25 bulan yang lalu..
Alkisahnya...
Drama politik tanah air. Malaysia baru.
Kisah benar.
Aku sekarang sudah penat tegur salah laku jiran aku ini, semua ini Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam Dimansuhkan, Bagai Menunggu Harga Minyak Turun, Bagai Menunggu PTPTN mansuh.
Masalah sekarang dia bela ayam tapi dibiarkan bebas datang rumah aku dan berak di sini sana, dia janji nak kurung, tapi janji PH semua ini!
Aku bukannyan Bagai KJ Dalam Umno atau King Maker Malang. Aku tahu, Kalau Kerusi Tak Cukup Banyak, King Maker Usah Diduga! Tapi janji si jiran Bagai Membuat Manifesto Di Dalam PRU. Konon nak buat reban khas untuk ayamnya. Tapi tak! Habis PRU, Manifesto Dibuang. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri!
Dulu aku dan jiran aku ni, Macam AMANAH dengan DAP, rapat macam adik beradik, tapi sejak dia bela ayam, aku dan dia dah jadi Macam PAS dengan AMANAH. Asyik bergaduh sahaja.
Aku setuju dia nak bela ayam, tapi buatlah reban dulu, tapi tak, jiran aku ini ibarat Diberi Tommy Thomas, Nakkan Richard Malanjum. Harapkan PM, PM Makan Wangyu!
Ayam dia pulak, selain berperangai seperti Mat Sabu Masuk Istana, boleh pulak si ayam tu berak merata rata macam DAP Naik Kerajaan.
Sungguh Aku rindu halaman rumah aku yang bersih macam dulu dulu tapi kini aku dah jadi Bagai Umno rindukan PAS.
Janji si jiran ni konon nak bina reban ayam serap bau sebenarnya guna Lidah Menteri, dah jadi amalan seperti Parti Kencing Berdiri, Macai Kencing Berlari. Aku sembelih ayam ni semua karang, ada yang Lompat Mulut BN, Masuk Mulut PH.
Aku tak nak Menang Jadi PH, Kalah Jadi BN. Tapi itulah: Mendengar Manifesto Ditabur, Undi Pangkah PH buat apa?
Kadang kadang aku berlagak Bagai PAS Di Dalam Parlimen, sambil tunggu janji nak bina reban ayam untuk ayamnya, tapi itu semua Indah Manifesto Daripada Pelaksanaan! Tun M pun boleh Jadi PM Dua Kali, tapi ayamnya berak rumah aku berkali kali.
Aku kini dah jadi seperti Macai Kepanasan, Alang-alang Menjadi PM, Biar Sampai Jadi Jutawan. Alang-alang Kencing Biar Basah. Aku terus tangkap semua ayam tu, walaupun ayamnya liar, tapi Sepandai-pandai Jamal Melarikan Diri, Akhirnya Ditangkap Polis Indonesia Juga.
Lepas tangkap semua ayam aku letak dalam guni, aku pergi berleter sikit dan suruh dia kurung ayam dalam pagar rumahnya, tapi jiran aku tak mengaku ayam tu dia punya? Adohai, ayam itu kini di ibarat Sudah Kalah Ditinggalkan Parti Komponen, Habis tu ayam siapa? Kita dua sahaja rumah area sini?
Malas nak gaduh, aku pergi buang ayam tu dalam semak belakang rumah, ingat aku tak berani buang ayam? Aku ni walaupun kecil tapi Kecil-kecil Parti AMANAH tau!
Aku sedar, walaupun tindakan aku Bagai SST Menggantikan GST, tapi aku harap ayam tu ada-lah biawak atau ular sawa sudi makan, atau ayam tu mampu hidup bebas berdikari. Aku bukan pembenci haiwan, tapi aku pecinta kedamaian.
Semenjak hari itu, jiran aku tak bertegur sapa dengan aku, aku senyum dia masam, aku bagi salam, dia pusing punggung!
Akupun siasat, panggil anak dia, terus si anak datang, nasib baik anaknya tak ikut perangai mak nya, anaknya tak jadi seperti Ke Mana Tumpahnya BN Jika Tidak Ke PH.
Terus aku tanya anak dia, kenapa mak kamu dah tak nak bertegur sapa dengan pakcik?
Kata anaknya, mak marah sebab pakcik buang ayam dalam tong sampah besar tepi jalan siap kurung dalam guni.
Alamak, ini fitnah ni, aku tanya dari mana mak dapat berita?
Dari mana lagi?,
Alamak, aku dah agak! Jauh-jauh MP Keluar Dewan, Akhirnya Kembali Ke Dalam Dewan Jua. Takkan Lari MP Dikejar, dah tentu dari group whatsapp membawang, siap ada gambar aku sedang buang guni dalam tong besar.
