CARA BERSIHKAN TILAM YANG TERKENA AIR KENCING AGAR SUCI DARI NAJIS.
Mungkin kita dah terbiasa dengan insiden anak kencing malam, tembus malam2.. tahu2 dah basah je katil.
Dengan bau satu hal.. kena nak angkat tilam nak jemur lagi..kalau dah kencing berkali-kali, macammana kita nak pastikan ianya bersih dari najis?
Ikuti penjelasan dari Mufti Wilayah Perseketuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimana cara untuk mengatasinya.
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada satu kemusykilan. Bagaimana cara untuk membersihkan najis air kencing anak (najis mutawassitah) di atas tilam tebal dan berat serta susah untuk diangkat? Cukupkah sekadar direnjis air mutlak di atasnya atau perlu dibasuh pada bahagian terkena najis? Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW :
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya : “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.”
Riwayat Muslim (223)
Islam sangat mengambil berat dalam hal bersuci dan kebersihan. Begitu juga, manusia cenderung kepada kebersihan dan secara tabi’i manusia tidak suka serta menjauhkan diri daripada kekotoran. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah, maka secara tabi’i ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan.
Pembahagian najis:
Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Najis Mukhaffafah (ringan),
Najis Mutawassitah (sederhana) dan Najis Mughallazah (berat).
Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya.
Najis Mukhaffafah merupakan air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibunya sahaja dan berumur tidak lebih daripada dua tahun.
Najis Mutawassitah pula adalah selain daripada kedua-dua jenis najis di atas. Najis Mutawassitah adalah seperti air kencing, najis haiwan dan darah.
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/40-41)
Cara membersihkan Najis Mutawassitah
Sebelum itu, kita mesti ketahui bahawa setiap jenis najis tersebut berbeza cara membersihkannya.
Mengenai cara membersihkan najis Mukhaffafah, kami telah membahaskannya secara panjang lebar di dalam artikel kami :
Irsyad al-Fatwa Siri ke-348 : Bayi Lelaki Yang Diberi Makan Ubat, Adakah Air Kencingnya Masih Mukhaffafah Dan Bagaimana Cara Membersihkannya?
[1]
Manakala najis Mughallazah hendaklah dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya adalah dengan air yang bercampur tanah. Bagi mendapatkan perbahasan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami di dalam :
Irsyad al-Fatwa Siri ke-176 : Jenis dan Kaedah Tanah Samak.[2]
Irsyad al-Fatwa Siri ke-221: Hukum Sertu Munggunakan Sabun Taharah.[3]
Mengenai najis Mutawassitah Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff ada menyatakan bahawa ia terbahagi kepada dua kategori iaitu hukmiyyah (حكمية) dan ‘ainiyyah (عينية). Hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau,rasa dan juga warna.
Cara membersihkannya adalah cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Manakala ‘ainiyyah pula ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau atau rasa atau warna.
Cara membersihkannya ialah dengan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, rasa dan warna). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.
Begitu juga, sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka wajib membasuhnya kali kedua. Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib membasuhnya buat kali ketiga. Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun dan lain-lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (حالة التعسر).
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 135)
Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa contoh najis hukmiyyah adalah seperti air kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya. Maka, cara membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya sekali.
Adapun ‘ainiyyah, maka wajib dihilangkan sifat-sifatnya yang terdiri daripada bau, rasa dan warna, melainkan ada kesukaran bagi menghilangkan salah satu antara dua sifat iaitu sama ada warna atau bau. Maka, dalam hal ini tidak wajib menghilangkannya, bahkan ia telah pun dikira sebagai suci.
Akan tetapi, sekiranya terhimpun kedua-duanya sekali (bau dan warna) pada tempat tersebut, maka wajib untuk dihilangkan kedua-dua sifat tersebut kerana ia adalah merupakan bukti yang kuat bahawa ‘ain najis itu masih ada sepertimana ciri atau sifat yang ditunjukkan oleh rasa. (Lihat Fath al-Wahhab, 1/25 dan Kasyifah al-Saja, hlm. 182-184)
Begitu juga, belum lagi dikira suci (masih najis), jika masih ada sifat najis daripada segi rasa kerana kebiasaannya ia mudah untuk dihilangkan. Oleh itu, sekiranya masih berbaki sifat rasa, maka wajib untuk dihilangkan sekalipun dengan mengikis atau menggosok sebanyak 3 kali.
