Tanya diri anda- Tak teringin ke capai macam “Abang Tabligh” ni?
Ada orang ingat buat kerja tabligh kena hidup merempat dan miskin ke? Baca perkongsian “Abang Tabligh” Founder Al-Fateh yang mampu capai jualan jutaan ringgit setahun sekarang- 2 tahun dulu duit dalam ATM semua tak ada.....Khas buat yang kepala hotak negatif tentang potensi diri mereka- Anda tag mereka!
==========================
Kesyukuran Aidilfitri 2018
1)BERPUASA & BERAYA DI MEKAH MADINAH
Alhamdulillah pertama kali sy rasa bersyukur dapat berpuasa & beraya dengan Allah dan RasulNya di Haramain bersama isteri serta anak2 tercinta. Kami dapat spend masa di Mekah 10 akhir ramadan dan beraya di Mekah 1 syawal dan 2-4 syawal di Madinah Al Munawwarah. Walaupun kos agak tinggi pada waktu ini untuk buat Umrah kerana last minit namun kami pun tak sangka kami mampu buat Pelaburan yang hebat ini. Sebuah pelaburan yg sangat menguntungkan. Takkan dapat beli pengalaman berpuasa dan beraya Di Haramain. Dapat lihat berata meriahnya suasana agama di Mekah,betapa berebutnya Umat Islam melakukan kebaikan baca quran, zikir,ta’lim,dakwah, sedekah,taraweh,quamullail, iktikaf dan byk lagi. Salah satu impian kami Allah kabulkan. The power of writing 101 Impian. Benarlah kata doc apa yg kita fikir,sangka,tulis,cakap,buat adalah DOA. Satu per satu Allah kabulkan tanpa kita sedar. Nikmat mana lagi yg kau ingin dustakan.
Saya sgt syorkan semua Titan dan semua orang Islam rasailah nikmat amalkan agama di 10 akhir ramadan di Mekah dan Madinah. Sekali cuba anda pasti jatuh cinta dan berazam akan datang setiap tahun pd 10 akhir ramadan. Ini yg berlaku sekelip mata pada sy n wife.
2) BAGI DUIT RAYA
Alhamdulillah sebelum kami melakukan UMRAH 10 akhir ramadan kami dapat BONUS RAYA pada STAFF dan mereka dah tak perlukan gaji awal untuk raya kali ini. Mereka semua sangat happy 😘😘.
Kami juga dah berikan DUIT RAYA pada mak abah kami sebelum kami ke HARAMAIN dan isteri saya siapkan dah tempahkan langsir untuk rumah mak abah mertua saya sampai mak mertua cakap "Barulah ada rupa rumah kita ni” Alhamdulillah isteri dapat gembirakan mak abahnya dan saya pula raya kali ni dapat bantu bagi duit renovation rumah kat mak abah saya dan mereka dapat beraya rumah baru tahun ini.
😘😘 Alhamdulillah mak abah dapat beraya dirumah sendiri tahun ini. Saya rasa sangat gembira lihat Allah buat semua ini sebab dulu saya pernah buat mak abah saya menangis kecewa sebab saya jadi anak tak guna yg menyusahkan mereka. Disebabkan saya duit simpanan mereka habis. Mereka dah simpan duit nak beli rumah dan pergi umrah tapi duit tu habis disebabkan saya. Hari ni saya dapat balas dendam dengan bahagiakan mereka berdua. Saya dapat buat mereka bangga dengan pencapaian saya yang membuka mata saudara mara yg dulu pandang hina kami sekeluarga. Keluarga kami dipandang sebagai keluarga yg takde masa depan. Namun Allah Maha Hebat. Dapat Allah dapatlah segalanya. Asbab usaha dakwah tabligh melalui seorang brader bekas ahli kongsi gelap yg bertatu helang dibelang badannya. Saya dan beberapa org kawan mula mendekati agama. Saya mula keluar belajar usaha agama selama 3 hari, 40 hari dan saya pernah berkelana dijalan Allah sehingga 120 hari ke Benua Hindi (2011),masa ni saya sedang bertunang dan kena kumpul duit untuk kahwin dan ke USA(Boston) 2014,masa ni saya dah berkahwin serta mempunyai seorang anak kecil dan isteri sedang mengandung. Masa ni saya memang tak cukup duit sebab bisnes sedang down.
