Musim panas bakal menjelma, dikhabarkan fenomena ini akan berterusan sehingga bulan Mac nanti, suasana begini adalah sesuatu yg semakin jarang untuk dilihat, ada ke lagi anak2 kampung mandi manda di taliair atau sungai sambil berbogel?
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過3萬的網紅SkyAng肥二哥,也在其Youtube影片中提到,40 km from KLIA,Digital Free Trade Zone(DFTZ), Cyberjaya, Putrajaya, Kota Kemuning and Port Klang. homestay location:Jalan Tali Air,42700 Banting,Sel...
「taliair」的推薦目錄:
- 關於taliair 在 Dallah Deen Photography Facebook 的最佳貼文
- 關於taliair 在 Dallah Deen Photography Facebook 的精選貼文
- 關於taliair 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
- 關於taliair 在 SkyAng肥二哥 Youtube 的最佳解答
- 關於taliair 在 Taliair Saving Group - | Facebook 的評價
- 關於taliair 在 TALI AIR (taliair) - Profile - Pinterest 的評價
- 關於taliair 在 Teknik Manik Tali Air - YouTube 的評價
- 關於taliair 在 Taliair Bagan Serai - Rumah Pam Air... - Fu Zi Construction 的評價
taliair 在 Dallah Deen Photography Facebook 的精選貼文
Musim panas bakal menjelma, dikhabarkan fenomena ini akan berterusan sehingga bulan Mac nanti, suasana begini adalah sesuatu yg semakin jarang untuk dilihat, ada ke lagi anak2 kampung mandi manda di taliair atau sungai sambil berbogel?
taliair 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Kisah Saya - Part 7
Ayah saya adalah contoh seorang pemimpin paling awal saya. Jika anda baca perkongsian saya dari awal, anda pasti tahu tentang ayah saya seorang juruteknik di Jabatan Parit dan Taliair (JPT) dibawah JPT Federal atau kerajaan persekutuan, JPT kemudiannya ditukar nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mungkin sopan sikit bunyinya daripada "Jabatan PARIT & Taliair", mungkin takut salah sebut jadi talipusat....ha ha ha! (Guraulah! Gurau pun tak boleh ke?)
Tugasan ayah sebagai juruteknik dan bermula dari juruteknik rendah menyebabkan ayah selalu ditukarkan tempat kerja mengikut projek yang jabatannya uruskan.
Arwah ayah baru meninggal dunia 4 tahun lalu pada 4 November 2010 dan Zehra Aliya anak perempuan saya lahir pada 15 November 2010, sehari selepas tarikh kelahiran saya 14 November.
Arwah ayah meninggal dunia ketika dia sedang mengambil wudhu' untuk solat maghrib malam jumaat. Aturan Allah swt ketika itu saya berada di rumah mak di Melaka. Saya dengar bunyi gelas kaca pecah dari bilik air dan kemudian mak saya menjerit-jerit memanggil saya, ketika itu saya sedang solat maghrib. Ayah jatuh dan telah pengsan. Kami membawa ayah terus ke hospital tetapi doktor sahkan dia telah meninggal dunia.
Semua orang amat terkesan dengan pemergian arwah ayah dan saya antara yang menangis tersedu-sedu dari hospital lagi. Saya bersyukur kerana berpeluang meluangkan masa dengan ayah beberapa tahun kebelakangn umurnya. Kami baru sahaja kembali dari mengerjakan umrah di dalam bulan ramadhan kira-kira 2 bulan sebelum ayah pergi.
Saya masih ingat bagaimana saya memegang erat tangan ayah ketika kami sama-sama mengerjakan tawaf dan sa'ie kerana ketika itu ayah kelihatan letih.
Sebelum kami berangkat mengerjakan umrah, saya telah menghadiahkan arwah ayah sebuah kereta volkswagon model terbaru berwarna putih sebagai hadiah harijadinya kerana selama hidup ayah, dia telah banyak berkorban untuk kami dan dia tidak pernah mendahulukan keinginan atau kemahuannya tetapi diutamakan keperluan kami sekeluarga.
