RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.
Sumber/Credit: resepujuwita
同時也有18部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Beli Electric Oven di https://t.productlink.io/a611m7 Beli Mixer di https://t.productlink.io/a611m8 Beli Air fryer di https://t.productlink.io/a611ma ...
「resepi sambal belacan」的推薦目錄:
- 關於resepi sambal belacan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi sambal belacan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於resepi sambal belacan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於resepi sambal belacan 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
- 關於resepi sambal belacan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi sambal belacan 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於resepi sambal belacan 在 RESEPI SAMBAL BELACAN | By AS_Kitchen - Facebook 的評價
- 關於resepi sambal belacan 在 Sambal Belacan Mangga Masam Manis - Resepi Sedap 的評價
- 關於resepi sambal belacan 在 RESEPI SAMBAL BELACAN SIMPLE - YouTube - Pinterest 的評價
- 關於resepi sambal belacan 在 RESEPI SAMBAL BELACAN SIMPLE - YouTube - Pinterest 的評價
resepi sambal belacan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan-bahannya :-
1 paket Spaghetti (direbus)
BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)
BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai
1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto
Bahan Ulaman/hiasan :-
Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.
CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.
4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.
Selamat mencuba.
Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.
Kredit:Fauziah Ali
resepi sambal belacan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
SAMBAL BELACAN
Tips 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma
Tips 2 :
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3 :
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Tips 4 :
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara2 :
( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
**Nak buat banyak utk buat stok..boleh la tambah bahan2 tu😘
Kredit resepi & foto : Nurulain Insyirah
resepi sambal belacan 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
Beli Electric Oven di https://t.productlink.io/a611m7
Beli Mixer di https://t.productlink.io/a611m8
Beli Air fryer di https://t.productlink.io/a611ma
Beli Microwave di https://t.productlink.io/a611mc
Beli Breadmaker di https://t.productlink.io/a162wkb
Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper https://t.productlink.io/a0537p8
SURGICAL COLOR FACE MASK READY STOCK : https://t.productlink.io/a0537p5
Oversized Full Face shield : https://t.productlink.io/a0537p6
Bio Ion|Deo Sanitizer Germ-Free Sanitiser : https://t.productlink.io/a0537p7
Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr
Wardrobe Cik iena : https://t.productlink.io/a0537p9
Berikut Cik iena KOngsikan Resepi Kuah Kacang Sedap dari Mak.
Resepi yang sering kami guna untuk masak kuah kacang.
Resepi Kuah Kacang Mak ( untuk 5 orang makan) | Peanut Sauce Recipe
Bahan asas masakan
200 gm kacang tanah
30 biji cili kering yang tak kerinting( cili kering yang tak kerinting ni tak pedas sangat)
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu besar udang kering
gula merah
3 batang serai
daun limau purut
2 keping asam keping
1 sudu teh Serbuk kunyit
Bahan Kisar
Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas , cili kerinng, belacan dan udang kering serta sedikit serbuk kunyit
Cara Masak Boleh refer video atau http://www.ienaeliena.com/2021/05/resepi-kuah-kacang-mak.html
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #foodblogger #lifestyleblogger
Resepi Kuah Kacang Sedap,resepi kuah kacang,cara penyediaan kuah kacang,cara masak kuah kacang,cara masak kuah kacang nasi impit,kuah kacang simple,kuah kacang satay,kuah kacang che nom,kuah kacang tanpa santan,resepi kuah kacang tanpa santan,kuah kacang sedap gila,kuah kacang sedap simple,kuah kacang,kuah kacang sedap,nasi impit kuah kacang,kuah kacang pedas,sambal kacang,kuah kacang malaysia,masakan malaysia yang mudah,masakan malaysia resepi
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/Ar5SL4yNGco/hqdefault.jpg)
resepi sambal belacan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak dan juga Paprik Ayam, tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada sayur-sayuran. Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Kerabu Taugeh & Kerang tak sampai 5 minit pun!
Bahan-bahan untuk Kerabu Taugeh & Kerang:-
1/2 kilo taugeh
1 kilo kerang
3 sudu santan pekat Rasaku
1 sudu kerisik Rasaku
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk Sambal Belacan:-
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili padi
5 batang kacang botol
1/2 potong belacan
Air secukupnya
*Kisar kasar dan jangan terlalu halus
Cara-cara membuat Kerabu Taugeh & Kerang:-
Bersih dan rebuskan kerang dalam 5 ke 7 minit.
Rebuskan taugeh kedalam air panas dalam 5 saat.
Potong semua kacang botong dengan potongan serong.
Potong hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi untuk hiasan.
Cara penyediaan:-
Letakkan kacang botol, taugeh dan kerang yang sudah direbus diatas pinggan. Kemudian masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan kesemua sambal belacan (bahan yang telah dikisar). Masukkan santan pekat rasaku dan kacau sehingga semua bahan sebati. Akhir sekali tambahkan kerisik dan hidangan Kerabu Taugeh & Kerang dah pun siap!
Jangan lupa cuba dan tag kami di Facebook atau Instagram @destinasitv. Jumpa lagi di episod seterusnya..
#destinasitv #resepitok #kerabutaugeh #resepimudah #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/bYvwv4wshXE/hqdefault.jpg)
resepi sambal belacan 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Resepi Ayam Sambal Hijau Balado Pedas, Confirm Tambah Nasi Berkali-Kali
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/_QapjB2VRnw
#Shorts
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/CR9t487qRLo/hqdefault.jpg)
resepi sambal belacan 在 Sambal Belacan Mangga Masam Manis - Resepi Sedap 的推薦與評價
Tak lengkap kalau lauk hidangan tidak complete dengan sambal belacan. Pada hari ini pula, kita akan cuba kongsian resepi yang dihantar daripada saudara Dedemac. ... <看更多>
resepi sambal belacan 在 RESEPI SAMBAL BELACAN SIMPLE - YouTube - Pinterest 的推薦與評價
RESEPI SAMBAL BELACAN SIMPLE. #day9 Video Yang ni wak melayan kerenah si wife yg tiber rindu kat mak dia.. Yelah.. Mana tak nya.. Tiap minggu balik jumpa ... ... <看更多>
resepi sambal belacan 在 RESEPI SAMBAL BELACAN | By AS_Kitchen - Facebook 的推薦與評價
resepi SAMBAL BELACAN serba buleh. Resepi simple sedap dan cepat. Sambal ni boleh digunakan untuk pelbagai masakkan. cakkpuakkk!!! lokasi ... ... <看更多>