Syurga wanita lebih Tinggi?
Kisah tahun lepas, akan berulang kah kejadian ini>
Bangun pagi hari, bini dah siapkan juadah sahur. Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan gembira bila waktu berbuka, dan waktu sahur, meriahnya lain macam. Kalau boleh hari hari nak bulan puasa.
Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana sahur ni dia punya hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna indah.
Perghhh, tak boleh blah saya punya ayat-woha!
Jadi lepas sahur, saya Nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas saya niat dan azam lepas solat subuh nak tolong bini basuh pinggan mangkuk, saya perasan bilik tidur pun bini tak sempat kemas sebab bergegas masak sahur, jadi lepas balik solat subuh berjemaah nanti saya nak tolong kemas bilik, oh ye, ruang tamu juga bersepah dengan mainan anak, pun saya nak kemas nanti.
Pendekkan cerita, balik solat subuh, saya nampak bini sedang jemur baju di halaman rumah, kami berbalas senyum dan salam. Lalu saya tinggalkan bini bertemakan ampaian baju sebab saya nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.
Tapi bila saya masuk dapur, tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Saya masuk bilik, semua dah kemas, ruang tamu semua dah kemas.
Satu kerja pun bini tak tinggal kat saya.
Oh… Bini…,sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah.
Saya bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup berteman.
Saya rasa syurga bini kita semua nanti akan jauh lebih tinggi dari saya yang hina ini.
Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang duduk syurga bawah ni.
Sob sob sob…
Selamat menikmati Ramadan.
Iklan:
Nak baca banyak lagi kisah macam ni, dapatkan Ebook Kisah LAKI BINI PUASA!
Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan Woha!
Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. Atau waktu tunggu suami balik tarawih.
Cara nak beli, rujuk no wasap ruang komen. Santai tapi sampai InsyaAllah!
Selamat Menyambut Ramadhan!
「cara menikmati hidup dengan bersyukur」的推薦目錄:
cara menikmati hidup dengan bersyukur 在 Facebook 的精選貼文
Pahala wanita lebih banyak di BuLan Puasa?
Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...
***
Kisah malam kedua bersahur pulak,
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a.., ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!! , kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…
***
Kisah malam ketiga pula:
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”
Perghhh
Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing masing, kagum dari jauh!
****
Kisah malam ke empat:
Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat Khabar dengan suara kuat.
“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan”
Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:
“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”
Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.
Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang suruh kita berbuat baik kepada wanita.
****
Kisah sahur hari ke lima,
"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”
Kata laki dengan senyuman bersyukur.
“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur untuk abang”
Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih terserlah.
Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!
Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh pun. Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang! Woha!
(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 20 sahaja untuk bacaan penuh 36 kisah suka duka yang mana dalam santai ada tazkirah, deep.)
TAMBAHAN:
Syurga wanita lebih Tinggi?
Bangun pagi, bini dah siap sahur. Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan gembira bila waktu berbuka, dan waktu sahur, meriahnya lain macam. Kalau boleh hari hari nak bulan puasa.
Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana sahur ni dia punya hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna indah.
Perghhh, tak boleh blah aku punya ayat-woha!
Jadi lepas sahur, aku Nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas aku niat dan azam lepas solat subuh aku nak tolong bini basuh pinggan mangkuk, aku perasan bilik tidur pun bini tak sempat kemas sebab bergegas masak sahur, jadi lepas balik solat subuh berjemaah nanti aku nak tolong kemas bilik, oh ye, ruang tamu juga bersepah dengan mainan anak, aku nak kemas nanti.
Pendekkan cerita, balik solat subuh, aku nampak bini sedang jemur baju di halaman rumah, kami berbalas senyum dan salam. Lalu aku tinggalkan bini bertemakan ampaian baju sebab aku nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.
Tapi bila aku masuk dapur, aku tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Aku masuk bilik, semua dah kemas, ruang tamu semua dah kemas.
Satu kerja pun bini tak tinggal kat aku.
Oh… Bini…,sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah.
Aku bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup berteman.
Aku rasa syurga bini aku akan jauh lebih tinggi dari aku yang hina ini.
Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang duduk syurga bawah ni.
Sob sob sob…
Selamat menikmati Ramadan.
Iklan:
Nak baca banyak lagi kisah macam ni, dapatkan Ebook Kisah LAKI BINI PUASA!
Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan Woha!
Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. Atau waktu tunggu suami balik tarawih.
Cara nak beli, rujuk no wasap ruang komen.
Selamat Menyambut Ramadhan!
cara menikmati hidup dengan bersyukur 在 Facebook 的最讚貼文
"Solat tak khusyuk, buat apa solat? Nanti Allah lempar macam kain buruk!"
Kata kau! padahal ada hadis Allah puji orang yang istiqamah solat walaupun sampai tahap dia tertidur dalam solat, pun Allah puji hamba yang tertidur dalam solat kerana kesungguhanya...
