Antara Aku Dan Penyidai Baju Paling Mahal Ada Makcik Gemok.
Alkisahnya, Dah tua begini, rasa nak beli alat senaman, dan nak berlari dalam rumah sambil tengok anak bini, nak kuruskan mayat, lalu kamipun bermesuwarat satu keluarga dan lulus bajet RM2 ribu.
Tapi sebelum beli, teringat ayat Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”
Maka sayapun mesej kawan Rejim yang pernah buka Gym
Dan ini ada 15 ilmu yang saya dapat.
1. Treadmill ni ada 2 model. (1) Home use - yang jual kat Mall, (2) Commercial use - yang pakai kat Gym
2. Yang Home Use ni harga dia mahal sebab orang tak tahu kualiti dia dan brand dia. Orang tau nak lari kat rumah je.
3. Tapi kalau orang tau, orang akan sedar bahawa mereka beli Kancil dengan harga Mercedes untuk bawak gi racing.
4. Kalau beli Commercial Use, harga Mercedes, dapat Mercedes.
5. Malangnya.. commercial use yang dibeli dengan harga Mercedes tadi sebenarnya harga Merc Recond.. Kalau harga baru, dia harga Ferarri
6. Treadmil yang bagus dan tahan dan boleh jual balik ialah yang commercial macam kat Gym. Besar gedabak, takleh lipat, tapi boleh tahan 180kg naik dan boleh melompat lompat atas tu tak ada masalah.
7. Tapi harga Threadmill tahan lasak tu, antara RM15 ribu ke RM35 Ribu sebijik.
8. Kalau harga Recond Commercial Treadmill.. Rm5 ribu ke RM7 ribu sebijik..
9. Mahal tapi hargahnya hampir sama harga dengan Treadmil baru home use di Mall yang tidak tahan lasak!
10. Masalahnya.. bila kita dah mula start jadikan Treadmill tu penyidai baju.. maka akan tiba hari rasa nak jual balik, sesungguhnya takde orang akan beli Home Use Treadmill Second Hand (melainkan orang baru yang tak tau juga la).
11. Tapi.. kalau Commercial Treadmil sama ada baru atau rekond, nak jual balik, maka owner-owner Gym akan tak henti-henti call umpama dapat lembu nak jual rm1000 sekor sebelum raya Haji.
12. Dan demi sesungguhnya.. Treadmill dan penyidai baju itu akan sentiasanya bertemu nasib (Woha!)
13. So.. Treamill recond memang power, tahan, sparepart banyak sebab Commercially used kan.. tapi takleh lipat.. dan memang besar. Makan ruang panjang 8' x 4',
14. Jadi biasanya orang kalah dengan point ni dan decide pergi Mall beli Treadmill murah boleh lipat dengan harga RM 8 ribu bayar ansur lepas tu datang makcik gemuk mari nak try, Roller Patah,Getah kendur, terus Treadmill simpan lipat atau kekal Penyidai baju walau hutang ansuran belum habis bayar.
15. Rujuk gambar ni brand Technogym, kau bleh survey sendiri tengok harga baru dia berapa USD, tapi saya jual RM7k termasuk lori hantar. (http://www.iamrejim.com/)
Selepas berbalas balas mesej di atas, dan setelah merujuk info 1 hingga 15. Saya bagitahu sahabat saya bahawa saya hanya mampu RM dua ribu, dan mungkin akan beli di Mall atau On line sahaja, namun nasihat yang paling utama saya dapat selepas berborak dengan tauke Gym:
"Jangan pernah bagi makcik gemok naik ‘penyangkut baju’ saya"
Woha!
.
.
.
.
Update:
Pesan terbaru beliau:
Biasanya Home Use Treadmill max 100kg, Recomended max weight 80kg. Dan berlari pakai kasut agar belt tak rosak, Nanti dah beli Treadmill, mintak minyak Deck dari supplier. Minyak ni kita sapu antara getah belt lantai tu dengan papan deck. Minyak tu untuk elak papan deck haus kena kikis oleh belt. Lepas 2 bulan, selak belt tu, letak secalit panjang bawah belt tu dan selak belah sana pulak., calit panjang jugak.. cukup.
Minyak dia macam minyak singer tapi tak sama. Biasanya Home Use Supplier tak bagi minyak ni sebab: Nak suruh kau panggil dia datang servis atau nak Suruh deck dan belt cepat rosak dan boleh bertukar menjadi penyangkut baju selamanya.
Tapi ingat, dah beli Penyakut baju harag murah Rm dua ribu, jangan sesekali bagi Makcik Gemok dating pakai.
Woha!
Sekian info kisah penyidai baju paling mahal, siapa siapa yang dah ada Threadmill macam ni dan nak jual murah murah sila pm kereta mayat!
Misi kuruskan mayat kini bermula agar si pengusung mayat selesa sejahatera!
「technogym commercial treadmill」的推薦目錄:
technogym commercial treadmill 在 020 29801584 Specification Name: Commercial Treadmill Size 的推薦與評價
Commercial Treadmill Technogym brand ລາຄາ/Price : 108.900baht ... Features: 1) Design from famous brand Technogym 2) Input Voltage: AC 220V±10% (50HZ or ... ... <看更多>
technogym commercial treadmill 在 Ordering a Technogym Skillrun Unity 7000 Treadmill - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>