Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT
-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan
Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.
Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.
Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.
Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.
Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, di ikuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.
Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.
Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.
Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.
Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.
Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.
Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.
Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."
Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.
Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.
Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.
Kenapa terjadi begitu?
1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.
2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.
3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.
Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).
Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.
Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...
Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.
Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).
Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.
Allah berfirman :
" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."
Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.
Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.
Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.
Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.
Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."
Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,
"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"
Rasullullah saw menjawab,
"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."
Lalu Aisyah berkata,
"Bagaimana keadaan mereka itu?"
Jawab Rasulullah saw,
"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."
Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..
*Nota kaki: Kisah ini berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,‘Rondaan Abadi’yang memilukan....?? Tragedi menimpa kapal selam KRI Nanggala yang karam bersama anak kapalnya di perairan Bali baru-baru ini tentu s...
kapal perang indonesia 在 Pai Syahira Facebook 的精選貼文
Tok Gajah
Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan. bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.
Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.
Selain itu, beliau juga berperanan dalam membantu perjuangan Dato Bahaman dalam menawan balai polis Lubuk terua yang berada di bawah kuasa British. Perjuangan ini dibantu oleh pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat Kilau. Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai pembesar di Lubuk Terua. Hal ini demikian kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir 1892 apabila orang melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan. Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram Ampai.
Antara peranan Tok Gajah ialah memberikan idea untuk menentang British secara besar- besaran. Sebelum melakukan penentangan ini, Tok Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam pertempuran itu, semua pembesar lain bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan telah dilaksanakan secara serentak. Dato Bahaman telah mengambil Semantan, Sultan Ahmad mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Kuala Tembeling.
Tok Gajah juga berperanan dalam membantu Sultan Ahmad dalam perang saudara. Dalam Perang Saudara Sultan Ahmad menentang saudaranya Wan Mutahir. Dalam serangan tersebut Tok Gajah membantu Sultan Ahmad untuk mengumpulkan hulubalang dan membina kubu. Beliau juga menggunakan pelbagai serangan. Walaubagaimanapun, Wan Mutahir mendapat bantuan daripada British. Dalam serangan tersebut , Sultan Ahmad berjaya dan atas taat setia dan baktinya , Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja.
Menurut “Salasilah Tok Gajah”, nama sebenar beliau ialah Rasu Abdul Salam bin Shahrum@Teuku Ali. Beliau juga dikenali sebagai Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu. Dalam Perang Saudara (1857-1863M) di Pahang, Imam Perang Rasu Abdul Salam menjadi terkenal kerana khidmat bakti dan taat setia beliau kepada Wan Ahmad, putera al-Marhum Bendahara Tun Ali yang berperang menentang kekandanya Bendahara Tun@Wan Mutahir.
Sebaik sahaja Perang Saudara tamat (1863M), Wan Ahmad ibni al-Marhum Bendahara Tun Ali telah dilantik menjadi Bendahara Pahang (1863M), manakala Imam Perang Rasu pula dilantik kemudiannya oleh Bendahara sebagai Orang Besar Raja, menjaga kawasan Pulau Tawar (dahulunya dalam Ulu Pahang, tetapi kini dalam Daerah Jerantut).
Walau bagaimanapun, gelaran “Imam Perang Indera Gajah Pahang” telah dikurniakan oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Pengasas Kesultanan Melayu Pahang Moden, 1882-1914M) kepada Imam Perang Rasu sesudah beliau menunjukkan kepahlawannya dalam Perang Selangor (November, 1873M). Setelah itu, hubungan Tok Gajah - Sultan Ahmad bertambah intim, dan akhirnya Pahlawan Pahang ini menjadi “orang kesayangan istana”, serta penasihat tidak rasmi kepada baginda sultan, terutama mengenai hal - ehwal Ulu Pahang.
Pada tahun 1883M, Imam Perang Indera Gajah telah diamanahkan memerintah “Kg. Budu” oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang 1, 1882-1914M), mengambil alih autoriti pemerintah asalnya, Tok Kaya Teh@Wan Teh bin Tok Deris@Wan Deris (Orang Kaya Lipis Ke-12). Dalam hirarki politik tradisional Pahang, status dan pengaruh Tok Gajah sebagai Orang Besar hampir menyamai taraf Orang Besar Berempat Pahang.
