13 Tips untuk menghasilkan barang hantaran yang nampak Grand dengan bajet yang minima.
Anda bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tidak lama lagi? Sedang mencari idea untuk hantaran?
Jom kami kongsikan tips memilih barang hantaran sebagai panduan untuk anda.
1. Berapa bajet anda untuk hantaran?
Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah sangat penting supaya anda tak terlebih berbelanja akibat terlalu curiga. KAlau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.
Bagi memudahkan anda merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga perkara utama ini:
i) Bajet untuk dulang
ii) Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang
iii) Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang
2. Berapa jumlah dulang nak disediakan?
Dah ada bajet, bolehlah anda tetapkan pula berapa jumlah dulang hantaran yang nak disediakan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
3. Apakah warna & tema majlis anda nanti?
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:
🌸Konsep Klasik Tradisional Melayu🌸
Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga paha, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
🌸Konsep Perkahwinan Inggeris🌸
Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek cawan, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih
berenda bunga.
🌸Konsep Perkahwinan santai🌸
Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.
4. Jangan lupa masukkan barang adat dalam senarai hantaran
Jangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Kurang manis majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.
5. Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli
Sebelum anda mula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahajaorang lain untuk gubahkan. Kalau tak, anda boleh cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.
6. Beli barang hantaran semasa jualan murah
Jom kami kongsikan tips paling ‘Awesome’. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Biasanya sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Tak perlu risau, ada banyak jualan murah di Malaysia.
Jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas. Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.
7. Masukkan Barangan Wajib Hantaran
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
✅ Tepak sirih
✅ Tapak cincin
✅ Kotak mas kahwin/hantaran
✅ Sepasang telekung/ mushaf Al-Quran/sejadah
✅ Makanan seperti kek, coklat, dan buah
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
8. Jangan Berlebih-Lebihan
Tips memilih barang hantaran perkahwinan seterusnya yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
9. Elakkan terlalu banyak dulang
Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai ‘dulang girls’ untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan.
Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!
10. Sesuaikan barang dengan dulang
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
11. Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
⚜️Sirih Junjung
⚜️Kemeja/Seluar
⚜️Beg duit/Tali Pinggang
⚜️Al-Quran Biasa/Digital
⚜️Sejadah
⚜️Jam Tangan
⚜️Set minyak wangi/Barangan peribadi
⚜️Kasut
⚜️Buah-buahan
⚜️Kek/Kek Cawan
⚜️Coklat
⚜️Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
12. Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
💝Mas kahwin/Duit Hantaran
💝Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
💝Tepak sirih
💝Al-Quran Biasa/Digital
💝Sejadah
💝Potpuri/Bunga Rampai
💝Jam tangan
💝Kasut
💝Telekung
💝Beg Tangan
💝Set wangian /Barang mekap
💝Buah-buhan
💝Kek/Kek Cawan/ Coklat
13. Idea jenis & jenama yang boleh anda beli untuk hantaran
👔Set pakaian
Baju Kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
Baju Wanita Gucci, blouse, seluar pants, night dresses
💅🏼Set alat makeup
Set barang makeup Mac, Brown, etc
💍Set minyak wangi
Giorgia Armani, Polo, Hugo Boss: barang hantaran untuk lelaki
Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY: barang hantaran untuk perempuan
📱Set barangan elektronik
Barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, etc
Barangan Samsung seperti Galaxy S7, Galaxy Edge, etc
🖥Laptop seperti Dell, HP, Lenovo, etc
📸Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony, Polaroid
Set mas kahwin
Cincin/barang kemas
Cek hantaran kahwin
Buku mas kahwin
Emas dinar/jongkong emas
Set pakaian sukan
Kasut Adidas, Nike, Puma, Reebok
Topi
Set sembahyang suami isteri
Telekung Siti Khadijah, Kain Pelekat Gajah Duduk
Mushaf Al-Quran/sejadah
Kain meter untuk baju kurung /baju melayu
Kain sampin songket
Set makanan
Cupcakes, kek Secret Recipe
Buah seperti epal, buah naga, anggur, oren, pear
Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Bueno
Kredit: Pinterest, Wedpedia
「baju kurung malaysia wanita」的推薦目錄:
- 關於baju kurung malaysia wanita 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
- 關於baju kurung malaysia wanita 在 Ernie Diana Facebook 的精選貼文
