Late dinner.
Mee bandung 🍜
1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Resepi asal : marina sweet bakery
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,? Tahniah Buat Pemenang Minggu Ini ? Youtube: Faez Arizam Facebook: Saifi Ismail Instagram: alianaa.rahim Sila email nama, alamat dan no telefon and...
「resepi mee kuah udang」的推薦目錄:
- 關於resepi mee kuah udang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi mee kuah udang 在 Facebook 的最佳解答
- 關於resepi mee kuah udang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi mee kuah udang 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi mee kuah udang 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi mee kuah udang 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
resepi mee kuah udang 在 Facebook 的最佳解答
Musim hujan ni kalau dapat Mee Hailam ni fuhhh nikmatnya 🤤 Mudah je tau buat Mee Hailam sebenarnya!
🛒 Bahan yang diperlukan 🛒
1 Paket Mee Kuning
1 Biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 Biji Tomato (Belah 6)
1 Batang Sawi
½ Lobak Merah
2 Batang Kek Ikan
2 Batang Anak Jagung
2 Ekor Sotong
1 Bahagian Dada Ayam
Minyak Masak Kelapa Rasaku
½ Cawan Air
Sos Tiram Rasaku
1 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tomsto
3 Sudu Kicap Manis Rasaku
4 Ekor Udang
2 Sudu Tepung Jagung
😋 Cara Membuat Mee Hailam
1️⃣ Celurkan Mee kuning sehingga ia lembut
2️⃣ Potongkan Bawang Merah, Bawang Putih, Tomato, Batang Sawi, Lobak Merah, Kek Ikan, Anak Jagung, Sotong, dan Dada Ayam.
3️⃣ Letakkan Minyak Kelapa Rasaku dan masukkan Bawang Putih dan Merah untuk menumis sebelum letakkan Cili Kisar.
4️⃣ Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dipotong. Jangan lupa juga letakkan Sos Tiram Rasaku, Sos cili dan Kicap Manis Rasaku.
5️⃣ Masukkan Tepung Jagung yang telah dicampur dengan air.
6️⃣ Letakkan Mee Kuning dalam kuah tersebut dan sebatikan.
Cukup mudah rupanya buat resepi Mee Hailam ni! Apa lagi, cepat-cepat beli produk Rasaku dan cuba resepi ini! Jangan lupa tag kami tau!
resepi mee kuah udang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
MEE BANDUNG MUAR CONFIRM SEDAP!
Bahan Pes
10-15 tangkai Cili kering (buang biji & rebus)
6 biji bawang merah
5ulas bawang putih
100g udang kering (kisar kering & halus)
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam & Gula secukupnya
Cara2 nya mudah sangat:
1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukan udang kering.
3. Perasakan dengan garam/gula ikut tekak korang.
Resepi Mee Bandung Muor
Pes mee bandung - secukupnya
200g Mee kuning (dicelur)
Udang
Hirisan daging yg direbus
2-3cawan air rebusan daging
2 biji Telur
Tauhu
Sawi
Cara2:
1. Panaskan 4-5sudu besar pes mee bandung dalam air rebusan daging.
2. Bila dah mendidih sikit masukn udang, daging. Try la rasa dulu, kalau pedas adjust la dgn garam gula. Kalau tak pedas tambah pes lagi.
3. Perlahankan api. masukan tauhu/sawi & telur sebiji-sebiji. Jangan kacau. Bila telur dah masak, kuah sedia dihidang bersama mee kuning.
Note: Original mee bandung muar takde sebarang rasa masam. Takde letak tomato ye.
Kalau nak style Batu Pahat, boleh tambah kacang tanah.
Selamat mencuba
Sumber Nisa Liyana
resepi mee kuah udang 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
? Tahniah Buat Pemenang Minggu Ini ?
Youtube: Faez Arizam
Facebook: Saifi Ismail
Instagram: alianaa.rahim
Sila email nama, alamat dan no telefon anda untuk tujuan penghantaran ke hello@destinasi.tv
Menangi satu set Starter Kit AYA Food dengan hanya perlu Like Video Ini, Subscribe Destinasi TV dan Kongsikan makanan kegemaran anda ketika waktu sahur diruangan komen. Tiga orang pemenang bertuah akan kami pilih pada episod seterusnya Jumaat ini!