Jika dah tahu solat tak Khusyuk, jangan give up, putus asa ni haram, dalam dunia ni Allah bagi lima perkara yang haram kita berputus asa.
1-Nyawa.., berat macam manapun ujian, jangan sampai bunuh diri-haram!
2-Rezeki.., susah macam mana pun hidup, jangan sampai mencuri, merompak apatah lagi, berhutang tak bayar pun haram! orang mati syahid Allah ampun semua dosa kecuali bab hutang atau mencuri! jadi tolong jangan putus asa dalam bab rezeki.
3. Kesihatan, jangan putus asa bila doktor cakap takde ubat, tetap terus berusaha, doa dan tawakal, jangan menyerah, ada hukum benarkan berubat dengan benda haram, benda najis pun boleh, apatah lagi vaksin? pokok pangkalnya, jangan putus asa dalam bab kesihatan, selamatkan nyawa adalah wajib.
4. Solat, sebab tak khusyuk atau masih buat maksiat korang pun tak solat?, tolong jangan putus asa sampai tinggal solat, kerana azab meninggalkan solat adalah berat! Tiada putus asa dalam solat, orang sakit pun Nabi suruh solat sambil baring atau guna isyarat mata, itu bab perbuatan, bab hatipun, sakit macam mana hati kita, hitam macam manapun hati, jangan pernah putus asa dalam bab Khusyuk! Tiada putus asa dalam solat!
5. Taubat- Jangan sesekali putus asa dalam taubat sebab tiada siapa yang boleh tutup pintu taubat melainkan orang yang berputus asa. Tolong jangan malu untuk bertaubat kerana banyak dosa tapi malulah buat dosa kerana banyaknya bertaubat, Putus asa ni haram tau tak!
Ok, dah marah marah, saya cerita Perihal Solat, bagaimana nak dapat Khusyuk?...
Teringat pesan buznana iaitu jika korang solat kerana itu adalah perintah Allah, maka korang telah menjadi orang yang berilmu…
jika korang solat kerana yakin dengan janji Allah, maka korang telah mencapai makam ihtisab,
jika korang solat kerana takut azab Allah, maka korang telah menjadi orang yang bertaqwa…
jika korang solat seolah-olah melihat Allah, maka korang telah mencapai tahap ehsan…
Dan jika korang solat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka korang telah mencapai tahap Solat sebegai penyejuk hati, yang mana solat menjadi ruang untuk berehat dan menikmati ketenangan.
Kerana itulah bila Aisyah r.aha menangis lihat kaki Nabi s.a.w bengkak kerana lamanya solat, dan bertanya :
“Bukankah tuan takde dosa?, mengapa solat sampai bengkak kaki…?”
Nabi jawab lebih kurang maksud: Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur… dan Hadis lain Nabi bagitahu, Solat adalah penyejuk hati, Nyamankanlah diri dengan mendirikan Solat.
Perghh, Solat tempat Nabi rehat dan bertenang, itu yang ada kisah sahabat nak follow Nabi bertahajjud tapi Rakaat kedua dah mufarakah sebab Rakaat pertama Nabi baca Al abqarah dan Al Imran, lepas tu rukuk dan sujud lama macam baca Al baqarah, allahuakbar!
Pesan Buznama tu lagi:
Untuk dapat kusyuk, dalam solat kena buat tiga perkara:
1. Syukur dengan nikmat solat lalu di zahirkan dengan Ajak dan dakwah orang lain bersolat juga dengan cara hikmah dan bijaksana.
2. Praktik kan solat dengan khusuk melalui yakin bahawa, Allah sedang lihat saya solat, Allah mendengar apa yg saya bacakan, dan Allah tahu apa yang bermain di fikiran saya.
3. Doa dengan Allah sungguh-sungguh dan lama-lama, mintak dengan Allah supaya saya dan semua orang dapat nikmat solat yang khusyuk dan khuduk.
Bila dah Khusyuk, maka datanglah Ihtisab, Takwa, Ehsan, dan suasana yang menjadi Penyejuk hati.
Dan bagi korang yang dah tahu solat tak Khusyuk, buatlah usaha untuk bersolat dengan syukur kerana waktu kita rukuk, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat rukuk, Alhamdulillah, Allah pilih saya, waktu kita sujud, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat sujud, Alhamdulillah, Allah pilih saya.
Akhir kata ingatlah ayat ini baik baik:
"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk," Al-Baqarah 2:45.
Now you Know! kipidap, don't give up! Woha!
Ps: Buznama tu siapa hamka? Buznama tu adalah Berita dari Ustaz yang saya tak ingat Namanya.
.
.
.
.
.
.
.
(Nak maklum, buku "Ngeteh di kubur Ayah", baru habis dan sedang direstok, moga berita ini tak mengganggu kekhusukkan anda sebab dah order tapi belum sampai, insyAllah hujung minggu ini buku tu akan direstok semula.)