Jom kita baca ni.. Semoga kita Sama2 dpt kesedaran ttg bahaya nya COVID-19 Ni guys..
*Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid-19*
*PENTING !! BACA SAMPAI HABIS!!*
*Info Yang Anda Perlu Tahu*
i. Secara statistic, Malaysia berada di *Ranking Pertama* jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara. THIS IS SERIOUS.
ii. Virus Covid-19 merebak dengan sangat pantas. Ia akan meningkat secara exponential. Kelajuan jangkitan tak boleh baca bincang. Ni contoh yang berlaku di negara negara lain.
USA
===
Week 1 - 2
Week 2 - 105
Week 3 - 613
*As of today = Total = 4599*
France
======
Week 1 - 12
Week 2 - 191
Week 3 - 653
Week 4 - 4499
*As of today = Total = 6633*
Iran
===
Week 1 - 2
Week 2 - 43
Week 3 - 245
Week 4 - 4747
Week 5 - 12729
*As of today = Total = 14991*
Italy
====
Week 1 - 3
Week 2 - 152
Week 3 - 1036
Week 4 - 6362
Week 5 - 21157
*As of today = Total = 27,980*
Spain
=====
Week 1 - 8
Week 3 - 674
Week 4 - 6043
*As of today = Total = 9,942*
Malaysia
======
Week 1 - 4
Week 5 - 50
Week 6 - 428
*As of today = Total = 553*
Di Italy dan banyak negara negara lain, pada asalnya, pihak kerajaan juga mengenakan *KAWALAN PERGERAKAN* seperti yang diumum PM kita pada malam tadi. Malangnya, pada peringkat awal ini, ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini.
Kerajaan umum cuti dan sekolah semua ditutup. Tetapi, ibu bapa disana menggunakan peluang ini untuk bawa anak anak mereka berjalan, balik kampung, bercuti, bawa ke supermarket, dan mereka tidak betul betul 'duduk' di rumah seperti yang disyorkan oleh kerajaan.
Mereka masih ke gym, masih ke restaurant, masih ke club.
Dan kesannya, hari ini seramai 27,980 rakyat Itali sudah dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 2158 kematian. Dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, mereka mencatatkan 3233 kes baru dalam sehari.
Sekarang, di sana dah hampir total lock down. Semua orang tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah melainkan kes kes tertentu sahaja.
Kita rakyat Malaysia, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti yang mereka lakukan.
*Status Di Malaysia*
Bermula esok, 18 March 2020 baru dikenakan kawalan pergerakan di Malaysia. Belum LOCK DOWN lagi. Ini bermaksud, rakyat Malaysia masih boleh keluar dari rumah untuk urusan urusan penting.
Tapi, tahukah anda. Kes terkini di Malaysia adalah sebanyak 566 kes dengan 120 kes baru dicatatkan semalam. Saya menjangkakan, dalam tempoh seminggu lagi jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 1000 kes. Ini disebabkan masih banyak lagi 'ujian Covid-19' yang ke atas suspek yang masih belum keluar keputusan mereka.
Jika kes ini meningkat dan terus meningkat, pihak hospital akan mengalami kesukaran untuk memberi rawatan seterusnya kepada pesakit.
Di Italy, disebabkan terlalu ramai orang sakit dan kritikal, mereka terpaksa memilih untuk siapa yang perlu hidup dan siapa yang mati. Mereka yang 'kronik' akan 'dibiarkan' mati. Rawatan akan diutamakan kepada mereka yang mengalami 'mild symptom'. Bayangkan, jika negara Italy di Eropah yang maju pun menghadapi masalah sebegini, macam mana dengan kita di Malaysia? Kita tak mampu untuk handle kes kes sebegini dalam kuantiti yang besar.
Sekarang ini pun, pihak kesihatan sudah 'letih' dan 'lembik' dengan kerja lebih masa yang terpaksa mereka lakukan. Mereka terpaksa memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terkena jangkitan penyakit.
Kasihanilah mereka. Usah ditambah lagi derita mereka.
*Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sekarang*
1. Elak dari pergi ke kedai dan restoran untuk makan di sana. Jika ada keperluan mendesak, tapau saja. Order Grab Food atau Panda Food untuk lebih mudah.
2. Elakkan dari membawa anak kecil keluar ketika pergi shopping barang keperluan di supermarket. Jika perlu, pergi seorang sahaja dan itu pun diambil langkah pencegahan sebaik mungkin.
