Ehh Mimi Lana siap berinai duduk atas pelamin. Nak kahwin dah ke?? 😘
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail: 1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang dir...
「pelamin kahwin」的推薦目錄:
- 關於pelamin kahwin 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
- 關於pelamin kahwin 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於pelamin kahwin 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於pelamin kahwin 在 32 Pelamin kahwin ideas | wedding deco, wedding stage ... 的評價
- 關於pelamin kahwin 在 DIY _ WEDDING BACKDROP | PELAMIN KAHWIN - YouTube 的評價
- 關於pelamin kahwin 在 Pelamin Kahwin Kahwin - Community - Facebook 的評價
pelamin kahwin 在 Facebook 的最讚貼文
“SUAMI NAK ISTERI MASAK APA HARINI?”
Dia asalnya orang yang tak dikenali. Atas dasar suka sama suka, hati ni dijentik maka bermula perasaan nak mengenali dan langkah seterusnya menjadikan hubungan ni serius hingga ke jinjang pelamin. Ewah!
Masa bercinta dulu singkat sebab Bengah tak nak gagal dalam hubungan ni.. Lepas dah kahwin baru tahu perangai masing² macam mana 😂
Alhamdulillah.. dijodohkan dengan seorang isteri yang cantik, comel dan suka makan. Dia banyak mengajar dan mengubah hidup Bengah. Setiap pasangan impikan jodoh dan kebahagiaan bersama tapi nak dapat semua tu kena belajar bersyukur dulu. Sama² belajar!
BERGADUH? Setiap hari juga sebenarnya.. tapi gaduh yang tak berlarutan.
Teringat Bengah terlupa nak beli keropok sira yang Isteri suka makan kalau singgah pam minyak kat petronas. Dia punya merajuk tu.. susah jugak nak pujuk! Kena pula angin tak bagus haritu. “MAKAN TAK INGAT KAT ISTERI LANSUNG KE?? MALAS NAK MASAK!” 😅
Sebenarnya boleh je pergi beli keropok tu. Tapi kalau dah pergi beli keadaan akan tetap sama! Mood merajuk orang puan ni still on! 🤣
Mood orang puan ni kadang akan baik dengan sendiri. Cuma kita orang lelaki jangan buat kesalahan apa ² la. Dan.. kadang² akan TIBA-TIBA je orang puan ni buat baik sebab nak beli sesuatu!
Dah lama takde gambar berdua. 😁
Review dress Calla Kaftan ni isteri suka. Ermmh.. kita puji la isteri kita cantik! Memang cantik dan sedap mata memandang, selesa bila dipakai.
Time review memang kena buat kerja. Tapi AT THE SAME TIME! Isteri Bengah suka dress lain kena juga la beli. Hadiah untuk isteri jugak.. 🥰 lepas habis buat kerja barulah dengan pelawaan ni..
“MALAM NI ISTERI NAK MASAK AYAM MASAK BERLADO DENGAN KOBIS MASAK LEMAK. OK TAK?”
Suami syukur je apa isteri nak masak suami ngap! 😝 begitulah kehidupan…
https://instagram.com/mootiara_dotcom
pelamin kahwin 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Allahhuu sdihnyaa tgk😢
pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:
1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah - sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.
Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.
3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.
5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa.
6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.
9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab.#NEELOFA #PURIZ #WEDDING
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Neelofa yang kini berusia 32 tahun, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail berusia 26 tahun , dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, hari ini, Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.
Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johar.
Sejak awal minggu ini, satu demi satu petunjuk muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat. Bermula hari Selasa, muncul dakwaan seorang individu kononnya melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai.
Ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan. Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan. Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.#NEELOFA #PURIZ
Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
pelamin kahwin 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Spekulasi perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akan disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini. Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Biarpun Neelofa, mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenai perkahwinan, namun sumber terdekat mengesahkan pasangan itu akan bernikah dalam satu majlis tertutup, pagi ini. #NEELOFA #PURIZ
Sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata sumber.
Tinjauan dalam akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.
Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.
“Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.
“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.
“Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.
“Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.
“Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.
Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.
Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.
Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.
Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
pelamin kahwin 在 DIY _ WEDDING BACKDROP | PELAMIN KAHWIN - YouTube 的推薦與評價
DIY _ WEDDING BACKDROP | ENGAGEMENT BACKDROP | WEDDING DECORATION | WEDDING IDEA | PELAMIN KAHWIN ... Where did you buy the curtains? ... <看更多>
pelamin kahwin 在 Pelamin Kahwin Kahwin - Community - Facebook 的推薦與評價
Log In. or. Create new account. Log In. Forgot account? or. Create new account. Not now. 697. Total Likes. 713. Total Follows ... ... <看更多>
pelamin kahwin 在 32 Pelamin kahwin ideas | wedding deco, wedding stage ... 的推薦與評價
Mar 17, 2016 - Explore Adlyn Lyna Aziry's board "Pelamin kahwin" on Pinterest. See more ideas about wedding deco, wedding stage, wedding decorations. ... <看更多>
相關內容