Masa ni ujian sangat hebat. Saudara mara banyak pandang sinis pada saya n isteri. Tak kurang juga yg memerli. Yela kami berdua tak bekerja dengan syarikat2 besar walaupun ada degree dan hanya buat bisnes online(ketika ni saya hanya jual produk orang). Mak abah saya pun risau dengan saya. Duduk rumah flat. Income cukup2 makan. Selalu mak saya bebel kat saya suruh cari kerja tetap sebab saya ada anak bini bukan bujang macam dulu. Tapi saya cakap kat mak saya. Mak tolong doakan je. InshaAllah anak mak akan berjaya.(Dalam hati mak Allah saja yg tahu)😢😢
Yela mak mana tak sayang anak. Lagi2 tengok anak die mcm orang gila buat macam2 tak menjadi. Pernah buat MLM,Ejen Takaful(Ni pun ade story best kenapa quit), berniaga tengah malam kat UPTOWN tapi semua jadi hampeh. Masa nak kahwin dapatlah keje tetap 2 bulan lepas kawen terus kena buang keje.😅Pelik bin Ajaib. Semua ni aturan Allah SWT. Saya sampai sekarang tak faham dan mulai faham sikit2 kenapa Allah buat journey ni dalam hidup saya.
Syukur Alhamdulillah
3) ANAK2 3ORANG & MAK ABAH & MAK ABAH MERTUA MASIH PANJANG UMUR & SIHAT SEJAHTERA
Alhamdulillah syukur raya kali ni kami dapat beraya dengan 3 orang anak comel dan anak yg keempat telah syahid dalam perut. Takde rezeki tapi kami redha 😢 dan Allah tukar dengan rezeki UMRAH RAMADAN.
Alhamdulillah mak abah sy n isteri masih hidup sihat sejahtera dan sentiasa dapat berkhidmat untuk mereka. Keazaman kami tahun ni untuk hantar mereka berempat menunaikan HAJI 2018 ini. Doakan ya doc dan semua adik beradik Titan. InshaAllah ada rezeki saya akan ikut mereka dan berkhidmat utk mereka di Musim Haji. Mereka adalah BIG WHY dan KERAMAT HIDUP kami. InshaAllah bahagiakan mereka adalah VISI hidup kami. Selagi ada nafas Allah beri selagi itu WAJIB bahagiakan mereka.
4) DAKWAH TABLIGH FOR ALL
- Alhamdulillah syukur raya kali ni dapat buktikan pada semua keluarga bahawasanya orang2 yg digelar abam tabligh ni bukanlah takde masa depan dan ceroi sangat macam yg kebanyakan rakyat marhaein sangkakan. Banyak sgt yg negatif orang cakap pasal tabligh. Ade yg cakap pengotorlah, sesatlah, bidaah lah, pemalas lah, tinggal anak bini tak bagi nafkah dan bermacam2 lagi tuduhan tak berasas kepada golongan yg digelar tabligh. Padahal semua orang Islam kena buat dakwah & tabligh iaitu mengajak manusia buat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ajak manusia pada Allah dan RasulNya. Ajak manusia pada solat sempurna. Ajak manusia pada Ilmu serta Zikrullah serta selawat. Ajaka manusia pada IKHLAS. Ajak manusia pada Akhlak Nabi SAW. Serta ajak manusia berjuang seperti Nabi SAW dan para sahabat r.hum.