3. Sebaik mungkin, elak dari menyertai program / berjumpa dengan orang ramai jika tidak berkeperluan. Jika jumpa pun, pastikan berada pada jarak 1 Meter. Elakkan dari melakukan sebarang sentuhan seperti bersalam.
4. Jika ada orang yang telah rancang kenduri / majlis perkahwinan dalam waktu ini. Dicadangkan sekadar adakan majlis akad nikah dan ditangguhkan majlis kenduri tersebut. Tindakan ini mungkin 'agak kejam' buat tuan yang buat kenduri. Tapi, adalah lebih kejam jika 2 minggu lagi, majlis kenduri kita didapati sebagai 'punca' kepada sebaran penyakit ini pada skala yang besar. 'Hari Bahagia' kita mungkin hari permulaan bagi 'Penderitaan' orang lain.
5. Educate sahabat, kenalan, jiran, rakan, saudara keluarga kita untuk sama sama menjaga batas batas ini. Tak guna, kita betul betul jaga tapi kemudian satu hari kita terdedah dengan kawan kita yang datang ke rumah kita dan membawa virus itu bersama. Ingat ayat ini, *Untuk Kita Sihat, Kita Perlu Pastikan Orang Disekeliling Kita Sihat. Jika Orang Disekeliling Kita Terkena Virus, Peluang Untuk Kita Kena Virus Juga Sangat Tinggi.*
_Kita tiada pilihan, kesihatan jiran jiran, kawan kawan, kenalan adalah *Tanggung Jawab Kita*, Jika Mereka Sakit. Kita Juga Susah_
6. Hari ESOK bermula *KAWALAN PERGERAKAN* bagi semua rakyat Malaysia, saya mohon kita sama sama BERSATU dalam menghadapi ujian daripada Allah ini.
7. Perbanyakkan doa dan solat hajat, mohon bantuan dari Allah agar masalah ini dapat dijauhi segera dari Malaysia dan seluruh dunia amnya.
8. Banyakkan bersedekah pada waktu ini, kerana bersedekah dapat menjauhkan kita dari bala Allah.
9. Elakkan membuat pembelian panic melampau. Jika membeli barang keperluan, beli lah sekadar mencukupi keperluan untuk 2 minggu, jangan beli berlebihan sangat. Kesian orang lain pun nak beli juga.
10. Buat rerakan yang masih berdegil untuk bercuti dengan keluarga, berjalan ke sana ke sini pada waktu ini tanpa keperluan yang kukuh dengan alasan nak rebut harga murah, jangan lupa. Kalau berjalan dengan isteri, sila bawa 'kondom' bersama. Kita nak kurangkan generasi 'bodoh' seperti anda pada masa akan datang.
11. Kepada para peniaga yang menjual barang barang bukan keperluan, saya cadang agar buat masa ini ditutup dahulu kedai anda. Saya sedar, mungkin akan ada yang mengalami kerugian. Mungkin akan ada pekerja anda yang bergantung gaji dengan anda. Bantulah mereka sekadar yang termampu. Jika mampu bagi advance separuh, berilah dahulu. Beri sedikit kelegaan buat mereka.
12. Buat sahabat sahabat yang kaya, gunalah kekayaan yang Allah beri ini untuk membantu saudara mara anda yang bermasalah sekarang ini. Ada saudara mara anda, jiran anda yang mungkin hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika mereka tak boleh nak 'kais' dalam seminggu dua ini, bermaksud mereka tiada gaji. Jika anda mampu bantu mereka, bantulah mereka. Walaupun sekadar menyumbang RM50-RM100, percayalah. Ini memberi sedikit kelegaan buat mereka. Cukup sekadar buat online transfer kepada mereka. Tak perlu berjumpa bagi mengurangkan contact.
13. Sekarang musim cuti sekolah, saya perhatikan ramai anak anak berkumpul beramai ramai dengan kawan kawan mereka. Ini juga salah satu cara mudah penyebaran virus ini berlaku. Mereka ini terlalu banyak dengan aktivti mereka tersendiri. Anak anak ini tak fikir sangat bab keselamatan, mereka hanya fikir keseronokan. Jadi tanggung jawab ibu bapa nak kawal anak anak di rumah.
