Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.
Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis.
Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau rosak je dia lah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.
Tiba-tiba satu hari dia whatsapp.
"Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?"
"Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?"
"Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit"
"Bereh"
Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberap hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.
"Azri takde. Berhenti"
"Bila bos?"
"Saya tak tahu"
Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.
Ya.
Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.
"Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je"
Saya angguk dengar.
"Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak kwsp aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum"
Allahu. Terdiam saya.
"Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?"
"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil. Anak bini. Aku memang down sangat masa tu"
Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.
"Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127"
Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa.
Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.
Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia.
Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar,
"Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan"
Azri bagitahu,
"Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah"
Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.
Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawab Azri.
"Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada"
Azri tersenyum saja.
"Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?"
Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung airmatanya.
"Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga"
Pakcik tu pesan kat aku,
Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.
Kalian,
Begitulah kasih sayang Allah pada kita.
Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya.
Maka, sebelum kita nak marah-marag dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu dimana nak mulakan,nak selesaikan masalah dan lain-lain,
Kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.
Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan!
Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi!
Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya.
Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya.
Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu.
Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula.
Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas.
Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya.
Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.
kredit : abu hurairah as syifa
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過11萬的網紅Frugal Outdoors & Camping,也在其Youtube影片中提到,Tutorial/cara/demo masak nasi guna dapur kayu/dapur gas supaya kurang berkerak dan tips bagaimana kuali/periuk kurang hitam berjelaga. Juga bonus tips...
「mudah motor」的推薦目錄:
- 關於mudah motor 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於mudah motor 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於mudah motor 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
- 關於mudah motor 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最讚貼文
- 關於mudah motor 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的精選貼文
- 關於mudah motor 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
- 關於mudah motor 在 Cara Murah Dan Mudah Mengatasi Selahan Atau Kick Stater ... 的評價
mudah motor 在 Facebook 的最佳貼文
“Abang kereta mayat, ada orang kecam solat atas batu, katanya riak, menunjuk nunjuk, dalam islam tak boleh riak, kena sembunyikan kebaikkan, boleh cerita detail?”
Baiklah, Tunaikan janji nak ulas bab ini sebab ada baca komen nitizen yang pertikaikan orang solat secara terang terang, tuduh riak, troll, menganjing, dan kata islam tak ajar amalan solat terbuka macam tu?, maka abang keretamayat nak tegurlah sikit.
Dalam islam selain bak riak, ada satu bab lagi semua kena belajar iaitu bab Shiar. Apa maksud Syiar?
Syiar adalah ibadat yang kena buat secara terang terangan agar wujud suasana agama, amalan ini kena hebahkan.. dan tempat yang ada suasana agama, akan ditangguh bala, dan dipercepatkan rahmat!
Apa itu suasana agama?
Suasana agama adalah bila orang tengok sesuatu perkara akan ingat kepada Allah, bila orang terdengar sesuatu perkara, akan ingat kepada Allah, bila orang terfikir sesuatu perkara, akan teringat kepada Allah,
Contoh ada makcik kiah berkembam dengan kain batik depan rumah sambal jemur kain, lepas tu budak pengakap lalu, mak cik kiah teruskan jemur kain, lalu pulak polis, mak cik kiah masih jemur kain, tapi tiba tiba melintas geng tabligh.
Lintang pukang Mak cik kiah lari menyorok dalam rumah sebab melihat orang tabligh telah berlaku suasana agama, terus mak cik kiah rasa nak tutup aurat.
Sama jugak ambil contoh sebelum PKP geng rempit melepak atas motor tepi jalan, lepas tu budak pengakap lalu, mat rempit selamba melepak, lalu pulak polis, mat rempit tak salah apa apa, teruskan melepak, tapi tiba tiba melintas geng tabligh.
Lintang pukang Mat rempit start motor nak menyorok sebab melihat orang tabligh telah berlaku suasana agama, terus mat rempit sedar diri belum solat, kejap lagi kena “azan” kat telinga.
Jadi, orang tak faham agama, akan anggap orang tabligh berpakaian serban dan jubah sebagai riak, padahal itulah Syiar agama, iaitu amalam agama secara terang terangan.
Nak mudah faham, rujuk rukun islam.
Lima rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk, kena syiar!. Itu sunnahnya! Tak boleh sorok sorok masuk islam, lepas mati orang bakar sebab ingat kafir? Nak salahkan siapa, jadi rukun islam pertawa, wajib war warkan.
