Just close your eyes and listen.
The honesty of Hardeep Singh Khalsa reciting Guru Granth Sahib Ji makes me believe that’s how it was written at the first place, many granthi usually rush to complete it.
「guru granth sahib」的推薦目錄:
- 關於guru granth sahib 在 ARJIN UPPAL Official Facebook 的精選貼文
- 關於guru granth sahib 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於guru granth sahib 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於guru granth sahib 在 Aad Sri Guru Granth Sahib Ji Da Sahaj Paath (Vol - YouTube 的評價
- 關於guru granth sahib 在 guru granth sahib ji - Waheguru - Facebook 的評價
- 關於guru granth sahib 在 Guru Granth Sahib ji Full Song HD - K.S Makhan - YouTube 的評價
guru granth sahib 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[RESPON KEPADA ‘BETTER BEER FESTIVAL’: Dari Perspektif Agama Di Malaysia]
Sebelum ini kami sudah mengulas mengenai isu arak di dalam pandangan agama-agama dunia, dan kami berpandangan mengikut konteks Malaysia isu arak tidak relevan jika ia diurus di dalam skop kebebasan beragama. Ini kerana majoriti penganut agama di Malaysia adalah Muslim, Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh yang mana adalah jelas di dalam kitab ajaran agama ini semua mengharamkan arak.
Di Malaysia masyarakat cina bukan Islam adalah golongan yang mendominasi di dalam mengkonsumsi arak. Tidak hairan kerana minuman ini juga dilihat mula berkembang di China. Merujuk jurnal National Geographic: The Birth of Booze, bukti penciptaan arak terawal ditemui di Jiahu, China. Antara bahan yang digunakan adalah jagung, barli, beras, gandum, anggur, tebu dan lain-lain lagi. Ketika itu China masih mengamalkan kepercayaan shamanisme dan agama tradisi nenek moyang. Ia berlaku jauh sebelum lahirnya agama Buddha di India, dan agama Taoisme serta Konfusianisme di China.[1]
Larangan Arak Dalam Agama Buddha
Di dalam Pancasila (lima sila) ajaran Buddha, sila terakhir menyatakan perlu menghindari minuman yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Pali
“Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan. Dan dari ayat ini terdapat banyak pandangan dari kalangan ilmuan Buddha dalam menghurai larangan ini. [2]
Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang. Begitu juga dengan ilmuan yang lain:
“The Vibhanga states that even as little as a drop the size of a dewdrop on the tip of a balde of grass is enough to constitute a violation. So, having even small glass of wine, even if it does not make one drunk, is a transgression.”[3]
“It it known that intoxicants even in small amounts can make one less sensitive, heedless and easily swayed by the defilements. As one starts to enjoy getting high on intoxicants, the effect becomes addictive and usage increases.”[4]
Larangan Arak Dalam Agama Kristian
Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat mengenai larangan meminum arak:
a) Imamat 10:9,
b) Bilangan 6:3,
c) Ulangan 29:6,
d) Hakim-Hakim 13: 4,
e) 1 Samuel 1: 15,
f) Amsal 20: 1, 31: 4-6,
g) Yesaya 5: 11, 22: 24: 9, 28: 9,
h) Mikha 2: 11
Manakala larangan-larangan dalam perjanjian baru dalam Injil Lukas 1: 15 dan Efesus 5: 18.
Larangan Arak Dalam Agama Hindu
Ayat yang melarang meminum arak dalam kitab suci Hindu:
a) Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12 ,
b) Rigveda Buku 8 hymn 21 ayat 14,
c) Athravaveda 6: 70: 1,
d) kitab Manusmriti 7: 47-50,
e) Manusmriti: 11: 55,
f) Manusmriti 11: 91.
g) Malah di dalam Kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.