14. Sekarang, ramai ibu bapa yang bercuti atau bekerja dari rumah. Guna masa ini untuk 'create' bonding dengan anak anak. Anda boleh bermain dengan anak anak. Rapatkan hubungan dengan mereka. Jadikan peluang ini sebagai satu rahmat kepada kita untuk bersama mereka.
Percayalah, jika kita *GAGAL* mematuhi peraturan yang pihak kerajaan cadangkan, kes ini akan terus meningkat. Dan pada waktu itu, seluruh Malaysia mungkin akan kena *TOTAL LOCKDOWN*. Waktu itu, kita akan mengalami kesukaran yang lebih.
Bersusah susahlah sedikit hari ini, demi kesenangan di kemudian hari. Jika kita bersikap sambil lewa, isu ini tidak akan berkesudahan.
Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Al Insyirah yang maksudnya, "Setiap kesulitan akan diselangi dengan kesenangan....."
_*Sila Forward Ke Group Whatsapp Sebelah*_
「sana sini restaurant harga」的推薦目錄:
sana sini restaurant harga 在 Mat Travel Facebook 的最佳解答
Jom ke Japan!
Trip to Japan ( Kansai Region ) = Osaka - Kyoto - Shiga - Nara - Kobe ( 10/2 - 15/2 ) 🇲🇾 - 🛫 - 🇯🇵 Backpackers Style cost under RM2,000.00
Click here for my travel video to Japan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1265890140127166&id=100001185755781
Activity ⬇
Day 1 : 10/2 ( Activate OAP 2 days )
🎌9.00am - Touchdown Kansai Airport . Beli Osaka Amazing Pass 2 days (3300¥) di Kansai Tourist Information Center (tingkat 1) + Exchange JR Kansai Area Pass di JR ticket Office (tingkat 2) . Settle tu beli pulak tiket nankai line 920¥ utk transfer dari airport ke osaka (turun shin-imamiya station)
🎌11.40am - Jalan kaki dari Shin-Imamiya station ke hotel ( Backpackers Hotel Toyo ) terus dapat check in . Rileks dalam bilik skjp rehatkan badan . Sewa towel mandi (100¥)
🎌12.50pm - Pergi ke Osaka Castle jalan jalan ambik gambar kt osaka castle and osaka castle park
🎌2.30pm - Ke Cosmo tower . Naik ke tingkat atas (observation deck) free guna OAP . Beli onigiri kt lawson di tingkat bawah (110¥) isi perut
🎌4.45pm - Ke umeda naik Umeda Sky Building skydeck (free guna OAP) . Lepastu jalan kaki pergi naik HEP5 Ferris Wheel (free guna OAP) . Beli air jus buah panas kt Family Mart berdekatan panaskan badan (130¥)
🎌9.30pm - Balik hotel makan maggi kt hotel . Bunyi mcm sedih tapi serious terbaik beb makan maggi kari berapi panas panas time musim sejuk ni
Total burn day 1 = 4260¥🔥
Day 2 : 11/2
🎌10.00am - Ke Tempozan Ferris Wheel (free guna OAP) . Beli sotong goreng utk breakfast kt shopping mall bwh tempozan (350¥)
🎌12.00pm - Lepas sarapan terus jalan kaki pulak utk naik Santa Maria Cruise Ship (free with OAP) cruise ambil masa 45 minit utk habis pusing . Saya rekemen sangat naik ni sebab view best atas kapal
🎌1.40pm - Jalan jalan area Tsutenkaku tower (nk naik tower pun boleh free guna OAP) sy tak naik . Pusing dlm mega Don Quijote berdekatan Shin-Imamiya station . Banyak barang boleh dijadikan souvenir di sini yg murah
🎌2.15pm - Kuromon Ichiba Market . Jalan jalan cuci mata . Beli tiram bakar 500¥ bahagi dua dgn member sorang (250¥) *jumpa member tengah jalan . Mcm pasar basah banyak fresh seafood and buah strawberi yg memang sedap
🎌2.30pm - Jalan jalan di kawasan Namba cuci mata . Beli taiyaki red bean (160¥)
🎌4.30pm - Night walk kawasan Shinsaibashi / Dotonbori (sini pukul 5 dah gelap ya) singgah Tendon Tenya Tempura utk dinner (1000¥) , beli Luke's Lobster (1080¥)
🎌10.00am - Balik hotel
Total burn day 2 = 2840¥🔥