Adohai. Guni tu banyak rumah aku makcik oiiii, aku ada buat isi pisang, isi tanah, dan isi sampah, betul lah gambar tu aku buang guni sampah, bukan guni yang di isi ayam hidup hidup.
Nampaknya aku dah kena fitnah oleh penduduk kampung, aku seperti PH Menang, Pembangkang Bertaut.
Aku kini kesedihan sambil menunggu Menteri Menteri bersidang agar Akta berita palsu diluluskan segera.
Woha!
(Artikel ini ditulis sejurus PH menang dan Pas serta UMNO baru nak berganung. kredit kepada Afyan Mat Rawi atas Pepatah Malaysia baru. Amacam @Afyan Mat Rawi, IFP takde pepatah baru untuk PN?)
apa itu ifp 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
‼️PROMOSI E-LEARNING SEMINAR BIJAK MERANCANG WANG‼️
—————————————————-
https://infaqconsultancy.onpay.my/…/videoBMW/hilmiibnuhanoin
—————————————————
Apa yang ada dalam #eSeminarBMW?
E-Learning Seminar Merancang Wang atau #eSeminarBMW adalah rangkuman modul mengurus kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.
Ia dibangunkan sejak lebih 10 tahun dan dipersembahkan kepada ribuan peserta melalui siri-siri ceramah, program, bengkel dan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di seluruh negara, ia turut digunakan oleh para konsultan kewangan di INFAQ Consultancy untuk membantu pelanggan.
Ini pertama kali dipersembahkan dalam bentuk rakaman video, dan disertakan bersama ebook dalam pakej #eSeminarBMW.
Daripada siri-siri #SeminarBMW ia kini dirakam dalam bentuk video menjadi modul E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.
Dalam e-learning ini mengandungi 17 video dan ebook untuk memudahkan pembelajaran.
Berapa nilai untuk semua ini? Ada yang menilai semua ini dengan harga RM1,000 ke atas. Paling kurang RM200 ke RM300. Ya, itu memang plan asal untuk dijadikan sebagai produk premium INFAQ Consultancy.
Namun selepas diperhalusi, kita berikan peluang istimewa untuk masa terhad ini supaya lebih ramai yang celik kewangan.
Banyak data menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal untuk menyimpan, walaupun RM1,000.
Atas rasa keinsafan itulah, ia diberikan dengan harga yang cukup istimewa dalam tempoh masa yang sangat terhad.
Detail modul ini ada dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Disampaikan dalam bentuk video dan ebook oleh Afyan Mat Rawi, IFP. Boleh klik 👇🏼👇🏼👇🏼
—————————————————
https://infaqconsultancy.onpay.my/…/videoBMW/hilmiibnuhanoin
—————————————————
KLIK LINK sebelum harga dinaikkan lagi!
apa itu ifp 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?
Dari mana falsafah ni datang?
Melintas banyak kali di media social, siapa yang reka ayat ni?
Dari filem Joker ke?
Filem tu kan cerita kisah orang gila yang tersakiti, lepas tu jadi jahat, bermakna orang jahat adalah orang gila yang disakiti.
Bukan orang baik yang tersakiti.
Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik.
Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?
“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”
Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.
Nampak tak?
Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang gila bila tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.
“tapi bang Hamka, itu Nabi..”
Baik, kita rujuk sahabat, Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?
Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Apa? Tak kena Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal pulak, patutlah sokong sangat statement orang jahat adalah orang baik yang tersakiti sebab korang pun dah sama gila!
Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.
Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.
(bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)
Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, siap sakit punggung di mahkamah, tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”
Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Orang gila jer boleh guna terma tu.
Orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.
Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.
Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?
Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.
Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.
Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.
Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.
Woha!
Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!
Jelas tak?
Tapi jika korang nak jugak guna terma tersakiti dan menjadi jahat, padahal itu terpakai untuk orang gila, maka boleh guna:
Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.
Faham tak?
Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.
Al faham ke idop?
Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?
Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. ada baik, ada jahat, macam-macamlah!
Sebelum tu kredit kepada Afyan Mat Rawi, IFP sebab kata kata di bawah saya ambil dari perkongsian beliau.
Contoh yang betul dalam bab tersakiti..
Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.
Pengguna Apple ialah pengguna Android yang tersakiti.
Orang Besut adalah orang Kelantan yang tersakiti.
Doktor swasta ialah doktor kerajaan yang tersakiti.
Malaysia Baru adalah Malaysia Lama yang tersakiti.
Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah BR1M yang tersakiti.
Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.
Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.
(okey, boleh sambung sendiri)
Woha!