Bagitahu semua orang saya masuk islam, bersaksilah bahawa saya mengucao dua kalimah shahadah!
Ada mualaf cerita dia masuk islam dalam masjid waktu isyak, masa tu penuh orang islam dalam masjid, semua bertakbir! Kemudian dari hari ke hari dia dapati orang makin kurang datang masjid, dia pelik, rupanya dia masuk islam pada satu Ramadhan, patutlah masjid penuh! Woha!
Jadi kena faham, Syiar islam kena buat terenag terangan, dalam Bab Solat berjemaah kena azan dengan suara kuat, Nabi siap sewa banguan yahudi tinggi suruh Bilal azan kuat kuat, lepas tu Nabi pesan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar semua orang kampung tahu kita nak ke masjid, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.
Bukan sorok sorok pakai baju pergi jogging, sampai masjid baru tukar baju solat, sebab takut riak, takde! Solat berjemaah kena buat secara terang terangang!
Bab Puasa ikut hadis, kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.
Bab Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang, siap buat upacara akad dan lafaz.
Bab Haji kena bagitahu, jika mampu buatlah kenduri syukur. Jangn tiba tiba hilang sebab takut riak, adohai…
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, takut nanti orang tuduh berzina, dan jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.
Apa apapun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, ikhlas kerana Allah, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi bila dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana?, sahur makan apa?, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, baca al quran ada waktu elok sembunyi, ada waktu boleh share, guna common sense.
Tutup aib orang tu wajib, jangan sebarkan, juga amalan khidmat secara sembunyipun bagus, dan lain lain yang boleh mengundang riak, sembunyikan.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, Isteri tak boleh dikongsi, tapi suami boleh di kongsi. Ehem ehem.
Akhir kata, lepas ni jika masuk waktu solat, biarlah semua pakat pakat solat secara terang terangan, jika ramai boleh solat berjemaah walau tepi kedai, atas batu, atas padang, biarkan mereka, jangan kecam sebab zaman nabi, ada hadis.. ketika Hazrat Abdullah bin Umar ra, juga Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a sedang berada di pasar, bila tiba waktu solat, sebaik sahaja azan berkumadang, mereka melihat, semua peniaga telah tutup kedai masing-masing dan ada yang meninggalkan kedai begitu sahaja lalu mereka semua berpusu-pusu ke masjid, lalu sahabat ini berkata:
"Demi Allah, mereka inilah orang yang perniagaan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah.," lalu membaca surah An –Nur ayat 37 yang sama maksud dengan perbuatan itu.
Jom solat secara terang terangan, bila masuk waktu kerana inilah masid Ayat An Nur,
"Lelaki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."
Now you know.
Woha!
mudah motor 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Ada orang tanya.. Ada ke anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman bisnes kedai makan?
Dulu datang kelas pun pakai T-shirt biasa je. Sekarang ni nampak sangat ketara perubahan beliau. Walaupun bergelar Usahawan Berjaya RichWorks beliau tetap merendah diri.
.
Nak tau bisnes apa? Alah siapa yang selalu lalu highway akan nampak billboard ni King's Char Kuey Teow, makanan pilihan anda. Lokasi yang bersebelahan dengan Pantai Cahaya ni memang best! Suasana yang santai, mudah tempat parking dan service yang cepat.
Tuan Azra Aizat ceritakan bagaimana beliau pada permulaan bisnes sekadar bisnes, asalkan dapat pendapatan dan tiada hala tuju. Atas desakan isteri, beliau beri peluang pada diri sendiri untuk hadir ke program Dr Azizan Osman bersama isteri dan saudara hanya menaiki motor pada sekitar tahun 2014.
Itu adalah permulaan beliau melihat apa itu Keberkatan dan Kebahagiaan yang sebenar. Beliau makin jelas dengan apa yang beliau nak capai dalam hidup dan perniagaan. Beliau yang pernah hadir ke sesi Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan lebih 10 kali! Ya 10 kali beliau hadir ke sesi ini sebelum ditamatkan pada tahun 2018.
Beliau kongsikan lagi, beliau sendiri tak nampak potensi sendiri, tapi apabila isteri beliau yang tak henti beri sokongan, beliau rebut PELUANG dan hari ini, beliau capai apa yang beliau capai kerana keputusan beliau beberapa tahun dahulu.