Day 3 : 12/2 ( Activate JR Kansai Area Pass 3 days )
🎌10.20am - Check out dari osaka utk ke kyoto . Sesat sikit so jadual iti dah lari sejam . First thing pergi Arashiyama Bamboo forest . Simpan luggage kt loker di Kyoto Station (500¥) . Jalan jalan di bamboo forest . Beli aiskrim green tea (300¥) harem tak sedap
🎌2.00pm - Naik train ke kyoto station balik . Jalan kaki nak pergi ke Ayam-Ya tapi tutup on Sunday & Public holiday . Patah balik terus ke Fushimi Inari Shrine . Beli takoyaki 500¥ (share dgn mmbr sorang 250¥) , beli crab stick 500¥ (share jgk sorang 250¥) *jumpa member di pertengahan jalan
🎌4.40pm - Balik ke kyoto station ambik luggage . Terus naik bus no. 205 turun di kawaramachi shijo stn (230¥) . Jalan kaki ke Lhaosan Kyoto Guesthouse check in . Sewa towel (100¥) . Beli nasi kt 7e (128¥) panaskan , makan dgn sambal bilis . Mandi manda
🎌8.00pm - Keluar balik jalan-jalan area terramachi/kawaramachi jalan kaki dari guesthouse
🎌10.00pm - Balik tidur
Total burn day 3 = 1758¥🔥
Day 4 : 13/2
🎌8.15am - Naik bus dr guesthouse ke Kyoto station (230¥) . Turun kyoto station beli breakfast di lawson roti telur dan air lemon (365¥)
🎌9.20am - Naik train dari kyoto station ke Omi-Imazu station utk bermain salji di Hakodateyama Ski Area ( perjalanan dari kyoto lebih kurang sejam )
🎌10.40am - Turun Omi-Imazu station , keluar west exit ambik bus di bus stand no.2 (220¥) utk ke Hakodateyama . Bus sejam sekali lalu
🎌11.20am - Sampai di hakodateyama . Naik gondola ke Mt. Hakodateyama (1850¥) tiket pergi balik , entrance utk ke ski resort free . Saya bernasib baik masa naik tu ada snow shower . Di atas ada restaurant tapi tiada makanan halal jadi sila bawa bekal . Ada machine air di atas so bwk makanan je
🎌1.00pm - Turun ke bawah . Naik bus balik ke Omi-Imazu station utk balik ke Kyoto . Bus sampai jam 12.55pm
🎌2.30pm - Singgah di Ono-Station utk view Lake Biwa
🎌3.45pm - Sampai kyoto station . Naik bus balik ke guesthouse (230¥)
🎌4.00pm - Balik ke guesthouse mandi manda panaskan badan . Beli nasi di lawson (108¥) makan dgn kari ayam Brahim
🎌5.20pm - Night walk di terramachi street , potoncho alley , Gion . Singgah makan di Naritaya Halal Yakiniku Gion . Share berempat *jumpa member di pertengahan jalan* sorang 1700¥
🎌8.00am - Sambung jalan area gion cari geisha tapi yg jumpa cuma ayam mahal gred AAA je kahkah
🎌10.00am - Balik guesthouse beli roti di 7e (128¥) makan dgn sambal bilis . Tidur
Total burn day 4 = 5051¥🔥
Day 5 : 14/2
🎌9.20am - Checkout from khaosan kyoto guesthouse . Jalan kaki ke gion-shijo station . Naik train ke tokufuji (150¥) . Turun tokufuji stn transfer naik JR line ke nara
🎌11.30am - Turun nara station . Jalan kaki ke nara park , tengok rusa , cara buat kuih mochi , Kodaji Temple
🎌1.00pm - Naik train ke Kobe
🎌3.00pm - Turun Motomachi station . Jalan jalan di Kobe chinatown
🎌4.00pm - Turun di Kobe Station . Jalan jalan sekitar Kobe Harborland . Masuk Mosaic shopping complex . makan di kedai nama Mezban . Order Garlic Naan + ayam apa entah 2 pcs (1080¥) puas hati portion banyak . Saya rekemen datang sini makan
🎌8.30pm - Patah balik ke osaka , tekak tiba tiba mengidam ramen sebelum balik . Singgah makan di Halal Ramen Honolulu beli spicy ramen (980¥)
10.40pm - Naik train to Kansai Airport . Overnight kt airport tnggu flight pagi
Total burn day 5 = 2210¥🔥
Day 6 : 15/2
🎌8.00am - Jalan jalan kt airport
