Seringkali saya melihat komentar atau respon negatif dan sinis dan sahabat-sahabat apabila saya berkongsi tentang isu poligami. Apabila saya kongsikan ada isteri pertama minta saya mencarikan isteri kedua untuk suaminya, ada yang sinis dan menyindir.
Kenapa perlu sampai sedemikian rupa? Inilah antara sebabnya saya akan terus menulis tentang isu seperti ini untuk menjernihkan syariat Islam yang telah dibenci oleh Muslim sendiri tanpa mereka sedari.
Sahabat yang menyindir orang ingin berpoligami itu atas dasar apa ya? Yang ingin berkahwin adalah mereka, yang akan menyara adalah mereka, isteri pertama yang mencarikan untuk suami dia bukan suami anda, isteri kedua mahu berpoligami, berpoligami guna duit mereka, adil tak adil itu mereka sendiri yang kena jawab di depan Allah maka ianya sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan kita yang sinis dan sindir mereka.
Andai kita gunakan logik kerana banyak mendengar macam-macam kisah buruk berpoligami lalu kita membenci poligami atau mereka yang terlibat atau mereka yang berpoligami, maka sahabat semua juga perlu gunakan logik yang sama iaitu banyak juga kisah penceraian dan kisah suami atau isteri dizalimi dalam monogami!
Kenapa tidak membenci monogami sebagaimana sahabat membenci poligami?
Sahabat mungkin berkata, "saya tak benci dan tolak syariat islam khususnya poligami tetapi saya tak bersedia bercakap dan mendengar pasal poligami"
Andai itu antara jawapan sahabat, maka ketahuilah yang bermasalah itu bukan syariat Islam tetapi keegoan dan kejahilan diri kita. Carilah ilmu dan fahamilah.
Tundukkan ego dan jiwa kita dengan kebenaran bukan mengikut hawa nafsu kita. Kalau kita belum bersedia bercakap dan mendengar pasal poligami, mana mungkin kita yang beriman syariat Islam itu adalah sempurna dan baik untuk manusia kerana ianya datang dari Allah Subhana Wa Ta’ala lalu kita bersikap sedemikian rupa?
InshaAllah akan ada banyak lagi salahfaham dan isu yang saya akan ketengahkan dalam isu rumahtangga monogami atau poligami serta isu pelampau feminis ini. Tugas daie adalah menyampaikan dan tidak boleh memaksa orang menerimanya. Saya akan menjawab kekeliruan yang telah ditimbulkan golongan pelampau liberal dan pelampau feminis terhadap ajaran ISlam.
Bukan mudah menghapuskan stigma berkaitan poligami setelah sekian lama dicucuk dengan jarum-jarum halus pelampau liberal dan pelampau feminis tetapi we need to start somewhere.
Kalau ada yang anggap saya mempromosi poligami, maka saya yakin anda tidak mengikuti perkembangan penulisan saya di Twitter dan Facebook.
apa itu feminis 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Pelampau Feminist itu ramai yang sebenarnya gila
Mereka menuntut hak sama rata dan dilayan seperti lelaki
Tetapi..
Mahu 'parking' khas untuk wanita
Mahu 'bus' khas untuk wanita
Mahu 'keretapi' khas untuk wanita
Mahu 'keistimewaan' sebagai wanita.
Apabila mereka membuli lelaki, dituduh lelaki lemah. Apabila lelaki membela diri dituduh lelaki tidak bersabar.
Wanita kebanyakkannya tidak memahami apa yang mereka mahu. Sesama wanita sendiri tidak faham apa yang mereka mahu.
Seorang wanita pun belum tentu memahami rakannya yang merupakan seorang wanita.
Allah menjadikan wanita itu dengan fitrah, seperti lelaki masing-masing ada fungsinya.
Golongan feminis adalah mereka yang kufur kepada fitrah yang ditetapkan Allah.
Mereka mahu mengikut hawa nafsu mereka.
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya agar jangan sesat?" (Al-Furqan:43)
Nukilan asal Ustaz Emran Ahmad