Anak syurga suka main gajet, lepas tu speaker bukan main kuat, rodblok game apa ntah namanya?
Tapi ubat paling menjadi suruh anak berhenti main rodblok ni adalah kolam mandi.
Berlari mereka tukar baju bila lessen mandi kolam renang dikeluarkan.
Terus aman damai dalam rumah sekejap,
Boleh saya menulis dengan dengan aman.
Tapi macam best dengar anak anak menjerit sambil mandi.
Tak boleh jadi, pepatah kerajaan dulu, “No one will be left behind” bergabung dengan pepatah kerajaan baru “Keluarga Malaysia”
Maka jom mandi satu kelarga!
Woha!
Kolam ni senang nak simpan, saya buat video cara lipat siap siap: https://youtu.be/7TE53ih5myQ
Jika nak beli Shoppe jual murah jer, https://invol.co/cl5d3zt
Jika nak lasak sikit, malas lipat beli yang ini: https://invol.co/cl5pagh
Tazkirah pendek.., hari ni kita mampu mandikan anak-anak walaupun mereka sangat bebas bergerak, tiba satu masa, bukan semua anak boleh mandikan si ayah, padahal ayah sudah tidak bergerak akibat lumpuh, atau ayah dah jadi jenazah, pun anak upah orang lain mandikan, renung renungkan pesanan ini waktu mandi esok pagi.
同時也有49部Youtube影片,追蹤數超過41萬的網紅Aisyah Habshee,也在其Youtube影片中提到,Kami pergi tidur airbnb, kalini Nami ikut sebab no family left behind ~ Kami shopping baju raya tanpa mengetahui pkp akan kembali, aisyah nangis, muhs...
「baju murah」的推薦目錄:
- 關於baju murah 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於baju murah 在 Facebook 的精選貼文
- 關於baju murah 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於baju murah 在 Aisyah Habshee Youtube 的最讚貼文
- 關於baju murah 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
- 關於baju murah 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
- 關於baju murah 在 Grosir Baju Murah Tanah Abang - Facebook 的評價
- 關於baju murah 在 SHOPEE HAUL BAJU LEBARAN MURAH MERIAH! - YouTube 的評價
baju murah 在 Facebook 的精選貼文
“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
baju murah 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
CHECKLIST barang bersalin ibu dan baby ke hospital.. utk rujukan masa hadapan 😁 haritu blurr taktau nak bawak apa.. baby first kan.. nah.. ni dah balik spital boleh la share apa yg perlu dibawa..
barang baby
☑️labour room
- boleh sediakan baju, pampers, dan bedung.. tp fafa haritu nurse ambik pampers baby je.. bedung guna hospital punya..
- ada hospital mama kena bagi pad/ panties tp kat sini mama dipakaikan pad bertali lps siap operate.. nanti dah masuk wad baru tukar sendiri..
☑️day 1/ balik
- bawak baju, bedung bertopi/ napkin+ topi, mitten n booties.. alat2 mandi baby takyah lagi.. nurse mandikan baby (bergantung pd hospital)
☑️extra tuala, sapu tangan, napkin
☑️ penting sgt bawak extra pampers newborn dan wet tissue..
**fafa emergncy czer, baby jaundice so kena duduk wad 4 hari, baby 5 hari..baju bawak 2 pack mcm gambar tu je.. tp dah siap2 pack baju extra tnggalkan kat rumah..
kalau boleh discharge day 1 alhamdulillah.. kalau kena berkampung, nnt minta je mak/ suami bawak baju yg kite dah pack kat rumah tu.. xyah la bawak banyak2 dr awal.. penuh beg je nanti 😁
barang mama
☑️ paling penting maternity pad.. fafa beli 2 jenis.. madame dan librese.. librese tu nampak mcm pampers tp bukan pampers ye.. dia pad skli sluar dalam 😁. tp personally, fafa lagi selesa guna madame dan disposable panties tu.. utk yg peha gemok mcm iolss bolehla beli pureen disposable maternity panties ni.. sangat2 selesa dan besar.. jahit operate pun terpelihara.. huhu.. dah balik rumah pun still pakai disposable ni sementara nak bg luka kering sb dia nipis dan selesa..
