Jom cuba makanan arab.
BAMIA
1 kg daging (saya prefer kambing)
1 tin susu cair
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
serbuk lada putih
7biji kacang bendi
4 biji bawang besar, potong empat
4 sudu besar sos tomato (boleh ganti puree tomato)
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
cara2
- Daging dibersihkan dan potong nipis
- Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Gaul daging bersama bahan kisar.
- Masuk dalam periuk bersama segelas air. Masak daging hingga empuk.
- Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.
Selamat mencuba...
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,610的網紅Annur Syuhadah,也在其Youtube影片中提到,Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementar...
bamia 在 Annur Syuhadah Youtube 的最讚貼文
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema 'Gerbang Iftar Nusantara'

Sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu istimewa ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik bebrbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.

Beberapa gerai dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri bahagian ruang legar menghadap tasik berhampiran Le' Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambingg berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.
Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini.

Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.

Katanya, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng, pencuci mulut yang turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad, dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih meriah.
"Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui edaran flyers, banner, media sosial, dan sebagainya."
"Kita turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini." ujarnya.
Menariknya, pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort ini benar-benar memberikan 'feel' sajian nusantara dengan memberikan pilihan tempat duduk secara tradisi dan membuatkan kita rasa dekat dengan kampung sendiri. Selain makan secara formal di atas meja, pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa runagan khas yang disediakan.

Dengan kadar RM 45 bagi dewasa serta RM 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kelainan Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang.

Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras air tertentu.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM 35 bagi dewasa dan RM 25 kanak-kanak, warga emas, serta OKU untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 April - 30 April 2019.
Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 Mei - 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Gerbang Iftar Nusantara
Pakej Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
http://www.bukitmerahresort.com.my
Hubungi :
+605 - 890 8888
+605 - 890 8000 (fax)