Cara mengikis adalah dengan mengikis tempat terkena najis itu menggunakan batu atau lain-lain, manakala menggosok pula adalah dengan menggunakan jari jemari dengan gosokan yang kuat dan kemudian menjiruskan air ke atasnya sehingga hilang ‘ain dan kesan najis itu.
Selain itu, tidak disyaratkan menggunakan bahan bantuan seperti sabun dan usynan (sejenis pokok) bagi menghilangkan najis melainkan setelah terhimpun baud an warna sekali atau hanya daripada segi rasa sahaja.
Maka, dalam situasi ini wajib menggunakan bahan bantuan tersebut. (Lihat Kasyifah al-Saja, 182-183)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah meringkaskan berkenaan hukum bagi keadaan susah (حالة التعسر) kepada dua, iaitu :
Sekiranya hanya tinggal bau sahaja atau warna sahaja, hukumnya adalah dikira sebagai suci.
Sekiranya yang tinggal adalah bau dan warna atau hanya rasa sahaja, maka wajib membasuhnya bersama bahan bantuan seperti sabun sehingga hilang sifat-sifat tersebut.
Akan tetapi, sekiranya orang yang berkepakaran (Ahl al-Khibrah) menyatakan najis tersebut, tidak akan dapat dihilangkan melainkan hanya dengan memotongnya (membuangnya), maka dinamakan bagi keadaan atau situasi ini sebagai situasi yang ada keuzuran (حالة التعذر).
Hukumnya, ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan dan sah solat dengannya. Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk menghilangkannya pada masa akan datang, wajib untuk dia menghilangkannya.
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 136)
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para ulama, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :
Sekiranya air kencing yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup dengan hanya mengalirkan air padanya.
Dan sekiranya kuantiti air sedikit, hendaklah air yang dilalukan ke atas najis dan bukan sebaliknya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/199)
Akan tetapi, jika air kencing tersebut meninggalkan ‘ain atau sifat-sifatnya, maka terlebih dahulu hendaklah dihilangkan ‘ain dan sifat-sifatnya.
Kami syorkan lap dan pindahkan air kencing yang bertakung di atas tilam semampu mungkin dengan menggunakan kain atau span atau wet/dry vacuum sehingga tidak ada lagi yang berbaki melainkan sedikit lembap yang tidak boleh dipisahkan (dielakkan) sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 181)
Kemudian, barulah dialirkan air di atasnya. Sekiranya air basuhan tersebut tidak dapat mengalir, hendaklah ia juga dipindahkan atau dikeringkan semampu mungkin, dengan menggunakan kain atau span atau seumpamanya. Sekiranya masih berbaki warna atau bau sahaja, tidak mengapa dan ia dikira telah suci.
Akan tetapi, sekiranya masih berbaki warna dan bau sekali atau semata-mata rasa sahaja, hendaklah ia dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya atau dengan menggosoknya sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang.
Sekiranya masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan serta sah solat di atasnya.
Manakala apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah tidak mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah cukup. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa :
لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
Maksudnya : “Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Kredit : Mufti Wilayah Persekutuan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「contoh selawat nabi」的推薦目錄:
- 關於contoh selawat nabi 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
- 關於contoh selawat nabi 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
- 關於contoh selawat nabi 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於contoh selawat nabi 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於contoh selawat nabi 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於contoh selawat nabi 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於contoh selawat nabi 在 Bacaan Sholawat Nabi Muhammad SAW, Beserta ... - YouTube 的評價
- 關於contoh selawat nabi 在 Bacaan Sholawat Nabi Muhammad SAW, Serta Manfaat ... 的評價
- 關於contoh selawat nabi 在 Tarikan Rezeki : POWER of Selawat Nabi Muhammad SAW 的評價
contoh selawat nabi 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
Doa Arafah - Menjelang Hari Arafah.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
.
