Sejak ditubuhkan pada 5 Februari 2014, kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) telah banyak mengendalikan kes-kes muallaf yang dipukul keluarga, dihalau keluarga kerana memeluk Islam.
Kami juga telah banyak mengendalikan kes pengistihyaran status agama di Jabatan Mufti Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Perak, Jabatan Agama Islam Pahang selain dari kes-kes murtad di pejabat kami sendiri.
Ratusan jikalau bukan ribuan kes telah kami kendalikan. Kami di MRM tidak begitu memfokuskan kebajikan tetapi kami masih terlibat dalam kes-kes kebajikan. Sepanjang pandemik COVID19 dari Mac 2020 sehingga kini, jutaan ringgit hasil sumbangan masyarakat telah kami belanjakan untuk beberapa inisiatif kebajikan.
Walaupun sumbangan dakwah ini tidak besar. Ia hanya sekelumit jika dibandingkan dengan usaha orang lain tetapi saya bersyukur kerana ia memberikan impak kepada masyarakat.
Allah memberikan rezeki kepada saya menerima Tokoh Maal Hijrah Dakwah Pulau Pinang 2019, 10 Calon Terbaik Anugerah Tokoh Dakwah Negara 2015 di bawah kerajaan BN, Duta Rahmah pada 2019 di bawah kerajaan PH, Ikon Dakwah YADIM di bawah kerajaan PN pada 2020.
Kerajaan di bawah pakatan politik berbeza memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab.
Saya tahu saya tidak layak menerima semua ini, ia terlalu besar bagi saya. Tetapi menerimanya menjadikan saya lebih bersemangat untuk berbakti lebih gigih kepada agama dan masyarakat. Saya akan terus menerus berusaha memberikan khidmat kepada agama yang saya cintai ini.
Allah Subhana Wa Ta’ala juga memberikan peluang kepada kami untuk menyebarkan mesej Islam di Singapura, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Filipina, Hong Kong, Macau, China, Qatar, Arab Saudi, Bahrain, UK, Belanda, Sydney, Perth, Melbourne, Mesir, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Afrika Selatan, Tanzania, Peru & Colombia.
Kami bersyukur kerana sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, Allah Subhana Wa Ta’ala telah mengurniakan hidayah kepada lebih 1,000 individu untuk memeluk Islam bersama dengan kami dalam atau luar negara.
Alhamdulilah. Semuanya dengan sokongan & sumbangan dari masyarakat yang ingin menjana saham akhirat.
Demi Allah, saya dan pasukan MRM tidak mempunyai agenda peribadi dalam usaha kami. Kami hanya hamba Allah yang cintakan kebenaran. Walaupun adakalanya mempertahankan kebenaran itu pahit dan berat, kami tetap pertahankannya kerana mencari nama dan kemasyhuran bukanlah tujuan utama kami.
Jika sekiranya kami terkorban di jalan ini pun, moga ia dikira sebagai amal soleh kami. Kami sentiasa berdoa agar Allah sentiasa kurniakan kami rezeki berada bersama kebenaran.
Kami sedar mengajak kepada kebaikan tidak sama ujiannya dengan mencegah kemungkaran. Adakalanya mencegah kemungkaran itu dilihat seperti orang jahat. Namun kita semua perlu sedar bahawa agama ini adalah agama kita semua. Kita mahukan agama ini menjadi panduan kita.
Kita pastinya tidak rela jika agama kita dihina atau ditunggang semahunya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Prinsip kami mudah, yang betul itu kita sokong walaupun dari mereka yang kita tidak suka dan salah itu tetap kita cegah walaupun diri sendiri dan ahli keluarga yang melakukannya. Bekerjasama dengan sesiapa pun tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan agama dan ummah.
Sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, kami telah membongkar banyak pergerakan di Malaysia yang bercanggah dengan perlembagaan negara ataupun Islam seperti kumpulan pengganas LTTE, kultus Kristian dari Korea seperti Unification Church, HWPL, missionari dari Amerika serta menjawab tohmahan terhadap Islam & banyak lagi.