Alhamdulillah dulu rasa macam malu2 je nak mengaku buat dakwah tabligh tapi kini siap ajak mereka sama2 buat usaha yg mulia ni seperti yg disarankan dan dinasihatkan oleh para Ulama. Siap pesan lagi kalau taknak buat jangan kondem. Kalau taktau baik diam dan jangan cakap apa2 tentang perkara yg kita tak tahu sebab akn mengundang fitnah. Baik tabayyun sebelum kena tibayyun 🤣🤣. Semangat pulak rasa cite pasal TABLIGH ni padahal dulu kalau ade abam2 tabligh nampak dari jauh je terus lintang pukang saya lari macam nampak HANTU 🤣🤣🤣. Sekarang bila kita bertabligh, orang nampak kita pulak yg cabut lari..🤣🤣 Padan muke ko ARIP!! 🤣🤣
Sebenarnya IMPIAN saya adalah keluar berkelana dijalan Allah setiap tahun 4 bulan keseluruh dunia. InshaAllah selepas masuk TITAN nampak lebih jelas akan IMPIAN itu. Kena sistemkan bisnes dan syarikat kita. Kena ada Team Perang yang ada OTAK. Kena ada PASSIVE INCOME. Paling best keluar bertabligh tapi bisnes tetap jalan dan semua keperluan keluarga,staff dan rakan niaga tetap seperti biasa. Ini juga sebagai persediaan seandainya saya meninggal dunia maka bisnes Al Fateh tetap autorun dan terus beri manfaat buat Umat Nabi SAW. Semoga impian kami untuk mempunyai Yayasan Al Fateh akn terlaksana dan memberi sedikit sebanyak manfaat untuk manusia yg memerlukan. Manusia yg terpinggir dan terbuang biarlah Yayasan Al Fateh yg bantu dan develop mereka jadi manusia yg BERMANFAAT. Doakan Al Fateh ya semua.. 😘😘😘
5) TEAM PERANG SERTA FASILITI AL FATEH
- Alhamdulillah syukur kini Al Fateh kami sudah mempunyai 12 orang staff tak termasuk outsource dan partimers. Alhamdulillah kini kami dah ada premis 2 tingkat. Alhamdulillah kini kami staff dah ada kelengkapan meja dan pc. Alhamdulillah kini Al Fateh dah mempunyai lori sendiri. Alhamdulillah kini Al Fateh mampu buat marketing & branding di TV AL HIJRAH,TV3,TV9 & Astro Oasis dan mempunyai Billboard(Tak banyaklah ada satu je) 😅 di tempat High Traffic Plus menuju ke Damansara.
Alhamdulillah hebatnya Allah ubah bisnes kami sekelip mata.
Saya asalnya betul2 series berbisnes adalah kerana terpaksa sebab dah banyak kali apply keje tetap lepas sy kawen tak pernah dapat. Dan sy terus buat bisnes online based di Mudah dot com.
Masa ni sy hanya Jual produk orang seperti Al Quran Digital,Tasbih Digital, Ipad Kanak2. Pertama kali lah nampak dalam akaun bank ade duit RM20k 😅😅 masa kerja dgn orang bila pegi ATM mesti Bank mintak maaf. Harap maaf baki akaun anda tak mencukupi untuk buat pengeluaran. 😅 Sedih..
Kami buat bisnes dirumah saja sebab kos rendah dan kami spend pasang UNIFI saja dan beli henset Samsung China 😅
Bisnes pernah jatuh teruk sampai saya banyak hutang dan terpaksa ambil upah mandikan jenazah dihospital untuk survive.
