‘Apa yang kita buat disini, ibu bapa kena teruskan di rumah’ - Puan Azura Izham.
Pusat Autisme PDRM mempunyai seramai 20 orang murid. Tujuan pusat autisme ini ditubuhkan adalah apabila kami mendapati bahawa pusat autisme diluar sangat mahal. Kajian kami mendapati ibu bapa terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM 1200 sebulan malah ada sehingga RM 12 000 sebulan.
Ramai anggota PDRM mempunyai anak autisme dan disebabkan itu Pusat Autisme ditubuhkan bagi mengurangkan beban mereka. Ada anggota yang terpaksa menghantar anak autisme ke pusat penjagaan biasa dimana pengasuh tidak mempunyai latar belakang autisme. Early intervention sangat penting untuk kanak-kanak autisme. Jadi pusat autisme ini sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.
Di sini, murid seawal umur 4 tahun sehingga 9 tahun. Terdapat enam orang tenaga pengajar terdiri daripada tiga orang ‘lead teacher’, ‘occupational therapist’ dan tiga orang pembantu guru. Silibus disini dibawah selian Genius Kurnia. Perancangan pusat autisme ini bermula sejak tahun 2014. Kami mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyumbangkan dana untuk pengubahsuaian dan PDRM menyediakan tempat. Genius Kurnia pula sebagai perunding kami. Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, pusat autisme ini menjadi kenyataan.
Sebelum COVID-19, kami adakan sesi dengan ibu bapa bagi melatih mereka untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak. Saya sering berpesan kepada ibu bapa untuk meneruskan apa yang kami ajar di sini disambung dirumah. Ibu bapa tidak akan sentiasa ada bersama anak selama-lamanya. Yang terbaru salah seorang murid disini kehilangan bapa beliau. Sekurang-kurangnya bila ibu bapa sudah tiada, anak-anak autisme boleh uruskan diri sendiri.
#autismawarenessmonth
#bulanautisme
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「bulanautisme」的推薦目錄:
- 關於bulanautisme 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
- 關於bulanautisme 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於bulanautisme 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
- 關於bulanautisme 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於bulanautisme 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於bulanautisme 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於bulanautisme 在 occupational therapist的推薦與評價,YOUTUBE和 ... - 疑難雜症萬事通 的評價
- 關於bulanautisme 在 Ainie Haziqah - 'Apa yang kita buat disini, ibu bapa kena teruskan di ... 的評價
- 關於bulanautisme 在 AUTISME MALAYSIA... LUKISAN dari umur 4 tahun - YouTube 的評價
- 關於bulanautisme 在 2022Early intervention-遊戲熱門攻略下載,精選在PTT/巴哈姆特攻略 ... 的評價
bulanautisme 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
Mendengar murid autisme boleh kenal nama saya dan panggil Cikgu Adila merupakan satu kepuasan kepada saya sebagai seorang pendidik.
Saya mengajar di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan mempunyai seramai 35 orang murid autisme. Di sekolah, murid autisme berkongsi padang, kantin, bangunan belajar dan program bersama murid arus perdana. Malah murid autisme dan murid arus perdana diletakkan sekali dalam satu rumah sukan yang sama. ‘Paling seronok bila Hari Sukan. Murid arus perdana akan bersorak bagi semangat rakan-rakan mereka (murid autisme) sebagai satu pasukan. Mereka nak rumah sukan mereka menang’.
Berbanding murid arus perdana yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), murid autisme atau murid keperluan pendidikan khas (MBK) akan mengambil Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Instrumen PASR dibina berdasarkan KSSR PK Tahap 2 sahaja, dan terdiri daripada instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2. Antara komponen yang ditawarkan adalah penternakan, jahitan, masakan dan perkebunan.
Sebelum negara dilanda COVID-19, banyak aktiviti-aktiviti khusus dijalankan oleh pihak sekolah seperti program bowling, menonton wayang, bergaul dengan orang ramai. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada murid autisme agar tidak takut dengan dunia luar dan melatih kemahiran mereka.
Memasuki aliran sekolah yang betul dari awal amat penting bagi murid autisme. ‘Jika ibu bapa sudah mengetahui anak mereka mereka adalah autisme, ‘early intervention’ seawal yang mungkin.’ Early intervention membantu perkembangan kanak-kanak autisme terutamanya dalam perkara-perkara asas. Ini memudahkan mereka apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Apabila murid autisme sudah pandai duduk dengan baik diatas kerusi, pandai melukis, boleh tulis nama sendiri malah ke tandas sendiri, itu merupakan satu pencapaian yang kami sebagai guru sangat bangga. ‘Sewaktu Hari Guru, guru pendidikan khas paling kurang dapat hadiah, tetapi sebenarnya itu bukan ukuran kami. Melihat anak-anak pendidikan khas berupaya menguruskan mereka sendiri adalah hadiah terbaik’.