- 關於baju kurung malaysia wanita 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於baju kurung malaysia wanita 在 Baju kurung malaysia 的評價
- 關於baju kurung malaysia wanita 在 Model Baju Kurung Malaysia Terbaru 2018 的評價
baju kurung malaysia wanita 在 Ernie Diana Facebook 的精選貼文
Assalamualaikum..Berita baik untuk semua😊
Open Interview AVSEC Polis Bantuan Malaysia Airport
Tarikh dan lokasi seperti dibawah
11/01/2020 SABTU (08:00am _1200pm) MALAYSIA AIRPORT CORPORATE OFFICE , PERSIARAN KOPORAT 64000 KLIA SELANGOR
18/01/2020 SABTU (0800am _1200pm) - SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GAJAH 06550 ALOR STAR, KEDAH
08/02/2020 SABTU (0800am_1200pm) - SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK KETAPANG KAMPUNG TELUK KETAPANG 21300 KUALA TERENGGANU
15/02/2020 SABTU (0800am_1200pm) - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PETRA JAYA 225 JALAN SEMARAK TAMAN SEJOLI 93050 KUCHING SARAWAK
22/02/2020 SABTU (0800am_1200pm) - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANZAC JALAN SEMBULAN TAMAN SEPELANG 88100 KOTA KINABALU SABAH
Calon-calon yang menghadiri sesi temuduga dikehendaki
membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan
SALINAN (saiz A4) seperti berikut:
•Resume
•Kad Pengenalan (2 Salinan)
•Sijil/Slip SPM dan Sijil-sijil persekolahan
•2 keping gambar (berukuran pasport beserta nama di
belakang)
*SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK*
Kelayakan hanya untuk LEPASAN SPM SAHAJA; sekurang-
kurangnya:
•Kepujian dalam Bahasa Melayu; DAN
•Lulus dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah;
SERTA lulus Satu (1) mata pelajaran lain
*SYARAT KELAYAKAN AM*
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
2. Berumur antara 18 hingga 28 tahun (lahir pada tahun 1992
2002)
3. Tidak mempunyai rekod jenayah
4. Tidak mempunyai masalah penglihatan (rabun jauh/dekat), buta warna dan masalah pendengaran
5. Tidak mempunyal masalah kesihatan (fizikal dan mental) dan mempunyai ukuran fizikal seperti berikut:
LELAKI
Ketinggian Minimum
:163 sm (tanpa kasut)
Berat Badan Minimum : 50 kg
Body Mass Index (BMI) : 18-30
Ukuran Dada:79 sm (biasa)
84 sm (tarik nafas)
WANITA
Ketinggian Minimum
: 157 sm (tanpa kasut)
Berat Badan Minimum: 48 kg
Body Mass Index (BMI): 18-30
Sila hadir mengikut etika
berpakaian yang ditetapkan.
• Calon lelaki: berkemeja, bertali leher, berseluar gelap dan
berkasut
• Calon wanita: baju kurung / kemeja
Pemakaian T-Shirt, Jeans dan selipar adalah TIDAK
DIBENARKAN
Calon diminta membawa pakaian tambahan untuk sesi
pemeriksaan fizikal seperti berikut :
Calon lelaki: T-Shirt dan seluar pendek
• Calon wanita: T-Shirt dan seluar trek
Program Latihan Asas
Calon - calon yang berjaya di dalam sesi temuduga ini dan lulus tapisan rekod jenayah, dikehendaki mengikuti dan lulus Latihan Asas
Konstabel Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad selama enam (6) bulan.
• Sepanjang program latihan asas, pelatih akan diberi Elaun Latihan sebanyak RM 500.00 sebulan. Penginapan, makan dan minum disediakan
secara percuma.
• Mereka yang berjaya menamatkan latihan asas akan dilantik sebagai Konstabel Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Faedah dan Ganjaran:
*Gaji permulaan yang menarik serta peluang kenaikan pangkat.
*Faedah rawatan perubatan; pinjaman perumahan, kenderaan dan lain-lain.
*Elaun Syif, Elaun Perumahan, "Elaun Dobi, Elaun Sara Hidup (COLA),
*Elaun Pengangkutan Khas Tetap dan Insuran Berkelompok.
Sila maklum kat semua ahli keluarga,jiran sebelah rumah sewa, jiran kampung, sahabat sahabat dan orang mencari pekerjaan 😊🤗
baju kurung malaysia wanita 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Tips Buat Bakal Tetamu Allah
*TIP #1 – KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI*
Arab Saudi mempunyai 2 musim yang utama iaitu musim panas dan kering dan juga sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula di antara bulan pertengahan bulan November hingga Mac atau April, manakala musim panas bermula antara bulan April hingga Oktober.
Oleh kerana musim sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.
Oleh yang demikian, kita hendaklah membawa “Cream Pelembab Kulit” atau “Losyen Pelembab Kulit” keluaran ElHajj khusus untuk ibadah. Produk ElHajj adalah keluaran Muslim, Halal dan tiada pewangi atau alkohol. Anda boleh dapatkan produk ElHajj dari Fitrah Al Hajj.
>> Musim Panas?
Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, jangan lupa membawa bersama “Sun Glasses” atau cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. Atau bahasa mudah, kita berjalan nak buka mata pun susah.
>> Musim Sejuk?
Sekiranya kita ke sana pada musim sejuk, kita kena selidiki berapa suhu sejuknya. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. Suhu sejuk yang melampau ini boleh menyebabkan tulang-tulang pada jari-jari kita menjadi ngilu atau sakit-sakit. Jika suhu sedemikian, selain dari memakai baju sejuk atau jaket yang tebal, sarung tangan juga jangan ketinggalan.