Saya masih ingat sejak dari kecil lagi, arwah ayah tidak ada membawa banyak duit di dalam poketnya, biasanya ayah hanya ada RM5 dipoketnya. Itu maksimum. Itulah yang dia guna seharian sekadarnya untuk dia isi minyak kereta atau apa-apa yang perlu. Dia tidak ada banyak duit. Banyak kali saya melihat dia dan emak bercakap tentang di mana mereka nak dapatkan duit untuk menyekolahkan kami 5 beradik. Ketika saya kecil, abang dan kakak saya ada yang mula sambung belajar ditempat lain. Kadang-kadang saya ikut mak dan ayah pergi ke sebuah kedai runcit di Bandar Pontian berjumpa taukenya untuk meminjam sedikit wang untuk membayar sesuatu perbelanjaan yang sedikit besar seperti bayar yuran universiti kakak atau abang saya. Kadang-kadang mak meminjam dari kawan dia untuk saat-saat yang perlukan wang secara tiba-tiba dan membayar semula kemudian.
Ayah saya seorang yang sangat jujur. Beberapa kali dia diuji Allah swt. Antaranya dia pernah dia terjumpa sebuah karung beg berisi penuh duit milik tidak tahu siapa yang terjatuh di hadapan sebuah klinik. Ayah menyerahkannya kepada doktor di klinik tersebut kerana dia fikir ini pasti ada yang tercicir. Dia tidak mengambilnya walaupun dia tahu, kami sebenarnya berada dalam keadaan kesempitan kewangan.
Apa yang saya tidak boleh lupa tentang arwah ayah sejak dari saya kecil?
Saya tidak boleh lupa ketika satu hari ketika saya baru hari pertama masuk ke darjah 1 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun 2, Pontian, Johor. Ayah adalah orang yang menghantar saya ke sekolah dan kemudian tinggalkan saya. Saya agak takut ketika itu tetapi sebenarnya dia tidak pergi ke pejabat tetapi saya perasan dia adalah bersembunyi memerhatikan saya dari tingkap kerana risau tentang hari pertama saya bersekolah.
Saya juga masih ingat ayah pernah terlupa memberikan saya duit saku saya, ketika itu adalah 30 sen sahaja. Biasanya mak akan bekalkan saya makanan dari rumah dan air tetapi pagi itu semuanya tertinggal. Ketika waktu rehat, saya tidak keluar makan kerana tiada makanan, saya sekolah cina dan saya diajar untuk tidak masuk ke kantin sekolah melainkan untuk beli air botol sahaja. Duit poket saya adalah untuk saya beli jajan, ais krim atau gula-gula. Budak-budak baru berumur 7 tahun, itulah yang disukainya.
Dan saya ingat, ayah adalah tiba-tiba terpacul di sebelah saya ketika waku rehat dan saya agak lapar. Dia bawakan saya nasi lemak dan berikan saya duit 30 sen saya. Dia minta maaf sebab dia terlupa dan tiba-tiba dia teringat yang saya tidak bawa bekal dan dia lupa untuk berikan duit saku. Saya tidak lupa kerana waktu itu saya sangat sedih apatah lagi baru masuk sekolah cina dengan suasana yang amat asing bagi saya, ketika saya belum pandai cakap cina. Sebut "Cina" tahulah! Jadi saya rasa seolah-olah diabaikan atau dibiarkan. Tetapi kehadiran ayah membuatkan saya sangat gembira.
Setiap awal pagi, ayah akan menghantar saya ke sekolah. Abang dan kakak saya biasanya menaiki basikal, mungkin kerana mereka sudah agak besar.
Sebelum ayah menghantar saya ke sekolah dan kemudian terus pergi kerja. Biasanya selepas suboh, 1 atu 2 pekerja-pekerja dibawah jagaan ayah yang menguruskan kerja-kerja maintenance di kompleks kerajaan tempat kami tinggal akan berada di pintu belakang untuk berjumpa ayah menerima arahan.
