UMNO asal’ diharamkan pada 1988.
Secara ringkasnya, tokoh politik veteran yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li itu berpandangan, UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Almarhum Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
UMNO yang asal memang benar-benar memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kesan penjajahan selama 446 tahun menyebabkan orang Melayu hilang kuasa sehingga menjadi melukut di tepi gantang di tanah air sendiri.
Melihat kepada nasib anak bangsa yang menyedihkan itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO asal iaitu Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tun Hussein Onn untuk menebus maruah orang Melayu yang tercalar.
Mereka semua sangat komited dalam menjayakan misi mulia itu sehingga sanggup mengetepikan status bangsawan semata-mata untuk membela nasib orang Melayu melalui UMNO.
Segala-galanya berubah apabila UMNO berada di bawah cengkaman Dr Mahathir mulai 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003 di mana parti orang kampung itu mula beransur-ansur menampilkan imej korporat dan elitis.
Ramai yang mula melihat UMNO sebagai lubuk duit. Lebih tinggi jawatan dalam parti, lebih besar habuan yang bakal diterima.
Perkembangan yang kurang sihat itu telah mengakibatkan gejala perebutan kuasa yang parah dalam UMNO sehingga membawa kepada episod pengharaman parti terbesar orang Melayu tersebut pada 4 Februari 1988.
Dr Mahathir seterusnya menubuhkan UMNO (Baru) yang lama-kelamaan disebut sebagai UMNO sahaja. Mereka yang malas mengkaji sejarah mungkin terkeliru sehingga menyangka ia adalah parti yang sama dengan yang ditubuhkan oleh Datuk Onn.
Malangnya UMNO (Baru) yang masih kekal sehingga hari ini sudah lari daripada matlamat perjuangan asal iaitu membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang semakin tercicir dalam arus pembangunan negara yang pesat.
Ramai pemimpin UMNO lebih berminat untuk memenuhkan kantung sendiri kerana bagi mereka, wang adalah kuasa. Mereka memerlukan wang yang banyak untuk merebut atau mempertahankan jawatan dalam parti.
Akibatnya, sebahagian besar kepimpinan UMNO di segenap peringkat tidak lagi diisi oleh mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan Pusat seolah-olah menjadi milik mutlak mereka yang kaya-raya dan mempunyai kabel besar.
Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti jika mereka bukan berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh.
Jika mereka masuk UMNO, peranan mereka hanyalah sekadar sebagai ahli jawatankuasa biasa di peringkat cawangan yang khidmat mereka cuma diperlukan untuk mengangkat barang dan menguruskan mesyuarat.
Ada juga permohonan keahlian daripada mereka yang berkelulusan tinggi ‘diperam’ oleh ketua cawangan yang takut kedudukan mereka akan terancam.
Lama-kelamaan, generasi intelektual muda Melayu semakin tidak akrab dengan UMNO dan ramai yang memilih untuk menceburi politik bersama PAS, PKR malah DAP.
UMNO pula mengalami ketandusan cerdik pandai di peringkat akar umbi dan situasi ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh pucuk pimpinan yang lebih berminat mengejar agenda peribadi.
Rakyat termasuk orang Melayu sendiri sudah mulai hilang keyakinan terhadap UMNO (Baru) yang dilihat masih belum insaf selepas menerima tamparan yang amat pedih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keadaan semakin buruk di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan gagal mengembalikan reputasi UMNO yang tercalar serta memberi hala tuju yang jelas terhadap parti.
Ramai yang berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang lain khususnya Datuk Seri Mohamad Hasan bertindak segera untuk membaiki segala kepincangan dalam parti dan membebaskannya daripada penguasaan kluster mahkamah.
Namun apa yang diharapkan itu masih belum berlaku. Sedangkan masa semakin suntuk kerana PRU-15 dijangka akan diadakan seawal-awalnya tahun depan.
Mungkin Ku Li sangat bimbang melihat apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sehingga mendorong beliau meluahkan hasrat untuk menghidupkan semula UMNO asal.
Kita tidak pasti sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu atau melancarkan gerakan pemulihan dalam UMNO. Semuanya masih samar-samar lagi.
Apa yang pasti, gelombang penolakan terhadap kluster mahkamah sudah bermula. Jika mereka masih bersikap angkuh dan enggan menerima kenyataan, kelak UMNO akan menerima padahnya.
https://wartarakyat.com.my
同時也有18部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Video dan Audio langsuir menjerit masa kitorang record #AngkerSister baru ni secara online meeting. Also penonton Angker Sister sekarang pun boleh sha...