Di dalam Hindu dibezakan diantara minuman Soma dan juga Sura. Soma ialah minuman yang digunakan untuk ritual keagamaan (zaman Vedik) dan dikatakan ia sejenis minuman memabukkan yang banyak kali disebut di dalam Veda (Rig Veda:1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) tetapi resepi air ini sudah pupus dan tidak dapat dibuat sekarang. Ada yang mengatakan ia dibuat dari susu dan ada dikatakan ia dibuat dari sebuah pohon yang menjalar di gunung.[5]
Manakala Sura pula adalah minuman beralkohol sepertimana arak-arak yang sedia ada pada hari ini.[6] Menurut Madhavi Bhaskar Kokhatkar di dalam jurnalnya Review: Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice mengatakan minuman Sura atau arak ini dilarang di dalam agama Hindu.[7]
Walaupun Veda membenarkan meminum Soma, pada masa yang sama ia juga melarang meminum minuman yang beralkohol (Sura):
“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1)
Ini menunjukkan bahawa meminum minuman keras adalah dilarang malah di dalam kitab Manusmriti terdapat banyak larangan mengenai larangan meminum Sura:
“Killing a Brahmana, drinking (the spirituous liquor called) Sura, stealing (the gold of a Brahmana), adultery with a Guru's wife, and associating with such (fenders), they declare (to be) mortal sins (mahapataka).” (Manusmriti: 11: 55)
“A twice-born man who has (intentionally) drunk, through delusion of mind, (the spirituous liquor called) Sura shall drink that liquor boiling hot; when his body has been completely scalded by that, he is freed from his guilt.” (Manusmriti 11: 91)
Malah tidak menjadi isu apabila ketua Menteri negeri Bihar, Nitish Kumar mengharamkan arak di negeri majoriti Hindu itu pada awal April 2016.
Larangan Arak Dalam Agama Sikh
Dalam kitab agama Sikh Guru Granth Sahib Ji himpunan Guru Gobing Singh terdapat larangan meminum arak menurunkan kecerdasan dan merosakkan fikiran:
ਜਿਤੁ ਪੀਤੈ ਮਤਿ ਦੂਰਿ ਹੋਇ ਬਰਲੁ ਪਵੈ ਵਿਚਿ ਆਇ ॥
“Drinking the wine, his intelligence departs, and madness enters his mind” (Sri Guru Granth Sahib: hlm 554)
Di dalam agama Sikh juga terdapat 5 larangan asas antaranya:
1) Tidak boleh potong rambut
2) Tidak boleh berkelakuan buruk
3) Tidak boleh merokok
4) Tidak boleh memakan daging yang disembelih
5) Tidak boleh minum arak
Larangan Arak Dalam Agama Islam
Di dalam Islam, jika mahu dibandingkan bilangan dalil larangan minuman keras berbanding agama lain, tidaklah sebanyak terdapat di dalam Bible dan juga kitab-kitab Hindu. Akan tetapi oleh disebabkan muslim itu bermaksud seseorang yang tunduk patuh kepada arahan Allah maka kuantiti bilangan larangan itu bukan perkara utama kerana apa yang utama adalah mereka mengikut segala aturan yang disebutkan di dalam kitab suci. Sebab itu dilihat orang Islam lebih sensetif terhadap larangan ini. Di dalam al Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut mengenai larangan arak:
a) Surah al-Ma’idah: 90,
b) b) Surah Al-Baqarah: 219,
c) c) Surah an-Nahl: 97
Amalan Agama Menggunakan Arak
Adapun sebahagian agama animisme dan agama penyembah roh, kebiasaannya mereka akan menggunakan arak sebagai ritual keagamaan mereka. Hal ini boleh dilihat sebahagian besar Cult di Afrika dan masyarakat Afrika Amerika yang menggunakan arak di dalam amalan mereka seperti ajaran Candomble, Kumina, Voodoo, Umbanda, Quimbanda, Santeria dan lain-lain.
Disamping itu juga, terdapat juga ajaran Kristian khususnya yang turut menggunakan arak di dalam ritual mereka. Sebab itu apabila dilihat sebahagian Kristian seperti Black Christ turut menggunakan arak disebabkan sinkretisme amalan masyarakat (animisme) mereka dengan ajaran Kristian yang disampaikan oleh pendakyah Kristian sehingga wujudnya pengambilan arak di dalam agama. Akan tetapi di Malaysia, perkara ini tidak ada dan tidak berlaku. Maka ia tidak boleh menjadi hujah kepada ia adalah anjuran ritual agama.
Kesimpulan
Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukkan dari kesan meminum arak nescaya senarai keburukkannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Malah dengan pengambilan arak juga manusia boleh terjebak dengan jenayah yang lain-lain kerana akal mereka sudah tidak stabil lagi. Sebab itu terdapat akta mengenai kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol di seluruh dunia. Malah jika difikir secara logik, sekiranya seorang individu yang mabuk boleh memberi kesan yang mudharat kepada orang awam apatah lagi sekiranya perkara itu dilakukan secara besar-besaran, pasti impak dan kesan dari orang yang mabuk itu memberi kesan yang lebih teruk kepada orang awam.