Ayahanda Tok Gajah, Teuku Ali@Tengku Ali berasal dari Bilah Paning, Pagarruyung (Sumatera Barat, Indonesia) kira-kira 150 batu ke selatan Medan, manakala bondanya bernama Siti Hajar@Tok Dinar binti Sheikh Ali, berasal dari Kg. Temau, Dong (Raub, Pahang). Teuku Ali@Tengku Ali terpaksa berhijrah dari Sumatera ke Tanah Melayu (1780M) bersama adiknya yang tengah, bersama 300 orang pengikut mereka dengan menaiki 12 buah kapal menyusur muara Sungai Perak, lalu singgah di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Bidor.
Sebahagian pengikutnya mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Bidor (Perak), manakala sebahagian lagi meneruskan perantauan mengikut Teuku Ali@Tengku Ali dari Ulu Sg. Perak menjelajah hingga ke Ulu Sg. Lipis, lalu menghilir Sg. Lipis sampai ke Temau (Raub). Di Kg. Temau, Teuku Ali@Tengku Ali bertemu jodoh dengan seorang gadis Temau bernama Siti Hajar@Tok Dinar. Setelah mengahwini Siti Hajar@Tok Dinar, lalu Teuku Ali@Tengku Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom. Tidak lama kemudian, orang kanannya yang bersama-sama merantau bernama Malim Yunus (seorang ulamak Mendailing) telah mengambil keputusan meneruskan pengembaraan mereka menghilir Sg. Lipis, dan Sg. Jelai sehingga tiba ke suatu penempatan yang cukup sesuai kerana kawasannya tinggi, dan berhampiran sungai pula, lalu diberi nama tempat itu Pulau Tawar.
Tok Gajah telah berkahwin beberapa kali. Isteri-isteri beliau antaranya yang dapat disebut : Iti, Cik Jebah (Kg Batu Naga, Budu), Teh Mahade binti Tok Kaut (Burau), Bedah, Mah, Cik Siti (Kuala Kenong) dan Tijah.
Anak-anak Tok Gajah, antara yang dapat dicatatkan ialah Awang Baiduri (Ulu Jelai) hasil perkahwinannya dengan Cik Siti (Kuala Kenong), Mat Kilau, Teh De, Awang Nong, Teh Ibrahim, dan Yang Chik (hasil perkahwinannya dengan Teh Mahade).
Perkahwinannya dengan Cik Jebah (Budu), Tok Gajah memperolehi 8 orang anak. Antara yang diketahui namanya ialah Abdul Rahman dan Mat Kahar. Anak-anak yang lain tidak diketahui namanya.
*Dipetik dari catatan blog dan laman web Perpustakaan Negara Malaysia;
Che'gu Rosman
kapal perang indonesia 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT
-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-
Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.
Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.
Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.
Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.
Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.
Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.
Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.
Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.
Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.
Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.
Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.
Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."
Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.
Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.
Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.
Kenapa terjadi begitu?
1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.
2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.
3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.
Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).
Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.
Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...
Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.
Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).
Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.
Allah berfirman :
" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."
Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.
Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.
Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.
Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.
Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."
Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,
"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"
Rasullullah saw menjawab,
"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."
Lalu Aisyah berkata,
"Bagaimana keadaan mereka itu?"
Jawab Rasulullah saw,
"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."
Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..
Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.
kapal perang indonesia 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最讚貼文
‘Rondaan Abadi’yang memilukan....??
Tragedi menimpa kapal selam KRI Nanggala yang karam bersama anak kapalnya di perairan Bali baru-baru ini tentu sahaja menyentuh hati ramai.
Biarpun kejadian tersebut berlaku di negara jiran, namun rakyat di negara kita turut merasakan kesedihan sama kesan daripada tragedi yang tidak diduga itu.
Dalam sekelip mata, Indonesia kehilangan 53 tentera yang berkaliber untuk mengemudi sebuah kapal perang sepanjang 59.5 meter dengan berat 1,3000 tan, lengkap bersenjata torpedo.
Tiada siapa dapat membayangkan bagaimana keadaan wira-wira negara jiran itu bersemadi pada kedalaman 838 meter di dasar laut, dalam perut sebuah kapal perang buatan Jerman tahun 1978.
Bagaimanapun, tragedi KRI Nanggala itu bukan satu-satunya insiden kapal selam yang berlaku dalam keadaan bukan perang ketika melakukan rondaan ataupun latihan ketenteraan.
#KRInanggala402 #Indonesia
•TAGS:-
#kri nanggala-402
#evakuasi kri nanggala 402
#kapal selam
#update kri nanggala 402
#berita hari ini terbaru
#awak kri nanggala 402
#kapal selam hilang kontak
#kri nanggala ditemukan
#kapal selam tenggelam
#viral terbaru
#live news
#berita terkini
#berita viral
#panglima tni
#awak kapal kari nanggala 402
#investigasi kri nanggala 402