Assalamualaikum...
Bengkang ubi kayu lemak manis disukai ramai🤭
Saya buat cara mak saya..cuma yg modennya sebab bakar dalam oven jaa😆
#BIKMM
Resepi bengkang ubi kayu
..Ubi kayu saya guna seketul besar anggaran dlm sekilo lebih berat seblum dibuang kulit, di mesin/parut halus
..Santan pekat secukupnya dari sebiji kelapa saiz sederhana
...Gula secukup rasa,saya guna dlm 10senduk yg saiz kecik saja kalau guna sudu mngkin dlm 15sudu besar,lebihkan dari kemanisan biasa sebab kuih nie dia "makan" gula klau rasa sebelum masak dh manis tpi kena lebihkan sikit sbb nti bila dh masak dia akan rasa kurang manis
...Garam dlm 1sudu besar(rata)
...Pewarna kuning
Caranya:
-perah air dari ubi kayu...dan simpan air perahan..biarkan air tu jangan kacau2...nanti tepung dari ubi kayu akan mendap dibawah dlm 20-30minit...tuang air yg diatas perlahan2 untuk ambil ambil tepung yg mendam tuu(boleh tgk contoh gambar di bawah)
-kemudian satukan semua bahan sikit2 hingga secukup rasa dan sebati
-masuk adunan dlm loyang dan boleh bakar 180°/1jam@hingga masak
-siap...tunggu sejuk betul2 baru potong 😍😍
kuih bengkang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 5)
"Kepada rakyat Malaysia, selamat pulang. Kepada tetamu, selamat datang"
Suara emas pengumuman ketua pramugari dalam pesawat MAS selepas sahaja mendarat di L/T Subang adalah perkataan yang dah lama saya menunggu. Bukan setakat bahasa Melayu ini indah, mesejnya amat menarik. Setiap bahasa ada indahnya.
Sebelum mendarat, kehijauan pokok kelapa sawit amat benar2 memukau mata. Semoga kehijauan tetap terpelihara di era kemodenan.
Saya kemudiannya menaiki pesawat menuju A. Star, tempat saya dilahirkan & tempat emak & abah sedang menunggu. Oksigen di dada semakin sesak. Tak sabar nak mencium tangan emak & memeluk abah. Pasti mereka juga menunggu anak mereka pulang jauh dari padang pasir. Sudah pasti mereka ingat & bercakap tentang saya setiap masa. Saya pula tidak pasti saya ingat mereka setiap masa. Inilah nasib ayah dan ibu.
Bila sahaja pesawat mendarat di landasan di tengah2 bendang, kaki menjadi berat. Sewaktu saya melangkah kaki meninggalkan pintu pesawat, sepasang mata saya melihat kepada sekumpulan manusia yang berkumpul di luar pagar. Saya nampak emak & abah. Saya tidak tahu kenapa saya tidak melambai2 tangan saya. Tiba2 seluruh organ badan jammed. Baru terasa kemuliaan seorang anak ialah berbakti kepada emak & abah. Rasa hina diri sangat.
Dalam dewan, saya mencium tangan emak yang membesarkan saya dengan teliti. Saya memeluk abah dengan rapat sekali. Beliau sentiasa tidak berhenti mencari rezeki. Sakit demam masih berlari. Mereka datang dengan kereta Tok Ali, jiran kami yang pemurah hati.
Setibanya saya di rumah papan saya, terlihat atas meja makan plastik sebuah bekas kuih. Agar2 santan. Emak saya arif tentang diri saya. Agar2 santan & bengkang ubi kayu adalah kegemaran. Emak saya memang teliti tentang makanan, pakaian & pendidikan.
Selepas makan malam, saya memberikan setiap ahli keluarga hadiah dari Kuwait. Ini tak pernah berlaku. Tak mampu. Perpisahan hampir 10 bulan bertaut semula. Terima kasih pesawat.
Saya sudah ada rancangan ke Mindanau.
(Foto saya di L/T A. Star pada 2019. Tiada foto lama pada 1984. Foto emak saya bersama isteri saya Faizah circa 1987. Siapa yang nak baca cerita kembara ilmu saya, baca buku Anak Desa & Kembara Ilmu).
MDB
kuih bengkang 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Gud morning semua hari ni sarapan dgn kueh bakar atau pun bengkang tepung.
ada yg nak cuba nah saya belanjer resepi.
hanya mengguna kan 6 jenis bahan boleh jd kuih bakar semudah 123 jom cuba😊
Resepi kuih bakar
2 biji telur
1 kotak satan/campur dgn 1 cawan air
2 cawan tepung
1 cawan gula
2 sudu mejerin
1 penutup warna hijau/campur dgn stgh cawan air/**saya x ada daun pandan so saya guna perwarna je kalau ada daun pandan boleh blend ikut sukatan sama ya**..
cara²
masukkan 2 biji telur+gula n blend kan
setelah hancur masuk kan santan blend biar sebati mskkan pula perwarna hijau td blend masukkan tepung n 2 sudu mejerin blend sampai sebati n ketepi kan..ambil loyang letak sedikit majering n tuang kan bakar dgn suhu 180cc selama 20 minit.
siap selamat mencuba gerenti jadi😊