Dan bila pandemik melanda, Tuan Azra Aizat terus komited berada dalam circle RichWorks walaupun ramai usahawan terutama pengusaha makanan yang pada waktu itu masih tak jumpa jalan dan stuck dalam norma baru! Malam ni dengarkan perkongsian Tuan Aizat BANGKIT dalam era pandemik! Jam 9.00 malam di Facebook Page Azizan Osman Official.
Kongsikan peluang ni pada rakan rakan anda yang mungkin rasa 'lost' terutama selepas PKP, tak tahu bagaimana nak bermula, tak tahu bagaimana cara aku boleh bangkit semula, Peluang SEKALI INI!
Daftarkan diri anda sementara pendaftaran tiket percuma masih dibuka.
Kami bawakan Program 3-Hari Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital 100% Percuma pada 27-29 Ogos 2021, (Live) secara langsung bersama MenThor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang ada Proven Results telah bantu bimbing ramai usahawan dan bakal usahawan dari kosong hingga berjaya.
Daftar SEKARANG dan dapatkan slot anda di >> richworks.com/bangkit
BERANI SAHUT SERUAN BANGKIT?
mudah motor 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最讚貼文
Tutorial/cara/demo masak nasi guna dapur kayu/dapur gas supaya kurang berkerak dan tips bagaimana kuali/periuk kurang hitam berjelaga. Juga bonus tips 2 lagi cara mudah masak nasi ketika camping/mendaki gunung.
Nak Order T-shirt @ Sticker Pack boleh klik link whatapps ini https://wa.me/60198144921
Frugal Outdoors & Camping Social Media:
FB Page: https://web.facebook.com/FCampM/
IG: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Business enquiry/product review/send me your stuff deial via email : frugaloutdoorchannel@gmail.com
Tonton video-video dari kategori sama klik link ke playlist:
Solo Camping - https://bit.ly/2YXekjz
Motor Camping/Custom - https://bit.ly/2MIEvnj
Camping with friends - https://bit.ly/2TaV64y
Bushcraft Project - https://bit.ly/2ZGiqcL
Camping Tips,Hiking & Others - https://bit.ly/2YH2RED
#tipscamping #tutorialmasaknasi #howtocookrice
mudah motor 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的精選貼文
Perkongsian ringkas berkaitan pemasangan hammock dan flysheet dengan cara asas dan mudah.
-Taut Line Hitch
-Trucker's Hitch
-Prusik Knot
-Marlin Spike Hitch
Frugal Outdoors & Camping Social Media:
FB Page: https://web.facebook.com/FCampM/
IG: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Business enquiry email : abgjohny@gmail.com or frugalcampingmy@gmail.com
Tonton video-video dari kategori sama klik link ke playlist:
Solo Camping - https://bit.ly/2YXekjz
Motor Camping/Custom - https://bit.ly/2MIEvnj
Camping with friends - https://bit.ly/2TaV64y
Bushcraft Project - https://bit.ly/2ZGiqcL
Camping Tips,Hiking & Others - https://bit.ly/2YH2RED
#hammocksetup #hammockcamping #flysheet
mudah motor 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Sy melawat kawasan yg penuh tragis.. ( sy post kat you tube bumi ratu chanell ) menenggelamkan perkampungan lumpur bergas ..!
.
semasa dlm perjalanan ni, sgt penuh debu dn berhabuk..jauh juga naik motor ..tension sbb org kampung bawa sgt perlahan, sampai sy nak tumbang..!! Membebel sy dia bawa motor 20km/hour..!! Mana boleh.. sbb naik motor pelahan ni agak berbahaya dgn jalan yg berbatu kerikil, bawa laju mudah seimbangkan bdn minima 60km/hour..( dia bawa 20km hadoi)
.
muka kami berhabuk, balik je ke hotel sy suruh odah dn icah bersihkan muka nanti rosak muka kalau xcuci betul2 , wajib cleans dgn mellia micellar water lepas tu baru cuci pakai zinnia magenta
.
Ramai tanya muka odah skrg glowing dh kurang jerawatnya selepas gunakan produk ini, marjane oil dn rose water
mudah motor 在 Cara Murah Dan Mudah Mengatasi Selahan Atau Kick Stater ... 的推薦與評價
Cara Murah Dan Mudah Mengatasi Selahan Atau Kick Stater Motor Matic Mio Tidak Balik Lagi #matic ... ... <看更多>