Anak syurga suka main gajet, lepas tu speaker bukan main kuat, rodblok game apa ntah namanya?
Tapi ubat paling menjadi suruh anak berhenti main rodblok ni adalah kolam mandi.
Berlari mereka tukar baju bila lessen mandi kolam renang dikeluarkan.
Terus aman damai dalam rumah sekejap,
Boleh saya menulis dengan dengan aman.
Tapi macam best dengar anak anak menjerit sambil mandi.
Tak boleh jadi, pepatah kerajaan dulu, “No one will be left behind” bergabung dengan pepatah kerajaan baru “Keluarga Malaysia”
Maka jom mandi satu kelarga!
Woha!
Kolam ni senang nak simpan, saya buat video cara lipat siap siap: https://youtu.be/7TE53ih5myQ
Jika nak beli Shoppe jual murah jer, https://invol.co/cl5d3zt
Jika nak lasak sikit, malas lipat beli yang ini: https://invol.co/cl5pagh
Tazkirah pendek.., hari ni kita mampu mandikan anak-anak walaupun mereka sangat bebas bergerak, tiba satu masa, bukan semua anak boleh mandikan si ayah, padahal ayah sudah tidak bergerak akibat lumpuh, atau ayah dah jadi jenazah, pun anak upah orang lain mandikan, renung renungkan pesanan ini waktu mandi esok pagi.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Sejak sekolah nak di buka, anak autisme saya dah bagi hint tak nak ke sekolah, jadi hari pertama saya pujuk dia, pergi sekolah.., balik nanti terus ay...
tazkirah pagi 在 Facebook 的最佳解答
Bila ada bencana.. automatik kita akan teringat keluarga dan mahu bersama keluarga. Contoh Anjeli bila kena reject dengan Rahul terus call mak sambil berlinang air mata.
Saya tengok babak tu tak faham, tapi satu hari bila saya mendapat ujian hidup, terus call Mak Tanya kabar, jawab mak:
“kau dah kenapa Call mak ajak borak borak lama sangat, kau sedang sedih ke?”
Ha ha, kantoi, Mak tahu perasaan anak, jadi begitulah manusia, bila ada bencana, mula teringat pada ayah dan mak.., waktu PKP ni ramai orang rindu sangat dekat mak ayah di kampong.
Saya pula, kedua orang tua dah pergi jauh sebelum PKP.. tapi itulah manusia, bila ada bencana, keluarga dulu akan kita cari sebab waktu kita sakit lumpuh, kawan yang kita borak kedai kopi sampai jam tiga pagi sampai lupa anak bini, bila kita sakit, kawan kita adalah datang sekejap, tapi anak binilah yang suap makan, dan tukarkan lampin kita. Mandikan kita, dan stay sampai kita mati.. Huhuhu.
Jadi apa apapun, keluarga kena utamakan..
Al quran sendiri kempen suruh selamatkan keluarga dari api neraka! Itulah bencana terbesar! Api neraka!
Dari segi kemanusian, fitrah manusia bila ada bencana akan selamatkan keluarga dulu..
Rujuk Filem Interstellar waktu bencana dunia nak kiamat, ada kisah anak tunggu ayah walaupun bertahun tahun, dan ada kisah kekasih mencari kekasih walaupun kekasih dah masuk Black hole, demi cinta, ke lubang cacing angkasapun sanggup masuk!
Rujuk Filem War of the World, dunia di serang makhluk asing, Tom Cruise cari bini sambil bawa anak anak.
Filem Day after Tomorrow, dunia dilanda kesejukkan. Ada kisah ayah cari anak.
Filem 2012. Bumi kiamat. Kisah ayah selamatkan keluarga bawa naik bahtera terbesar.
Filem Train to Busan. Wabak Zombie di Korea. Kisah ayah bawa anak ke lokasi selamat.
Sementara itu. Bencana terbesar dalam hidup adalah Kiamat kecil yang akan memisahkan semua keluarga. Dan mungkin kita akan mencari cari di padang mahsyar. Dan semoga kita semua selamat di titian sirat dan masuk syurga satu keluarga. Itulah nikmat terbesar.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”
Kembali ke dunia Sekarang. Wabak Covid PKP3.0, Alhamdulillah sebelum raya, semua anak anak yang duduk asrama, Berjaya dikumpulkan dan balik kerumah.
Maka berayalah kami satu keluarga.
Sungguh Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan pulak sangat best dan saling menyayangi.
Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di ceritakan.
Ada jugak yang jadi mangsa seks ayah dan abang, ada mangasa dera, dan sebagainya, sungguh nasib kita semua tak sama lebih lebih lagi bila yang buat dosa adalah ketua keluarga.
Ada orang semua okey, tapi rasa menderita terperap dalam rumah sebab sebelum PKP dia kaki meriah, jenis kawan kena ramai, melancong kena jauh, sukan kena berjemaah, sembang kena dekat dan ramai… maka PKP ni rasa azab serta menyedihkan.