Malah sempena bulan Autisme, pihak sekolah banyak menganjurkan program melibatkan murid arus perdana juga. Program seperti melukis poster, melukis baju t, tayangan video, pameran dan kuiz. Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan didikan sejak awal kepada murid arus perdana agar menerima rakan-rakan mereka yang kelainan upaya ini. Program ini berkesan kerana ada murid autisme dan murid arus perdana menjadi rakan baik sehingga bermain bersama di padang dan makan bersama di kantin.
#AutismAwarenessMonth
#BulanAutisme
bulanautisme 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi cara kerja.
Berikut adalah senarai tanpa henti akan rawatan yang biasa yang ada untuk diberikan pendekatan untuk autisme:
Aplikasi Tingkah Laku Gunaan (ABA)
Aplikasi Tingkah Laku Gunaan (ABA) adalah rawatan yang berdasarkan sains dalam tingkah laku dan pembelajaran. Ianya menurut kepada peningkatan dalam tingkah laku positif dan mengurangkan yang kurang baik dengan memberikan ganjaran terhadap tingkah laku dan mengizinkan anak tersebut mendapat peluang yang mencukupi untuk melatih kemahiran. Ianya adalah program yang menyeluruh dan mampat, memberikan program mengikut individu untuk memenuhi perbezaan dalam keperluan anak ana dan boleh digunakan untuk mengajar kemahiran kehidupan dalam skala besar, termasuk percakapan dan Bahasa, bermain, kemahiran bersosial, kemahiran rutin harian, akademik dan kemahiran kognitif.
ABA adalah dikenali sebagai dasar emas rawatan bagi autisme oleh Pembedahan Umum (AS) dan Persatuan Psikologi Amerika. Hampir 50% yang menerima kualiti, program ABA yang intensif pada awal usia dapat mengejar anak anak lain seusia mereka (4). ‘Intensif’ disini merujuk kepada 25-40 jam terapi seminggu untuk 1-3 tahun lamanya.
Rawatan Percakapan
Fokuskan hanya untuk menambah-baikkan kemahiran komunikasi anak. Bagi beberapa anak, ini melibatkan kemahiran berkomunikasi secara verbal seperti percakapan. Bagi yang lain , mereka mungkin diajar untuk menggunakan gerak isyarat atau gambar untuk berkomunikasi.
OT
Fokuskan untuk mengajar motor anak dan kemahiran rutin harian dan membantu mereka untuk berdikari sebanyak boleh. Ini melibatkan seperti memakai baju sendiri, makan, mandi, memegang pensil untuk menulis.
Perubatan
Tidak ada perubatan yang spesifik untuk merawat autisme pada saat ini. Walau bagaimana pun, terdapat perubahatan yang membantu orang autisme untuk berfungsi lebih baik. Ini merangkumi perubatan yang mengawal tahap tenaga yang tinggi, kebimbangan yang tinggi atau tingkah laku agresif. Ini adalah penting untuk mengetaui bahawa segala ubat-ubatan ini bukan untuk autisme tetapi cabaran yang dihadapi seseorang samada mereka mempunyai autisme atau tidak. Oleh itu, amatlah penting untuk bekerjasama dengan doctor yang mempunyai pengalaman dengan anak autisme dan memantau anak anda dari masa ke semasa untuk apa apa kesan sampigan apabila mempertimbangkan pilihan ini.
Diet
Ada diet yang merangkumi membuang jenis jenis makanan dari diet anak, atau menggunakan pil vitamin dan mineral. Tidak ada bukti yang kukuh menunjukkan apa apa kesan dalam kaedah ini untuk anak autisme. Sedang yang lain berfikir bahawa ini membawa manfaat, ianya memberikan manfaat dalam focus, mengurangkan ketidakselesaan kerana tiada pendekatan diet yang membantu simptom asas autisme dalam cabaran untuk bersosial dan pengulangan tingkah laku.
Sumber: Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia dan Portal Rasmi Autism Malaysia
#AutismMonth
#BulanAutisme
bulanautisme 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
bulanautisme 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
bulanautisme 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
bulanautisme 在 AUTISME MALAYSIA... LUKISAN dari umur 4 tahun - YouTube 的推薦與評價
Sempena #bulanautisme Minat melukis dan menghafal Melukis dengan hanya hujung jari telunjuk (bukan mudah bagi perlukan fokus dan minat) di "laptop" bukan ... ... <看更多>
bulanautisme 在 2022Early intervention-遊戲熱門攻略下載,精選在PTT/巴哈姆特攻略 ... 的推薦與評價
Sekurang-kurangnya bila ibu bapa sudah tiada, anak-anak autisme boleh uruskan diri sendiri. #autismawarenessmonth #bulanautisme. app-facebook. Ainie Haziqah. ... <看更多>
bulanautisme 在 Ainie Haziqah - 'Apa yang kita buat disini, ibu bapa kena teruskan di ... 的推薦與評價
Sekurang-kurangnya bila ibu bapa sudah tiada, anak-anak autisme boleh uruskan diri sendiri. #autismawarenessmonth #bulanautisme | Facebook ... ... <看更多>