「entiti」的推薦目錄:
- 關於entiti 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於entiti 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於entiti 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於entiti 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
- 關於entiti 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳解答
- 關於entiti 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
- 關於entiti 在 ENTiTi VR / AR Webinar - Facebook 的評價
- 關於entiti 在 ENTiTi - Future Worlds Discover - YouTube 的評價
- 關於entiti 在 ENTITI 703 (entiti7) - Profile - Pinterest 的評價
- 關於entiti 在 ENTiTi-Wakingapp - GitHub 的評價
entiti 在 Facebook 的最佳貼文
Mengapa di seluruh dunia manusia mempercayai kewujudan entiti yang Maha Kuasa?
R&D Team MRM
entiti 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
MENGHAYATI 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
MAGERAN yang pertama telah melahirkan Rukun Negara, dan negara kita mencapai kegemilangan dari benih perpaduan ini. Ianya merupakan entiti jati diri rakyat Malaysia.
Alangkah sedihnya jika warganegara sendiri pun tidak menghayati prinsip Rukun Negara ini. Di manakah semangat cinta akan negara kita? Jadi , semua warganegara malaysia haruslah menjunjung penuh prinsip Rukun Negara agar negara terus kekal harmoni dan aman.
Ayuh Rakyat, BANGKIT!!! Jadikan ini panduan kita sebagai rakyat. Jika pemimpin kita lupa, kita ingatkan dengan Suara Rakyat, Suara Keramat!
#SaveMalaysia
#resetrebornrebuild
#RebuildingMalaysia
entiti 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Video dan Audio langsuir menjerit masa kitorang record #AngkerSister baru ni secara online meeting. Also penonton Angker Sister sekarang pun boleh share pengalaman mereka dengan DM Haze di IG dan nanti Haze filter.
Segment episode ni ada 4 cerita seperti:
0:00 Teaser Episod, Intro & Episod lepas
1:27 Pendamping Dari Pergunungan Indonesia
4:35 Kisah Viral Api Misteri & Pengalaman Disorok Hantu Waktu Kecil
8:12 Pembantu Rumah Ambil Air Untuk Anak Halimunan
19:52 Bunyi Langsuir Menjerit Masa Online Meeting
entiti 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳解答
Saya telah rangkumkan 5 penampakan & gangguan sepanjang eksplorasi saya di tahun 2020. Suara pontianak, bunyi loceng misteri, bayangan hitam melintas dan entiti di langsir, antara footage yang menyeramkan sepanjang 2020. Sila ikuti video sehingga habis untuk TOP 5 PENAMPAKAN.
link video penuh eksplorasi TOP 5 SERAM 2020 :
5 # Bunyi Loceng Di Sekolah Arab Bukit Tunku :
https://youtu.be/FHEoFM3mMq8
4 # Suara Pontianak Di Sibertel :
https://youtu.be/DSma1gAgTlY
3 # Lembaga Hitam Di SK Danau Perdana
https://youtu.be/3iwOB5Ej9jY
2 # Bayangan Hitam & Suara Misteri Di Banglo SG
https://youtu.be/rGkRBEW1pPs
1 # Penampakan Seram Di Banglo Patung
https://youtu.be/uBCOZiJFuMs
__________________________________________
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
___________________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook: Shukri Vlog
https://www.facebook.com/shukri.zulkifli.5
Instagram : shukri_vlog_
https://instagram.com/shukri_vlog_?igshid=1a57q4kuqc9sl
#penampakan
#shukrivlog
#2020
#top5penampakan
#sekolaharabbukittunku
#sibertel
#skdanauperdana
#banglosg
#banglopatung
entiti 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
Kisah Benar Pengalaman Di Ganggu Oleh Makhluk Halus Di Hotel. Apakah Yang Bakal Terjadi Kepada Mereka?
EJAK ENTITI BERSAMA HUN HAQEEM
https://youtu.be/68-PNsWKh8w
Kisah Seram di KEM PL*N |
https://youtu.be/GHad_0BzPt4
Jejak Entiti Di MALL TERBIAR X Farez Ridzwan
https://youtu.be/rgP7bWCOvM0
Pengalaman Seram Ke Rumah Doktor Professor Gila
https://youtu.be/pT34fXxO4hQ
Kisah Pembunuhan Remaja Di Dalam Locker
https://youtu.be/0QTfRKUvj8Q
#SeramMalamJumaat #ParanormalEntity #Hantu #Seram #Horror #trending #viral #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth #MigMovie #pocong #pontianak
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
entiti 在 ENTiTi - Future Worlds Discover - YouTube 的推薦與評價
http://www.futureworlds.com is a unique and vibrant startup network at the University of Southampton which helps nurture our aspiring ... ... <看更多>
entiti 在 ENTITI 703 (entiti7) - Profile - Pinterest 的推薦與評價
See what ENTITI 703 (entiti7) has discovered on Pinterest, the world's biggest collection of ideas. ... <看更多>
entiti 在 ENTiTi VR / AR Webinar - Facebook 的推薦與評價
flow of virtual and augmented reality project creation using ENTiTi reality creator! Free registration: https://entiti.wakingapp.com/webinarregistration. ... <看更多>