#SundayNightWithAH akan kembali malam esok bersama YB Datuk Hajah Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kami berdua akan berbincang ‘Peranan Anak Muda Sebagai Sukarelawan Pada Musim Pandemik’. Jom tonton dan anda boleh tanya soalan kepada kami berdua.
Jangan lupa tonton di Instagram @ainiehaziqah dan @emysamsudin MALAM ESOK jam 8.30 malam!
Jumpa malam esok tau!
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過15萬的網紅Zarul Umbrella,也在其Youtube影片中提到,Saksikan suasana terkini yg dirakam 2 hari lepas di KLIA2...
musim mas 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 的最佳貼文
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – SEBUAH PERJUANGAN IKHLAS YANG DIHIJAB
“Ya Allah, TMJ sangat baik. Baginda sentiasa memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Semasa pertemuan, kami berbincang panjang bagaimana mahu membantu rakyat yang dalam kesusahan dan menjaga martabat agama Islam, mendidik anak muda, serta bagaimana mahu meningkatkan kemajuan institusi pendidikan”- Ustaz Ebit Lew
Itu adalah petikan kata-kata Ustaz Ebit Lew, seorang figura yang tidak lekang dengan usaha-usaha kebajikan dalam membantu rakyat Malaysia walaupun berlainan ras dan agama selepas pertemuan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Seperti Ustaz, DYAM Tunku Mahkota Johor juga representasi seorang Putera Raja bersifat altruistik dan mempunyai empati, simpatetik serta responsif terhadap rakyat baginda. Baginda terlalu menyayangi rakyat khususnya bangsa Johor sehingga sanggup menghabiskan sebahagian masa terluang bersama rakyat baginda.
PUTERA RAJA YANG MEMPUNYAI AMBISI MULIA
Sejak dahulu lagi. Sejak bertahun-tahun dulu lagi. DYAM Tunku Mahkota Johor begitu signifikan dengan gerak langkah dalam memberi sumbangan peribadi dan prihatin atas kesusahan rakyat. Sumbangan yang baginda kurniakan juga tidak terhad pada sesuatu perspektif sahaja tetapi merangkumi satu asosiasi yang amat luas.
Ini terbukti dengan pelbagai sumbangan yang telah diberikan. Maka di artikel ini kami mengimbas kembali sumbangan yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor.
MEMBANTU RAKYAT JOHOR DALAM KESUSAHAN
Pada 14 Mac 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Sekitar 14 Disember 2019, baginda telah mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.
Pada 16 Disember 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi.
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DALAM KESUSAHAN
Pada sekitar bulan Disember 2014. Satu bencana banjir telah melanda negeri-negeri pantai timur Malaysia ketika itu. Puluhan ribu mangsa terbabit dalam bencana tersebut. Persiapan barangan sekolah, buku-buku antara material yang musnah dan perlu bantuan segera memandangkan musim baharu persekolahan akan bermula selang beberapa minggu lagi.
DYAM Tunku Mahkota Johor telah berbesar hati memberi sumbangan derma kepada SUK Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di setiap negeri tersebut.
Pada tahun 2015, ketika itu satu tragedi gempa bumi berukuran 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di negeri tersebut. Bangunan seperti sekolah, kuarters guru antara yang terjejas teruk. Manakala jalan raya dan penghubung ke tempat-tempat utama juga menerima impak yang sama. Atas keprihatinan tersebut, baginda telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000.00.
MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN
Pada 15 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
Pada 19 Mei 2019, baginda dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. DYAM Tunku Mahkota Johor turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut
Pada 30 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri
Sekitar Julai dan Julai 2019 (Bulan Ramadhan)- DYAM Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TERMASUK ORANG ASLI MALAH TIDAK LUPA DALAM KEWAJIBAN DALAM ZAKAT
Pada 29 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut,. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
Untuk jumlah kumulatif lebih tepat baginda sepanjang 2017, 2018, 2019 sahaja hampir mencecah RM 5 juta!
5 November 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.
Pada 22 Ogos 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor
MEMBERI SUMBANGAN DAN MENGHARGAI WIRA NEGARA
DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak melupakan jasa-jasa pewira negara. Pada
3 Mac 2019, satu apresiasi keatas wira negara apabila baginda berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin. Ini bukan pertama kali penghargaan diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Imbas kembali, pada sekitar Oktober 2018, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI JOHOR
Pada Mac 2020, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
Pada bulan yang sama juga, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19.
Tidak berhenti disitu, pada akhir Mac 2020, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter. Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Akhir penulisan, sesungguhnya segala kebajikan dan tanggungjawab yang dilakukan baginda bukanlah hanya mengikut trend atau populariti tetapi ianya kerana desakan kesedaran yang kuat dalam keprihatinan membina hubungan erat, perkongsian rezeki, muafakat, saling menghormati dan memahami perit getir rakyat marhaen.
“Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber: https://www.facebook.com/150583211748083/posts/2026672534139132/
musim mas 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Resepi pisang salai caramel
Tu nama Kak Sha yg bagi..sebab resepi kak Sha Kan..hahahhaha☺️☺️☺️☺️
Sedap gilo.. ala² rasa Puding di raja..cuma x de Jala mas sahaja..
Bahan²
Pisang lemak manis. Kalau x de boleh je pakai pisang berangan ke, pisang cavendish ke, terpulang...
Masak atas kuali non stick yg di letak sedikit butter Dan sapi. Nnti dia akan jd hitam² sikit.
Siap dah..mcm tu je..
Kuah Nye...
1tin susu cair..
1/2 tin air
1susu esen vanila
2-3 sudu tepung castard.. Kak Sha pakai jenama bird.
Gula 5-6 sudu atau sesedap rasa
Secubit garam
Kacau semua atas hingga rata baru bukak api..
Kacau sehingga likat.. kalau nk cair jgn lama² atas api.. pekat sangat pon x sedap..sebab nnti kuah dia sejuk pon dia akan pekat..
Cara nk makan...
Letak pisang, sos Dan buah apa yg Kita suka...
Kak Sha suka bila makan letak almond, kismis...
Tu terpulang...
Nk sedap simpan dalam peti ais dulu...sejuk² sedapppp.... Manis² lalu kt anak tekak...
Kata org banjar nyaman aiii...hahahha
Kalau musim pisang Banyak.. mmg Kak Sha jual pisang salai caramel
musim mas 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳解答
Saksikan suasana terkini yg dirakam 2 hari lepas di KLIA2
musim mas 在 Zarul Umbrella Youtube 的最讚貼文
Saksikan bagaimana 4 org cabin crew yang mengusahakan perniagaan kecil kecilan bagi menampung pendapatan bulanan yg terjejas akibat pendemik Covid19
musim mas 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
Saksikan bagaimana MAS menyelia dan menyelenggara sebanyak 81 buah kapalterbang mereka semasa tempoh PKP di musim COVID19