🎌11.00am - Flight to Malaysia
Total cost belanja di Jepun🎌 ▶16,119¥ = RM619.77 *rate 38.45 = 1000¥
Perbelanjaan di Malaysia :
💸 Flight AAX return ( Final call ) KL - Osaka - KL = RM500 ✔
💸 Backpackers Hotel Toyo 3h 2m = RM152 ✔
💸 Khaosan Kyoto Guesthouse 3h 2m = RM142 ✔
💸 Beli Kansai Area pass 3 days di HIS Travel Malaysia = RM207 ✔
💸 AXA Insurans VIP Plan = RM39 ✔
💸 Travel Recommends Pocket Wifi = RM66 ✔
💸 Skybus dari One Utama - KLIA2 return = RM29 ✔
💸 Makanan brahim , maggi dan keperluan = RM35✔
💸 In-flight meal Pak Nasser's Nasi Lemak = RM20 ✔
💸 Duit membeli belah air di vending machine / jajan kt combini = 1000¥ = RM38.45 ✔
💱 Total overall hangus = RM1848.22 🔥🔥
Some tips :
✴ Sila isi terus form imigresen yg diberi kt atas flight utk memudahkan process perlepasan imigresen di jepun . Sediakan printed copy booking place yg korang duduk supaya senang and pastikan dah beli tiket flight balik dia akan tanya stay berapa lama . Alhamdulillah sy lepas process imigresen dlm masa tak sampai 20 minit yg ramai sgt duk complain susah lepas tu tk tahu kenapa hampa la ketegaq tak mau ikut SOP depa
✴ Ada tiga apps yg betul betul berguna masa di sana :
1. Halal navi = Utk cari tempat solat berdekatan / cari kedai halal
2. Google Map = Utk beritahu naik train apa / waktu train / harga per ride berapa
3. Google translate = Utk translate apa apa perkataan yg tak faham cth : signboard / ingredients
✴ Musim sejuk dia memang sgt sejuk . Pastikan pakai pakaian yg sesuai and bawa longjohn , sgt berguna . Sekali angin dia tiup jgn cakap bergetar tulang rusuk habih satu badan ni vibrate bagai nak gila . Pakai ear warmer , saya tak pakai habihh kebas telinga ni and glove beli yg sesuai kalau boleh glove beli yg touch screen senang tak perlu bukak pakai berulang kali bila nak guna handphone mcm aku . Kesudahannya hilang terus glove asyik bukak pakai letak merata
✴ Kalau ada mafla tutup la hidung tu atau bawa la siap siap face mask . Setengah jam je kau berjalan hirup udara sejuk dia nescaya beku kebas hidung . Meleleehhh hinguih tau
✴ Rajin rajin la beli air / bawa air . Kt sana air dia semua sedap sedap . Senang sangat nak sakit tekak time musim sejuk ni . 3 kali sakit tekak nasib baik ada bawa strepsils
✴ Osaka amazing pass tu cover kebanyakan attraction di osaka termasuk juga unlimited ride naik bus / new tram and subway jadi bab transport dan aktiviti dah tk perlu keluar duit lagi hanya guna pass yg sama . Rancang perjalanan anda sebaiknya . Berbaloi baloiiiii~
✴ Kalau nak pergi main salji tu sila bawa spike utk kasut . Aku ni ketegaq pi pakai sportshoes jgk main salji . Habih basah kasut dan 3 4 kali nak tergolek nasib baik aku terer 😝
⏩ Untuk pelbagai jenis info tentang Jepun sila join group di facebook "Road To Japan" . Enjoy the picture dapat upload 30 gambar je facebook kedekut . Dipersilakan kalau nak tanya apa apa apa soalan pm je . Okbai
sana sini restaurant harga 在 Sanasini Pullman | Jakarta - Facebook 的推薦與評價
Sanasini Pullman, Jakarta, Indonesia. 4809 likes · 1900 were here. A new concept of buffet restaurant from Pullman Jakarta Indonesia. Contact: +62 (21)... ... <看更多>
sana sini restaurant harga 在 MAKAN DI SANA SINI PULLMAN ALL YOU CAN EAT HOTEL ... 的推薦與評價
hallo kali ini kita buka puasa di salah satu buffet hotel dengan menu terlwngkap yaitu di sana sini restoran by pullman thamrinuntuk ... ... <看更多>