Kredit to Prof Muhaya & Dr Hajjah Azura Hashim
🔽tambahan
33. Ya Allah kurniakanlah buku catatan amalan dari sebelah kanan
34. Ya Allah hidupkanlah hati ku dan ahli keluarga serta keturunan ku dengan sentiasa dlm zikir dan selawat
35. Ya Allah lindungilah dan selamatkan daku dan ahli keluarga dari segala bahaya dan musibah yang tersembunyi dan nyata yg DTG dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dan sekeliling.
36. Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami dari pandangan Ain manusia yang bahaya
37. Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat dan kelilinginkami dengan mereka yg benar Jujur dan ikhlas mengasihi kerana Allah subhanahu wata'ala.
38. Ya Allah muliakanlah kami di hari tua
39. Ya Allah bebaskan kami dari sebarang hutang didunia dengan sesama makhluk.
40. Ya Allah, kurniakan lah kepada kami Qalbun Salim, yg tenang, taat dan sabar serta redho.
41. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halalan toyyiban lagi diberkati lagi dirahmati.
42. Ya Allah permudahkanlah urusan ibadah kepada MU dan jauhkan kami dari pandangan makhluk ketika beribadah dengan Mu ya Allah.
43. Ya Allah, didik jiwa kami untuk sentiasa ikhlas dan lindungi dari anasir mazmumah yg merosakkan.
44. Ya Allah kurniakanlah kami sifat dan sikap positif dan penuh dengan mahmudah . Buang yang negatif dan mazmumah dari diri kami Ya Allah. Tolong kami baiki diri kami Ya Allah
45. Ya Allah pilihlah kamu sebagai umat Baginda yang bersungguh menghidupkan sunnah dan mengikuti contoh tauladan Baginda .
46. Ya Allah, bimbingi daku dan ahli keluarga ku dalam menguruskan dan menundukkan nafsu amarah dan duniawi yg berlebihan lagi melalaikan.
47. Ya Allah , bantu kami mendapat Taufiq Hidayah Mu untuk senantiasa berusaha meningkatkan iman dan taqwa
48. Ya Allah bantu daku dan seluruh ahli masyarakat untuk saling tolong menolong dan mengasihi kerana Allah wa Rasul.
49. Ya Allah golongkan kami sebagai umat Baginda yang istiqamah menuntut ilmu untuk memperbaiki diri sebagai hamba dan bukan untuk bermegah.
50. Ya Allah kurniakanlah kami para Guru yang benar dan jujur dalam menyampaikan amanah warisan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
51. Ya Allah, ringankan tubuh badan kami melakukan kerja dan amal ibadah serta lisan yg sentiasa basah berzikir.
52. Ya Allah jadikan kami hamba MU yang ringan memberi maaf sesama insan dan yg paling banyak memohon ampun dan maaf dari Mu
53. Ya Allah terima lah taubat kami, bersihkan hati fikiran dan roh kami dari sebarang anasir yg merosakkan aqidah serta yg munkar
54. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami dikalangan golongan Ulul Albab
55. Ya Allah, kurniakanlah kemantapkan hati , roh, jiwa, fikiran dan keyakinan yg jitu berjalan dan mendokongi manhaj Nabawi sambil menjalani kehidupan di akhir zaman ini.
59. Ya Allah jadikan kami dan ahli keluarga lelaki dan perempuan kami benar benar mengikuti manhaj Nabawiyah yang benar
60 Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki kefasihan bahasa Arab, bahasa Baginda
61. Ya Allah kurniakanlah kami ingatan yang kuat untuk MB menghafal Al-Quran atau hadis atau pelajaran kami.
62. Ya Allah, golongkan kami dan pilih kami dan keturunan kami yang ikhlas dan suka membantu. Umat Baginda, yg suka memberi dari menerima.