Demikian itu, isu ini tidak relevan hanya dibincangkan di bawah rangka kebebasan beragama kerana tidak ada agama di Malaysia yang ‘membebaskan’ meminum arak. Kedua, isu ini perlu juga dibincang dibawah kesan dan mudharat yang bakal menimpa dari pesta orang ramai yang mabuk boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat. Ketiga, program sebegini tidak menguntungkan masyarakat dan negara malah membawa kepada kerosakkan moral, fizikal dan juga mental masyarakat.
Oleh itu masyarakat masyarakat muslim, buddhis, kristian, hindu, dan sikh yang benar-benar mengikut ajaran agama perlulah bersatu untuk menjauhi bahana arak yang jelas memberi kesan buruk kepada masyarakat. Nilailah isu ini dari sudut yang luas dan bukan sahaja hanya fikir untuk keseronokkan dan keuntungan penjualan arak sahaja.
Seorang manusia yang waras dan rasional sudah pasti akan menjauhi arak. Sebuah kisah sebagai penutup yang diceritakan oleh ilmuan Buddhis Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts:
“There once was a man who wanted to “just have a little drink,” but he did not have a dish of food to go with it. Seeing that his next-door neighbour was raising an old hen that was cackling away, he stole the hen and killed it to make a dish to eat while he drank his liquor. Thus he had broken the precepts against killing and stealing in one fell swoop. When the lady of the house next door came home and asked about her hen, the man told her that he had not seen it, thereby breaking the precept against lying. By now the man was a bit drunk, and seeing how beautiful the woman was, he started flirting with her and touching her in an indecent manner."
"Consequently, he also broke the precept against sexual misconduct. It was because of consuming intoxicants that all five precepts were broken in one stroke.”
Dengan hanya bermula sedikit ia boleh menyebabkan manusia melanggar semua hukum hakam dan ia diumpamakan ibu segala kejahatan. Sesuai dengan sebuah hadis mengatakan: الخمر أم الخبائث “Arak itu ibu segala kejahatan” (Silsalat al-Hadith as-Sahiha no: 1854).
Nota akhir:
[1] Lihat – (February 2017) Journal National Geographic: The Birth Of Booze Our 9000 year Love Affair With Alcohol, vol 231 no 2, hlm 48-49
[2] Lihat Aggacita Bhikkhu (2010). The Importance of Being Morally Virtuous, Sasanarakkha Buddhist Sanctuary, Taiping, hlm 65-71 / Lihat Bikhu Dhammavuddho Mahathera, (2011). Pesanan Buddha, Sangha Foundation, Perak hlm 4 / Lihat – (2014). Buddha & Me: For Biginners, Ti-Ratana Buddhist Society, Kuala Lumpur, hlm 41 / Dr. K. Dhammananda, (2002). What Buddhists Believe, Buddhist Missionary Society Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 210-211.
[3] Lihat Veberable Fa Xun (2011). One Life Five Precepts, Shi Faxun, hlm 73
[4] Lihat Chan Khoon San (2002). Introductory Course in Buddhism, Selangor Buddhist Association, Kuala Lumpur, hlm 89
[5] Lihat Mark Cartwright (2016). Ancient History Encyclopedia: Soma - http://www.ancient.eu/Soma/
[6] https://beerinindia.wordpress.com/tag/sura/
[7] Madhavi Bhaskar Kokhatkar (1999). Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice, D.K Printworld, India, hlm 140
R&D Team MRM
guru granth sahib 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
[Benarkah Tidak Ada Tauhid Rububiyyah Bagi Bukan Muslim?]
Terdapat kritikan sebahagian ilmuan terhadap konsep Tauhid Tiga Serangkai iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat. Malah mereka juga mendakwa menjadi kesalahan apabila mengatakan orang musyrik juga memiliki tauhid Rububiyyah.
Antara yang terkenal dalam mengemukakan kritikan ini adalah Hassan bin Ali as Saqqaf di dalam bukunya ‘At-Tandid Bima Addada at Tauhid; Ibtalu Muhawalati at Tahlith fi at Tawhid wa al Aqidah al Islamiyyah’ (Amaran Buat Orang Yang Mengadakan Berbilang-Bilang Tauhid; Pembatalan Usaha Mentriniti Tauhid dan Akidah Islam).