*TIP #2 – PENGELUARAN WANG DAN TUKARAN WANG*
Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi “penukar wang” yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah RM100 bersamaan SR85. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia.
Pada musim haji, Tabung Haji ada membuka kaunter pengeluaran di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia. Tetapi pada musim umrah perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah. Jika mahu mengeluarkan wang di Tabung Haji, kita terpaksa pergi ke Tabung Haji di Jeddah.
**Buka akaun simpanan Al-Rajhi
Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, bukalah akaun simpanan Al-Rajhi dan jangan lupa memohon kemudahan kad ATM. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika kita ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, kita terpaksa menunggu selepas 24jam pengeluaran pertama dibuat.
*TIP #3 – PERBEZAAN WAKTU*
Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi. Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.
Elakkan dari menalipon keluarga di Malaysia selepas waktu Isyak. Jika selepas waktu Isya’ di tanah suci jam 9 malam, waktu di Malaysia ialah jam 2 pagi, waktu keluarga kita sedang nyenyak tidur barangkali.
*TIP #4 – ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN YANG BANYAK*
Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg. Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.
Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju Melayu atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang baju kurung 2 pasang telekung sahaja.
Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia, jubah juga merupakan pakaian harian bagi masyarakat di sana.
Anda boleh dapatkan segala kelengkapan Haji & Umrah di Fitrah Al Hajj, termasuk Telekung, Jubah, Ihram, Ihram Wanita dan lain-lain.
>> Perkhidmatan Dobi?
Terlalu mahal. Sepasang kain ihram, upah dobinya SAR10 atau RM10. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR30 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah sehingga lebih dari SAR100. Beli baju baru lebih baik.
Kebiasaanya di hotel-hotel bajet, pekerja2 hotel (biasanya Bangladesh) ada menawarkan perkhidmatan dobi kepada jemaah dengan harga yang murah sedikit berbanding di luar. Bagi yang berkemampuan, bolehlah berlanggan dengan mereka.
Tetapi, jika kita ingin berjimat, bawalah sabun buku atau serbuk pencuci dari Malaysia. Di sana pun ada, tetapi sabun atau serbuk pencucinya biasanya kurang buih atau kurang ‘power’.
Oleh kerana di tanah suci cuacanya kering, maka pakaian yang dibasuh akan cepat kering. Biasanya jika kita basuh baju selepas Subuh, apabila dijemur di dalam bilik, waktu petang sudah kering. Jika dijemur di kawasan panas matahari lebih cepatlah kering pakaian kita.
*TIP #5 – TUKAR KEPADA TELEFON MUDAH ALIH SAUDI*
Sekiranya kita mahu berhubung samada sesama jemaah di tanah suci atau ke Malaysia, sebaiknya kita mendapatkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di sana seperti Al-Jawal, Mobily atau Zain. Kadarnya jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan perkhidmatan komunikasi dari Malaysia.
Biasanya jika kita menghantar ‘sms’ ke Malaysia, kadarnya antara SAR0.50-SAR0.60 berbanding RM1.90-RM2.00 jika kita gunakan telco Malaysia.
Jika kita ingin berhubung sesama rakan jemaah, adalah lebih baik kita gunakan servis syarikat di sana. Jika kita gunakan telco Malaysia di tanah suci kadar panggilannya akan berganda-ganda mahalnya. Bayangkan jika kita di Makkah buat panggilan kepada rakan kita di Makkah, dan masing-masing menggunakan “simkad” dari Malaysia, panggilan itu akan ke Malaysia dahulu dan kemudian ke Arab Saudi semula.
Begitu juga jika ada rakan dari Malaysia menghubungi kita di tanah suci menggunakan no. Talian mudahalih Malaysia, kita juga terpaksa membayar kos panggilan tersebut. Amat merugikan.
Walaubagaimanapun, hotel ada menyediakan perkhidmatan Wi-Fi... Jadi kami nasihatkan jika ingin menghubungi Keluarga di Malaysia, sila gunakan Media Sosial seperti WhatsApp, Facebook, WeChat dan sebagainya.
*TIPS #6 - SEDIAKAN BEKALAN UBAT SECUKUPNYA*
Jemaah dinasihatkan agar membawa bekalan ubat yang secukupnya kerana Ubat di Arab Saudi jauh lebih mahal berbanding harga Ubat-ubatan di Malaysia. *Ubat batuk, ubat selsema, paracetamol dll yang berkaitan.
Kongsikan buat panduan bersama
Kredit:
Kelengkapan Haji dan Umrah Fitrah Al Hajj
baju kurung malaysia wanita 在 Model Baju Kurung Malaysia Terbaru 2018 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Model Baju Kurung Malaysia Terbaru 2018 | Cantik , Anggun dan Stylist Selamat datang di CHANNEL kami, yang berisi info tentang Fasion ... ... <看更多>
baju kurung malaysia wanita 在 Baju kurung malaysia 的推薦與評價
2023 Mei 1 - Explore Shakila Kianara's board "Baju kurung malaysia" on Pinterest. See more ideas about model baju wanita, model pakaian, gaya model pakaian. ... <看更多>