? Promosi Ramadhan Aya Real Food (www.ayarealfood.com)
? Kita Jaga Kita Packs (3 mini packs) for only RM30
? Stay at Home Packs (1 large pack and 2 mini packs) for only RM50
? Starter Kit (all 4 flavours) for only RM19.90
? Shopee(https://shopee.com.my/ayarealfood)
? Lazada(https://www.lazada.com.my/shop/aya-re…)
Starter kit (4 flavours) for RM19.90 Ramadan Kita Packs (140g) for only RM5 per pack
??♂️ Selamat Datang ke rancangan terbaru Mat Salleh Masak Sahur. Dalam episod kalini, Rhys nak ajar masak menu yang sangat mudah dan sedap! Sesiapa yang suka makan Yee Mee atau Hot Plate, mesti suka menu sahur Rhys ni. Tapi mula-mula sekali Rhys kita kena masak Wanton baru masak kuah Yee Mee. Semua lebih mudah dan cepat bila ada sos dari Aya Real Food.
Bahan-bahan:-
✅ Seafood Cookout Sos
✅ Udang
✅ Daun Bawang
✅ Bawang Putih
✅ Lada Putih
✅ Kulit Wanton
✅ Kicap Manis
✅ Minyak Bijan
✅ Yee Mee
✅ Telur
Cara-caranya membuat Shrimp Wanton:-
Potong halus daun bawang dan bawang putih. Ambil udang yang telah bersih dan dibuang kulit. Cincang daging udang sehingga hancur.
Campurkan udang bersama daun bawang dan bawang putih. Gaul bersama minyak bijan, kicap manis dan sedikit lada putih. Masukkan sedikit sos seafood cookout untuk penambah rasa.
Pastikan tangan kering semasa membalut wanton. Ambil satu sudu kecil campuran udang tadi dan letak ditengah-tengah kulit wanton. Letak sedikit air di keliling kulit wanton dan lipat dua.
Rebuskan air sehingga mendidih. Kemudian masukkan dalam 4-5 biji wanton ke dalam air rebusan. Tunggu dalam 2 minit atau sehingga kulit wanton bertukar warna.
Cara-caranya membuat Seafood Cookout Yee Mee:-
Masukkan 1 paket sos Seafood Cookout dan campurkan dengan sedikit air. Bila kuah dah mendidih, masukkan telur dan kacau sebati.
Tuangkan kuah kedalam mangkuk Yee Mee. Hidangkan bersama wanton dan daun bawang.
Beli AYA Real Food secara online:-
Official Website » https://ayarealfood.com
Lazada » https://www.lazada.com.my/shop/aya-real-food/
Shopee » https://shopee.com.my/ayarealfood
Follow Social Media AYA Real Food:-
Facebook : https://www.facebook.com/ayarealfood/
Instagram : https://www.instagram.com/ayarealfood/
Kesemua produk AYA Real Food ini dicipta khas dengan menggunakan bahan semula jadi yang tidak mengandungi MSG, tiada bahan pengawet dan tiada warna tiruan. Produk AYA Real Food dapat membuatkan anda menyediakan makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga dalam hanya beberapa minit sahaja.
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
resepi mee kuah udang 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Resepi Laksa Nyonya
Bahan-Bahan
1. 500 gm mee kuning
KUAH LAKSA
1. 1500 ml air
2. 250 ml pati santan
3. 7 biji tauhu pok , potong 2 setiap 1
4. 10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan (tanpa dibuang kulit)
5. 1 genggam daun kesom
6. 1 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
7. 3 camca besar cili kisar
8. Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1. 3 biji bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 inci kunyit hidup
4. 1 inci lengkuas
5. 2 batang serai, hiris halus
6. 1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
7. 1 inci belacan
8. Sedikit air
BAHAN HIASAN
1. Timun, hiris nipis
2. Bawang besar, dihiris nipis
3. Bunga kantan, dihiris halus
4. Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
5. Telur rebus, dibelah 2 setiap satu
SAMBAL BELACAN
1. 1 biji bawang merah (kisar)
2. 2 ulas bawang putih (kisar)
3. 50 gm udang kering (kisar)
4. 5 sdb cili kisar
Cara memasak
1. Rebus udang yang telah dibersihkan di dalam periuk selama 15 ke 20 minit. Tapiskan dan asingkan air rebusan udang tadi untuk digunakan kemudian.
2. Kemudian, udang yang siap direbus, diasingkan kulit dan isinya ke dua buah mangkuk yang berlainan.
3. Untuk membuat stok udang, kisarkan kulit udang bersama air rebusan udang. Tapis bahan kisar ini dan ambil airnya sahaja.
4. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum. Tambah, cili kisar dan masak hingga harum dan pecah minyak.
5. Kemudian, tuang air stok udang tadi. Kemudian tambahkan air rebusan udang dan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kacau rata dan biar mendidih.