Buku beliau telah banyak dijawab dan antara yang dilihat terkedepan adalah jawapan Dr. Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al-Abbad, dalam bukunya ‘al-Qaulus Sadid fi Raddi ’ala Man Ankara Taqsima Tauhid’ khusus menjawab Hassan as Saqqaf.
Persoalan, adakah benar orang musyrik memiliki Tauhid Rububiyyah juga? Sekiranya dikatakan tauhid, harus mengapa mereka menyembah berhala sedangkan itu bukan termasuk di dalam konsep tauhid yang mengesakan Allah?
Apa itu Tauhid Rububiyyah?
Tauhid Rububiyyah itu adalah mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang menciptakan (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan syirik dalam rububiyyah.
Konsep kepercayaan ini bukan sahaja diimani oleh orang Islam. tetapi diimani juga oleh orang musyrik yang menyembah berhala.
Perlu difahami bahawa terdapat 3 golongan kafir yang mencemarkan keesaan Tuhan.
1) Golongan yang beriman kepada kewujudan Tuhan yang Maha Esa akan tetapi mereka menokok tambah dengan konsep berhala dan dewa dewi sebagai perantaraan selain daripada Tuhan Maha Esa.
2) Golongan yang percaya kepada seseorang manusia (yang mengaku Tuhan) atau dewa (kultus atau ajaran sesat) sebagai Tuhan seperti Allah Yang Maha Mencipta (Rububiyyah).
3) Golongan ateis yang tidak percaya kepada Tuhan.
Golongan pertama adalah golongan bukan Islam yang memiliki konsep Tauhid Rububiyyah. Manakala kedua dan ketiga adalah golongan yang tidak memiliki konsep tauhid Rububiyyah. Oleh itu timbul isunya wujudkah orang musyik yang memiliki tauhid Rububiyyah? Dalilnya firman Allah yang bermaksud:
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari menyembah Allah?” ( Surah Az-Zukhruf: 87)
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Az-Zukhruf: 9)
“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)
“Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?.” (Surah Ra’d: 16)
Dan banyak lagi dalil lain. Walaupun mereka mengakui wujudnya Tuhan yang Maha Esa tetapi mereka menfokus sembahan mereka kepada perantaraan seperti dewa-dewi, berhala dan sebagainya. Sehingga konsep keesaan Tuhan itu ditengelami dengan sembahan dewa-dewi.
Isunya mereka tidak menolak kewujudan Allah yang maha esa. Akan tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan sembahan-sembahan yang lain. Sebab itu ulama mengkelaskan golongan musyrik seperti ini mereka memiliki tauhid Rububiyyah. Buktinya boleh dilihat di dalam perbincangan konsep ketuhanan di dalam agama-agama mereka:
Agama Hindu
Di dalam agama Hindu, jika ditanya kepada golongan terpelajar, mereka akan mengatakan Tuhan itu satu sahaja. Segala-galanya datang darinya. Ia dikenali sebagai Brahman. Brahman tidak pernah diimej dan tidak pernah dipatungkan. Seperti disebut di dalam kitab suci terawal mereka dalam Rig Veda dan Upanishad:
1) “Ekam sadvipra bahudhaavadanti”
“Dia adalah Esa orang bijaksana menebut-Nya banyak nama” (Rigveda buku 1: rangkap 164, ayat 46)
2) “Ekam eva advityam Brahman”
“Tuhan hanya satu, tidak ada yang kedua” (Chandogya Upanishad bab 6 rangkap 2 ayat 1).
Konsep kepercayaan kepada satu Tuhan itu wujud. Sehinggalah situasinya berubah apabila datangnya penulisan kitab suci terkemudian (Itihasa, Purana, dan lain-lain) lalu mewujudkan imej-imej dewa disamping Brahman. Dewa-dewa yang diwujudkan disamping Brahman itu seperti dewa Brahma, Siva dan Visnu serta wujudnya dewa-dewa lain. Dewa-dewa inilah dipatungkan dan disembah oleh orang kemudianya. Dan sampai ke hari ini kewujudan Brahman yang tidak berimej itu masih diimani oleh mereka akan tetapi Brahman itu telah disekutukan dengan sembahan dewa-dewi.
