SULTAN JOHOR KURNIA WANG LEBIHAN BAYAR CUKAI KEPADA YSIJ UNTUK TERUS MEMBANTU RAKYAT MEMERLUKAN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 yang diterima Baginda akan dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Baginda Tuanku Sultan, bertitah YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.
DYMM Sultan Johor, bertitah lebih bayaran itu diserahkan kepada Baginda bagi pembayaran cukai di atas syarikat-syarikat milik Keluarga DiRaja Johor.
“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHN di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, dimana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.
“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 September).
Terdahulu, DYMM Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor, Encik Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Bermula pada April tahun lalu, Baginda Tuanku Sultan secara berterusan mengurniakan bantuan bekalan makanan kepada golongan memerlukan diseluruh Johor setiap minggu.
Bantuan juga disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana alam, selain warga emas dan juga pesakit-pesakit kronik tanpa mengira agama dan bangsa.
Selain itu, beberapa kediaman yang rosak akibat bencana alam turut dibaikpulih menerusi YSIJ bagi meringankan beban rakyat.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過3,550的網紅Kelana Akira Abdullah,也在其Youtube影片中提到,Please share TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SARAWAK YANG PRIHATIN ... DALAM KITA SIBUK DAN ALERT DENGAN ISU SEMASA .. SIBUK tengok gaduh sana sini .....
「bantuan warga emas」的推薦目錄:
bantuan warga emas 在 Facebook 的精選貼文
KISAH DUA BERADIK WARGA EMAS HIDUP DALAM RUMAH USANG TERIMA BANTUAN DARI SULTAN JOHOR
Dua beradik yang hidup serba kekurangan serta menetap dalam keadaan rumah yang uzur menarik nafas lega apabila menerima bantuan dari DYMM Sultan Johor.
Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bantuan membina semula kediaman bagi dua beradik iaitu Tan Lai Ho, 65, dan abangnya Tan Lai Siang, 67 di Kampung Perigi Acheh, Masai.
Rumah papan yang dihuni mereka sejak lahir hampir roboh dimakan anai-anai, dan keadaan lebih menyedihkan apabila dibasahi air sewaktu hujan disebabkan atap berlubang.
Tan Lai Ho berkata, abangnya menghidap penyakit glaukoma yang kritikal sehingga kedua-dua matanya kabur dan tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja mencari rezeki.
“Saya bekerja sebagai pembantu tokong Cina berdekatan dengan rumah dan gaji yang diterima sekadar cukup untuk membeli barangan makanan sahaja.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Baginda Tuanku Sultan kerana sudi menghulurkan bantuan untuk membina rumah kepada kami,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (16 September).
Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong pada hari ini turut meluangkan masa meninjau perkembangan kerja-kerja pembinaan rumah berkenaan.
Dato’ David turut menyampaikan sumbangan 144 kotak makanan kurniaan Baginda Tuanku Sultan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Ketua Kampung, Othman Adon.
Beliau turut menyampaikan kurniaan sumbangan peribadi DYMM Sultan Johor untuk perbelanjaan sarapan serta makanan tengah hari kepada penduduk kampung yang bakal menerima suntikan vaksin.
“Baginda sentiasa menggalakkan rakyat untuk mendapatkan vaksin untuk melindungi diri, keluarga dan juga komuniti,” katanya.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
bantuan warga emas 在 Facebook 的最佳解答
PERMAISURI JOHOR KURNIA BANTUAN KEPADA 200 KELUARGA PPR SRI STULANG DAN PPR ISKANDAR
Keprihatinan DYMM Permaisuri Johor kepada rakyat semenjak COVID-19 melanda negara sentiasa berterusan bagi meringankan beban rakyat.
Pada hari ini (8 September), seramai 200 keluarga di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang dan PPR Iskandar menerima bantuan keperluan makanan dan bantuan peribadi daripada Baginda Tuanku Permaisuri.
Bantuan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) disampaikan oleh Pengurus Kanan Peraihan Dana YRZSNJ, Rohazam Shah Ahmad kepada penerima di Surau Nurul Falah, Sri Stulang Johor Bahru.
Warga emas, Junaidah Umarem, 62, bersyukur di atas kurniaan yang diterima.
Dia sebelum ini hanya mengharapkan bantuan daripada tiga orang anaknya yang turut terkesan selepas hilang pekerjaan akibat COVID-19.
“Menjunjung kasih kepada DYMM Permaisuri Johor di atas bantuan yang amat besar nilainya pada saya” katanya kepada Royal Press Office (RPO) ketika ditemui.
Kurniaan bantuan disampaikan dengan kerjasama penduduk setempat dan sukarelawan.
bantuan warga emas 在 Kelana Akira Abdullah Youtube 的精選貼文
Please share
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SARAWAK YANG PRIHATIN ... DALAM KITA SIBUK DAN ALERT DENGAN ISU SEMASA .. SIBUK tengok gaduh sana sini ... jum tambah pahala bersama sama untuk kita bantu mereka yang memerlukan ..
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Allahuakbar ... Atas keprihatinan semua . ALHAMDULILLAH Misi bantuan untuk warga emas , ibu tunggal , asnaf dan madrasah tahfiz telah dilaksanakan untuk fasa 1 dan fasa 2 .
Doa doa yang terbaik untuk kami . Jika anda ingin bersama kami . Sila lah direct contact Kelab Belia Klik Kreatif ... Insyaallah kami cuba yg terbaik untuk bekerjasama dan membantu anda .
Mendermalah saudara2 ku . Dalam rezeki kita ada rezeki org lain . Hanya Allah swt mampu membalas jasa kalian.
SILA LIKE PAGE KELAB BELIA KLIK KREATIF
https://www.facebook.com/Kelab-Belia-...
bantuan warga emas 在 Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan JKM - YouTube 的推薦與評價
Bantuan Orang Tua RM500hhi guys assalamualaikum. Selamat datang ke channel ali gajet dan jangan lupa tekan butang subscribe dan loceng untuk ... ... <看更多>
bantuan warga emas 在 atau - Facebook 的推薦與評價
Ini bermakna, pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan ... ... <看更多>