6. Masukkan bunga kantan dan daun kesom diikuti dengan pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan tauhu pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
7. Bila kuah sudah siap, celurkan mee kuning bersama air panas dan toskan.
8. Untuk sambal kering laksa nyonya, panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis kesemua bahan sehingga pecah minyak. Perasa dengan garam dan gula. Siap.
9. Bila kesemua bahan telah siap, hidang mee kuning ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa dan hias kemas bersama bahan bahan hiasan yang telah disediakan. Jangan lupa hidangkan sekali bersama sambal tadi ya. Kini laksa nyonya siap dihidang. Selamat menjamu selera.
Nyonya Laksa Recipe
Ingredients
1. Yellow noodles
Kuah Laksa
1. 1500 ml water
2. 250 ml coconut milk
3. 7 nos tofu puff, (slice into 2)
4. 10 pcs clean prawn (do not throw the skin)
5. 100 gm viatnamese corriander
6. 1 pcs ginger torch
7. 3 tbsp chili blend
8. Salt as needed
9. Sugar as needed
BLEND INGREDIENTS
1. 3 nos red onion
2. 3 nos garlic
3. 1 inch tumeric
4. 1 inch galangal
5. 2 nos lemongrass
6. 50 gm dry shrimp
7. 1 inch shrimp paste
8. water as needed
GARNISHING
1. Cucumber (fine slice)
2. Red onion (fine slice)
3. Ginger torch (fine slice)
4. Lime (half cut)
5. Hard boiled egg (half cut)
SAMBAL
1. 1 nos red onion
2. 2 nos garlic
3. 50 gm dry shrimp
4. 5 tbsp chili paste
Cooking methods
1. In a pot, boil the cleaned prawn for about 15 to 20 minutes. Strain and separate the boiled prawn stock
2. Then, separate the skin and the prawn meat into two bowl.
3. For making better prawn stock, blend the prawn skin with the prawn stock water, strain and just keep the stock water only. Put aside.
4. In a pot, heat the cooking oil and sauté the blended ingredients until brown and aromatic. Add the blend chili and cook until the oil float to the top.
5. Then add the prawn stock water and let it cook until boil. Add water and some more prawn stock if the kuah laksa still thick.
6. Add the ginger torch and viatnamese coriander followed by coconut milk. Cook until simmer for about 5 minutes, then add the tofu puff and season with the salt and sugar.
7. In a boil water, blanch the noodle about 5 minutes and strain.
8. For sambal kering nyonya laksa, heat the cooking oil and saute the ingredients until fragrance and the oil float to the top. Then, season with the salt and sugar. Finish.
9. Once all the ingredients have prepared, serve the noodles in a bowl, pour the kuah laksa and garnish with the all condiments nicely. Serve together with the sambal. Now nyonya laksa ready to serve, Bonne appetite.
Nak resepi lagi? layari https://rasaflix.com
#rasaflix #laksa #r_2241_
resepi mee kuah udang 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep 2 Dalam 1 (Steamboat + Grill)
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam dan tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
Terdapat pelbagai pilihan aneka makanan laut yang tersedia seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.
Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.
Selain dari pilihan-pilihan makanan steamboat juga pasti tidak lari dari sos-sos steamboat yang di hidangkan. Disini terdapat pelbagai pilihan sos yang di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Selain daripada hidangan makanan laut, ayam, dan daging , kambing panggang juga turut disediakan dan ianya menjadi pilihan pengunjung di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Daging kambing yang di panggang menggunakan arang BBQ yang membangkitkan lagi aroma dan rasa pasti menjadi rebutan para pelanggan di tambah dengan sos istimewa resepi khas dari Chef untuk menambahkan kelazatan kambing panggang tersebut.
Baca Selanjutnya di http://www.ienaeliena.com/2017/03/SteamboatBBQ-Buffet-DKayangan.html?m=0
Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Dewasa :
Isnin hingga Khamis : RM 28.90 (net)
Jumaat hingga Sabtu : RM 33.00 (net)
"Sunday Brunch" : RM 24.30 (net)
Ahad : RM 28.90 (net)
Kanak Kanak :
Isnin hingga Ahad : RM 9.90 (net)
Warga Emas :
Isnin hingga Ahad : RM 24.00 (net)
Waktu Perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Beroperasi dari jam 5 petang sehingga 12 malam pada hari isnin sehingga sabtu dan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam pada hari ahad.
Lokasi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi
012-2971091
017-6274015
03-55234979
Facebook : D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram : @dkayangansteamboat