Kami juga mengendalikan kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita. Memandangkan kami semakin banyak menerima kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita, maka kami mula bekerjasama dengan The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) & kemudian Allah memberikan idea untuk kami mewujudkan Sayap Wanita MRM pada bulan Mei 2021.
Akhirnya, Sayap Wanita MRM dilancarkan pada Jun 2021 & kami tidak menyangka, pelancaran Sayap Wanita MRM menerima respon yang sangat baik dari masyarakat sehingga tidak menang tangan kami untuk membantu mangsa-mangsa secara PERCUMA dengan kerjasama pihak berwajib.
Namun, trend kes-kes yang dirujuk kepada kami pada waktu itu menjurus kepada satu persamaan iaitu ‘sexual grooming’ & sexual predators’!
Ya Allah, persaksikanlah sedikit daripada usaha kami ini.
InshaAllah akan bersambung beserta PENGUMUMAN PENTING ESOK!
Subscribe Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過86萬的網紅SYEDOT ASMR,也在其Youtube影片中提到,100% Brand dari Malaysia Richiamo Coffee ada 42 cawangan di serata Malaysia, kalau nak try boleh pergi di outlet Richiamo Coffee yang berhampiran di k...
「korea selatan dan malaysia」的推薦目錄:
- 關於korea selatan dan malaysia 在 Facebook 的最佳解答
- 關於korea selatan dan malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於korea selatan dan malaysia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於korea selatan dan malaysia 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳貼文
- 關於korea selatan dan malaysia 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
korea selatan dan malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
Malaysia merupakan “The ASEAN Tiger” sekitar tahun 1980an, seiring kemajuan Singapura dan Korea Selatan.
Kini, kita telah hilang taring. Jauh tertinggal sehingga Vietnam telah mendahului kita. Mampukah agenda Reset dan Rebuild membawa negara kembali ke zaman kegemilangan Malaysia?
Tajuk berita di Bloomberg hari ini “MALAYSIA CLOSED TO BECOMING FAILED STATE” amat meruntun hati kami, rakyat yang cintakan negara Malaysia.
Kongsi bersama kami dengan meninggalkan komen dibawah - tentang perkara yang paling anda rindukan tentang zaman kegemilangan negara kita?
Kami rindukan patriotisma.
Kami rindukan semangat kenegaraan.
Kami rindukan pimpinan berkaliber.
#SaveMalaysia
#rebuildingmalaysia
#mageranuntukmalaysia
#resetrebornrebuild
#malaysiakembaligemilang
#inizamankita
korea selatan dan malaysia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 2)
Akhirnya pesawat Thai Airways mendarat di Lapangan Terbang Al-Sabah, Kuwait. Saya & rakan2 iaitu Mat Taib & Jamilah hanya mengikut flow. Kami semua bergerak macam semut mengikut pergerakan ramai. Pergerakan orang yang tidak ada ilmu. Entah betul entah silap.
Kebanyakan penumpang orang Korea Selatan yang bekerja sebagai pekerja buruh di projek2 pembinaan di Kuwait. Korea Selatan belum maju dari segi teknologi tapi mereka sudah mencipta nama dalam bidang pembinaan.
Siapakah Mat Taib & Jamilah Saleh? Mat Taib ialah Dr Mat Taib Pa seorang pensyarah bahasa Arab di Universiti Malaya. Ilmu bahasa Arabnya luar biasa. Dikenali sebagai Sibawaih. Sewaktu belajar dulu, orang Arab pun akan rujuk kepada beliau. Waktu dia berhujah, saya tidak berani nak sampuk. Dia memang arif. Arif sangat2.
Jamilah pula adalah YBhg Datin Ustazah Jamilah, isteri kepada Prof. Dato' Dr Hasan Basri, Naib Canselor UNISZA. Beliau juga pengajar bahasa Arab.