☑️nursing bra
☑️toiletries, dedorant jgn lupa
☑️ breast pad tu tak brapa penting utk awl2 sb susu xde, tp lps day 3 susu melimpah ruah, sgtla diperlukan breast pad tu..
☑️ baju n kain batik bawak sehelai je utk balik
☑️ stokin, minyak panas utk sapu2 kat kaki
☑️ selipar
dokumen penting
☑️buku pink, ic, kad nikah/ surat nikah (standby je)
extra
☑️ breastpump
- yg ni bg fafa penting sgt nak bg tak bengkak susu.. spttnya kena marmet je.. tp tak reti.. nasib bawak bp.. yg ni murah je kat shopee xsmpai rm 50..
☑️makanan- biskut, kurma, horlicks
Kredit : Fafae Mimie
baju murah 在 Aisyah Habshee Youtube 的最讚貼文
Kami pergi tidur airbnb, kalini Nami ikut sebab no family left behind ~
Kami shopping baju raya tanpa mengetahui pkp akan kembali, aisyah nangis, muhsin nangis, nami pon nangis. sekian terima kasih
water floss macam aisyah : https://bit.ly/3ervCw4
water floss murah sikit: https://bit.ly/2Stji5H
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
SUPPORT MY SMALL BUSINESS: https://shopee.com.my/symboldhq
BUSINESS INQUIRIES: aisyahhabshee@gmail.com
baju murah 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
Voucher buffet ramadhan di Hotel2 https://t.productlink.io/a0535oy
Baju Raya Cantik Berkualiti di https://zalora.prf.hn/l/708dazW
Cik iena kongsikan vlog berbuka puasa di Buffet Ramadhan Restoran Syrian House, Kampung Baru Kuala Lumpur.
Nota : Video dirakam sebelum PKP 3.0
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #foodblogger #foodei #foodporn
buffet ramadhan 2021 kuala lumpur,buffet ramadhan 2021,buffet ramadhan 2021 shah alam,buffet ramadhan kl,buffet ramadhan murah dan sedap,buffet ramadhan murah,buffet ramadhan hotel 2021,buffet ramadhan hotel,buffet ramadhan,ifthar hotel,ifthar,hotel iftar 2021,hilton,buka puasa,hotel review,review makanan buka puasa,Restoran Syrian House,Kampung Baru Kuala Lumpur,arabic food,arabic food recipes,arabic food recipes ramadan,syrian cuisine
baju murah 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
Voucher buffet ramadhan di Hotel2 https://t.productlink.io/a0535oy
Baju Raya Cantik Berkualiti di https://zalora.prf.hn/l/708dazW
Cik iena kongsikan vlog berbuka puasa di Buffet Ramadhan Hotel Olympic Malaysia
Untuk pengetahuan harga Cuma RM59.90 tapi jika beli di Lazada Cuma RM40.01
boleh klik https://t.productlink.io/a0635nk
? Hotel Olimpik Malaysia
Wisma Ocm, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #foodblogger #foodei #foodporn
,buffet ramadhan 2021 kuala lumpur,buffet ramadhan 2021,buffet ramadhan 2021 shah alam,buffet ramadhan kl,buffet ramadhan murah dan sedap,buffet ramadhan murah,buffet ramadhan hotel 2021,buffet ramadhan hotel,buffet ramadhan,ifthar hotel,ifthar,hotel iftar 2021,buka puasa,Buffet Ramadhan 2021 Hotel Olympic Malaysia,Hotel Olympic Malaysia,hotel olympic
baju murah 在 SHOPEE HAUL BAJU LEBARAN MURAH MERIAH! - YouTube 的推薦與評價
Hi, aku mau sharing baju lebaran yang baru aku beli dari shopee!product mentioned :- LOOK 1 ... ... <看更多>
baju murah 在 Grosir Baju Murah Tanah Abang - Facebook 的推薦與評價
GROSIR BAJU TERMURAH TANAH ABANG Code N075 Naeira Outer Brokat Bahan Brokat Premium Ld 106cm Pj badan 73cm Pj lengan 56cm Lingkar ketiak 48cm Berat... ... <看更多>