Biasanya ayah akan buat "morning meeting" dia dan beri tugasan kepada ketua pekerja-pekerja dia. Waktu itulah saya secara sedar atau tidak mula "pick-up" leadership style atau gaya kepimpinan arwah ayah. Dia tegas, jelas beri arahan dan lantang bersuara.
Ayah juga seorang yang tinggi determination. Jika dia mahu mencapai sesuatu perkara dalam kerjanya, dia amat komited dan pantas bertindak.
Ayah dulu masa mudanya bersekolah di sekolah teknikal inggeris di Klang. Khalid Ibrahim (Sekarang Dato Seri) adalah senior dia ketika itu dan ramai lagi. Di sebabkan dia mendapat pendidikan berbahasa inggeris, ayah amat fasih menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris. Ini menyebabkan pihak jabatan suka dia berurusan dengan bos-bos perunding jabatan parit yang datang dari luar negara seperti Australia dan UK.
Di sebabkan ayah bagus di dalam bahasa inggerislah menyebabkan kami semua dipaksa untuk bagus di dalam bahasa inggeris. Ayah akan memastikan saya dan abang saya akan membaca beberapa muka surat buku cerita bahasa inggeris secara kuat agar boleh dia betulkan bacaan,sebutan dan intonasinya. Biasanya kami akan duduk ditepi longkang awal-awal pagi selepas solat suboh untuk membacanya. Kenapa tepi longkang? Sebab ayah saya rajin menanam bunga dan dia akan mendengar bacaan kami sementara dia membelek pokok bunganya. Ayah dan mak suka pokok-pokok. Dan kami juga pernah membela puyoh yang bertelur dan sayalah tukang kutip telur setiap pagi, kami pernah membela arnab dan sayalah yang akan menjadi "pembantu" ayah di dalam setiap projeknya. Antara tugas saya ketika itu adalah mengambil kangkung ditepi longkang untuk dijadikan makanan arnab.
Saya mula memasuki sekolah agama di waktu petang ketika saya berada di darjah 3 ketika saya berusia 9 tahun pada tahun 1983.
Nanti saya kongsikan perbezaan suasana sekolah cina dan sekolah agama.
........ Bersambung (tapi nak sambung lagi ke?)
Jika anda terlepas Kisah Saya - Part 1 hingga Part 6, anda boleh scroll back dan baca di FB Page ini atau layari blog saya di azizanosman.com/blog
Al-Fatihah buat ruh ayah Hj Osman bin Yusop.
#AzizanOsman
taliair 在 SkyAng肥二哥 Youtube 的最佳解答
40 km from KLIA,Digital Free Trade Zone(DFTZ), Cyberjaya, Putrajaya, Kota Kemuning and Port Klang.
homestay location:Jalan Tali Air,42700 Banting,Selangor
10 min to Pantai Morib
20 min to Bukit Jugra
20 min to Tg Sepat
30 min to Jenjarom
45 min to KLIA2
Welcom to booking:0183989819
Edit by :SKY PRODUCTION
#Homestay #TaliAir #MoribBay
taliair 在 TALI AIR (taliair) - Profile - Pinterest 的推薦與評價
TALI AIR | Contemporary Design. ... taliair.wordpress.com. ; Abre una nueva pestaña. ·. Contemporary Design. 109 seguidores. ... <看更多>
taliair 在 Teknik Manik Tali Air - YouTube 的推薦與評價
Teknik Manik Tali Air. Fety. Fety. 16 subscribers. Subscribe. <__slot-el>. Subscribed. 1. I like this. I dislike this. ... <看更多>
taliair 在 Taliair Saving Group - | Facebook 的推薦與評價
Taliair Saving Group, profile picture · Taliair Saving Group.. Mobile uploads · Mar 21, 2018 · Facebook for Android ·. ... <看更多>