Atas pesawat, ada dua masalah, memakai & dan membuka tali pinggang keselamatan. Lama juga cari akal nak buka tali pinggang. Saya bernasib baik sebab jumpa caranya. Saya teringat kisah rakan saya dari Surabaya, Indonesia, Saifullah (& rakannya Muhtadi). Mereka juga kali pertama menaiki pesawat. Dari Jakarta ke Kuwait. Beliau langsung tidak bangun meninggalkan tempat duduknya. Beliau tidak tahu caranya. Kesian.
Kami tanya beliau, "Ah...bagaimana caranya ante keluar?"
"Ke bawah sajaa...." jawabnya.
Kami semua ketawa besar. Anda faham tak apa maksud beliau? Beliau tidak tahu cara membuka tali pinggang. Beliau juga tak nak bertanya. Jadi, beliau meloloskan badanya melalui tali pinggang ke bawah. Beliau berjaya tetapi melucukan. Bila tidak ada ilmu, macam2 boleh berlaku.
Di dewan imigresyen, kami menunggu hampir 2 jam. Ini masalah imigresyen di beberapa airport dunia. Memang satu pengalaman sedih. Saya sudah terbang hampir 1000 penerbangan. Bila dah terbang, mesti melalui imigresyen. Banyak cerita nanti. Banyak pengalaman kehidupan.
Bila sampai di luar, ramai pelajar2 Malaysia, Indonesia, Thailand & Singapura yang menunggu kami termasuk En Mohd Noor dari Kedutaan Malaysia. Suhu di luar 43 C. Tempat baru.
MDB
korea selatan dan malaysia 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳貼文
100% Brand dari Malaysia Richiamo Coffee ada 42 cawangan di serata Malaysia, kalau nak try boleh pergi di outlet Richiamo Coffee yang berhampiran di kawasan anda
Dari Utara sampai Selatan Richiamo ada dan antara best seller:
**Hot Cappucino/latte
**Ice Blended Caramello Chocolate
**Pelbagai jenis Cake dan pastry
**Set Nasi Richiamo pun ada
instagram: https://www.instagram.com/richiamocoffee/
facebook: https://www.facebook.com/RichiamoCoffee
………………
Subscribe & Tekan All Bell Notification ?
SYEDOT GAMING : http://youtube.com/c/SYEDOTGAMING?sub_confirmation=1
SYEDOT ASMR : http://youtube.com/c/SYEDOTASMR?sub_confirmation=1
Jom Join Group Telegram, Aku Ada Dlm Tu Tau: https://t.me/syedotnation
Jom Follow IG Syedot: https://www.instagram.com/syedot.asmr
▬▬ Follow Socmed Syedot ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ Waktu Upload ▬▬
ASMR MUKBANG:
ISNIN 630PM
RABU 630PM
JUMAAT 630PM
GAMING VIDEO: @SYEDOT ASMR
SELASA 8PM
KHAMIS 8PM
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#mukbangmalaysia #asmr #eatingshow #mukbangindonesia #mukbang #asmrmalaysia #asmrindonesia
korea selatan dan malaysia 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
[Garu Kepala]
Bot-No-Jam, mungkin nama ni tak asing lagi untuk gadis-gadis di Korea Selatan. Mamat Korea yang mempunyai Youtube Channel bernama Bot-No-Jam ni menjadi fenomena di sana apabila dia upload video dia sedang study selama 6 jam dan berjaya mendapat lebih 500,000 penonton.
Video yang dia buat pun tak susah - tak payah bercakap atau berlakon menari sana-sini macam monyet. Just kamera statik untuk menunjukkan betapa focusnya dia study. Fuhhhh.
*Artikel & Video Source : TheStar Online & Youtube Bot No Jam*
Kepada korang yang nak belajar basic video editing dan cara buat duit di Youtube - boleh daftar kelas di sini :
https://www.padubebstudios.com/video-class
_________________________________________________
Follow : -
Instagram: @PaduBebStudios
Facebook: Padu Beb (www.facebook.com/padubebstudios)
Website: www.padubebstudios.com