Agama Yahudi
Dalam agama Yahudi mereka beriman kepada Yahweh yang maha esa yang menciptakan segala-galanya. Disebut di dalam Tanakh bahawa Tuhan itu esa:
“Oleh itu ingatlah hari ini dan jangan lupa bahawa Tuhan satu-satunya Allah di langit dan bumi; tidak ada yang lain” (Keluaran 4: 39)
Ayat lainnya:
“Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku, Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa” (Keluaran 32: 39)
Agama Zoroaster
Agama Zoroaster juga memperkenalkan konsep tauhid iaitu Tuhan Ahura Mazda yang mencipta langit dan bumi. Di dalam kitab suci Zoroaster Dasatir Shat Vakhsur Zarthusht jelas mengatakan Tuhan itu Esa. Malah di dalam kitab suci kuno mereka dikenali sebagai Gathas menyebut tentang penafian kepada sembahan lain:
“I reject the authority of the Daevas, the wicked, no-good, lawless, evil-knowing, the most druj-like of beings, the foulest of beings, the most damaging of beings. I reject the Daevas and their comrades, I reject the demons (yatu) and their comrades; I reject any who harm beings. I reject them with my thoughts, words, and deeds. I reject them publicly. Even as I reject the head (authorities), so too do I reject the hostile followers of the druj.” (Zend Avesta, Yasna 12: 4)
Akan tetapi agama ini mula menyekutukan Ahura Mazda itu dengan perantaraan altar api. Terutamanya ia berlaku pada zaman pemerintahan Parthia dan Sasanid. Walaupun mereka ‘menyekutukan’ Ahura Mazda dengan api tetapi mereka tetap percaya bahawa Ahuramazda itu tetap Tuhan Maha Esa.
Agama Tao
Sebelum kedatangan agama Taosime dan Konfusianisme di China. Masyarakat cina kuno sudah beriman dengan kewujudan Tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Shangdi atau Tian. Shangdi adalah kewujudan Tuhan yang esa dan tidak diimejkan.
Setelah datang zaman kemudian, Lao zi memperkenalkan konsep Tuhan dengan pemaknaan Dao. Disebut di dalam kitab suci Taoisme:
昔之得一者:天得一以清;地得一以寧;神得一以靈;谷得一以盈;萬物得一以生;侯王得一以為天下貞。其致之,天無以清,將恐裂;地無以寧,將恐發;神無以靈,將恐歇;谷無以盈,將恐竭;萬物無以生,將恐滅;侯王無以貴高將恐蹶。故貴以賤為本,高以下為基。是以侯王自稱孤、寡、不穀。此非以賤為本耶?非乎?故致數譽無譽。不欲琭琭如玉,珞珞如石。
Terjemahan Dr. I.D. Lika:
“Hanya satu yang Maha Esa dan Maha Kuasa, iaitu DAO! Kerana itu, DAO dapat diandaikan sebagai YANG SATU! Sejak zaman dahulu, langit kalau mendapat yang SATU akan jernih dan bening. DI kalau mendapat yang SATU akan tenang, SHEN kalau mendapatkan yang SATU akan menjadi sakti. Lembah pergunungan kalau mendapatkan yang SATU akan penuh berisi. Semua makhluk menjadi hidup kalau mendapatkan yang SATU. Kalau penguasa mendapatkan yang SATU, negaranya akan damai tenteram dan harmonis. Sebaliknya, kalau langit tidak mendapatkan jernih dan bening, mungkin akan hancur berantakan. Kalau DI tidak mendapatkan tenang, mungkin akan terjadi bencana. Kalau SHEN tidak sakti mungkin akan lenyap. Kalau lembah tidak penuh berisi, mungkin akan kosong dan kering. Kalau semua makhluk hidup tidak mendapatkan kehidupan, semuanya akan binasa. Kalau para penguasa tidak menjalankan DAO, pasti akan diturunkan dari kekuasaannya.” (Dao Te Ching: bab 39: Dao De Gen Ben)
Akan tetapi setelah datang zaman kemudiannya konsep Dao itu telah disekutukan dengan dewa-dewi terutama pada zaman Zhang Daoling salah seorang memimpin yang berpengaruh dalam agama Taoisme. Sehingga wujudnya konsep hearaki dewa atas dan dewa bawah. Dari itu wujud dalam kepercayaan mereka, untuk sampaikan doa atau hajat mereka perlu melalui dewa bawah agar ia disampaikan kepada Tuhan di atas.
Agama Kristian
Dalam Bible, para nabi terdahulu membawa tauhid. Sepertimana disebut di dalam perjanjian baru:
“Inilah perintah utama, dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa” (Markus 12: 29)
Akan tetapi agama ini mula dirosakkan oleh Saint Paul sehingga mewujudkan konsep kepercayaan Yesus adalah Tuhan dan konsep ini berkembang kepada bentuk Triniti. Lalu orang Kristian mula mensyirikkan Allah dengan Yesus dan Roh Kudus.
