Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah!
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)
「tanda tanda mengandung anak lelaki」的推薦目錄:
- 關於tanda tanda mengandung anak lelaki 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tanda tanda mengandung anak lelaki 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於tanda tanda mengandung anak lelaki 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於tanda tanda mengandung anak lelaki 在 CIRI-CIRI HAMIL ANAK LAKI-LAKI - TANYAKAN DOKTER 的評價
- 關於tanda tanda mengandung anak lelaki 在 11 Tanda Hamil Anak Lelaki Menurut Islam, Ibu Pasti Akan ... 的評價
tanda tanda mengandung anak lelaki 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Bacaan WAJIB buat semua LELAKI... Post Partum Depression is REAL... 😭
Elakkan orang tersayang menjadi mangsa seterusnya.... 😭
Emosi wanita jangan dibuat main.. lebih-lebih lagi pada wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak.
Terlalu banyak kes yang meruntun jiwa melibatkan wanita..
Kes mak kelar anak.
Kes ibu campak bayi baru lahir dari rumah.
Kes meroyan.
PPD (post partum depression) is REAL.
Sakit ni melibatkan emosi dalaman yang sesiapa tidak tahu.. selain orang yang mengalaminya..
Kadang kita tengok isteri kita normal, happy.. nampak macam takda masalah, tetapi kita tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati dan sebaliknya.
Seharusnya kita rajin bertanya bukan ‘buat bodoh’ buat tak reti bila tengok isteri penat.. leka main handphone sambil tengok isteri susukan anak dan suapkan anak yang lain makan..
Suami kena rajin ‘BERTANYA’.
Konsep bertanya sangat digalakkan dalam rumahtangga.
TANYA isteri ‘ dah makan ke belum?’
TANYA isteri ‘ macamana anak-anak hari ini?’
TANYA isteri ‘ ada apa-apa kerja rumah yang masih berbaki?’
TANYA isteri ‘ sayang penat? Rehatlah dulu’
Ada sesetengah suami, tak perlu ditanya.. tengok dari reaksi isteri automatic kita tahu keadaan dia seharian. Terus tolong urus anak dan sediakan apa yang patut. Tolong jangan buat tak tahu sedangkan diri tu TAHU!
Jangan pandang remeh bila isteri mula tunjukkan tanda-tanda ini:
1. Moody dan sensetif tak tak tentu pasal.
2. Diri sendiri tak terurus.
3. Mengasari anak.
4. Tak cukup tidur.
5. Berhalusinasi sendiri.
Suami.. jangan biar isteri sendiri dalam segala hal. Bila isteri sering menangis, bantu dia.. zikir dan doa dalam hati kita.
Cium, pujuk dan peluk dia seeratnya.
Jika dia sedang ceritakan masalahnya, dengar luahan hati dia.
Diam dan dengar tanpa bantah.
Teruskan suntik kata-kata semangat dan dorongan buatnya.
Wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan hanya memerlukan sesorang untuk dia meluah rasa, untuk melepaskan apa yang selama ni terbuku dihati dia..
Dia rasa sesak dalam kepala.. kemarahan dia membuak-buak.. otak dan fikiran dia bercelaru.. kadang-kadang cakap pun dah tak betul.
Lagi satu! Jangan biar orang sesekeling mencemuh atau mengkritik kelemahan isteri anda berjemaah.. tak kiralah mak mertua ke, pak mertua ke, jiran-jiran, adik beradik atau pun mak ayah wanita itu sekali pun..
Tolong bercakap mewakili dirinya.. bela dan tunjukkan tanggungjawab anda kepadanya.
Wanita meroyan, tidak ingat dan tidak sedar siapa dirinya.. ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja.. tak kisah lah dia pengarah urusan ke, cikgu ke, surirumah mahupun ustazah.. kalau dah penat dan stress mungkin dia akan ‘TERTEWAS’.
SUAMI.. jangan marah seorang wanita ketika emosi dia tidak stabil.
Jangan sakiti hatinya.. jangan mengukit! Jangan berkira!
Jika dia salah, tegur dengan baik.
Jika dia penat, urut dia.
Jika dia sibuk melayan anak, uruskan kerja rumah yang lain.
Bantu dia di sebalik nya..
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
tanda tanda mengandung anak lelaki 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Cuainya saya.
Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi.
Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius.
Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.
Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah.
Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.
Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu.
Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya
“Mana ayahnya kak?”
“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.
Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil.
Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis.
Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.
“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”
Saya mengangguk perlahan.
Dia pesan.
1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.
3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.
Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.
7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.
8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.
9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.
Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.
Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.
“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”
“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”
Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.
Kredit: Redza Zainol
Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
tanda tanda mengandung anak lelaki 在 11 Tanda Hamil Anak Lelaki Menurut Islam, Ibu Pasti Akan ... 的推薦與評價
Terutamanya bila dah masuk trimester kedua, mesti rasa nak tahu jantina bayi. Apa agaknya tanda mengandung anak lelaki menurut Islam ya? ... <看更多>
tanda tanda mengandung anak lelaki 在 CIRI-CIRI HAMIL ANAK LAKI-LAKI - TANYAKAN DOKTER 的推薦與評價
Hai Moms pernah denger nggak katanya kalau hamil bentuk perutnya lancip, hamilnya anak cowok, atau sebaliknya. mungkin juga kalau si Ibu ... ... <看更多>