Ada orang pulak jenis mengeteh dua orang jer, jenis sembang satu orang dalam satu masa, maka PKP ni tenang jer mengeteh sambal video call.
Ada orang simple, jenis introvert, PKP ni membahagiakan sebab hobinya, hanya baring, baca buku, menonton, dan menulis, lepas tu buat senaman simple, PKP jadi syurga bagi mereka. (ehem, ehem, sayalah tu kot)
PKP juga adalah peluang baca buku yang dah lama beli tapi belum habis, tengok almari yang buku bersusun, rasa macam nak PKP lama pun takpe, huhuhu…, (jika tiada buku, dan mahukan bahan bacaan yang rare, saya ada jual buku berunsur tazkirah santai tapi sampai, jangan kata abang keretamayat tak payung-Woha!)
Al kisahnya, satu hari Ketika sedang saya rehat dalam bilik baca buku sambal tahan mata dari tidur, tiba tiba kakak saya call bertanya kabar, beliau seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya, pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.
Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”
Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan akan hiburkan kita sampai kiamat.
Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan PKP kita di dalam kubur.
Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka PKP kubur kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!
Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa?
Nak harap doa orang hidup tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?
Habis tu nak ke mana?
Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian, jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa dan bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari hari hari raya.
Woha!
Ps: Masa sangat pantas berlalu bila kita buat video keluarga, ni hasil PKP saya semalam: Raya PKP 3.0 Jangan menangis... https://youtu.be/OCRbOjSwTbg
Ni pula video PKP 1.0: https://youtu.be/uprmEufYEwI Nak buat video ni kena jadi Bapa yang tegas! Woha!
tazkirah pagi 在 Facebook 的最讚貼文
InshaAllah pagi nanti Bro Firdaus Wong akan menyampaikan ceramah anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @IIUM yang bertajuk 'Bahana Duit Tepi'.
Ceramah akan bermula jam 2pm nanti dan akan disiarkan secara live di Facebook page ini inshaAllah.
.
- Admin
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahfirdauswong #ramadan #ceramahramadan #tazkirah #tazkirahRamadan
tazkirah pagi 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Sejak sekolah nak di buka, anak autisme saya dah bagi hint tak nak ke sekolah, jadi hari pertama saya pujuk dia, pergi sekolah.., balik nanti terus ayah bawakan naik KUANTAN TOWER.
Dah lama dia nak naik, tapi tak buka hinggalah Kuantan umumkan Bandaraya dan Menara ini dibuka seminggu sebelum persekolahan.
Jadi pergi sekolah pagi itu, dia dah ingatkan, NANTI IMAN NAK PERGI KUANTAN TOWER!
Balik sekolah wajah ceria sangat, tapi tiba tiba dia stress sebab saya tak tukatkan baju sekolah.
Dalam Video dia ulang cakap, nak tukar baju-nak tukar baju, memang tak akan menang bila berlaku perbezaan pendapat antara kami.
Mujurlah isteri ada bawa baju spare, maka kegemibiraan anak syurga bertambah tambah.
Bagi mereka yang tak boleh rentas sempadan lagi, beginilah situasi di Kuantan Tower.
Ada Surau dan lebih menarik, ada Tazkirah di atas menara.
Tak percaya?
Jom Tonton video ini.
https://youtu.be/KiYl7GezWKA
Woha!
tazkirah pagi 在 Aisyah Habshee Youtube 的精選貼文
Bangun pagi Aisyah pergi beli sarapan, Tazkirah khadijah tentang emosi dan waktu tidur lepas tu bersihkan store. Aisyah happy store bersih, Store pon happy dia bersih.
AURORA D. BEAUTY DEVICES: https://bit.ly/Aisyahaurora
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
BUSINESS INQUIRIES: aisyahhabshee@gmail.com
THANK YOU EVERYONE, JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE!
FAQs
Umur bape tuu?--- 23
Rakam guna apa?--- G7X mark ii/ GoPro hero 7 Black
Edit guna apa?--- Sony Vegas Pro 14 / Adobe Premiere Pro 2018
?Music Probably by one of these artists
Dj Quads
https://soundcloud.com/aka-dj-quads
Dyalla Swain
https://soundcloud.com/dyallas
Joakim Karud
https://soundcloud.com/joakimkarud
Lakey Inspired
https://www.youtube.com/channel/UCOmy...
VALNTN - Mona Lisa - https://thmatc.co/?l=A9A966CE
Dan and Drum - Taste Like - https://thmatc.co/?l=D2A7AA97
Eric Reprid - 22 - https://thmatc.co/?l=CD9B9E7
Emma Kern - We So Fly - https://thmatc.co/?l=DD19CBBF
Devin Kennedy - No Worries - https://thmatc.co/?l=71C465A7
-Something Bout That Feeling - https://thmatc.co/?l=7EC4495E
Ashton Edminster - Explain It at the Coffee Shop - https://thmatc.co/?l=A6494E5C