Saya adalah seorang Founder yg memang tak plan untuk jadi Founder sebab kami mmg dah biasa buat trading jek. Tak pandai nak jadi Founder2 ni. Perkara ini berlaku bila saya buat Solat Istikharah di Ijtimak Tabligh Tonggi Bangladesh dan isteri buat dirumah. Peristiwa ini berlaku pada Jan 2016. Dari situ kami terus buat 500 botol Al Fateh dgn packaging yg sangat buruk tapi habis dlm masa seminggu. Next kami order lagi 1000 botol seminggu habis 800 lebih botol. Kami seolah2 dpt HINT daripada Allah untuk series buat Bisnes Al Fateh dan kami lihat ramai orang dpt manfaat drp produk kami baik pelanggan dan ejen kami. Tak semena2 ramai pulak orang nak join jadi ejen, stokis dan dropship Al Fateh. Sehinggalah kini kami terus berjuang dan kini Alhamdulillah kami menjadi sebahagian daripada TITAN DR AZIZAN OSMAN. Kami mulakan journey kami di Klinik Usahawan Dr Azizan pada Jun 2016. Sebelumnya kami sgt skeptikal dgn Program Richworks sbb banyak kata2 negatif diluar yg mempengaruhi kami. Tapi bila kita duduk program rupa2nya kata2 diluar sana hanyalah dusta belaka. Lain sangat.
Mac 2017 baru kami dapat join IMKK dan MMM. Terus buat keputusan untuk join TITAN.
Tq Doc terima kami Team Al Fateh.
NEXT GOAL RAYA 2019
1) Kami mempunyai 25 orang staff berkualiti dan berkomitmen tinggi serta kami mempunyai 300 stokis , 3000 ejen berdaftar.
2) Beraya di Rumah Banglo yang dibayar oleh OPM. Kami sudah mempunyai 5 property sendiri. Mempunyai Mercedez Baru atas nama company secara leasing.
3) Berjaya buat jualan RM10 juta pada 2018.
4) Berjaya hantar mak abah serta mertua tunaikan Haji.
5) Brand Al Fateh semakin dikenali dan digemari ramai
6) Dapat berkelana dijalan Allah selama 40 hari
7) Kami travel dan melancong dengan redeem Point Mastercard World Maybank.
8 ) Buat Open House sempena Majlis Kesyukuran dan penyampaian Rewards pd Team Al Fateh yg perform.
KreditAriff Fatehteh
**P/S Siapa lagi yang nak dibimbing keluar dari tahap kehidupan dan kewangan yang “biasa-biasa” menjadi “luar biasa”? Richworks sedang membuka peluang untuk sponsor 10,000 tiket *Percuma (Tiket seat General bernilai RM997) untuk hadir ke IMKK 2-4 November 2018 (Sementara tempat masih ada (*Rujuk Terma & Syarat di www.IMKK2018.com- Kami tak nak sponsor orang yang bongkak tak nak ubah hidup atau tak komited untuk hadir belajar)
*Kami juga tak jamin selepas hadir anda akan jadi jutawan tapi kami hampir pasti anda akan dapat ilmu & strategi yang terbukti telah bantu ramai lonjakkan tahap potensi diri, kehidupan & kewangan bila anda komited dengan tindakan.
PM kami atau komen #NakIMKK jika anda kenal sesiapa yang anda rasa perlukan peluang untuk ubah hidup dan tahap kewangan ini!
*Amaran: Ini bukan MLM/ Skim cepat kaya. Ia perlukan komitmen belajar dan bertindak bezanya formula & ilmu ini dah terbukti bina ramai jadi usahawan dan jutawan sejak 10 tahun ini Insha Allah!
#TeamRichworks
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過6,750的網紅Shukri Vlogs,也在其Youtube影片中提到,Buat pertama kali saya melakukan eksplorasi di Banglo General, Bukit Tunku sebelum PKP dilaksanakan. Banglo yang dikatakan mempunyai keberadaan jin if...