63. Ya Allah jadikanlah AL Quran penunjuk bagi cahaya dan jalan yang benar.
64. Ya Allah, kurniakan kami zuriat keturunan yg Solehin lagi bertaqwa dan berakhlak mulia serta punya jatidiri yg teguh dan kental
65. Ya Allah rezeki kan kami mempunyai kejiranan yg baik, disenangi lagi terpuji adab perilaku.
66. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan ku ilmu yang bermanfaat untuk diri mereka dan ummah , minat dan penuh semangat dibidang yg dipilih oleh Mu yg baik buat agama dan dunia nya.
67. Ya Allah, kurniakan anak dan zuriat keturunan ku pasangan hidup yg benar mengikuti ajaran agama Islam yg Benar, punyai fikrah yg benar terhadap Allah wa Rasul dan mempunyai akhlak terpuji serta ikhlas dalam kasih sayang Mencontohi Baginda dan kehidupan berumahtangga yg diberkati , dirahmati, diredhai penuh Sakinah dan Mahabbah.
68. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga kami dan bakal ahli keluarga pasangan anak anak kami yang menghormati, baik pekerti dan mengamalkan kehidupan Islam yang benar
69. Ya Allah kurniakanlah Ilm dan pendidikan yang membentuk fikrah yg mengikuti manhaj Nabawiyah jln Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berjaya dlm persekolahan atau madrasah dan di peringkat universiti .
70. Ya Allah kurniakanlah pekerjaan yang terbaik dan paling sesuai untuk anak dan zuriat keturunan kami dan menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.
71. Ya Allah jadikanlah dunia ditangan tetapi bukan dihati kami
72. Ya Allah kurniakanlah pengakhiran Husnul Khatimah buat kami, anak anak kami, zuriat keturunan kami dan semua yang kami kasihi.
73. Ya Allah jgn dibolakbalik hati kami setelah engkau memberi hidayah dan tetap lah kami berada bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
74. Ya Allah kurniakanlah kami segala kebaikan, keaafiatan, kesejahteraan, Keselamatan dunia dan akhirat serta jauhkan dan bebas kami dari segala godaan hawa, nafsu, keinginan yg mendorong kepada azab api neraka.
75. Selamatkan kami dan zuriat keturunan kami dari fitnah dan azab kubur dan neraka.
76. Ya Allah pilih kami dan zuriat keturunan kami dibawah bimbingan Mursyid yang benar dan Haq dari ahli keluarga Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mengenali dan mengikuti serta membantu Imam Mahdi diwaktu yang hanya diketahui oleh Mu jua ya Allah.
77. Ya Allah, tingkatkan perjalanan hidup kami dari seorang muslimin ke tingkatan Mutaqqin dan Mutaqinat
78. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan kami yang Qurratun Ain
79. Ya Allah pilih lah kami dan ahli keluarga serta zuriat keturunan kami dikalangan Muhibbin yg ikhlas membantu dakwah nya Baginda Nabi mengikut kemampuan dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Mu kepada kami
80. Ya Allah kurniakanlah ibubapa ku tingkatan yg tinggi di Syurga bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
81. Ya Allah, kurniakan umur yang barakah, kelapangan rezeki, AAFIAH dan kebolehupayaan melangsungkan kehidupan dengan penuh Kebaikan tanpa sebarang kemudaratan .
82. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki berat timbangan amal dan sebelah kanan.
83. Ya Allah sembunyikan Aib kami didunia dan dipadang Masyar dan jadikanlah kami hamba MU yang suka menyembunyikan aib aib hamba MU yg lain.
84. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki dibimbing kalimah Tauhid لا اله الا الله محمد رسول الله oleh Baginda Nabi di pengakhiran hayat.
85. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga wanita kami mengikuti contoh tauladan Ummahatul Mukminin dan penghulu syurga bagi kaum muslimah di syurga iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra
86. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami dalam bermujahadah mengikuti jalan yang benar dan lurus yg diajar Baginda Nabi.
87. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami yang lelaki muslimin menjadikan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai contoh tauladan dan ketua dalam kehidupan dunia dan akhirat.
