Patutlah cantik sangat busana nikah Neelofa! 😍 5,000 kristal Swarovski tau! 🤍
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail: 1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang dir...
「pelamin putih」的推薦目錄:
pelamin putih 在 Mia Ahmad Facebook 的最佳貼文
Empat tan bunga segar utk majlis Lofa, tapi ‘doorgift’ Neelofa yg buat ramai tercengang selepas netizen periksa harga di internet
pelamin putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
fuhh biar betul😱😱
pelamin putih 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:
1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah - sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.
Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.
3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.
5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa.
6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.
9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab.#NEELOFA #PURIZ #WEDDING
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
pelamin putih 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Spekulasi perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akan disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini. Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Biarpun Neelofa, mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenai perkahwinan, namun sumber terdekat mengesahkan pasangan itu akan bernikah dalam satu majlis tertutup, pagi ini. #NEELOFA #PURIZ
Sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata sumber.
Tinjauan dalam akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.
Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.
“Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.
“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.
“Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.
“Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.
“Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.
Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.
Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.
Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.
Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
pelamin putih 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Sebalik rasa duka terpendam yang menyelinap masuk dalam diari kehidupan peribadi penyanyi Sufian Suhaimi, lagu ini seolah memberi hikmah terindah untuk perjalanan karier setelah video muzik mendapat 50 juta tontonan. Kali ini, sejarah kejayaan berulang, video persembahan epic Sufian di AJL pula mendapat perhatian gara-gara ada drama yang tercetus sehingga menggamit 1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Lebih manis, Sufian menjulang trofi kemenangan untuk Persembahan Terbaik AJL33.
IMPAK DARI PEMENTASAN PERSEMBAHAN DIMATAMU:-
1. Intro ala syair tu sampai sekarang meremang bila dengar
2. Lampu chandelier besar slowly pusing kelihatan sangat dramatik
3. Momen masa "BUANG SEGALA TENTANG KU! “ Zaaassss! Kain jatuh simbolik pelamin pulak belakang. Pelamin pulak faded hilang satu persatu tinggal kerusi.
4. Sufian duduk berseorangan di kerusi, buka spec. Momen paling Deep!
ADA ELEMEN PENTING DALAM PERSEMBAHAN DIMATAMU:
1. Chandelier: Menunjukkan kekayaan dan kemewahan duniawi yang hadir seketika.
2. Kain putih: Kekayaan tidak boleh dibawa ke kuburan.
3. Pelamin: menunjukkan bahawa kehidupan itu perlu dirai/diteruskan walaupun disakiti.
Video persembahan terbaik AJL ini menarik perhatian ramai pelayar sehingga meninggalkan jauh terpelanting semua persembahan finalis yang lain termasuklah video persembahan juara AJL iaitu HARAM, mahupun video persembahan naib juara BUNGA dari Ara Johari dan tempat ketiga iaitu persembahan Misha Omar – SAMPAI BILA.
Ironinya, persembahan ini menggunakan set pelamin seakan sama dengan pelamin yang digunakan ketika majlis pernikahan Elfira Loy dan juga lampu Chandelier di majlis resepsi sehingga menarik perhatian untuk Elfira meluahkan rasa di Twitter. Namun, Sufian telah pun menafikan tentang segala yang terpapar ada kaitan dengan kisah hidupnya dan mana-mana individu.
Tahniah Sufian Suhaimi yang berjaya meletakkan persembahan ini antara momen yang trending di AJL33.
Follow Instagram: @budiey
http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!