Agama Sikh
Agama Sikh juga percaya kepada konsep tauhid. Disebut di dalam kitab suci Sri Guru Granth Sahib:
ੴ ਸਤਿਨਾਮੁ ਕਰਤਾ ਪੁਰਖੁ ਨਿਰਭਉ ਨਿਰਵੈਰੁ ਅਕਾਲ ਮੂਰਤਿ ਅਜੂਨੀ ਸੈਭੰ ਗੁਰਪ੍ਰਸਾਦਿ
Bermaksud:
“Tuhan Pencipta Sekalian Alam yang Esa. Yang benar, Maha Pencipta tanpa ada yang serupa denganNya, tiada padaNya takut, tiada padaNya kebencian, imej/simbol yang kekal selamanya, tidak diberanakkan, wujud dengan sendiriNya. Ungkapan dari Guru’s Grace.” (Sri Guru Granth Sahib, Ang 1)
Sembahan Arab Mekah Sebelum Nabi Muhammad
Orang Arab pada zaman awal mereka beragama dengan ajaran nabi Ibrahim. Pada ketika itu mereka sudah mengenal Tuhan Yang Tertinggi adalah Allah. Akan tetapi mereka tidak pernah memberhalakan Allah seperti mereka memberhalakan dewa-dewi.
Hubal, Manat, Al Latta, Uzza adalah nama berhala yang menjadi perantaraan kepada Allah pada ketika itu. Tetapi bangsa Arab tidak mengenal mereka dengan Allah kerana bagi mereka Allah adalah Tuhan Yang Tertinggi yang tidak diimejkan. Hal yang sama dapat dilihat di dalam tradisi Hindu, mereka memiliki kepercayaan Tuhan tertinggi bernama Brahman, tetapi Brahman tidak pernah diimejkan dan dipatungkan akan tetapi dewa-dewi lain di bawahnya seperti Siva, Visnu, Brahma, Murugan, Ganesha dan lain-lain itu yang diwajahkan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka apakah patut kamu (orang-orang musyrik) menganggap (berhala) Al Lata dan Al Uzza, dan Manat, yang ketiga yang paling kemudian (sebagai anak perempuan Allah)” (an Najm: 19-20)
Perbincangan mendalam boleh ke artikel “Sejarah Berhala Di Tanah Arab”: http://bit.ly/2ugpnT4
Kesimpulan
Jika dibuang semua sembahan selain daripada Tuhan utama, nescaya yang tinggal adalah konsep Tuhan yang Maha Esa. Yang mana mereka masih lagi beriman dengan kewujudan Tuhan yang utama yang menciptakan dan mentadbir alam ini akan tetapi mereka menduakan dengan sembahan lain. Sembahan mereka (Uluhiyyah) mereka itu sudah teralih dengan khayalan dan patung dewa-dewi.
Oleh itu, tidak semua golongan musyrik memiliki tauhid Rububiyyah. Pertama seperti golongan ateis yang tidak percaya kepada Tuhan. Kedua adalah golongan yang beri’tiqad dewa mereka atau tokoh mereka sebagai Tuhan yang mencipta segala-galanya seperti Allah. Mereka ini kebiasanya terdiri daripada kultus (agama baru; sesat) dan mereka ini adalah golongan syirik di dalam tauhid Rububiyyah.
Wallahua’lam
R&D TEAM MRM
guru granth sahib 在 guru granth sahib ji - Waheguru - Facebook 的推薦與評價
No photo description available. PreviousNext · guru granth sahib ji, profile picture · guru granth sahib ji. Waheguru. Mobile uploads · Nov 16, 2018 ·. ... <看更多>
guru granth sahib 在 Guru Granth Sahib ji Full Song HD - K.S Makhan - YouTube 的推薦與評價
Download the app now and share it with all the asli fanshttp://twd.bz/shemaroomeGive a missed call on 18002665151Full Song :- Guru granth ... ... <看更多>
guru granth sahib 在 Aad Sri Guru Granth Sahib Ji Da Sahaj Paath (Vol - YouTube 的推薦與評價
T-Series Shabad Gurbani Presents complete “AAD SRI GURU GRANTH SAHIB JI DA SAHAJ PATH".AAD SRI GURU GRANTH SAHIB JI DA SAHAJ PATH is the ... ... <看更多>