「banglo general」的推薦目錄:
- 關於banglo general 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於banglo general 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
- 關於banglo general 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
- 關於banglo general 在 Banglo General @ Bukit Tungku - YouTube 的評價
- 關於banglo general 在 BANGLO GENERAL | diusik ketika leka dalam rakaman 的評價
- 關於banglo general 在 BANGLO GENERAL | KESAN TERBAKAR MERATA-RATA 的評價
- 關於banglo general 在 Banglo Brigedier General Bukit Tunku - Trailer - YouTube 的評價
- 關於banglo general 在 Misteri Banglo General | kehadiran kami disambut dengan... 的評價
- 關於banglo general 在 TOK BUGIS & TEAM EXPLORER - BANGLO GENERAL 的評價
- 關於banglo general 在 TRAILER | TOK BUGIS & TEAM EXPLORER | BANGLO ... 的評價
- 關於banglo general 在 Banglo general (repeat) | By Din Paranormal Malaysia 的評價
- 關於banglo general 在 TOK BUGIS & TEAM EXPLORER | BANGLO GENERAL ... 的評價
- 關於banglo general 在 900+ Banglo ideas in 2022 | house designs exterior ... - Pinterest 的評價
- 關於banglo general 在 banglotinggal的推薦與評價,YOUTUBE和 網紅們這樣回答 的評價
banglo general 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
Buat pertama kali saya melakukan eksplorasi di Banglo General, Bukit Tunku sebelum PKP dilaksanakan. Banglo yang dikatakan mempunyai keberadaan jin ifrit..adakah aku berjaya atau sebaliknya dalam eksplorasi solo kali ini?...jom tonton selanjutnya
__________________________________________
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
___________________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook:
https://www.facebook.com/shukri.zulki..
Instagram: https://www.instagram.com/shukri
_zulk...
#banglogeneral
#bukittunku
#camelotabandoned
#banglobukittunku
#banglo6tingkat
#abandonedhouse
#banglocastle
#shukrivlog
#vlog
#explore
banglo general 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
#banglogeneral #banglocastlebukittunku #banglocastle #BukitTunku #banglobukittunku #abandonedhouse #banglo10juta #kennyhillshouse #tempatseramdikl
#datinmaryleeleong #datinmarylee
#abandonedcamelot #Banglogeneral
#bangloterbakar
Banglo Mary Lee Leong di Bukit Tunku atau lebih dikenali sebagai Banglo Castle ini dikatakan pernah menjadi lokasi pembunuhan yang mana mayat telah diseret ke kawasan kolam di banglo ini. Namun, kesahihan kisah ini tidak dapat dipastikan.
Yang lebih jelas adalah banglo ini pernah didiami oleh seorang datin yang berbangsa Cina, datin Mary Lee. Beliau dikatakan telah meninggalkan banglo ini setelah anak lelakinya berkahwin, meninggalkan beliau bersama pembantu rumahnya di banglo ini. Lalu datin Mary mengambil keputusan untuk berpindah ke kondominium dan cuba untuk menjual banglo ini kepada pembeli, namun tiada yang berminat kerana kos banglo ini amatlah mahal. Dianggarkan banglo ini mempunya nilai sehingga RM 11 Juta. Datin Mary Lee Leong juga merupakan seorang pengasas kosmetik dan juga penyanyi, berdasarkan penemuan beberapa bukti di banglo tersebut.
___________________________________________
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
___________________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook:
https://www.facebook.com/shukri.zulki..
Instagram: https://www.instagram.com/shukri
_zulk...
banglo general 在 BANGLO GENERAL | diusik ketika leka dalam rakaman 的推薦與評價
Follow Instagram:https://www.instagram.com/amir_aystudio/Like FB Page: ... ... <看更多>
banglo general 在 BANGLO GENERAL | KESAN TERBAKAR MERATA-RATA 的推薦與評價
banglogeneral #bukittunku #shukrivlogs #paranormal #urbanexplorer #banglogeneral2022 #banglogeneralterkini #datinmayleeleong #seram #misteri ... ... <看更多>
banglo general 在 Banglo General @ Bukit Tungku - YouTube 的推薦與評價
Banglo General @ Bukit Tungku. 3.7K views 1 year ago. Mystery Hunter Paranormal. Mystery Hunter Paranormal. 64 subscribers. Subscribe. ... <看更多>