88. Ya Allah jika ada dari ahli keluarga kami yang tersasar dan jauh dari jln yg benar dan lurus, mohon di bimbing kembali ke jln yg benar dan lurus dengan. rahmat dan kasih sayang serta tawfiq hidayah dari Mu YaAllah.
89. Ya Allah berkatilah waktu dan masa kami serta jauhkan dari perkara yang melalaikan dan merugikan kejayaan akhirat kami.
90. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami sentiasa bersama para Awliya dan Solehin serta keturunannya Baginda yang benar jalan mereka.
91. Ya Allah pilih dan kurniakanlah kami , ahli keluarga kami anak dan zuriat kami dari kalangan Ahlillah, ahli zikir, ahli Quran, ahli selawat, ahli Hadeeth, ahli Bahasa Arab, ahli ilmu Sains dan matematik, jurutera, perniagaan, doktor, dll ahli di bidang yang membawa kebaikan umat Baginda khususnya yg tunduk lagi tawaduk.
92. Ya Allah kurniakanlah kami rumah yang selesa dekat dengan masjid dan mahligai yang tak terfikir oleh kami disyurga Firdausi.
93. Ya Allah rezeki kan kami mintasi titian sirat dengan jayanya
94. Ya Allah lindungilah kami dari panas terik matahari sejengkal di padang Mahsyar.
95. Ya Allah terimalah taubat dan amal baik kami dan ampuni kami , ahli keluarga dan zuriat kami.
96. Ya Allah pilihlah zuriat dan keturunan kami tetap didalam Iman, Islam dan Ihsan.
97. Ya Allah kurniakanlah rezeki menunaikan umrah haji kepada seluruh zuriat keturunan ku.
98. Ya Allah tetap kan hati kami, teguh kami dalam kecintaan dan kebersamaan serta rasa kasih terhadap Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama para Muhibbin yang mencintai Baginda dan ahli keluarga Baginda dengan penuh tulus ikhlas.
99. Ya Allah jadikanlah kami hamba hamba MU yang dikasihi dan dicintai lagi dikenali oleh penduduk langit walaupun tidak dikenali didunia dan yg tetap istiqamah menghidupkan malam serta tidak jemu menadah tangan berdoa bermohon belas ihsan dari mu Ya Allah.
Aamiin Allahumma Aamiin
contoh selawat nabi 在 Facebook 的最讚貼文
IZINKAN SAYA BERAMAL:
Santau/sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut?
Cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tghr - 1 ptg. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.
Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.
Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yg ada di tubuh seseorang yg terkena santau.
Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kenser, ketumbuhan atau sakit2 kronik yg lain. Insya Allah.
Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen "izinkan saya untuk beramal". Insya Allah nanti saya ijazahkan.
Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan
--------------------------------------------------------------------------
وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى
wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona'uu, innamaa shona'uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa
"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada."(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)
contoh selawat nabi 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
contoh selawat nabi 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
contoh selawat nabi 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
contoh selawat nabi 在 Bacaan Sholawat Nabi Muhammad SAW, Serta Manfaat ... 的推薦與評價
Bacaan Sholawat Nabi Muhammad SAW, Serta Manfaat Membacanya. 120K ... Selawat dan Salam Kepada Nabi Muhammad SAW - Sholallahu Ala Muhammad ... ... <看更多>
contoh selawat nabi 在 Tarikan Rezeki : POWER of Selawat Nabi Muhammad SAW 的推薦與評價
Tarikan Rezeki : POWER of Selawat Nabi Muhammad SAW. 6723 likes. SELAWAT ... Contoh. Selawat 100x.. sambil selawat sambil ingat jumlah. Walaupun pegang ... ... <看更多>
contoh selawat nabi 在 Bacaan Sholawat Nabi Muhammad SAW, Beserta ... - YouTube 的推薦與評價
TRIBUN-VIDEO.COM - Berikut ini bacaan sholawat Nabi Muhammad SAW, dalam latin beserta dengan artinya. Sholawat merupakan pujian untuk Nabi ... ... <看更多>